Pages

Showing posts with label kecam. Show all posts
Showing posts with label kecam. Show all posts

Saturday, November 3, 2012

Model dikecam bergambar di lokasi kemusnahan Sandy




GAMBAR pertindihan imej menunjukkan Gouvea menyaksikan peristiwa seorang sami Buddha membakar dirinya di Vietnam pada 1963.


NEW YORK - Seorang model terkenal Brazil diselar oleh pengguna internet kerana bergambar di beberapa lokasi yang musnah akibat taufan Sandy di sini.
Nana Gouvea, 30, yang dilaporkan pernah menghiasi majalah Playboy memuat naik beberapa keping gambar tersebut di laman Facebook.
Beberapa gambar itu menunjukkan dia bersandar pada sebatang pokok tumbang dan berdiri di atas kereta-kereta yang musnah di sini.
Gambar-gambarnya mencetuskan bantahan pengguna internet malah portal hiburan Gawker.com.mempersendakan model tersebut.
"Bencana alam memberikan peluang baik untuk keluar dan bergambar dengan menampilkan pelbagai aksi dan gaya," kata seorang pengguna internet secara sinis.
Sebuah laman Facebook yang dinamakan Nana Gouvea in Disasters turut mempersendakan model berambut hitam itu.
Laman web itu memaparkan beberapa gambar pertindihan imej yang menunjukkan imej Gouvea dalam beberapa peristiwa tragis seperti kapal Titanic karam dan perbuatan seorang sami Buddha, Thich Quang Duc yang membakar dirinya di Vietnam pada 1963. - Agensi

Sunday, April 8, 2012

Ban kecam serangan terbaru diDamsyik

NEW YORK: Setiausaha Jeneral Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon mengkritik kerajaan Syria semalam atas serangan terbarunya terhadap orang awam dan menuntut ia memegang janjinya untuk menghentikan operasi tentera, kata pejabat media Ban dalam satu kenyataan.
Dia berkata, pembunuhan itu sama seperti melanggar tuntutan Majlis Keselamatan PBB supaya Damsyik melaksanakan gencatan senjata.

“Ban dengan tegas mengkritik keganasan terbaru di Syria itu,” kata kenyataan itu. Sekurang-kurangnya 27 tentera kerajaan, pemberontak dan orang awam terbunuh dalam insiden keganasan terbaru itu, empat hari sebelum tarikh akhir untuk menghentikan penggunaan senjata berat dan pengunduran tentera dari pusat bandar raya sepertimana dipersetujui Presiden Bashar al-Assad sebagai sebahagian pelan damai disokong PBB. - Reuters

Wednesday, January 25, 2012

PM Turki kecam Perancis rasis

Erdogan
ANKARA - Sambil mendakwa Perancis sebagai "rasis", Turki hari ini memberi presidennya amaran keras agar tidak menurunkan tanda tangan untuk mewartakan rang undang-undang baru, yang memperuntukkan sebarang bentuk penafian pembunuhan beramai-ramai rakyat Armenia oleh Empayar Turki ketika Perang Dunia Pertama, sebagai satu kesalahan.
Ankara menyifatkan langkah mewartakan undang-undang itu akan berhadapan dengan kesan buruk ke atas hubungan Turki dan Perancis. Parlimen Perancis meluluskan rang undang-undang itu lewat semalam.
Dalam reaksinya hari ini, Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan berkata, rang undang-undang itu digubal akibat sikap "rasis dan diskriminasi" terhadap Turki.
Beliau juga memberi amaran akan mengenakan sekatan-sekatan, yang belum ditetapkan, ke atas Perancis jika rang undang-undang itu diwartkan sebagai akta kelak. Ia dijangka akan menjadi satu akta secara rasmi akhir bulan depan dengan Presiden Perancis ada 15 hari untuk berbuat demikian selepas diluluskan oleh Dewan Senat semalam.
"Bagi kami ia tidak sah," kata beliau Recep Tayyip.
"Kami masih belum hilang harapan bahawa ia boleh dibetulkan," katanya lagi.
Terdahulu, Kementerian Luar Turki juga mengecam keputusan itu dengan berkata, rang undang-undang tersebut tidak harus digubal bagi mengelakkan ia dicatatkan sebagai "kesilapan-kesilapan politik, perundangan dan moral."
Pegawai-pegawai dalam kerajaan Presiden Nicolas Sarkozy terus menegaskan bahawa penggubalan undang-undang itu tidak menyasarkan Turki secara langsung.
Turki, yang melihat dakwaan pembunuhan beramai-ramai sebagai ancaman ke atas maruah kebangsaan, telah pun menggantung hubungan ketenteraan, ekonomi dan politik dengan Paris, dan telah memanggil balik dutanya buat sementara bulan lalu apabila dewan rendah Parlimen Perancis meluluskan rang undang-undang itu.
Ia menegaskan bahawa tidak ada kempen sistematik membunuh rakyat Armenia dan kebanyakan warga Turki juga terkorban ketika kehancuran empayar itu. Ia juga mendakwa jumlah kematian dibesar-besarkan.

Turki kecam Perancis lulus akta pembunuhan rakyat Armenia

Armenia
ISTANBUL - Kerajaan Turki melahirkan rasa marah ke atas Perancis ekoran keputusan Senatnya meluluskan undang-undang baru, yang menyediakan peruntukan menghukum pihak yang menafikan pembunuhan dilakukan Empayar Ottoman ke atas rakyat Armenia ketika Perang Dunia Pertama.
Kementerian Luar Turki melabel keputusan itu sebagai "tidak bertanggungjawab" dan mengugut akan mengambil tindakan balas, lapor BBC.
Armenia berkata sehingga 1.5 juta orang telah terbunuh antara tahun 1915 dan 1916 selepas Empayar Ottoman berpecah.
Turki menolak terma pembunuhan yang digunakan dan menegaskan bilangan mereka yang terbunuh juga jauh lebih kecil.
Rang undang-undang itu akan dihantar kepada Presiden Nicolas Sarkozy untuk ditandatangani dan dijadikan undang-undang kelak, yang dijangka hujung bulan depan.
BBC juga melaporkan bahawa para koresponden menyifatkan langkah terbaru itu dijangka akan menjejaskan dengan teruk hubungan Perancis dan Turki, yang merupakan rakan dalam Nato.
"Perancis membuka satu halaman hitam dalam sejarah," kata Volkan Bozkir, ketua jawatankuasa hal ehwal luar Parlimen Turki menerusi Twitter.
Duta Turki ke Perancis, Tahsin Burcuoglu pula berkata, penggubalan undang-undang itu akan membawa kepada kesan buruk hubungan kedua-dua negara.
Kenyataan Kementerian Luar membayangkan keputusan meluluskan undang-undang itu dipengaruhi oleh pemilihan presiden Perancis yang bakal diadakan.
Kira-kira 500,000 orang keturunan Armenia tinggal di Perancis.
Turki kecam Perancis lulus akta pembunuhan rakyat Armenia - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

Monday, June 20, 2011

Indonesia kecam amahnya dipancung di Arab Saud

JAKARTA - Jakarta mengecam tindakan pihak berkuasa Arab Saudi memenggal kepala seorang pembantu rumah Indonesia selepas dia didapati bersalah membunuh isteri majikannya, kata seorang pegawai semalam.
Pembantu rumah itu, Roiaiti Beth Sabotti Sarona (gambar) didapati bersalah membunuh majikannya di Arab Saudi iaitu Khairiya binti Hamid Mijlid.
Pembunuhan kejam itu dilakukan Roiaiti di bahagian kepala dengan menggunakan alat pemotong daging dan menikam leher mangsa.
Dia telah dihukum mati kelmarin di Mekah.
"Tanpa prasangka terhadap sistem undang-undang yang berkuatkuasa di Arab Saudi, pemerintah Indonesia mengkritik bahawa hukuman mati itu dilakukan tanpa mematuhi amalan antarabangsa berkaitan dengan perlindungan konsulat," kata jurucakap Kementerian Luar, Michael Tene.
"Kami sedar berhubung kes itu dan Roiaiti telah mengaku melakukan pembunuhan.
"Namun, kami langsung tidak dimaklumkan mengenai waktu pelaksanaan hukuman itu," katanya. - AFP
Kosmo! Online - Dunia

Monday, May 2, 2011

Russia kecam pembunuhan

myMetro

MOSCOW: Russia semalam menyelar serangan udara Nato di Tripoli, khususnya yang membunuh seorang anak dan tiga cucu Muammar Gaddafi.

Kementerian luar Russia berkata, serangan itu jelas melampau mandat PBB dan menimbulkan kesangsian mengenai dakwaan Nato tidak berhasrat membunuh Gaddafi dan anggota keluarganya.


Terdahulu, seorang anggota Parlimen Russia menyifatkan, serangan udara Nato itu sebagai bukti ia tidak melindungi orang awam.

“Ia bukti jelas penggunaan kekerasan tanpa timbang rasa oleh pakatan anti-Libya,” kata Konstantin Kosachev.


“Semakin banyak bukti yang dapat menunjukkan tujuan Nato ialah untuk memusnahkan Gaddafi, katanya. - Agensi"-mymetro

Sunday, April 24, 2011

Barat kecam tindakan Syria tembak penunjuk perasaan



DAMSYIK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon menyokong pemimpin Barat yang mengecam kerajaan Syria selepas pasukan tentera negara itu menembak sekurang-kurangnya 75 orang awam dalam insiden tunjuk perasaan, kelmarin.
Tentera di bawah pimpinan Presiden Bashir al-Assad menggunakan peluru hidup dan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan di di Latakia, Homs, Hama, Damsyik dan desa Izra’a, kata kumpulan aktivis. Insiden berdarah itu tercetus apabila beribu-ribu penunjuk perasaan berhimpun di jalan raya di beberapa bandar di seluruh negara bagi menuntut kebebasan sehari selepas Bashir membatalkan pemerintahan undang-undang darurat.


Kumpulan hak asasi kemanusiaan mendakwa angka kematian adalah lebih ramai daripada yang dinyatakan.


“Pasukan keselamatan Syria menggunakan kekerasan dan membunuh penunjuk perasaan di beberapa bandar di negara itu, kelmarin. Setakat ini, 72 orang terbunuh manakala beratus-ratus lagi cedera,” lapor Jawatankuasa Hak Asasi Kemanusiaan Syria yang berpangkalan di London dalam satu kenyataan. - AFP

Monday, April 4, 2011

Iran dikecam negara Teluk


Mesyuarat bincang tindakan Teheran


RIYADH: Menteri Luar negara Teluk mengadakan mesyuarat luar biasa di sini, semalam membincangkan campur tangan Iran dalam tunjuk perasaan yang meletus di beberapa negara Arab.
Mesyuarat berkenaan diadakan selepas Teheran memberi amaran kepada Arab Saudi bahawa ia ‘bermain api’ apabila menghantar pasukan tentera di negara jiran Bahrain yang mempunyai majoriti penduduk Syiah, manakala Kuwait mendakwa ia membongkar kumpulan pengintip Iran di negara Teluk itu.
Setiausaha agung Majlis Kerjasama Teluk (GCC), Abdullatif al-Zayani mengecam tindakan Iran campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara Teluk, dengan menyatakan ‘ia mengancam keselamatan dan kestabilan negara di rantau itu.’

Khamis lalu, jawatankuasa hal ehwal luar dan keselamatan kebangsaan Parlimen Iran berkata: “Arab Saudi harus tahu agar tidak bermain api di rantau sensitif Teluk Parsi.”

Arab Saudi menyertai pasukan negara Teluk membantu Bahrain menangani tunjuk perasaan bulan lalu. Negara GCC lain yang turut menyertai pasukan itu ialah Kuwait, Oman, Qatar, dan Emiriah Arab Bersatu.

Penunjuk perasaan itu mendapat inspirasi bantahan di Tunisia dan Mesir yang berjaya menjatuhkan pemimpin kuku besi masing-masing. Tunjuk perasaan juga meletus di Oman.
Riyadh memberi amaran kepada Teheran Jumaat lalu agar tidak mencetuskan ketegangan di rantau itu dan mengecam Iran kerana gagal menghormati negara jiran.

Kuwait Khamis lalu berkata, ia akan mengusir diplomat Iran atas dakwaan terbabit dengan kumpulan pengintip yang didakwa berkerja untuk Teheran sejak pencerobohan Iraq pada 2003.

Menteri luar Emiriah Arab Bersatu, Abdullah bin Zayed Al-Nahayan, rakan sejawatnya dari Kuwait akan memberi taklimat kepada mesyuarat GCC itu berhubung dakwaan aktiviti pengintipan Iran.

“Sebarang tindakan terhadap Iran akan diambil secara bersama selepas kajian mendalam dan perlu memberi pertimbangan kepada keselamatan dan kestabilan rantau GCC,” katanya. – AFP
Berita Harian Online | Iran dikecam negara Teluk

Thursday, March 24, 2011

Al Azhar kecam tentera Sekutu

KAHERAH: Pihak berkuasa tertinggi Islam di Mesir semalam mengecam serangan tentera Barat di Libya tetapi berkata, ia menyokong apa yang disifatkannya sebagai tuntutan sah revolusi rakyat negara itu.
Pesawat pengebom Barat melakukan lebih 300 penerbangan di ruang angkasa Libya dan lebih 162 peluru berpandu tomahawk dibedil dalam misi yang dimandatkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk melindungi penduduk awam negara itu daripada tentera kerajaan.

Universiti Al-Azhar, antara pusat pengajian tertua di dunia memberi amaran kepada Amerika Syarikat dan Britain supaya tidak memecah-belahkan Libya dan memusnahkan kekayaan sumber dan kemanusiaannya seperti yang berlaku di Iraq, lapor akhbar Al-Ahram.

Institusi yang berpusat di Kaherah itu juga mengutuk kerajaan Arab yang menindas rakyatnya sejak puluhan tahun lalu.

Menurutnya, pemimpin negara terbabit tidak sepatutnya kekal berkuasa jika ia membawa kepada lebih banyak pertumpahan darah.

“Mereka perlu meninggalkan jawatan mereka. Itu yang patut mereka lakukan sebagai menyahut gesaan rakyat yang sudah sekian lama bersabar,” menurut kenyataan universiti itu.

Sokongan dunia Arab untuk melaksanakan zon larangan terbang amat penting bagi membolehkan ketetapan Pertubuhan Bangsa Bersatu, membenarkan campur tangan tentera asing di Libya.

Bagaimanapun, tidak ada negara Arab, kecuali Qatar berkata ia akan menyumbang kepada operasi berkenaan.
Universiti Al-Azhar mengecam kegagalan institusi Arab dan Islam menangani masalah politik dan ekonomi yang akhirnya mencetuskan kebangkitan rakyat hingga menggoncangkan dunia Arab. - AP

Wednesday, March 23, 2011

Warga Tripoli mula kecam Gaddafi




TENTERA Libya melepaskan tembakan penangkis pesawat ke arah je-jet pejuang tentera Barat di Tripoli kelmarin.


TRIPOLI - Beberapa hari selepas Barat melancarkan serangan udara, sebahagian penduduk di ibu kota Libya, di sini semalam semakin berani mengecam pemimpin mereka, Muammar Gaddafi dengan menyatakan, mereka mahukan beliau mati.
Sebahagian penduduk yang diwawancara beberapa wartawan Reuters di sini bagaimanapun, masih takut untuk mendedahkan nama mereka dan kembali memuji Gaddafi sebaik sahaja dihampiri oleh askar-askar yang setia kepadanya.
Namun, keberanian mereka untuk membuat kecaman terbuka terhadap pemimpin yang telah menerajui Libya selama empat dekad itu memberi isyarat bahawa perubahan sedang berlaku di bandar ini.
Sebelum ini, penduduk di sini takut untuk bercakap dengan pemberita kerana bimbang nyawa mereka melayang.
"Di sini, setiap orang sedang menunggu (penyingkiran Gaddafi). Ia tidak seperti masa lalu," kata seorang lelaki, yang mengajak wartawan menjauhkan diri daripada seorang tali barut kerajaan dengan menuju ke sebuah kedai kopi di bandar lama di sini supaya dia bebas bercakap.
"Anak-anak saya ketakutan tetapi saya tahu semua itu akan berubah. Kerajaan tidak berdaya untuk menguasai kami lagi," katanya.
Seorang ahli perniagaan tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Isa memuji Gaddafi apabila didekati seorang pemberi maklumat, tetapi mengecam pemimpin itu sebaik sahaja tali barut itu beredar.
"Inilah masanya. Keadaan kini getir. Bom-bom meledak sepanjang malam. Namun, apabila kami mendongak ke udara kami sedar bahawa dunia kini cuba membantu kami" katanya.
Menguasai pendapat umum supaya berpihak kepadanya adalah penting kepada Gaddafi untuk terus berkuasa di bandar ini yang merupakan kubu terkuatnya selepas dua bandar utama lain di Libya jatuh ke tangan pemberontak. - Reuters
-kosmo

Monday, October 4, 2010

Berlin kecam pemimpin anti-Islam Belanda



BERLIN - Lebih 100 rakyat Jerman mengadakan tunjuk perasaan di luar Hotel Berlin bagi mengutuk lawatan ahli politik anti-Islam Belanda, Geert Wilders ke negara mereka, kelmarin. 

Penunjuk perasaan yang dikawal oleh hampir 250 anggota polis itu berkumpul di hadapan hotel di mana Wilders dijadual memberi ucapan. 

Ahli politik Jerman berhaluan kanan, Rene Stadtkewitz yang dibuang daripada parti pemerintah Kesatuan Demokrasi Kristian, mengundang Wilders ke persidangan mengenai kebebasan yang diadakan di Berlin. 

Dalam ucapannya, Wilders cuba mendapatkan sokongan ahli politik lain supaya menentang Islam. 

Wilders dijadual menghadiri perbicaraan atas tuduhan menghasut dan menyebarkan sentimen anti-Islam di Amsterdam, hari ini. 

Tunjuk perasaan sama diadakan di Britain di mana ratusan penunjuk perasaan berkumpul dihadapan bangunan Parlimen Britain membantah kunjungan Wilders ke London, Mac lalu.