Pages

Showing posts with label musytari. Show all posts
Showing posts with label musytari. Show all posts

Sunday, September 19, 2010

Musytari muncul esok



FLORIDA - Planet terbesar dalam sistem solar akan muncul dengan jelas di ruang angkasa bermula esok dan dapat dilihat dengan mata kasar. 

Dalam fenomena yang berlaku setiap 12 tahun, Musytari (Jupiter) akan berada sekitar 630,000,000 kilometer dari Bumi. 

Kedudukan paling dekat antara Bumi dan Musytari pernah berlaku pada 1963 dan kejadian seterusnya hanya dijadualkan pada 2022. 

"Kehadiran Musytari di ruang angkasa dapat dilihat dengan jelas pada tengah malam esok, tetapi planet itu sudah boleh dilihat pada malam ini menggunakan teropong jauh," kata Tony Phillips, seorang pengkaji bintang di Califronia, Amerika Syarikat. 

Planet Uranus juga dijangka dapat dilihat pada tengah malam esok dan kemunculan bersama kedua-dua planet ini di ruang angkasa selama beberapa minggu bermula malam esok menggembirakan pengkaji bintang dan angkasa lepas.

Saturday, June 5, 2010

Planet Musytari dihentam objek misteri





GAMBAR yang dirakamkan Anthony Wesley menunjukkan satu objek misteri (dalam bulatan) menghentam planet Musytari kelmarin.
LOS ANGELES – Planet Musytari dihentam lagi oleh sebuah objek misteri kelmarin.
Seorang ahli astronomi amatur, Anthony Wesley di Australia melaporkan dia menyaksikan satu cahaya terang dari sebuah objek yang menghentam planet itu.
Pengakuan itu turut disahkan lagi oleh seorang lagi ahli astronomi amatur dari Filipina.
Menurut Wesley, cahaya bebola api itu berlangsung selama dua saat.
Planet Musytari merupakan planet kelima mengelilingi matahari dan terbesar dalam sistem solar.
Pada tahun lalu, dia mengesan satu kawah sebesar Lautan Pasifik dekat Kutub Selatan planet tersebut yang dipercayai disebabkan oleh hentaman sebuah asteroid.
Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat (AS) kemudian menemui bukti bahawa planet berkenaan dihentam sebuah objek di Kutub Selatan. – Agensi
kredit : kosmo.com.my