Pages

Showing posts with label kurung. Show all posts
Showing posts with label kurung. Show all posts

Friday, May 18, 2012

Wanita dikurung majikan

Wanita dikurung majikan
Azizah menceritakan kejadian itu dan menunjukkan salinan laporan polis, semalam

CHEMOR - Seorang kerani mendakwa bukan sahaja dikurung malah dikasari majikannya yang berang dengan tindakannya yang mahu melaporkan penindasan kepada Pejabat Tenaga Kerja Negeri, kelmarin.

Mangsa, Azizah Abd Hamid, 42, yang dikurung selama 30 minit itu kemudiannya berjaya menyelamatkan diri dengan berlari ke jalan utama dan meminta bantuan orang ramai untuk menghantarnya ke balai polis.

Menceritakan detik itu, katanya, dia dipaksa menandatangani sekeping dokumen bagi menghalangnya membuat tuntutan dengan Pejabat Tenaga Kerja Negeri selepas diberhentikan tanpa sebarang pampasan.

“Saya bekerja sejak tujuh tahun lalu di syarikat itu terpaksa meminta cuti tanpa gaji bagi membolehkan saya menjaga anak sulung yang ketika itu kritikal selepas kemalangan.

“Selepas anak saya pulih, saya kembali semula ke syarikat itu untuk memulakan tugas tetapi, diarahkan berhenti kerja,” katanya, di sini, semalam.

Menurutnya, akibat tidak berpuas hati dengan tindakan majikannya yang berusia 60-an itu, dia nekad memberitahu akan membuat aduan dengan membawa dokumen yang disimpannya sebelum ini.

“Ketika itulah majikan saya naik angin dan mengurung saya dalam sebuah bilik. Saya turut ditengking dan dimarahi tanpa belas kasihan.

“Ketika cuba larikan diri, tangan saya direntap dan turut dikejar majikan menyebabkan saya meminta bantuan orang ramai,” katanya.

Azizah turut menerima rawatan akibat kecederaan di tangannya dan kemudian membuat aduan di Pejabat Tenaga Kerja Negeri untuk pembelaaan selain turut membuat laporan polis.

Wednesday, February 1, 2012

Bapa, ibu tiri kurung anak 9 tahun didakwa

BAITULMAQDIS: Pejabat Pendakwa Raya di Wilayah Tel Aviv semalam, memfailkan tuduhan ke atas pasangan Arab-Israel kerana mengurung anak mereka selama sembilan tahun.
Menurut dakwaan yang dibuat di Mahkamah Daerah Petah Tikva, ayah dan ibu tirinya, mengurung gadis yang berusia 20 tahun itu di dalam bilik mandi atau bilik kecil dalam tiga rumah yang berbeza di Tebing Barat.

Mereka dikatakan pertama kali mengurung gadis itu ketika usianya 11 tahun dan hanya dibenarkan keluar pada waktu malam untuk membersihkan rumah, membasuh pakaian dan memasak.

Bapanya didakwa memukul gadis itu dan kadang-kadang dibuat atas dorongan isterinya.

Pasangan itu juga dikatakan menggalakkan gadis itu untuk membunuh diri, malah berkata dia perlu menggunakan pisau cukur ayahnya untuk berbuat demikian.

Kedua-duanya akan didakwa kerana mendera kanak-kanak, mengurung dan percubaan mendesak seseorang untuk membunuh diri.

Bapa gadis itu ditahan oleh pasukan keselamatan Palestin di bandar Qalqilya di Tebing Barat, awal bulan ini.

Jurucakap pasukan keselamatan berkata, lelaki itu “membuat keputusan mengurung anaknya kerana bimbang menjadi mangsa penderaan seksual.”

Gadis itu dihantar ke khidmat sosial Palestin dan kemudian diserahkan kepada ibu kandungnya, seorang warga Palestin yang tingga di Tebing Barat dan bercerai dengan bapa anaknya beberapa tahun lalu.

Ibu tiri gadis itu ditahan di Israel. - AFPmyMetro | Bapa, ibu tiri kurung anak 9 tahun didakwa:

'via Blog this'

Tuesday, January 24, 2012

Di kurung 10 tahun dalam bilik mandi

Baraa Melhem disekap ayahnya selama 10 tahun di dalam
sebuah kamar mandi yang sangat sempit




Jabatan Polis kota Qalqilya, Tebing Barat, Palestin, membebaskan seorang gadis 21 tahun yang dikurung ayahnya di kamar mandi berukuran 1  x 1.5 meter selama 10 tahun, Sabtu (21/1/2012).

Ayah wanita bernama Baraa Melhem itu mengakui perbuatannya. Katanya dia mengunci puterinya itu sejak Baraa berusia 11 tahun. Sang ayah mengatakan, dia mengunci puterinya dengan alasan "perselisihan keluarga". Namun, dia tidak menjelaskan perselisihan seperti apa yang membuatnya mengurung puterinya.

Kepada petugas dinas sosial yang mengurusinya saat ini, gadis itu mengaku dikurung selama siang hari dan dikeluarkan dari kamar mandi pada pukul 01.00 hingga 04.00 dini hari untuk membersihkan rumah. Kepada Voice of Palestine, Baraa mengatakan, dia digunduli lalu alisnya dicukur oleh ayahnya. Dia hanya boleh mandi sebulan sekali.

Kepala dinas kesejahteraan sosial Qalqilya, Azat Maluach, mengatakan, sesaat setelah bebas dari penyekapan itu, Baraa meminta gula-gula. Gadis itu mengaku selama dikurung dia tidak pernah mendapat makanan manis dalam bentuk apa pun.

Baraa sangat takjub dan setengah tidak percaya ketika keluar dari rumah. "Benarkah itu matahari? Apakah itu matahari yang saya impikan? tanyanya kepada petugas.

Menurut Maluach, ketika polis membebaskannya, gadis itu tidak percaya. "Dia bilang kepada kami, dia tidak pernah melihat siang hari selama sembilan tahun," kata Maluach seperti dipetik Ynetnews, Minggu (22/1/2012).

Gadis itu juga terkejut melihat begitu banyak orang. "Apakah orang-orang itu yang saya dengar di radio?" tanyanya.

"Di dalam rumah itu terdapat dua kamar mandi dan dia dikurung di salah satunya. Di situ juga dia makan. Dia juga mencuci baju di situ. Satu-satunya kontak dia dengan dunia luar adalah radio yang ditinggalkan ayahnya," ungkap Maluach.

Radio itu juga menjadi satu-satunya hiburan baginya. Dari radio itu dia mengetahui bahawa dia berbintang Leo yang berarti dia memiliki kepribadian yang berapi-api.

"Begitu kami membebaskannya, dia langsung menangis dan minta bertemu dengan ibunya. Kami menghubungi ibunya, yang segera datang dan memeluk serta menenangkan dia (Baraa)," lanjut pejabat dinas sosial itu.

Kedua orangtuanya bercerai ketika dia berusia empat tahun. Hak asuh diberikan kepada ayahnya. Baraa tinggal bersama ayah dan ibu tirinya. Kerana ayahnya, disebut bernama Hassan Melhem, berkewarganegaraan Israel,  Polis  Palestin menyerahkannya ke pihak berwenang Israel. Dia akan diadili oleh pengadilan Israel pada Rabu (25/1/2012).

Selama dikurung, Baraan dipukul dan jarang diberi makan. Dia hanya diberi selembar selimut, sebuah radio, dan sebilah silet. Oleh ayah dan ibu tirinya, dia disuruh membunuh diri sendiri.

"Saya tidak membenci ayah. Namun, saya membenci yang dilakukannya kepada saya. Mengapa dia melakukannya? Saya tidak memahaminya," ujarnya. Menurut gadis itu, penyekapannya berawal ketika dia lari dari rumah ketika dia berumur 10 tahun. Polis  kemudian membawanya pulang. Saat itu ayahnya memaksa dia menandatangani pernyataan bahawa dia tidak mau kembali ke sekolah.

Kini Baraa tinggal dengan ibu kandungnya di Maysoun, sebuah permukiman Arab di Jerusalem. "Sekarang saya bahagia. Kehidupan saya baru bermula," ujarnya.
http://idahsalam.blogspot.com

Saturday, September 24, 2011

Kurung 6 hamba seks bawah tanah

BEIJING: Seorang lelaki ditangkap kerana disyaki membunuh dua pelayan kelab malam dan mengurung empat wanita lain sebagai hamba seks dalam bilik bawah tanah.
Menurut laporan, Li Hao, bekas anggota bomba berusia 34 tahun yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak, didakwa mengurung wanita berkenaan selama beberapa tahun dalam ‘penjara’ bawah tanah seluas 20 meter persegi yang dibinanya di Luoyang, tengah China.
Akhbar Southern Metropolis Daily melaporkan, Li mengaku membeli besmen itu empat tahun lalu dan menghabiskan masa sebelah malam untuk menggali ‘penjara’ setinggi empat meter di bawah besmen berkenaan, tempat dia tinggal bersama-sama tahanannya selama dua minggu sebulan.

Li memberitahu isterinya dia bekerja syif malam sebagai pengawal. Dia ditangkap awal bulan ini apabila seorang tahanannya meloloskan diri dan membuat laporan di balai polis.


“Li ditangkap dan dihadap ke muka pengadlian. Kami masih menyiasat kes itu,” kata jurucakap polis Luoyang yang enggan memberitahu namanya.

Akhbar berbahasa Inggeris, Global Times memetik seorang penduduk tempatan, Tian Yichen sebagai berkata, kes itu mengejutkan seluruh bandar berkenaan,
“Bangunan yang digunakan Li untuk mengurung tahanannya hanya terletak tiga kilometer dari Biro Keselamatan Awam Luoyang,” katanya. - AFP

Tuesday, September 20, 2011

3 murid dikurung ketika UPSR



Oleh Misiah Taib 
misiah@bharian.com.my
2011/09/20

Dilarang ambil peperiksaan kerana bimbang jejas prestasi sekolah 

KUCHING: Tiga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Bintangor di Bintangor, dalam Bahagian Sarikei, tidak dibenarkan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kerana mereka dianggap lemah dan dibimbangi boleh menjejas prestasi keseluruhan sekolah itu.
Ketiga-tiga murid lelaki terbabit, Idie Ganyol, Edward Ujoh Augustine dan Richmend Mangi dikurung di bilik pemulihan sekolah, sementara rakan sekelas lain menduduki peperiksaan berkenaan pada 13 dan 14 September lalu.
Mereka hanya dibenarkan menduduki peperiksaan pada 15 September, iaitu pada hari terakhir UPSR, selepas ibu bapa mereka membuat aduan kepada polis. 

Difahamkan ketiga-tiga murid terbabit dikunci di dalam bilik pemulihan mulai jam 8 pagi hingga tengah hari pada kedua-dua hari berkenaan. Pasukan polis yang tiba di sekolah itu pada 15 September menemui murid terbabit dikurung dalam bilik berkenaan. 

Sementara itu, Ketua Polis Bintangor, Deputi Superintendan (DSP) Mohd Hafifi Mohd Salim, mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada ibu bapa murid terbabit. 

“Kita mendapati ketiga-tiga murid itu dikunci dalam bilik untuk mengelak mereka daripada menduduki peperiksaan kerana pihak sekolah mendakwa murid terbabit lemah dalam pelajaran dan boleh menjejas pencapaian sekolah,” katanya ketika dihubungi semalam. 
Bagaimanapun, beliau menyifatkan kes itu sudah ditutup kerana ibu bapa murid terbabit bersetuju menarik balik laporan polis yang dibuat. 

“Pihak Jabatan Pelajaran juga sudah dimaklumkan. Kami dimaklumkan tindakan akan diambil terhadap guru besar sekolah terbabit,” katanya. 

Mengulas perkembangan sama, Menteri di Pejabat Ketua Menteri, Datin Fatimah Abdullah, kesal dengan tindakan pengurusan sekolah terbabit. 

“Saya belum menerima laporan secara rasmi. Kita serahkan kepada polis untuk menyiasat. Bagaimanapun, kejadian seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana semua murid Tahun Enam berhak menduduki UPSR, tak kira sama ada mereka bijak atau lemah,” katanya. 

Guru besar sekolah itu dan Jabatan Pelajaran Sarawak bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk komen. 

Friday, June 17, 2011

Tiga ditahan kurung, dera pelatih

INILAH asrama pelatih lelaki (kiri) dan perempuan yang didakwa menjadi tempat 13 penagih dadah dikurung dengan kaki mereka dirantai di Kampung Bukit Gasing, Marang semalam.


KUALA TERENGGANU - Polis menahan tiga lelaki termasuk pengurus sebuah pusat rawatan dan pemulihan akhlak penagih dadah bagi membantu siasatan berhubung kes mengurung dan merantai kaki 13 pelatih dalam kejadian di Marang dekat sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, perbuatan itu terbongkar selepas pihaknya menjalankan siasatan sebaik menerima laporan yang dibuat bapa salah seorang mangsa selepas gagal menemui anaknya di situ.
Katanya, sebaik diserbu, pihaknya menemui 11 lelaki berusia di antara 15 dan 36 tahun dikurung dan kaki mereka dirantai di sebuah rumah yang dijadikan asrama untuk penagih dadah di Kampung Bukit Gasing, Marang.
"Kita turut menyelamatkan dua wanita berusia 23 dan 24 tahun yang dikurung di sebuah rumah berasingan di Jalan Bukit Gasing berdekatan dengan asrama lelaki.
"Pemeriksaan awal mendapati kesemua 11 lelaki yang dikurung dan dirantai di rumah tersebut dipercayai turut didera, ditampar dan dirotan," katanya di sini semalam.
Kosmo! Online - Negara

Saturday, January 22, 2011

Keluarga Aceh kurung wanita mental 20 tahun


JAKARTA 21 Jan. - Seorang wanita yang mengalami gangguan mental dikurung dan dirantai selama 20 tahun di dalam sebuah bilik kecil di Aceh oleh keluarganya.
Wanita bernama Butet, 41, telah dikurung sejak 1990, sementara adik lelakinya, Janter turut mengalami penderitaan yang sama selama 15 tahun, kata ibunya, Bungani Boru Saragih Munthe.
Butet, yang tinggal bersama ibu saudaranya sejak kecil membesar sebagai gadis normal, tetapi mula menunjukkan tanda-tanda menderita akibat masalah mental ketika menuntut di sekolah menengah.
Dia berada di bawah tekanan kerana kerana ibu saudaranya sering melayannya dengan teruk, kata ibunya yang dipetik sebagai berkata oleh Tribunenews.com, kelmarin.
Selepas menamatkan persekolahannya, dia tidak mendapat pekerjaan dan berhijrah ke Jakarta untuk mencuba nasibnya.
Bagaimanapun, dia tetap tidak mendapat sebarang pekerjaan, malah masalah mentalnya menjadi semakin teruk dan dia dihantar untuk tinggal bersama keluarganya di Kutacane.
Ibunya berkata bahawa Butet kerap kali mencuri barang-barang milik jirannya dan bertindak ganas.
Selepas laporan dibuat oleh jiran-jirannya, seorang pegawai tentera memaksa bapa Butet, Samsudin Purba untuk mengurungnya.
Dia kemudiannya dikurung di dalam sebuah bilik berukuran empat kali empat meter dibelakang rumahnya.
"Sekurang-kurangnya dengan cara ini saya dapat melihat anak saya mati di depan mata, daripada mereka dibunuh oleh orang di luar sana," kata ibunya ketika ditanya mengapa dia mengurung anaknya. - AGENSI
-utusan

Sunday, October 24, 2010

Dikurung dua anak



Oleh Azmi Md Deros
azmimd@bharian.com.my
2010/10/24

TIONG Peng dikurung sejak tiga bulan lalu di garaj rumah sewa di Taman Intan, Alor Setar.
TIONG Peng dikurung sejak tiga bulan lalu di garaj rumah sewa di Taman Intan, Alor Setar.
Warga tua dibiar hidup daif dalam garaj 

ALOR SETAR: Malang nasib seorang warga emas berusia 66 tahun apabila dua anak kandung sanggup mengurungnya di dalam garaj berjeriji di rumah sewa di Taman Intan, Jalan Datuk Kumbar di sini, selama tiga bulan sehingga diselamatkan polis.
Dua anaknya yang tinggal di Naka, Kuala Nerang dan Pulau Pinang hanya sekali-sekala melawat Lee Tiong Peng yang tidur, makan serta membuang air besar dan kecil di situ. Malah mereka juga mengunci rumah sewa itu.
Ketua Kampung Taman Sri Taman, V Kumar, berkata dia menerima aduan beberapa penduduk taman berkenaan mengenai nasib Tiong Peng kelmarin dan meminta penduduk membuat laporan kepada pihak berkuasa. 

“Saya dimaklumkan seorang penduduk taman ini yang bersimpati dengan Tiong Peng kerana dia dikurung sejak tiga bulan lalu. Dia terpaksa makan, tidur dan buang air kecil dan besar di garaj kerana anak-anaknya mengunci pintu rumah berkenaan. 

“Tindakan mereka sungguh zalim kerana membiarkan bapa mereka tinggal seorang diri di situ. Difahamkan, mereka datang sekali sekala untuk menjenguk bapa mereka,” katanya yang ditemui di sini, semalam. 

Beliau berkata, nasib Tiong Peng agak baik kerana dia menerima bantuan jiran yang memberinya makan dan minum setiap hari. 
Kumar berkata, penduduk taman itu membuat aduan kepadanya kerana tidak tahan bau busuk kerana warga tua berkenaan terpaksa membuang air kecil dan besar di situ.