Pages

Showing posts with label gunung berapi. Show all posts
Showing posts with label gunung berapi. Show all posts

Wednesday, May 15, 2013

Gunung berapi meletus di Mexico



SANTIAGO XALITZINTLA: Gunung berapi Popocatepetl meletus selama beberapa hari menyebabkan pihak berkuasa membuat persiapan untuk memindahkan penduduk ke tempat lebih selamat.

Bagaimanapun, penduduk di situ sudah biasa dengan keadaan terbabit dan masih meneruskan aktiviti harian mereka seperti biasa.
Pusat Pencegahan Bencana Kebangsaan berkata, Popocatepetl bermaksud "gunung berasap" dalam dialek Aztecs melepaskan banyak asap, gas dan debu yang dapat dilihat sejauh tiga kilometer. - AFP

Monday, December 24, 2012

Chile isytihar amaran letupan gunung berapi



SANTIAGO: Chile hari ni mengeluarkan amaran kemungkinan letupan Gunung Berapi Copahue di selatan sempadan Andean dengan Argentina selepas ia berpotensi mengeluarkan ancaman besar.

Pejabat Kecemasan Negara mengeluarkan amaran tetapi tidak mengarahkan sebarang pemindahan membabitkan penduduk kerana tiada bandar berdekatan kawasan berisiko berkenaan.
"Tahap isyarat seismik menunjukkan letupan sedang dalam proses di bahagian kecil tetapi kami tidak mahu menolak kemungkinan aktiviti itu mungkin dalam bentuk letupan besar," kata kenyataan Pejabat Geologi dan Perkhidmatan Perlombongan.

Gunung berapi setinggi 2,965 meter itu terletak di antara sempadan dua negara tetapi kedudukan kawah gunung berkenaan lebih di bahagian Argentina. - AFP

Wednesday, November 21, 2012

Gunung berapi Tongariro meletus



NEW ZEALAND 21 Nov. - Gunung Berapi Tongariro yang terletak di tengah Pulau Utara, New Zealand meletus hari ini, menghamburkan kepulan asap hitam dan abu setinggi dua kilometer ke udara, lapor Jabatan Pemuliharaan.
Letusan itu menyebabkan tahap amaran gunung berapi berkenaan dinaikkan ke paras ‘aktiviti letusan kecil’, sementara kod untuk penerbangan ke tahap merah yang bermaksud ‘letusan boleh berlaku lagi dan abu mungkin dibebaskan ke udara’.
Beberapa media yang memetik sumber-sumber bagaimanapun melaporkan, letusan itu tidak mendatangkan bahaya. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121121/lu_13/Gunung-berapi-Tongariro-meletus#ixzz2CryyPgvx
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Gunung berapi Lokon di Sulawesi Utara meletus dua kali




21 November 2012
JAKARTA - Gunung Lokon di Sulawesi Utara, salah sebuah gunung berapi paling aktif di Indonesia meletus dua kali pada pagi Rabu.
  
Letusan pertama berlaku pada pukul 9.51 pagi dan disusuli letusan kedua beberapa minit kemudian, Ketua Pos Pemantau Gunung Lokon dan Mahawu, Farid Ruskanda Bina memberitahu media tempatan.
  
Letusan yang menyemburkan abu volkanik setinggi 1,200 meter itu memeranjatkan penduduk bandar Tomohon yang berdekatan.
  
Abu volkanik daripada gunung berapi itu diterbangkan ke arah utara mengikut tiupan angin.
  
Pihak kerajaan tempatan Tomohon telah meminta penduduk bandar itu berwaspada dan menghindari daripada menjalankan aktiviti sekitar radius 2.5 km dari kawah Tompaluan, Gunung Lokon. - Bernama

Monday, October 8, 2012

Gunung berapi Lokon di Sulawesi Utara meletus



JAKARTA 8 Okt. - Sebuah gunung berapi di utara Indonesia semalam memuntahkan asap dan abu yang menyebabkan hujan berlumpur di kampung-kampung berdekatan.
Pegawai pengawasan tempatan, Farid Ruskanda Bina berkata, Gunung Lokon di wilayah Sulawesi Utara meletup petang semalam seperti hujan lebat di dalam sebuah kawah.
Katanya bunyi letupan boleh didengar sejauh 5 kilometer tetapi ketinggian letusan tidak dapat dilihat. Ia merupakan letusan kedua Lokon sejak bulan lepas. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121008/lu_12/Gunung-berapi-Lokon-di-Sulawesi-Utara-meletus#ixzz28mGRkfiO
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday, September 20, 2012

8 gunung berapi Indonesia aktif


8 gunung berapi Indonesia aktif
Gunung berapi Gamalama menunjukkan tanda-tanda aktif apabila mengeluarkan debu asap tebal sehingga 1,000 meter ke udara.
JAWA TENGAH - Indonesia kelmarin, meningkatkan tahap amaran selepas satu lagi gunung berapi, Merapi dekat sini menunjukkan tanda-tanda aktif apabila mengeluarkan bunyi deruman sepanjang minggu lalu selepas dua gunung berapi di wilayah timur negara masih meletus dua hari lalu.

"Pada waktu petang, kedengaran bunyi deruman sehingga menggegarkan kawasan daratan," kata penduduk kampung di daerah Boyolali di cerun Merapi.

Penduduk kampung Samiran itu berkata, gunung berapi setinggi 2,968 meter itu turut aktif pada siang hari apabila mengeluarkan debu asap tebal yang memenuhi perkampungan.

Sementara itu, beberapa letupan kecil masih berlaku di Gunung Lokon, Tomohon, utara Sulawesi yang memaksa pihak berkuasa mengekalkan status amaran melibatkan sekatan terhadap semua aktiviti manusia di 2.5 kilometer (km) dari lokasi bencana.

Ketua Pemerhati Pusat Kawalan Gunung Berapi Lokon, Farid Sukendar berkata, gunung berkenaan meletus lewat petang Sabtu, memuntahkan kandungan panas yang menjulang naik sehingga 600 meter selain asap tebal sehingga 1,500 meter ke atmosfera bumi.

"Gunung berapi ini aktif dan oleh itu kami perlu kekal berwaspada kerana ia mungkin meletus dan memuntahkan lahar pada bila-bila masa," kata Farid.

Gunung Soputan di utara Sulawesi yang berkedudukan dalam daerah selatan Minahasa dan Gunung Karangetang di kepulauan Sitaro turut mengeluarkan tanda-tanda pengaktifannya sehingga memaksa pihak berkuasa berwaspada dengan status pasak bumi itu.

"Kini ada tiga gunung berapi di utara Sulawesi yang di dalam status amaran. Penduduk perlu berjaga-jaga," kata Ketua Pejabat Bencana Mitigasi utara Sulawesi (BPBP), Hooke Makarawung yang menambah seramai 110 penduduk di lereng-lereng Karangetang telah dipindahkan dan diberi bekalan bantuan.

Pada masa yang sama, pejabat gunung berapi turut mengeluarkan amaran peningkatan aktiviti Gunung Gamalama di Pulau Ternate dalam wilayah utara Maluku.

Gamalama yang berketinggian 1,715 meter, adalah gunung berapi berbentuk kon yang meletus pada Disember tahun lalu sekali gus memusnahkan lebih 100 kediaman, merosakkan semua tanaman petani dan empat penduduk terbunuh.

Pada awal September ini, gunung berapi Anak Krakatau yang terhasil daripada letusan Krakatau pada 1883 di Selat Sunda turut menunjukkan tanda-tanda aktif. -Jakarta Globe

Tuesday, September 18, 2012

Dua gunung berapi Indonesia meletus

Jakarta: Dua gunung berapi paling aktif di Indonesia meletus semalam, memaksa pihak berkuasa memberi amaran kepada penduduk dekat kawasan berkenaan berjaga-jaga.

Gunung berapi Lokon di Sulawesi Utara dan Gamalama di Ternate, Maluku Utara mula meletus semalam, lapor Agensi Bantuan Bencana Nasional (BNPB). Lokon memuntahkan abu setinggi 1,500 meter selain lahar manakala Gamalama mengeluarkan abu yang menyelimuti sebuah bandar berdekatan.
Lokon yang terletak di daerah Tomohon meletus pada 7 malam kelmarin, kata jurucakap BNPB, Sutopo Purwo Nugroho.

Letusan Lokon

Letusan itu memecahkan tingkap sebuah pos pemantauan dekat situ, katanya.
BNBP sudah memberi amaran kepada pentadbir tempatan untuk mengambil langkah berjaga-jaga termasuk penduduk setempat, katanya lagi.
Penduduk tidak perlu dipindahkan buat masa ini tetapi mereka tidak boleh dekati kawasan lima kilometer dari gunung berapi, kata Sutopo.

BNPB juga meminta pentadbir Tomohon memberi maklumat terkini kepada penduduk.

Abu lonjak ke udara

Sementara itu, letusan Gamalama menyaksikan abu melonjak ke udara selama 15 minit pada jam 11 malam sebelum angin membawanya ke ibu kota Maluku Utara, Ternate.

Abu Gamalama menyelimuti kota itu dan mengurangkan jarak penglihatan kepada 50 meter, kata Sutopo.

Katanya, anggota pejabat BNPB di situ sudah mengunjungi kawasan berkenaan dan membentuk empat pusat bantuan bagi membantu penduduk jika letusan lebih besar berlaku.

Di sini juga kami belum dapati ada keperluan memindahkan penduduk. Tetapi, kami akan terus berjaga-jaga, katanya lagi.

Lokon sudah beberapa kali meletus. Kali terakhir ia meletus pada Julai 2011 yang memaksa lebih 5,200 penduduk dipindahkan.

Ia memuntahkan abu setinggi 3,500 meter. Pada 1991, letusannya menyebabkan seorang pelancong Switzerland maut.
Agensi

Wednesday, August 8, 2012

Gunung berapi New Zealand meletus




BEBERAPA buah rumah di sebuah ladang dilitupi debu yang dihamburkan daripada gunung berapi Tongariro, New Zealand semalam.


WELLINGTON - Gunung Tongariro di sebuah taman negara New Zealand semalam meletus buat kali kedua dalam tempoh lebih sedekad lalu.
Beberapa penerbangan terpaksa dibatalkan selepas gunung tersebut menghamburkan debu tebal.
Kelmarin, gunung tersebut hanya menghamburkan batu dan debu selama 30 minit.
Sejumlah penduduk meninggalkan rumah bagi menyelamatkan diri.
Jabatan Pemuliharaan semalam menyatakan tiga pendaki yang tinggal di sebuah pondok berjaya menyelamatkan diri keluar dari kawasan gunung tersebut dengan selamat. - Agensi

Monday, March 19, 2012

Gunung berapi, ribut solar dianggap bakal ancam Britain

LONDON: Britain menamakan gunung berapi dan ribut solar sebagai satu daripada ancaman keselamatan terhadap negara itu.
Menurut Daftar Risiko Kebangsaan edisi terbaru, ancaman utama tertinggi bagi Britain adalah wabak influenza, banjir pesisir pantai, serangan pengganas dan letusan gunung berapi di negara seperti Iceland.

Kerajaan turut memasukkan risiko “cuaca angkasa melampau” sebagai satu ancaman terbaru yang mungkin menjejaskan sistem komunikasi, litar elektronik dan grid tenaga.

Ribut solar - sejenis gangguan tenaga magnetik dan partikel bercas - adalah satu daripada putaran normal tahunan matahari dan dijangka mencapai puncaknya tahun depan.

Minggu lalu, ribut solar terbesar sejak 2004 berlaku tanpa gangguan besar. - AP
myMetro | Gunung berapi, ribut solar dianggap bakal ancam Britain

Monday, January 16, 2012

Indonesia pantau 25 gunung berapi

PADANG: Dua puluh lima gunung berapa di Indonesia menunjukkan aktiviti tidak normal atau diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga atau status pemantauan, kata pembantu khas presiden, Andi Arief, kelmarin.

“Menurut data rasmi, 25 gunung berapi diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga atau status pemantauan dan ia perlu diberi keutamaan merujuk kepada pelan mengurangkan bencana pada peringkat daerah atau bandar raya,” katanya dalam satu bengkel kerja mengenai peranan wartawan dalam pengurusan bencana.
Beliau berkata, di Sumatera Barat dua gunung berapi perlu dipantau rapi iaitu Merapi dan Talang kerana masih dalam status berjaga-jaga.
Gunung berapi Merapi terletak di daerah Agam dan Tanahdatar serta setinggi 2,891 meter di atas paras laut dan gunung berapi Talang setinggi 2,597 di atas paras laut di daerah Solok terletak kira-kira 40 kilometer dari Padang.

Selain dua gunung berapa itu, kerajaan dan agensi pengurusan bencana daerah turut memberikan perhatian kepada Gunung Papandayan di Jawa Barat, Gunung Karangetan dan Lokon di Sumatera Utara, Gunung Ijen di Jawa Timur, Gunung Gamalama di Maluku Utara, Gunung Krakatau di Banten dan Lampung serta Gunung Lewoloto Nusa Tenggara Timur.

“Tidak mustahil semua gunung berapi itu yang kini masih normal boleh berubah menjadi tidak normal disebabkan gempa bumi yang berlaku untuk mencetuskan magma dalam gunung untuk meningkatkan aktiviti mereka, jadi, penduduk perlu sentiasa bersedia dan berjaga-jaga,” katanya.

Andi berkata, gempa bumi dengan kekuatan di bawah 5.0 boleh mencetuskan magma dalam gunung berapi meningkat dan penduduk bukan sekadar perlu berjaga-jaga dengan gegaran besar tetapi juga gempa bumi berukuran kecil.
Gempa bumi berukuran 4.4 seperti yang berlaku di Singkawang, Kalimantan Barat adalah salah satu contoh, yang menyaksikan penduduk tidak meramalkan ia berlaku di situ, katanya.

“Gempa bumi berukuran kecil kini dikaji oleh penyelidik bagi meminimumkan kerosakan jika letusan berlaku dalam negara kerana banyak gunung berapi di Indonesia,” katanya. – Agensi </div>

Tuesday, October 11, 2011

6 gunung berapi diawasi

INDONESIA: Walaupun terdapat tanda-tanda letusan di enam gunung berapi di seluruh negara, Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan berkata, penduduk tidak perlu dipindahkan sekarang.
Jurucakap Agensi, Sutopo Purwo Nugroho berkata semalam, kesemua gunung berapi itu diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.
Gunung Tambora di barat Nusa Tenggara, Anak Ranakan di timur Nusa Tenggara. Gunung Papandayan di barat Jawa, Karangetang dan Lokon di utara Sulawesi dan Anak Krakatau di Selat Sunda.

“Kesemua gunung berapi ini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga tahap tiga,” katanya.
“Ini bermakna sekitar gunung berapi ini ada menunjukkan tanda-tanda akan meletus,” katanya kepada Jakarta Post, semalam.

Monday, August 15, 2011

Gunung Soputan di Sulawesi Utara meletup

JAKARTA: Gunung Soputan di Minahasa, di Sulawesi Utara mengeluarkan gumpalan asap, pagi semalam hingga satu kilometer tinggi.
Letupan gunung berapi itu menarik perhatian penduduk daerah Tompaso di Minahasa yang dapat melihatnya dengan jelas dari kawasan itu.

“Saya terkejut dan cemas melihat letupan itu yang berlaku kira-kira jam 10 pagi. Ia letupan yang besar; asap dan debu yang dihamburkan ke udara cukup tinggi; hampir sama dengan letupan gunung berapi beberapa bulan lalu,” kata penduduk, Riko Tamunu, 24.-hmetro

Tuesday, July 19, 2011

Gunung Lokon meletup dua kali semalam


JAKARTA: Gunung berapi Lokon di Sulawesi meletup sebanyak dua kali, semalam susulan daripada letupan terbesarnya kelmarin, kata ahli volkanologi kerajaan, menyebabkan penduduk kekal berlindung di pusat perlindungan sementara.
“Dua letupan itu berlaku selang 10 minit menghamburkan debu dan asap hingga 600 meter ke udara,” kata Freddy Korompis dari pos kawalan.
Gunung Lokon setinggi 1,580 meter itu mengalami letupan paling besar Ahad lalu apabila asap tebal dan debu dihamburkan setinggi 3,500 meter ke udara. - AFP
myMetro | Gunung Lokon meletup dua kali semalam

Friday, June 17, 2011

Debu gunung berapi di Chile punca gerhana bulan jadi merah


LONDON: Orang ramai berpeluang menyaksikan gerhana bulan yang menarik malam tadi apabila debu dari gunung berapi di Chile mengubahnya menjadi berwarna kemerahan.
Saintis berkata fenomena khusus - dikenali sebagai gerhana bulan penuh - sering mempamerkan warna tembaga. Namun, tahap warna bergantung pada jumlah debu dan habuk di atmosfera.

Mereka yang gemar merenung bulan bertuah kerana terdapat banyak debu di udara, jadi bulan muncul berwarna jingga atau kemerahan terutama di Asia. Insiden dramatik gerhana bulan penuh paling lama itu sejak 2000 mengubah bulan menjadi kemerahan selama 100 minit ketika gerhana penuh. Namun, rakyat Eropah terlepas peluang untuk melihat peringkat awal gerhana kerana ia muncul sebelum bulan mengambang.
Gerhana itu bermula jam 6.24 petang dan berakhir pada tengah malam tetapi matahari tidak tenggelam di United Kingdom hingga jam 9.19 malam. - DM
myMetro | Debu gunung berapi di Chile punca gerhana bulan jadi merah

Tuesday, June 14, 2011

Penerbangan terjejas lagi dek debu

MALAP: Pemandangan di pusat peranginan San Martin de Los Andes, di kawasan pergunungan Patagonia, Argentina, yang diselubungi debu tebal ekoran letupan gunung berapi di Chile, kelmarin. -- Foto REUTERS


LETUPAN GUNUNG BERAPI CHILE
Khidmat di New Zealand dan Australia dibatal buat hari kedua
WELLINGTON: Awan debu dari gunung berapi di Chile yang meletus menjejas penerbangan di New Zealand dan Australia buat hari kedua semalam.Syarikat penerbangan Australia, Qantas, berkata semua penerbangan dari dan ke pulau selatan Tasmania serta New Zealand telah dibatalkan.Tiga penerbangan Qantas ke Buenos Aires di Argentina dan Los Angeles di Amerika Syarikat juga dibatalkan.Namun, semua penerbangan dari dan ke Melbourne, Australia, disambung semula semalam.Sebanyak 110 penerbangan Qantas dibatalkan kelmarin dan semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya 20,000 penumpang terkandas.Lagi 12,000 penumpang penerbangan tambang murah Jetstar turut terjejas ekoran pembatalan serupa.'Ini berdasarkan piawaian keselamatan kami. Menjadi dasar syarikat Qantas bahawa kami tidak akan beroperasi jika ada awan debu,' kata jurucakap Qantas, Cik Olivia Wirth.Semalam, syarikat penerbangan Virgin Australia berkata selamat untuk menyambung penerbangan ke Melbourne, Tasmania dan New Zealand, sambil menarik perhatian pesawatnya akan memesongkan laluan penerbangan atau mengalihkan ketinggian penerbangannya bagi memastikan pesawat melalui kawasan bebas debu.Negara-negara di Amerika Selatan, seperti Chile, Argentina, Uruguay dan Brazil, tidak dapat meneruskan penerbangan sejak beberapa hari lalu berikutan letusan gunung berapi di Chile itu mulai 4 Jun lalu.Amaran dan gangguan penerbangan itu terjadi 14 bulan selepas penerbangan di seluruh Eropah dihentikan akibat letupan gunung berapi Iceland, Eyjafjallajokull.Apabila gunung berapi tersebut meletus, lebih 100,000 penerbangan terpaksa dibatalkan di benua itu.Penguasa Penerbangan Awam (CAA) New Zealand berkata kepulan debu menyelubungi seluruh ruang udara negara itu semalam dan keadaan itu dijangka kekal sepanjang 24 jam mendatang.Bagaimanapun jurucakap CAA, Encik Bill Sommer, berkata pihaknya percaya adalah selamat bagi pesawat membuat penerbangan di bawah kepulan awan debu itu.Namun, keputusan membatalkan atau tidak penerbangan terletak pada syarikat penerbangan sendiri.Syarikat penerbangan Air New Zealand berkata ia telah meneruskan 473 penerbangan kelmarin dan membawa lebih 26,500 penumpang, selepas membuat penyesuaian pada laluan penerbangan.'Memang lebih mudah membatalkan saja penerbangan, tetapi kami telah berusaha keras untuk mengubah laluan penerbangan bagi membawa penumpang kami selamat ke destinasi mereka,' kata juruterbang Air New Zealand, Kapten David Morgan.Menurut beliau, laluan alternatif itu bermakna pesawatnya terpaksa menggunakan 10 peratus lebih banyak minyak. -- AP, Reuters.Cyberita Online Luar Negara

Monday, June 13, 2011

Awan debu Chile sampai New Zealand





AWAN debu daripada letusan gunung berapi di Chile dapat dilihat dari pusat peranginan San Martin de Los Andes di Patagonia, Argentina.
AWAN debu daripada letusan gunung berapi di Chile dapat dilihat dari pusat peranginan San Martin de Los Andes di Patagonia, Argentina.



Banyak jadual penerbangan terpaksa dibatalkan

WELLINGTON: Beberapa penerbangan keluar masuk New Zealand terpaksa dibatalkan semalam selepas awan debu daripada gunung berapi yang meletus di Chile merebak ke ruang udara negara itu.


Penerbangan nasional Australia, Qantas Airways, berkata pihaknya membatalkan 22 penerbangan keluar masuk New Zealand dan pulau Tasmania di Australia selain lapan penerbangan dalam pulau selatan New Zealand berikutan debu daripada gunung berapi Cordon Caulle, Chile.
Pesawat tambang murah Australia Jetstar berkata pihaknya membatalkan penerbangan domestik ke lapangan terbang di pulau selatan.

Pesawat nasional Air New Zealand tidak membatalkan atau menangguhkan sebarang penerbangan tetapi mengalihkan laluan penerbangan dan ketinggian bagi memastikan penerbangan melalui kawasan yang bebas debu, kata jurucakap syarikat Tracy Mills.

Pergerakan awan berdebu boleh merosakkan enjin pesawat dengan teruknya.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam New Zealand berkata kepulan debu boleh menjejaskan tahap perjalanan bagi jet dan pesawat tur-boprop antara 6,000 dan 10,000 meter ketinggian.
Agensi itu berkata debu mungkin menjejaskan penerbangan untuk minggu depan.
Penerbangan di Amerika Selatan seperti di Chile, Argentina, Uruguay dan Brazil tidak dapat meneruskan penerbangan sejak beberapa hari berikutan letusan itu yang bermula pada 4 Jun.

Amaran dan gangguan penerbangan itu terjadi 14 bulan selepas penerbangan di seluruh Eropah dihentikan selepas letupan gunung berapi Iceland, Eyjafjallajokull.

Ramalan kaji cuaca persendirian WeatherWatch.co.nz berkata semalam debu dari gunung berapi itu bergerak mengikut putaran jam di kelilingi Antartika di ketinggian yang sangat tinggi. – AP
Berita Harian Online | Awan debu Chile sampai New Zealand

Wednesday, June 8, 2011

Letusan debu gunung berapi dirakam dari angkasa lepas


BEBERAPA cahaya kilat muncul di kawasan gunung berapi Puyehue-Cordon Caulle di Chile.


SANTIAGO - Imej kepulan debu yang dikeluarkan gunung berapi Puyehue-Cordon Caulle di Chile pada Sabtu lalu dapat dilihat dari angkasa lepas.
Kepulan debu itu dirakamkan menerusi satelit Aqua sejurus selepas ia meletus buat kali pertama sejak 1960. Pada 1960, gunung itu meletus akibat gempa bumi kuat berukuran 9.5 Richter di Chile.
Sementara itu, gambar kilat di sekitar gunung itu kelmarin juga dapat dirakamkan oleh jurugambar agensi AgenciaUno yang disiarkan agensi berita AP semalam.
Letusan itu yang masih berterusan kelmarin menyebabkan 4,000 penduduk dipindahkan dari kawasan berdekatan gunung tersebut. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Monday, June 6, 2011

Debu gunung Chile tiba di Argentina

3,500 penduduk kawasan sekitar dipindahkan akibat letusan gunung berapi Puyehue

SANTIAGO: Sebuah gunung berapi yang ‘tidur’ selama berdekad lamanya meletus di selatan-tengah Chile kelmarin, memuntahkan debu sehingga mencapai 10 kilometer ke udara hingga sampai ke Argentina dan menyebabkan beribu-ribu penduduk dipindahkan.

Angin turut meniup debu itu ke arah Argentina, menyebabkan langit gelap di bandar peranginan ski San Carlos de Bariloche, kata pegawai kerajaan negara terbabit, dan memaksa lapangan terbang bandar itu ditutup.

Letusan rangkaian gunung berapi Puyehue 920 kilometer selatan Santiago, menyebabkan Chile menutup laluan sempadan sibuk ke Argentina.
Tidak jelas mana satu antara empat rangkaian gunung berapi itu meletus kerana liputan debu dan keadaan cuaca. Kali terakhir ia meletup ialah pada 1960. Media tempatan melaporkan, bau sulfur yang kuat dapat dihidu dan aktiviti gegaran juga kerap berlaku.

“Gunung berapi Puyehue berada dalam proses ledakan dan letupannya memuntahkan asap setinggi 10 kilometer,” kata pejabat kecemasan negeri ONEMI.

“Kami cuba menyekat kenderaan dan meminta pemandu tidak keluar rumah, tutup pintu dan tingkap bagi mengelak terkena debu,” kata Setiausaha Komunikasi, Carlos Hidalgo. Kerajaan Chile memindahkan 3,500 penduduk dari kawasan sekitar sebagai langkah berjaga-jaga.

Asap debu dari Chaiten memenuhi bandar di Argentina dan dapat dilihat dari angkasa lepas. Gunung berapi Llaima, satu daripada yang paling aktif di Amerika Selatan, meletus pada 2008 dan 2009. – Reuters
Berita Harian Online | Debu gunung Chile tiba di Argentina

Thursday, May 26, 2011

Gunung berapi berhenti meletus


PEKERJA penyelamat memindahkan  biri-biri dari Kampung Kirkjubaejarklaustur, dekat gunung berapi Grimstovn, semalam.
PEKERJA penyelamat memindahkan biri-biri dari Kampung Kirkjubaejarklaustur, dekat gunung berapi Grimstovn, semalam.

Jerman tutup dua lapangan terbang akibat debu

BERLIN: Kepulan awan debu akibat letusan gunung berapi Grimsvotn di Iceland, merebak ke utara Jerman semalam menyebabkan beberapa lapangan terbang dari Hamburg ke Berlin terpaksa ditutup ketika laporan terbaru menyatakan gunung itu mula berhenti meletus.
Awan debu akibat letusan gunung berapi ini yang kedua dari Iceland, kurang setahun selepas letusan gunung berapi Eyjafjallajökull menjejaskan laluan udara Eropah. Pengawal lalu lintas udara berkata, kira-kira 700 penerbangan dibatalkan di seluruh Jerman semalam.
Bagaimanapun, pakar geologi di Iceland berkata aktiviti gunung berapi itu dilihat sudah berakhir sekurang-kurangnya untuk sementara waktu, manakala kepulan debu juga semakin berkurangan.

“Tiada lagi aktiviti gunung berapi Grimsvotn, sejak jam 2 pagi waktu tempatan. Bagaimanapun, terlalu awal untuk menyatakan ia sudah berakhir sepenuhnya,” kata penyelidik di pejabat Meteorologi Iceland, Sigthrudur Armannsdottir.

Gangguan lalu lintas udara di Jerman tidak menjejaskan Frankfurt dan Munich semalam tetapi penerbangan terbesar negara itu Lufthansa menjangka sekurang-kurangnya 150 penerbangan dari bandaraya itu akan dibatalkan.

Di bandaraya kedua terbesar Jerman, Hamburg, tiada pesawat dibenarkan mendarat atau berlepas pada jam 6 pagi, tetapi operasi dijangka pulih semula menjelang tengah hari.
Di Bremen, lalu lintas udara dihentikan sejak jam 5 pagi dan semua penerbangan dibatalkan hingga kira-kira jam 4 petang. Dua lagi lapangan terbang di Berlin, Tegel dan Schoenefeld ditutup pada jam 11 pagi berikutan kebimbangan awan debu mungkin menyebabkan kerosakan enjin. Bagaimanapun pegawai berkata operasi pulih kira-kira jam 2 petang.

Grimsvotn, gunung berapi paling aktif di Iceland mula meletus Sabtu lalu dan memuntahkan awan debu sehingga setinggi kira-kira 20 kilometer ke udara, paling aktif dalam tempoh kira-kira satu abad.

Kira-kira setahun lalu, letusan gunung berapi Eyjafjallajökull, menyebabkan
lebih 100,000 penerbangan terpaksa dibatalkan, menjejaskan lebih lapan juta penumpang dan yang paling dahsyat sejak Perang Dunia Kedua. – AFP Berita Harian Online | Gunung berapi berhenti meletus

Wednesday, May 25, 2011

Debu tebal Grimsvotn akibatkan 500 penerbangan dibatal



Foto
SEBUAH pesawat melalui berhampiran gunung berapi Grimsvotn yang meletus di tenggara Iceland.



Foto
SEORANG pelancong Switzerland berada di sebuah lebuh raya tidak jauh dari zon debu gunung berapi Iceland di Kirkjubaejarklaustur. - Foto Reuters



LONDON: Debu tebal yang tersebar kerana letusan gunung berapi Iceland dijangka memaksa pembatalan sehingga 500 penerbangan komersial di Ireland Utara, Scotland dan bahagian Scandinavia, kata agensi lalu lintas udara Eropah, semalam.

Antara 200 dan 250 penerbangan sudah dibatalkan, kata Brian Flynn, ketua operasi rangkaian di Eurocontrol. Ada lebih 30,000 penerbangan dalam Eropah secara purata setiap hari pada masa ini setiap tahun.
Debu gunung berapi Grimsvotn sudah memaksa Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama memendekkan kunjungannya ke Ireland dan menambah kebimbangan berulangnya gangguan perjalanan besar-besaran di Eropah tahun lalu apabila debu dari gunung berapi Eyjafjalljokull menyebabkan jutaan penumpang terkandas.
Flynn berkata, beliau percaya rancangan Obama menjelajah Eropah terus terjejas dan pihak berkuasa juga tidak menjangka penangguhan penerbangan besar-besaran selepas letusan gunung berapi tahun lalu.

Mereka mengatakan, prosedur itu semakin baik sejak itu dan awan ketika ini tidak dijangka bergerak menghala benua Eropah.

Bagaimanapun, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam British berkata angin kencang di Scotland menjadikannya sukar meramalkan arah tuju debu itu.

British Airways menunda semua penerbangannya pagi semalam di antara London dan Scotland, sementara syarikat penerbangan Belanda KLM dan Easyjet membatalkan penerbangan dari dan ke Scotland serta utara England pada masa sama.
Tiga syarikat penerbangan domestik turut mengumumkan gangguan penerbangan. – AP Berita Harian Online | Debu tebal Grimsvotn akibatkan 500 penerbangan dibatal