Pages

Showing posts with label hotel. Show all posts
Showing posts with label hotel. Show all posts

Wednesday, September 14, 2011

Hotel Lastel untuk si mati


DUA bilik di mana keranda mayat dihantar melalui pintu menerusi sistem penyimpanan automatik.
DUA bilik di mana keranda mayat dihantar melalui pintu menerusi sistem penyimpanan automatik.



SEORANG sami melalui Hotel Lastel yang menempatkan orang mati di Yokohama.
SEORANG sami melalui Hotel Lastel yang
 menempatkan orang mati di Yokohama.
YOKOHAMA: Ia adalah tempat di mana saudara-mara menempatkan anda apabila anda sudah tiada lagi di dunia ini.
Terletak di pinggir bandar Yokohama di Jepun, hotel berkenaan kelihatan seperti hotel penginapan kecil lain di bandar raya itu.

Namun demikian, ia bukan hotel biasa, tetapi hotel untuk orang yang sudah meninggal dunia.

Semua 18 tetamunya adalah mayat yang diletak dalam peti sejuk mayat dengan harga 12,000 yen (RM476) menunggu giliran di salah satu tempat pembakaran mayat di bandar raya itu.

Hisayoshi Teramura memperoleh pendapatan melalui kematian dan kini pasaran untuknya semakin melonjak di tengah-tengah kelembapan ekonomi Jepun.

Menurut rekod kerajaan, pada 2010, kira-kira 1.2 juta orang meninggal dunia, mencatat 0.95 peratus kadar kematian tahunan bagi negara itu berbanding kadar purata sedunia iaitu 0.84 peratus.


Kadar kematian tahunan dijangka meningkat kepada 1.66 juta pada 2040 berikutan sejumlah besar generasi dengan kadar kelahiran tinggi negara itu lupus.

Waktu itu, populasi Jepun mungkin menurun pada kira-kira 20 juta orang, kadar kematian yang tidak pernah berlaku dalam sesebuah negara sama ada akibat peperangan atau disebabkan oleh kebuluran.

Namun, walaupun dibelenggu masalah ekonomi di negara itu, rakyat Jepun masih berbelanja besar untuk upacara pengebumian.

Rakyat Jepun masih mebayar secara purata 1.2 juta yen (RM47,731) untuk bunga, bekas abu mayat, keranda dan perbelanjaan lain pengebumian - dua kali ganda yang dibelanjakan rakyat Amerika untuk pengebumian setahun.

Teramura yang mengasaskan syarikat perkuburan Nichiryoku, berkata: “Terdapat permintaan di pasaran.”

Di Yokohama, purata tempoh menunggu untuk tempat membakar mayat lebih empat hari, menyumbang kepada permintaan yang tinggi bagi rumah mayat sementara seperti Lastel.

“Jikalau tidak, mereka perlu menyimpan mayat di rumah yang pastinya tidak cukup ruang,” katanya. - DM

Friday, August 12, 2011

Bekas kapal perang jadi hotel


BENTUK kapal perang Kiev.


BEIJING - Sebuah kapal pengangkut pesawat milik Kesatuan Soviet yang kini sudah dibubarkan dan menjadi sebahagian Rusia, Kiev kini diubah suai menjadi sebuah hotel mewah di China, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut akhbar South China Morning Post, kapal itu yang tidak lagi digunakan untuk berperang dijual kepada sebuah syarikat China pada 1996.
Ia kemudian dijadikan pameran untuk satu taman tema tentera di Tianjin.
Namun, pemilik kapal itu, Taman Pesawat Binhai memutuskan untuk menjadikan ia sebagai sebuah hotel dengan kos ubah suai sebanyak £9.6 juta (RM 46.79 juta).

SEBUAH bilik tidur di dalam bekas kapal perang Kiev.


Harga penginapan masih belum ditetapkan lagi.
Keputusan untuk mengubahsuai itu dibuat kerana China kini memiliki sebuah kapal pengangkut pesawatnya yang pertama sekali gus dapat menarik kehadiran orang ramai untuk menikmati pengalaman tinggal di dalam hotel berkenaan. - Agensi, kosmo

Thursday, May 26, 2011

Hotel pokok di Sweden




SEBUAH kontena yang dijadikan hotel diletakkan di celah-celah pokok dekat bandar Harads, Sweden.


STOCKHOLM - Hotel pokok untuk dihuni oleh orang ramai terdapat di sebuah kawasan hutan dekat bandar Harads, Sweden, lapor sebuah akhbar semalam.
Bilik-bilik hotel itu diletakkan pada ketinggian beberapa meter di celah-celah beberapa pokok dan diberi pelbagai nama sepertiThe Bird's Nest dan The Blue Cone.
Katil dan pelbagai kemudahan lain disediakan dalam kontena yang diubah suai menjadi bilik hotel termasuk tingkap kaca yang besar bagi membolehkan penghuni melihat pemandangan indah hutan.
"Idea hotel itu ialah untuk mencipta sesuatu yang selesa, hotel yang membolehkan orang ramai tinggal dengan harmoni bersama alam semula jadi di atas pokok," kata pencipta hotel tersebut, Kent Lindwall.
Dia mencipta hotel itu bersama dengan isterinya, Britta Jonsson Lindvall pada tahun lalu.
"Setiap bilik direka supaya mempunyai ciri-ciri yang berbeza dan kebanyakan bilik mempunyai dua katil, tempat duduk tetapi tiada televisyen," tambahnya.
Menurutnya, tangga kayu dan tali disediakan bagi membolehkan orang ramai menaiki hotel itu.
Hotel itu dicat dengan bahan yang membolehkan burung melihatnya pada waktu malam bagi mengelak ia dilanggar.
Kadar menginap untuk satu malam di hotel itu ialah AS$633.18 (RM1,937). - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Friday, April 1, 2011

Hotel untuk ayam

LONDON: Seorang lelaki Britain memperoleh pendapatan lumayan hasil daripada idea 'gilanya' membina sebuah hotel khusus untuk ayam.

David Roberts, 31, membuka hotel Avian Inn, yang ‘kalis musang’ dan lengkap dengan kemudahan bagi mereka yang mahu menempatkan ayam peliharaan ketika meninggalkan rumah.

“Ramai penduduk Britain menjadikan ayam sebagai haiwan peliharaan,” katanya yang mengenakan bayaran £2 (RM9.70) bagi seekor ayam untuk satu malam. – Agensi"
Berita Harian Online | Macam-macam: Hotel untuk ayam: "

Thursday, June 10, 2010

Pelaburan RM1 juta dirikan Menara One Hotel membuahkan hasil




WAN SALSABILA menunjukkan Menara One Hotel di Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.


KOTA BHARU- Keyakinan tinggi terhadap industri pelancongan negara menyebabkan seorang usahawan muda, Wan Salsabila Wan Ahmad Shaifuddin, 23, sanggup mengeluarkan pelaburan RM1 juta bagi mendirikan Menara One Hotel di sini.
Pelaburan itu meskipun dilihat sebagai satu cubaan berani bagi seorang yang baru dalam dunia perniagaan, namun beliau tetap berkeyakinan tinggi mampu meraih pulangan setimpal berdasarkan perkembangan ekonomi semasa.
"Menara One Hotel memulakan operasi pada 1 Januari lalu sebagai sebuah hotel bertaraf tiga bintang namun tetap mengekalkan komitmen yang tinggi terhadap keselesaan para pelanggan.
"Bagi tahun pertama operasi, kami menyasarkan pulangan sekitar RM500,000 dan sehingga kini sasaran sudah hampir 40 peratus serta semakin meningkat," katanya ketika ditemui semalam.
Beliau berkata, selepas sebulan beroperasi, prestasi kewangannya bertambah baik dengan sambutan menggalakkan daripada para pelanggan terutama ketika musim cuti persekolahan dan cuti umum.
Jelasnya, pihak pengurusan kini giat menjalankan pelbagai usaha untuk memasarkan hotel tersebut dengan lebih meluas melalui jalinan kerjasama dengan ejen pelancongan dan agensi berkaitan.
"Di sini kami mempunyai 25 buah bilik terdiri daripada tiga jenis berbeza iaitu standard, superior dan duluxe yang berharga antara RM50 hingga RM108 dan semuanya dilengkapi dengan alat penghawa dingin.
"Setiap bilik juga dilengkapi dengan televisyen LCD dan siaran Astro, mandian panas dan sejuk, cerek elektrik, telefon dan kemudahan WiFi," ujarnya.