Pages

Showing posts with label ketagih. Show all posts
Showing posts with label ketagih. Show all posts

Wednesday, September 5, 2012

Isteri minta cerai suami ketagih menjeling



Dubai: Seorang ibu kepada empat orang anak, memfailkan tuntutan cerai di mahkamah keluarga Ras Al Khaimah selepas mengadu tidak tahan dengan sikap suaminya yang suka menjeling dan tersenyum dengan wanita lain.

Pegawai mahkamah Jassim Makki berkata, wanita berusia awal 30-an itu memberitahu, setiap kali mereka pergi membeli belah suaminya seperti ‘ketagih menjeling’ dan asyik memandang semua wanita yang lalu lalang sambil tersenyum kepada mereka. Suami nafi tuduhan
Bagaimanapun, akhbar harian Alittihad melaporkan, suami wanita itu yang namanya tidak didedahkan, menafikan tuduhan berkenaan sebaliknya mendakwa isterinya cemburu.

“Dia menganggap semua wanita yang lalu lalang berhampiran saya akan tertarik kepada saya. Saya rasa dia takut kepada bayang-bayangnya sendiri. Dia juga tidak pernah berhenti mengintip perbualan telefon dan mendengar percakapan saya,” katanya yang dipetik Alittihad.

Alittihad melaporkan, pihak mahkamah kini berusaha memujuk wanita berkenaan menarik balik tuntutan cerai, demi masa depan anak mereka. - Agensi

Monday, March 12, 2012

Budak perempuan ketagih minum petrol

myMetro | Budak perempuan ketagih minum petrol:NEW YORK: Sekiranya menghidu petrol tidak cukup bahaya, temuilah budak perempuan yang meminumnya.
Mengangkat bekas merah minyak itu di depan kamera, budak perempuan bernama Shannon menunjukkan demonstrasi ketagihannya meminum petrol untuk rancangan televisyen TLC My Strange Addiction. 
“Ia mendebarkan pada mulanya dan kemudian ia membakar belakang tekak saya,” kata Shannon menjelaskan tabiatnya meminum bahan itu sehingga 12 sudu teh sehari.

“Walaupun ia menyakitkan, ia buat saya rasa selesa,” katanya sama ada menjilat penutup atau meminumnya terus daripada bekas itu yang dikatakan menjadi kegemarannya.

Ibunya berkata, dia pada mulanya tidak percaya ketika mendengar tabiat anaknya itu tetapi kemudian dia terhidu bau minyak itu pada nafas anak perempuannya.

“Saya ambil penutup dan saya hidu bau yang keluar dari bekas itu,” kata Shannon menunjukkan tabiatnya.

TLC menganggarkan Shannon telah mengambil lebih lima gelen petrol untuk tahun lalu saja.

“Meminum petrol boleh menyebabkan terbakar, muntah, cirit-birit dan jika diambil dalam jumlah besar menyebabkan pening atau kematian,” tulis Jabatan Kesihatan New York. Minyak petrol adalah bahan toksik.

Ketagihan Shannon menghirup petrol timbul beberapa hari selepas seorang lelaki di Carolina Utara mati selepas terminum cecair sama dalam sebiji balang tanpa sengaja. - TS

'via Blog this'

Thursday, June 10, 2010

Budak ketagih rokok lepas nahas




GAMBAR menunjukkan Ya Wen menghisap sebatang rokok walaupun dia baru berumur tiga tahun.


BEIJING - Seorang kanak-kanak perempuan China berusia tiga tahun, Ya Wen ketagih rokok dan minuman keras selepas dia tersedar daripada koma akibat nahas jalan raya, lapor sebuah akhbar semalam.
Ibu budak itu berkata, anaknya bertukar personaliti setelah dia koma selama lima hari akibat cedera parah setelah dilanggar sebuah van di bandar Huizhou, selatan China tahun lalu.
Menurut ibunya, dia terkejut apabila melihat Wen mampu menghabiskan sekotak rokok milik bapanya setiap hari yang dihisapnya di dalam tandas.
"Dia turut suka meminum bir dengan tiga gelas minuman keras itu boleh diminumnya sekali gus," kata ibunya.
Pada asalnya, budak itu mencuri rokok untuk dihisap tetapi dia kini berhutang dengan pemilik sebuah kedai tempatan kerana rokok tersebut disangka untuk bapanya.
Ibunya berkata, anaknya itu akan menangis jika tidak dibelikan pakaian lelaki.
Baru-baru ini, seorang budak lelaki Indonesia, Ardi Rizal yang berusia dua tahun menggemparkan negara itu apabila rakaman video di lamanYouTube di Internet menunjukkan dia ketagih rokok. - Agensi

Sunday, June 6, 2010

Budak 2 tahun merokok dirawat


JAKARTA – Seorang budak dua tahun yang menghisap 40 batang rokok sehari, Ardi Rizal (gambar) kini menerima rawatan untuk menghapuskan ketagihan merokok, kata Pengerusi Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia, Arist Merdeka Sirait semalam.Ardi merokok semasa dia berumur 18 bulan. Imej dia menghisap rokok telah disiarkan di stesen televisyen antarabangsa selepas media tempatan melaporkan berita mengenainya.
Menurut Arist, budak itu kini berada di bawah jagaan pihak suruhanjaya sejak lewat bulan lalu dan sedang menjalani terapi psikologi.
“Kami berusaha untuk mengurangkan jumlah rokok yang dihisapnya dari 40 kepada 20 batang sehari,” katanya.
“Kami membuatkan dia sibuk dengan aktiviti seperti belajar, bermain dan mengikuti trip rekreasi. Namun, adalah sukar untuk mengurangkan ketagihan merokok. Ia mengambil masa,” tambahnya. – dpa
kredit : kosmo.com.my