Pages

Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

Thursday, December 27, 2012

Cerita seorang Hakim

Syeikh Ali Tontowi, Hakim Di Tanah Syam (Syria)
Dalam cerita yang diceritakan oleh Sheikh Ali al-Tantawi ... Sheikh mengatakan:

Aku adalah seorang hakim di tanah Syam, dan suatu malam ketika aku berkumpul bersama kawan-kawanku di salah sebuah rumah mereka, tiba-tiba aku merasakan sesak nafas dan lemas, aku meminta izin untuk pulang awal tetapi mereka meminta aku untuk pulang bersama mereka, aku cuba bertahan tapi aku tidak mampu, lalu aku meminta izin untuk hanya bersia-siar mengambil udara segar.

Ketika aku berjalan bersendirian di dalam kegelapan malam itu tiba aku mendengar suara mendayu-dayu datang dari sebalik bukit, aku pergi melihat dan mendapati seorang wanita menangis dan mengadu kesengsaraan yang beliau hadapi.

Aku mendekati wanita itu dan bertanya :
(Apa yang membuatkan anda menangis, wahai saudari)
Beliau berkata:
(Suami saya adalah seorang lelaki yang kejam dan tidak adil, beliau telah menhalang saya keluar dari rumah dan mengambil anak-anak saya dan beliau telah bersumpah tidak akan membenarkan saya berjumpa dengan mereka walau dalam masa sehari)

Aku berkata kepada wanita itu:
(Mengapa tidak diadukan kepada hakim?)
Airmata wanita itu turun dengan lebat Sambil berkata:
(Bagaimana seorang wanita seperti saya mampu berjumpa dengan hakim?!)

Syeikh terus menangis sambil berkata:
(Sedarkah wanita ini bahawa ketika beliau berkata sebegini Allah telah datangkan sendiri hakim -dirinya syeikh sendiri- kepada beliau)
Maha Suci Pengatur Segala Urusan, yang mengaturkan dirinya untuk keluar dalam kegelapan malam untuk berjumpa dan bertanya sendiri dengan orang-orang yang memerlukan beliau.

Doa apakah yang diungkapkan oleh wanita ini sehingga dimakbulkan oleh Allah sebegini cepat dan dengan cara ini.

Oleh itu bagi mereka yang berasa sengsara kerana masalah dan berfikir dunia telah gelap gelita maka angkatlah tangan anda ke langit dan mohonlah kepada Allah, bagaimana Allah selesaikan masalah itu jangan ditanya, tetapi mohonlah dengan hati yang rendah kepada tuhan yang Maha Mendengar doa si semut hitam, di atas batu hitam, dan di dalam kegelapan malam.

Yakinlah bahawa ada sesuatu yang menunggu anda selepas dari kesabaran itu, sehingga membuatkan anda terlupa akan kesengsaraan yang anda hadapi sebelum ini.


في حكاية يرويها الشيخ علي الطنطاوي... يقول الشيخ:

كنت قاضيا في الشام وحدث إن كنا مجموعة نمضي المساء عند احد الأصدقاء فشعرت بضيق نفس و إختناق شديد
فأستأذنت أصدقائي للرحيل فأصروا أن أتم السهرة معهم ولكني لم أستطع وقلت لهم أريد أن أتمشى لأستنشق هواء نقيا
خرجت منهم مشيا وحدي في الظلام وبينما أنا كذلك إذ سمعت نحيبا وابتهال آت من خلف التلة

نظرت فوجدت امرأة يبدو عليها مظاهر البؤس كانت تبكي بحرقة وتدعو الله
إقتربت منها وقلت لها:
( ما الذي يبكيك يا أختي)
قالت : (إن زوجي رجل قاس وظالم طردني من البيت و أخذ أبنائي و أقسم أن لا أراهم يوما وأنا ليس لي أحد ولامكان أذهب له)
فقلت لها:
(ولماذا لاترفعين أمرك للقاضي؟)
بكت كثيرا وقالت:
(كيف لإمرأة مثلي أن تصل للقاضي؟!!)

يكمل الشيخ وهو يبكي يقول:
{المرأة تقول هذا وهي لاتعلم أن الله قد جر القاضي (يقصد نفسه) من رقبته ليحضره إليها}
سبحان من أمره بالخروج في ظلمة الليل ليقف أمامها بقدميه ويسألها هو بنفسه عن حاجتها
أي دعاء دعته تلك المرأة المسكينه ليستجاب لها بهذه السرعه وبهذه الطريقه
فيامن تشعر بالبؤس وتظن أن الدنيا قد أظلمت فقط ارفع يديك للسماء ولاتقل كيف ستحل
يل تضرع لمن يسمع دبيب النملة

أفنضيق بعد هذا ؟
كونوا على يقين أن هناك شيئاً ينتظركم بعد الصبر

- إن الله لا يبتليك بشي إلا وبه خير لك .. حتى وإن ظننت العكس .. فأرح قلبك

-لَولا البَلاء ˛˛
لكانَ يُوسف مُدلّلا فِي حضن أبِيہ
ولكِنّـھ مَع البلَاء صار.. عَزِيز مِصر

-أفنضيـق بعد هذا ..؟!

كُونوا عَلى يَقينَ ..أنْ هُناكَ شَيئاً يَنتظْرُكمَ بعَد الصَبر .. ليبهركم فيْنسيّكم مَرارَة الألَمْ

Friday, July 6, 2012

DOA Untuk Memagari Dari Gangguan Syaitan


Berikut ialah nasihat dan pedoman untuk memagari rumah dan anak-anak daripada gangguan syaitan seperti yang diajarkan oleh Al-Quran dan As-sunnah.

1. Membaca surah Al-Baqarah di dalam rumah

Rasullullah bersabda:"Janganlah jadikan rumah kamu sebagai kuburan. Sesungguhnya rumah yang dibacakan padanya surah Al-Baqarah tidak akan dimasuki syaitan." (Hadis riwayat Muslim)

2. Membaca Bismillah sebelum masuk dan semasa keluar daripada rumah

3. Membaca ayat kursi kepada anak-anak sebelum tidur



{ اللَّهُ لا إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ وَلا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ }


4. Membaca doa berikut kepada anak, sambil tangan mengusap kepalanya :

اعذك بكلمات الله التامة من كل شيطان وشره

Maksudnya : “Aku mohon perlindungan untuk kamu dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dan semua perbuatan syaitan dan kejahatannya.”

5. Membaca Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas kemudian sapu seluruh badan sebelum tidur

Satu hadith daripada Aishah RA, mengatakan, bahawa apabila Rasulullah صلى الله عليه وسلم berbaring di perbaringan baginda pada malam hari, baginda menyatukan kedua telapak tangan baginda lalu baginda meniup keduanya dan membacakan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Kemudian baginda mengusap tubuh baginda yang mampu diusap dengan kedua tangannya. Baginda mulai dari kepala, wajah, dan bahagian muka tubuhnya. Baginda melakukan hal itu 3 kali.“ (Hadith sahih Bukhari, riwayat Aishah RA)

6. Bersihkan hidung jika terjaga tengah malam

Abu Hurairah RA berkata, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, maksudnya: “Apabila salah seorang di antara kamu terbangun dari mimpinya, hendaklah dia melakukan membersihkan hidungnya tiga kali, kerana syaitan bermalam pada hidungnya.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Disebut dalam Sahih Muslim, diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda (maksudnya): Sesiapa yang membaca 100 kali :

لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير

Dibuat sebagai pelindung dari syaitan pada hari tersebut hingga ke petang.

Tuesday, February 22, 2011

Doa yang boleh diamalkan ke atas anak-anak @ saudara untuk mengelakkan mereka dari melakukan maksiat.


اَللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ، وَطَهِّرْ قَلْبَهُ، وَحَصِّنْ فَرْجَهُ

“Ya Allah, ampunilah dosanya, bersihkan hatinya dan peliharalah kemaluannya”

Kaedah mengamal: Nabi SAW meletakkan tangan Baginda yang mulia di dada pemuda (yang dimaksudkan dalam hadis) dan membaca doa tersebut.

(untuk membaca dengan lebih jelas, copy dan paste di atas Microsoft word dan besarkan font nya)

Thursday, February 17, 2011

Waktu-Waktu Mustajab untuk Berdoa


1.      Ketika hujan.
2.      Hendak memulakan solat dan selepas solat.
3.      Ketika menghadapi musuh dalam peperangan.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah iaitu pada saat bertemu tentera-tentera (berperang), ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turunnya hujan.” (Hadis mursal yang diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab al-Azkar)

4.      Antara azan dan iqamat.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak ditolak doa yang dimohonkan antara azan dan iqamat.” (Riwayat al-Tirmizi)

5.      Ketika iktidal yang akhir dalam solat.
6.      Ketika sujud dalam solat.
7.      Ketika khatam al-Quran (30 juzuk).
8.      Sepanjang malam, terutamanya pada sepertiga yang akhir dan pada waktu sahur.
9.      Sepanjang hari Jumaat.

Kerana mengharapkan bertemu dengan saat ijabah (saat diperkenankan doa) yang terletak antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.

10.  Antara waktu Zuhur dan Asar dan antara Asar dan Maghrib.

Monday, February 7, 2011

Adab Berdoa


1.Ketika berdoa, hendaklah dimulakan dengan memuji Allah. Kemudian diiringi dengan selawat kepada Nabi Muhammad (saw) dan diakhiri dengan kedua-duanya juga.

2.Tekun dan berterusan berdoa serta tidak berputus asa.

3.Berdoa dengan suara yang perlahan atau sederhana antara kuat dengan perlahan. “Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan.” (al-A’raf: 55)

4.Mengakui diri sentiasa berdosa, lalu bertaubat daripadanya dan mengakui nikmat kurniaan Allah serta bersyukur terhadap nikmat pemberian itu.

5.Tidak menggunakan bahasa yang berbelit-belit atau sukar difahami dalam berdoa.

6.Mengulangi doa sebanyak tiga kali.

7.Mengadap Kiblat.

8.Mengangkat kedua-dua tangan ketika berdoa.

9.Berwuduk terlebih dahulu sebelum berdoa.

10.Jika seseorang itu berdoa untuk orang lain, hendaklah dia berdoa untuk dirinya terlebih dahulu.

11.Berdoa dengan bertawassul menggunakan nama Allah yang mulia dan sifat-Nya yang Maha Tinggi atau dengan amal soleh yang dilakukan oleh pendoa itu.

12.Hendaklah pendoa itu memakai pakaian yang bersih, makan makanan dan minuman yang halal.

13.Ketika berdoa, hendaklah membaca syahadah dan meminta ampun terlebih dulu atau beristighfar.

14.Rendah diri, tawaduk, gigih serta bertakwa.

15.Memilih tempat juga waktu yang sesuai dan mustajab.

16.Berdoa dengan doa yang pernah diamalkan oleh Nabi Muhammad s.aw.

17.Berdoa dalam bahasa Arab atau menggunakan bahasa Arab (sebaik-baiknya.) Allah itu Maha Mengetahui

18. Bersungguh-sungguh dalam berdoa dan berasa penuh yakin akan diperkenankan.

19. Berdoa disertai dengan kerendahan hati, khusyuk dengan jiwa yang tulus ikhlas, merendahkan suara di antara berbisik dan nyaring dan diiringi dengan perasaan takut azab Allah dan penuh harapan dengan limpah kurnia-Nya.

20. Tidak berdoa dengan sesuatu yang tidak selayaknya seperti perkara yang tidak munasabah dan mustahil.


Share

Wednesday, February 2, 2011

Doa mengelak daripada sifat malas dan pengecut.


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَالْهَمِّ وَعَذَابِ الْقَبْرِ اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلاَهَا اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لاَ يَنْفَعُ وَمِنْ قَلْبٍ لاَ يَخْشَعُ وَمِنْ نَفْسٍ لاَ تَشْبَعُ وَمِنْ دَعْوَةٍ لاَ يُسْتَجَابُ لَهَا. 

Maksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung diri dengan-Mu daripada kelemahan, kemalasan, sikap pengecut kekikiran, kerunsingan serta seksa azab kubur. Ya Allah ya Tuhanku, selubungilah jiwaku dengan ketaqwaan dan sucikanlah ia, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang dapat menyucikannya kerana Engkaulah pentadbir dan penguasaannya. Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung diri dengan-Mu daripada ilmu yang tidak berguna, daripada hati yang tidak khusyuk, daripada jiwa yang tiada kenal kenyang dan daripada doa yang tidak akan diterima-Nya.” (Riwayat Muslim no. 7081)

(Petikan Doa, Zikir & Doa yang Didengari Allah, Ustaz Hj. Zahazan Mohamed, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.) 

Tuesday, December 21, 2010

Doa mengharap anak / kenalan anda hilang rasa untuk melakukan maksiat.


Letak tangan di dadanya, dan bacalah doa ini: (Jika sukar membaca, copy, 

pastekan di atas microsoft word anda dan besarkan saiz tulisan)

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ، وَطَهِّرْ قَلْبَهُ، وَحَصِّنْ فَرْجَهُ.

Maksudnya:  “Ya Allah, ampunilah dosanya, bersihkan  hatinya dan 

peliharalah kemaluannya”

Riwayat Ahmad no.22265


Doa ini dipetik dari sebuah hadis daripada Abu Umamah r.a, ketika seorang pemuda mendatangi Rasulullah SAW untuk meminta izin berzina. Rasulullah SAW tidak terus memarahi dan melarangnya, namun Baginda SAW memberikan analogi untuk mengugat perasaan lelaki tersebut dengan memberikan soalan:

apakah kamu suka bila perzinaan itu dilakukan terhadap ibumu?”

tentu saja dia menjawab tidak suka, manusia manakah yang mahu ibunya diperlakukan begitu. Lalu Rasulullah bertanya lagi secara berurutan, apakah ia suka bila dilakukan terhadap anak perempuannya, saudara perempuan dan makciknya. Pemuda tersebut kemudian sedar tentang impak buruk zina dalam masyarakat lalu terus bertaubat.

Monday, December 20, 2010

Doa sekiranya ditimpa kesakitan / penyakit


Usman bin Abu Al- ‘Ash As-Saqqafi berkata : “Saya telah pergi bertemu Rasulullah SAW, sedang pada masa itu saya mengalami suatu penyakit yang agak berat, maka Rasulullah SAW bersabda :

“Usapkan tangan kananmu pada tempat yang sakit itu dan jampilah dengan doa ini sebanyak 7 kali.

أعوذُ بِعزّةِ اللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرّ مَا اَجِدُ

Maksudnya: “Dengan nama Allah , aku berlindung dengan kemuliaan Allah dan kekuasaanNya daripada kecelakaan yang aku alami.”

(Hadis riwayat Nasa’i)

Maka aku pun melakukan seperti yang di ajarkan oleh rasulullah itu, lalu Allah Ta’ala menyembuhkan aku.”

Thursday, December 9, 2010

DOA MENDAPAT KETENANGAN HATI DRP kITAB 101 DOA DRP HADIS2 SAHIH TERB TELAGA BIRU

        اللَهُمَّ  إِنِّي  أَسْأَلُكَ  نَـفْسـاً  بِكَ  مُطْمَئِنَّـةً  ،  تُؤْمِنُ  بِلِقَائِكَ،  وَتَرْضَى  بِقَضَـائِكَ ، وَ تَقْنَعُ  بِعَطَائِكَ .
Maksudnya : “Ya   Allah , aku  memohon dariMu jiwa yang tenang , yang beriman  dengan pertemuan denganMu , redha dengan ketentuanMu , dan merasa cukup dengan  pemberianMu” .[1]

Petua Beramal
            Diriwayatkan  oleh Al Hafiz  Ibnu ‘Asakir  dalam tarjamah Rawwahah binti  Abi ‘Amru  Al ‘Auza’ie dari bapanya  berkata  dari  Abu Umamah  bahawa   Rasulullah  s.a.w  mengajar doa di atas kepada  seorang  lelaki.[2]

            Dr Aid Al-Qarni menjelaskan ketenangan dalam ayat yang bermaksud :“Mengingati Allah s.w.t merupakan sumber ketenangan, taman syurganNya semasa di dunia lagi.Sesiapa yang gagal memasukinya akan gagal juga untuk memasukinya di akhirat kelak.Mengingati Allah mampu menjadikan hati itu selamat dari kegelisahannya dan keluh kesah.Cubalah mengingati Allah, untuk memperolehi penawar bagi problem hati”.[3]       
Di samping menjinakkan diri kita dengan program-program yang diredhai Allah yang menjadikan kita akrab kepadaNya, amalkanlah membaca  doa  di atas , dengan  harapan  semoga  Allah  dengan rahmatNya  memasukkan  kita  ke dalam  golongan  hamba-hambaNya  yang beriman yang menikmati ketenangan hati seperti yang  disebut  pada  akhir  surah  Al-Fajr .
[1] Tafsir Ibnu Kathir jilid 4 muka surat 65  , Al -Alusi  jilid  16 muka surat 238

[2] Tafsir Ibnu Kathir jilid 4 muka surat 65  , Al -Alusi  jilid  16 muka surat 238

[3] Lihat Kitab La Tahzan , Bab Ala BizikrilLahi Tatma`innul Qulub, karangan Dr Aid Abdullah Al-Qarni.

Kelebihan Beriltizam Dengan Ibadah Sunat

Adalah hamba Ku sentiasa mendekati Ku dengan ibadah sunat hingga Aku mencintainya. Bila Aku mencintainya, Aku akan jadi pendengarannya yang dengannya dia mendengar, dan penglihatannya yang dengannya dia melihat dan tangannya yang dengannya dia memegang, dan kakinya yang dengannya dia melangkah, dan jika dia meminta Ku nescaya akan Ku berikan kepadanya, dan jika dia meminta perlindungan Ku, akan Ku lindunginya (HR al-Bukhari)

Antara ibadah nafilah iaitu solat-solat sunat. Ibadah sunat perlu dilakukan dengan komited untuk menampung kekurangan dalam ibadah fardhu. Solat sunat dhuha boleh menyebabkan rezeki datang mencurah-curah
Doa Yang Tidak Diperkenankan Allah

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda : “Hai
manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu
melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada
orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul.
Firman-Nya : “Wahai para rasul, Makanlah makanan yang baik-baik (halal)
dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang
kamu kerjakan”. (Surah al-Mukminun : Ayat 51). “Wahai orang-orang yang
beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan
kepadamu…” (Surah al-Baqarah : Ayat 172). Kemudian Nabi SAW menceritakan
tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya
perjalanan yang ditempuhnya sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu.
Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa : “Wahai Tuhanku! Wahai
Tuhanku!”. Padahal makanannya dari barang yang haram, minumannya dari
yang haram, pakaiannya dari yang haram dan dia diasuh dengan makanan
yang haram. Maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya”. (Hadis
Riwayat Muslim)

Friday, November 26, 2010

Doa Untuk Mendapatkan Kebahagiaan drp Kitab 101 Doa drp Hadis2 Sahih


اَللَّــهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ ، وَ ابْنُ عَبْدِكَ ، وَ وَ ابْنُ أَمَتِكَ ، نَاصِيَتِي بِيَدِكَ ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ ، أَوْ أنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَداً مِنْ خَلْقِكَ  ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ اْلغَيْبِ عِنْدَكَ  ، أنْ تَجْعَلَ القُرْآنَ  رَبِيعَ قَلْبِي،وَ نُوْرَ صَدْرِي  ، وَجَلاءَ حُزْنِي ، وَذَهَابَ هَمِّي
Maksudnya : “Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (lelaki) dan anak hambaMu (perempuan) . Ubun-ubunku dalam gengamanMu, hukumanMu berlalu kepadaku, Qada’ ( keputusan ) Mu kepadaku adalah adil, aku mohon kepadamu dengan setiap nama yang telah engkau berikan untuk diriMu, atau yang Engkau turunkan dalam kitabMu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang engkau simpankan dalam perbendaharan ghaib dari ilmuMu, agar Engkau jadikan al-Quran sebagai penyejuk hatiku , cahaya dadaku, pelenyap dukaku dan penghilang kesedihanku”. (HR Ahmad  no 452  , Ibn Hibban no 2372 )
Petua Beramal
Sesiapa ditimpa perasaan sedih dan duka , maka hendaklah dia berdoa dengan apa yang dianjurkan oleh Nabi saw ini . Tatkala Nabi saw selesai mengajar doa ini , seorang sahabat bertanya kepada baginda saw : Wahai RasululLah , orang yang lemah adalah orang yang meninggalkan doa ini ? Jawab baginda saw Ya ! sebab itu bacalah olehmu doa ini dan ajarkanlah ia . Sesiapa yang yang membacanya menurut apa yang tersebut itu nescaya Allah swt akan menghilangkan dukacitanya dan menjadikannya bahagia . ( lihat kitab Al-Azkar , bab doa apabila ditimpa dukacita )

Doa mengelak dari menjadi pelupa


Ustaz Zahazan Mohamed 


Doa mengelak dari menjadi pelupa

اللَّهُمَّ زِدْنَا وَلَا تَنْقُصْنَا، وَأَكْرِمْنَا وَلا تُهِنَّا، وَأَعْطِنَا وَلَا تَحْرِمْنَا، وَآثِرْنَا وَلا تُؤْثِرْ عَلَيْنَا، وَأَرْضِنَا

Maksudnya: “Ya Allah, tambahkanlah buat kami jangan Engkau kurangkan, muliakanlah kami jangan dihina, berilah buat kami jangan ditahannya, danpilihlah kami jangan Engkau biarkan, dan redhailah kami dan redhailah pula semua usaha kami.” (Riwayat Ahmad no. 224)

Amalan: Menurut al-Tirmizi, al-Nasa’i dan al-Hakim, doa ini dibaca oleh Nabi s.a.w. sebaik sahaja selesai menerima wahyu. Oleh sebab itu, kita digalakkan membaca doa ini semasa memperoleh ilmu agar dikurniakan keberkatan apa yang dipelajari menyebabkan semuanya itu terus tersemat dalam minda dan dijauhi penyakit lupa.

Dipetik daripada Zikir, Doa dan Wirid di Tanah Suci, Ustaz Zahazan Mohamed, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.

Sunday, November 14, 2010

11 JENIS DI DOA MALAIKAT..

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman . Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan." </span><span>

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, dimana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagai mana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9 . Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu'alam.Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah.

Peringatan. Solat itu wajib, jgn biarkan diri dimamah usia dengan kekosongan rohani. Isikanlah dengan zat-zat yang berguna. Sebaik-baik rumah adalah Syurga. Sewanya dibayar dengan solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah. Seburuk-buruk tempat adalah neraka. Hindarkanlah dengan solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah. Kubur yang luas kerana solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah. Kubur yang sempit kerana tidak solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah. Lakukan sebaik mungkin yang wajib, insyaalah yang sunat pun akan berkat. Amin.
Share

Friday, November 12, 2010

Doa Agar Suami dan Isteri Saling Mengasihi

اللَّهُمَّ حَبِّبْ عَبْدَكَ هَذَا إِلَى عِبَادِكَ الْمُؤْمِنِينَ وَحَبِّبْ إِلَيَّ الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya: “Ya Allah jadikanlah hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku.” (Riwayat Muslim no. 2491)

Amalan
Dalam hadis sahih riwayat Muslim, Abu Hurairah r.a. telah memohon Nabi s.a.w. agar berdoa kepada Allah s.w.t. agar memberikan hidayah kepada ibunya supaya memeluk Islam. Dengan doa Nabi s.a.w. yang juga menunjukkan mukjizat Baginda, ibu Abu Hurairah r.a. telah memeluk Islam. Kemudian beliau meminta kepada Nabi s.a.w. agar dia dan ibunya dicintai oleh sekalian orang-orang yang beriman. Nabi s.a.w. telah mendoakan untuk mereka dengan doa di atas dengan sedikit penambahan iaitu kalimah “wa ummuha” (dan ibunya) selepas kalimah “abdaka haza”. Hasil doa Nabi s.a.w. ini, setiap orang beriman yang lahir akan melahirkan rasa cinta apabila mendengar tentang Abu Hurairah. Oleh sebab itu, doa ini boleh digunakan oleh pasangan suami isteri untuk mengikat serta menyuburkan rasa kasih sayang sesama mereka.

Dipetik daripada Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari, Zahazan Mohamed, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.

Tuesday, November 9, 2010

Betapa Besarnya Nilai Sebuah DOA


Dalam tidak sedar..
Setiap hari kita memohon di dalam solat kita..
tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami..
sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..
Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..
Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah..

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Diamlah sejenak,
buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah
seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil
Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah
Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,


Warhamni (sayangi aku)
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya
Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima
Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2
berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa’nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa’Aafinii (sihatkan aku)

Wa’fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita
Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..
Sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..
Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu..