Pages

Showing posts with label sunat. Show all posts
Showing posts with label sunat. Show all posts

Saturday, September 10, 2011

Enggan pakai seluar selepas bersunat



YOGYAKARTA - Pelik tapi benar. Itulah kata-kata yang sesuai untuk menggambarkan kejadian yang dialami anak bongsu kepada pasangan suami isteri Puwarji, 40, dan Intarini, 37, yang menetap di Mangkuyudan, Yogyakarta, Jawa Tengah apabila mengetahui anak bongsu mereka telah disunatkan secara misteri.
Lebih menghairankan ibu dan bapa kepada Jayabaya adalah anaknya yang baru berusia empat tahun enggan memakai seluar selepas kejadian pelik itu.
"Saya berasa sangat pelik. Tiba-tiba alat kelamin anak saya yang sebelum ini kelihatan seperti kanak-kanak lain, seperti sudah dikhatankan," katanya.
Purwaji yang dikurniakan empat orang anak, memberitahu kejadian tersebut berlaku pada minggu lalu, selepas solat Jumaat.
Ketika itu, katanya Jayabaya sedang bermain dengan kakaknya di ruang tamu.
"Tiba-tiba anak bongsu saya menjerit kesakitan dan terus membuka seluarnya.
"Mendengar jeritan tersebut, saya mendekati dan melihat keadaannya. Saya tengok alat kelamin Jayabaya seperti sudah dikhatan, sekali gus membuatkan saya berasa sangat hairan," jelasnya.
Kemudian, katanya, dia membawa anaknya ke klinik berhampiran untuk mendapatkan pemeriksaan doktor.
Menurut doktor, Jayabaya berada dalam keadaan sihat dan sudah dikhatankan.
"Doktor juga hairan bagaimana ia boleh berlaku. Beliau kemudian memberi anak saya antibiotik dan ubatan lain," katanya.
Kejadian tersebut kemudiannya tersebar dan menggemparkan penduduk di sekitar kawasan kampung.
Kanak-kanak itu dilaporkan sihat dan sudah boleh bermain seperti biasa.
"Sejak kejadian itu, dia tidak mahu memakai seluar. Mungkin dia berasa pedih apabila alat kelaminnya terkena kain seluar," katanya. - AGENSI

Thursday, December 9, 2010

Kelebihan Beriltizam Dengan Ibadah Sunat

Adalah hamba Ku sentiasa mendekati Ku dengan ibadah sunat hingga Aku mencintainya. Bila Aku mencintainya, Aku akan jadi pendengarannya yang dengannya dia mendengar, dan penglihatannya yang dengannya dia melihat dan tangannya yang dengannya dia memegang, dan kakinya yang dengannya dia melangkah, dan jika dia meminta Ku nescaya akan Ku berikan kepadanya, dan jika dia meminta perlindungan Ku, akan Ku lindunginya (HR al-Bukhari)

Antara ibadah nafilah iaitu solat-solat sunat. Ibadah sunat perlu dilakukan dengan komited untuk menampung kekurangan dalam ibadah fardhu. Solat sunat dhuha boleh menyebabkan rezeki datang mencurah-curah
Doa Yang Tidak Diperkenankan Allah

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda : “Hai
manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu
melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada
orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul.
Firman-Nya : “Wahai para rasul, Makanlah makanan yang baik-baik (halal)
dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang
kamu kerjakan”. (Surah al-Mukminun : Ayat 51). “Wahai orang-orang yang
beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan
kepadamu…” (Surah al-Baqarah : Ayat 172). Kemudian Nabi SAW menceritakan
tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya
perjalanan yang ditempuhnya sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu.
Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa : “Wahai Tuhanku! Wahai
Tuhanku!”. Padahal makanannya dari barang yang haram, minumannya dari
yang haram, pakaiannya dari yang haram dan dia diasuh dengan makanan
yang haram. Maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya”. (Hadis
Riwayat Muslim)