Pages

Showing posts with label Playboy. Show all posts
Showing posts with label Playboy. Show all posts

Thursday, April 12, 2012

Gara-gara si kecil Baloy terlupa sorok Playboy

pix_gal0
Felipe Baloy,

BANDARAYA MEXICO: Pemain pertahanan Santos Laguna, Felipe Baloy, 31, (kanan) gemar bergambar dengan peminat daripada semua peringkat umur walaupun ketika berhenti seketika di sebuah kedai untuk membeli majalah Playboy edisi terbaru. 

Apabila seorang peminat kecil dengan memakai kasut Velcros dan pakaian seragam pasukan Santos mahu bergambar dengan Baloy, pemain antarabangsa Panama itu terus berlutut, tersenyum lalu memeluk si kecil dan terlupa bahawa dia sedang memegang beg plastik berisi majalah Playboy.
Sikap baik Baloy menyebabkan peminat kecilnya gembira dan tersenyum sebaik gambar dirakam, namun apabila gambar itu disiarkan media, pembaca pastinya mengangkat kening apabila terpandang majalah di dalam beg yang dipegangnya.
Baloy, anak keenam daripada tujuh beradik dan membesar di sebuah kawasan sesak Cerro Batea di daerah San Miguelito selepas berpindah dari daerah St Martin.

Pipe mula tertarik dengan sukan bola sepak selepas bermain di jalanan bersama rakannya.

Baloy tamat belajar di sekolah rendah dan menengah tetapi tidak pernah ke universiti selepas memutuskan untuk menjadi pemain bola sepak sepenuh masa.
Beliau juga mempunyai hubungan baik dengan rakannya Blas Perez dan Gabriel Gomez yang menganggotai skuad kebangsaan Panama.
Baloy sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak dan tinggal di Mexico bersama keluarganya.

Kelab Santos kini berada di tempat teratas liga Mexican Clausura dan bermain di Kelab Amerika di Estadio Azteca Sabtu depan. – Agensi

Saturday, June 18, 2011

Bekas tunang pengasas Playboy dedah cerita

LOS ANGELES - Gadis berambut perang yang berusia 25 tahun, Crystal Harris mendedahkan gaya hidup pengasas majalah Playboy, Hugh Hefner sebagai punca mereka putus tunang, lapor sebuah akhbar semalam.
Crystal sepatutnya berkahwin dengan Hefner yang berusia 85 tahun dalam satu majlis perkahwinan pada hari ini jika pertunangan tersebut tidak diputuskan pada Selasa lalu.
Gadis itu membuat pengakuan mengenai punca pertunangannya dengan Hefner putus dalam temu ramah yang disiarkan menerusi program televisyen America's Entertainment Tonight baru-baru ini.
"Saya bukan satu-satunya wanita dalam kehidupan Hefner. Saya tidak berasa selesa dalam hati bahawa saya mengetahui mengenai perkara itu dan akan berkahwin dengannya (Hefner)," kata Crystal.
Hefner memang dikenali sebagai seorang lelaki yang mempunyai ramai teman wanita.
Gadis itu juga menyalahkan tekanan kerana terpaksa menemui peguam-peguam bagi membincangkan perjanjian sebelum perkahwinan berlangsung sebagai punca dia membuat keputusan untuk memutuskan pertunangan dengan Hefner.
"Kami terpaksa berurusan dengan peguam. Saya tidak pernah mempunyai seorang peguam untuk sebarang perkara," katanya.
Di negara-negara Barat, kontrak perjanjian itu penting sebagai persediaan untuk menghadapi perceraian. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Tuesday, April 5, 2011

Tiada perjanjian praperkahwinan pengasas majalah Playboy


HUGH HEFNER dan kekasihnya, Crystal Harris


LOS ANGELES - Pengasas majalah Playboy, Hugh Hefner yang memiliki kekayaan bernilai AS$80 juta (RM242.08 juta) enggan membuat perjanjian praperkahwinan dengan bakal isterinya yang merupakan bekas model majalah bogel tersebut, Crystal Harris, lapor sebuah akhbar semalam.
Hefner yang berusia 84 tahun difahamkan tidak mengambil peduli nasihat orang lain tentang perancangannya untuk mendirikan rumah tangga dengan Harris.
Dia tetap berpendirian bahawa wanita berusia 24 tahun itu menyayangi dirinya tanpa memandang soal harta atau kemewahan.
Pasangan itu bakal melangsungkan perkahwinan pada 18 Jun depan selepas Hefner melamar Harris pada Krismas lalu.
Hefner menghantar komen di laman Twitter beberapa bulan lalu yang berbunyi: "Selepas saya memberi Harris cincin, dia terus menangis. Ini merupakan hujung minggu paling gembira dalam memori saya."
Ketika status perjanjian praperkahwinan mereka tetap diperkatakan, perkahwinan pasangan itu terus menjadi kontroversi.
Bekas teman wanita Hefner, Kendra Wilkinson berkata kepada E!: "Saya belum membuat keputusan untuk datang pada majlis itu atau sebaliknya. Saya tidak bergurau. Saya sebaliknya marah apabila mendengar tentang perkahwinan mereka."
Wilkinson bagaimanapun bertuah selepas Hefner membenarkannya menggunakan rumah agam miliknya untuk majlis perkahwinan bersama bintang bola sepak Amerika, Hank Baskett pada tahun 2009.
Seorang lagi bekas kekasih Hefner, Holly Madison pula lebih kecewa dan melepaskan kemarahannya kepada Harris.
"Dia (Harris) memiliki karakter misteri. Saya telah lihat ramai wanita yang cuba mengenali rapat dengan Hefner. Ada setengah daripada mereka yang bermotif jahat.
"Ramai kenalan yang mengucapkan tahniah kepada Hefner menerusi Twitter. Tetapi, saya ingin berada di sana bagi menyaksikan perkahwinan mereka," jelasnya.- Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Thursday, August 5, 2010

Pengasas Playboy dedah punca bertenaga walaupun tua




HUGH HEFNER bergambar bersama beberapa wanita jelita.


CHICAGO - Pengasas majalah Playboy, Hugh Hefner berterima kasih kepada pil perangsang seks, Viagra kerana memberinya tenaga untuk kekal sebagai kaki perempuan ketika berusia 84 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Hefner yang masih menyimpan beberapa teman wanita di rumah mewah Playboy di sini, Amerika Syarikat (AS) mendedahkan: " Mujurlah ada Viagra, tetapi pengalaman turut membantu."
Pemilik majalah lucah itu yang telah meniduri kira-kira 2,000 wanita turut menjelaskan punca dia mempunyai beberapa kekasih setelah perkahwinannya berakhir.
"Lebih mudah untuk menjaga tujuh kekasih berbanding seorang isteri," katanya dengan nada selamba. - Agensi