Pages

Showing posts with label Militan. Show all posts
Showing posts with label Militan. Show all posts

Sunday, September 2, 2012

Suspek militan, polis maut

JAKARTA: Dua suspek militan dan seorang anggota skuad elit antipengganas Indonesia terbunuh dalam insiden tembak-menembak di Solo, Jawa Tengah, kata pihak berkuasa semalam.
Seorang lagi suspek cedera dan ditahan.

Kejadian kelmarin itu berlaku ketika skuad elit terbabit memburu suspek yang bertanggungjawab dalam pembunuhan seorang polis, pada Khamis.

Jurucakap polis Indonesia, Roy Rafli Amar, berkata mereka menerima maklumat mengenai anggota kumpulan pengganas merancang serangan baru di situ.

“Tiga suspek cuba ditahan di sebuah gerai di Solo, tetapi terpaksa melepaskan tembakan apabila mereka enggan menyerah,” katanya.

Seorang anggota skuad elit itu turut terbunuh terkena tembakan. Kata Roy, polis mempunyai bukti kukuh menunjukkan suspek terbabit dalam tiga serangan pengganas ke atas pasukan keselamatan sebelum ini.


“Siasatan masih dijalankan untuk mengetahui jika mereka ada kaitan dengan Jemaah Anshorut Tauhid,” katanya.

Kumpulan itu ditubuhkan ulama konservatif, Abu Bakar Bashir, dan dianggap sebagai kumpulan pengganas oleh AS. Serangan pengganas di negara paling ramai didiami umat Islam itu akhir-akhir ini dilakukan individu atau kumpulan kecil dengan menyasarkan “musuh” tempatan berbanding warga Barat.

Ia membayangkan kejayaan kerajaan memerangi rangkaian pengganas bawah tanah utama.

Pada masa sama, ia juga menunjukkan kumpulan radikal masih beroperasi di negara itu. Khamis lalu, dua lelaki bermotosikal menyerbu satu pos polis di Solo, membunuh seorang daripada anggotanya sebelum melarikan diri. Beberapa jam sebelum itu, unik antipengganas menyerbu sebuah rumah di Bandung dan menahan pakar komputer, Maman Kurniawan, yang menjadi suspek militan. - AP

Thursday, March 22, 2012

Kematian militan warga Malaysia belum disahkan

pix_gal0
Zulkifli Abdul Hir 

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan laporan berhubung militan warga Malaysia paling dikehendaki Amerika Syarikat (AS), Zulkifli Abdul Hir, yang dikatakan masih hidup walaupun dilaporkan terbunuh dalam serangan udara pihak berkuasa Filipina awal bulan lalu, belum dapat dipastikan kesahihannya.

Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman, Datuk Mohamad Fuzi Harun, berkata pihaknya sebelum ini dimaklumkan pihak berkuasa Filipina bahawa Zulkifli atau turut dikenali sebagai Marwan disahkan terbunuh dalam serangan itu.
Katanya, laporan yang mendakwa Zulkifli masih hidup dibuat oleh pihak lain, tetapi tiada pengesahan mengenai diterima secara rasmi daripada pihak berkuasa Filipina.
“Kita sudah serah semua sampel DNA termasuk yang diperoleh daripada keluarga Zulkifli serta dua lagi rakyat Malaysia dari Sabah yang dikatakan turut terbunuh dalam serangan itu. Proses itu masih berjalan dan sehingga kini belum dapat disahkan,” katanya.

Minggu lalu, agensi berita AFP melaporkan, Timbalan Ketua Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang memetik sumber risikan berkata, pihaknya percaya Zulkifli masih hidup dan dipercayai cedera teruk dan bersembunyi di Pulau Jolo, selatan Filipina.

Monday, March 19, 2012

51 militan, 4 tentera terkorban

myMetro | 51 militan, 4 tentera terkorban: "PESHAWAR: Sekurang-kurangnya 51 militan terbunuh dalam pertempuran dengan anggota keselamatan Pakistan di wilayah bergolak di barat laut negara itu yang turut menyaksikan empat tentera maut, kata pihak berkuasa, semalam.

Pesawat pejuang Pakistan mengebom kawasan pedalaman di sempadan Afghanistan membunuh 26 anggota militan, kata seorang pegawai kanan tentera.


“Jet pejuang Pakistan membunuh 26 anggota militan dan mencederakan 15 yang lain serta memusnahkan tujuh tempat persembunyian di kawasan berbeza di Orakzai dan Kurram,” katanya.

Kebanyakan kawasan di Orakzai di bawah kuasa Taliban dan menjadi sasaran pertempuran antara pasukan keselamatan dengan kumpulan militan. Pegawai itu juga berkata, dalam kejadian berasingan, sekurang-kurangnya 25 anggota militan dan empat tentera terbunuh dalam pertempuran di Bara, bandar bergolak di daerah Khyber.


“Empat anggota tentera maut dan 12 lagi cedera dalam insiden yang turut menyebabkan 25 anggota militan terbunuh,” katanya. Pegawai itu turut menafikan kumpulan militan dari Bara dibunuh ketika dalam tahanan ekoran laporan mengatakan sesetengah mayat tahanan mempunyai kesan kecederaan akibat peluru dan penyeksaan. - AFP"

'via Blog this'

5 suspek militan ditembak mati di Bali

5 suspek militan ditembak mati di Bali - Global - Sinar Harian:JAKARTA - Lima suspek militan ditembak mati oleh polis Indonesia dalam dua serbuan di Bali, semalam.Menurut jurucakap Ketua Polis Nasional, Saud Usman Nasution, kelima-lima suspek yang ditembak mati itu dipercayai mempunyai hubungan dengan Jemaah Islamiah, sebuah kumpulan serantau yang dikaitkan dengan Al-Qaeda.

"Pihak polis percaya mereka merupakan kumpulan kecil Jemaah Islamiah," katanya dipetik agensi berita Reuters.

Menurut ketua unit antikeganasan, pegawai polis telah melakukan serbuan di beberapa lokasi berbeza di sekitar Bali.

Polis turut berjaya merampas senjata api dan peluru yang didakwa mempunyai kaitan dengan pengeboman di Bali pada 2002.

Kejadian pengeboman di Bali  yang telah mengorbankan lebih 200 nyawa itu dipercayai didalangi kumpulan Jemaah Islamiah.

Suspek yang terbunuh semalam turut didapati mempunyai kaitan dengan kumpulan militan yang melakukan rompakan bank di Medan pada 2010.
'via Blog this'

Monday, March 12, 2012

Militan kulit putih ancam Washington

Berita Harian Online | Militan kulit putih ancam Washington:

Foto
ANTARA poster Obama yang diubah mesej di laman Google.
Foto
PENGEBOM Oklahoma, Timothy McVeigh.



Foto
GAMBAR militia Hutaree di laman web anggota kumpulan berkenaan

Obama antara sasaran kerana ketegangan kaum, teori konspirasi, ketidakseimbangan ekonomi AS

CAROLINA UTARA: Bilangan kumpulan antikerajaan dan perkauman terus meningkat di Amerika Syarikat tahun lalu berpunca daripada ketegangan kaum, teori konspirasi dan kemarahan mengenai agihan ekonomi yang tidak sama rata, lapor Pusat Undang-Undang Kemiskinan Selatan (SPLC).

Pertumbuhan paling ketara membabitkan pergerakan ‘Patriot’ kerana anggotanya menganggap kerajaan persekutuan sebagai musuh.
Pergerakan itu tiba di kemuncaknya pada 1996, setahun selepas pelampau berhaluan kanan, Timothy McVeigh meletupkan bom trak di luar bangunan persekutuan Oklahoma menyebabkan 168 orang maut. McVeigh dan seorang yang bersubahat didapati bersalah dan McVeigh dihukum mati.

Namun, bilangan kumpulan ‘Patriot’ yang banyak bergerak di kawasan pedalaman dan ada kalanya dipanggil militia meningkat kepada 1,274 pergerakan pada 2011 daripada 824 pada 2010, menurut laporan SPLC.

Bilangan pertubuhan itu meningkat sejak beberapa tahun lalu selepas ekonomi Amerika meleset dan Presiden Barack Obama, pemimpin kulit hitam pertama Amerika dipilih pada 2008, kata SPLC yang memantau kumpulan pelampau sejak tiga dekad lalu.

Penentangan terhadap bantuan kerajaan kepada bank dan industri pemotoran; dakwaan yang tidak benar bahawa Obama tidak dilahirkan di Amerika dan tidak layak menjadi presiden, menjadi punca orang yang percaya menyertai kumpulan seperti itu. 
Retorik hangat ketika kempen pilihan raya presiden tahun dijangka menarik lebih ramai orang menyertai kumpulan itu, kata Felo Kanan SPLC, Mark Potok yang juga pengarang laporan itu.

“Kempen pilihan raya itu umpama perbuatan menambah petrol kepada api,” katanya.
Menambahkan lagi kebimbangan itu, terbaru seorang lelaki Portland, Christopher Lee Carlson ditahan kerana menghantar surat berisi bahan toksik, mengancam anggota Kongres.

“Pengirim mahu menamatkan amalan parti politik mendapat wang sektor korporat dan pelobi selain mahu Perlembagaan baru dirangka,” lapor agensi berita.

Kumpulan berhaluan kanan amat membenci Obama termasuk kemungkinan beliau dipilih semula bagi penggal kedua dalam pengundian November depan.

SPLC melaporkan, ada 1,018 kumpulan perkauman di Amerika tahun lalu, daripada 1,002 pada 2010. Angka itu meningkat sejak 2000 yang ketika itu mencatat 602 kumpulan.

Potok berkata, sukar untuk menyatakan dengan pasti berapa ramai warga Amerika menjadi anggota kumpulan seperti itu tetapi menganggarkan 200,000 hingga 300,000 orang.

Kebanyakan anggota kumpulan itu tidak melakukan jenayah tetapi ada beberapa kejadian terbaru membabitkan tuduhan pihak berkuasa bahawa mereka merancang melakukan keganasan, kata Potok.

Contohnya, pihak berkuasa menuduh empat anggota sebuah kumpulan militia merancang mendapatkan bahan letupan dan menghasilkan racun toksik ‘ricin’ untuk menyerang pegawai kerajaan.

Di Michigan, tujuh anggota kumpulan militia di Midwest bergelar ‘Hutaree’ sedang dibicarakan atas tuduhan merancang membunuh polis bagi mencetuskan kekacauan lebih besar. – Reuters
'via Blog this'

Wednesday, February 22, 2012

Thai kesan suspek militan keenam


Anggota polis Thai mengawal suspek militan warga Iran, Mohammad Kharzei (tengah) ketika polis melakukan siasatan di rumah sewanya di Bangkok, kelmarin. - AFP


BANGKOK 21 Feb. - Polis Thailand menamakan suspek keenam dalam komplot serangan bom ke atas diplomat Israel dipercayai didalangi rakyat Iran di sini.
Lelaki itu, Norouzi Shaya Ali Akbar, 57, dikehendaki kerana disyaki memiliki dan membuat bahan letupan.
Timbalan Ketua Polis Thailand, Pansiri Prapawat berkata, Norouzi dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) meninggalkan rumah yang disewa suspek-suspek lain.
''Dia dipercayai telah melarikan diri ke Iran,'' katanya yang dipetik oleh AFP.
Tiga suspek lelaki kini berada dalam tahanan di Thailand dan Malaysia, manakala dua lagi iaitu seorang lelaki dan seorang wanita kini dijejaki selepas kejadian letupan di sebuah rumah yang disewa rakyat Iran di sini pada minggu lepas.
Polis membawa seorang suspek, Mohamad Khazaei ke tempat kejadian semalam.
Kejadian letupan pada Selasa lalu menyebabkan kesemua suspek cuba melarikan diri dari Thailand di mana suspek kedua, Saeid Moradi terputus satu daripada kakinya dalam insiden itu.
Mohamad Khazaei ditahan di lapangan terbang antarabangsa di sini, manakala suspek ketiga, Masoud Sedaghat Zadeh ditahan di Kuala Lumpur dan kini menunggu arahan untuk diekstradisi ke Thailand.
Dua lagi suspek adalah seorang wanita Iran, Leila Rohani yang dipercayai sudah pulang ke Iran dan seorang lelaki, Nikkhahfard Javad yang kewarganegaraannya masih belum diketahui.
Polis sedang melihat kemungkinan terdapat kaitan kejadian letupan itu dengan sejumlah pelekat yang memaparkan mesej perkataan yang membingungkan polis iaitu 'Sejeal' dan ditampal di sekitar bandar raya ini. - AGENSI

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Sunday, January 15, 2012

Militan akui rancang serangan di Bangkok

BANGKOK 14 Jan. - Lelaki Lebanon yang ditahan, semalam kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Hizbullah hari ini mengakui, dia merancang untuk melancarkan serangan di Bangkok.
Ketua Polis Bangkok, Priewpan Damapong berkata, komplot itu, bagaimanapun berjaya patahkan selepas pihak berkuasa Thailand dapat menghidu rancangan tersebut.
"Dia (suspek pengganas) mengaku akan melancarkan serangan di beberapa lokasi awam di Bangkok semasa disoal siasat.
"Namun, rancangan itu terpaksa dibatalkan kerana ia dapat dihidu unit keselamatan Thailand," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Pada sidang media itu, polis turut mendedahkan satu lakaran wajah seorang lelaki lain yang dipercayai turut terlibat dalam perancangan untuk melancarkan serangan di ibu negara Thai ini.
Seorang lagi suspek pengganas berjaya melarikan diri dari negara ini.
Thailand hari ini meningkatkan kawalan keselamatan di beberapa lokasi di ibu negara ini termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Kedutaan Israel, Jalan Khao San dan Jalan Sukhumvit Soi 22.
Amerika Syarikat (AS) dan Israel semalam mengeluarkan satu amaran tentang kemungkinan berlaku serangan keganasan di Bangkok. - Agensi
Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Sunday, December 25, 2011

Militan Boko Haram serang tiga bandar, 46 maut

KANO 25 Dis. – Sekurang-kurangnya 46 orang terbunuh dalam beberapa siri serangan yang dipercayai didalangi militan Islam di utara Nigeria, semalam, kata pasukan perubatan.
Serangan yang masuk hari kedua itu yang menyaksikan tiga bandar diserang menggunakan bom dan senjata api, dipercayai perbuatan militan Boko Haram.
Kira-kira 19 mayat dibawa ke rumah mayat hospital Damaturu, manakala 20 lagi di bawa ke hospital Maiduguri. – AFP
Utusan Malaysia Online - Terkini:

'via Blog this'

Friday, August 19, 2011

Tiga militan India ditahan ISA



KUALA LUMPUR – Polis menahan tiga lelaki warga India di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 kerana disyaki terlibat dalam menyalurkan bantuan logistik kepada sebuah kumpulan militan yang terlibat aktiviti keganasan di India.
Ketiga-tiga yang ditahan itu ialah pengusaha restoran, Amarjit Singh Jasvir Singh, 28, seorang guru muzik, Daljit Singh Ajaib Khalsa, 37, dan kontraktor binaan, Kawal Singh Soundh, 39. Mereka ditahan pada pukul 8 pagi 4 Ogos lalu.
Tiga warga asing itu ditahan berasingan di kawasan Sentul dan Ampang.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, tiga warga asing disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Babbar Khalsa International (BKI) yang berpangkalan di India.
“Siasatan mendapati tiga lelaki itu terlibat memberi bantuan logistik kepada operasi kumpulan BKI.
“Tiga warga asing itu bagaimanapun telah diusir ke negara asal mereka pada Selasa lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Sementara itu, satu sumber keselamatan memberitahu Kosmo!, dua daripada tiga lelaki yang ditahan itu dikehendaki polis Punjab kerana bersubahat dengan kumpulan BKI.-kosmo

Monday, June 6, 2011

Militan paling dikehendaki di Pakistan dipercayai mati akibat serangan Amerika

ISLAMABAD: Pihak berkuasa Pakistan hampir pasti satu serangan misil Amerika Syarikat baru-baru ini telah membunuh salah seorang daripada pemimpin Al-Qaeda yang paling dikehendaki. Namun, kurangnya bukti dalam bentuk mayatnya menimbulkan keraguan, kata seorang pegawai keselamatan semalam.

Serangan misil terhadap Ilyas Kashmiri dilakukan sebulan selepas tentera Amerika menyerbu kediaman ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden, dan membunuhnya.Kematian Osama itu diikuti satu gelombang keganasan kumpulan militan di Pakistan, termasuk satu letupan bom awal semalam yang membunuh enam orang di barat laut negara itu.Para pegawai Amerika menyifatkan Kashmiri sebagai ketua operasi ketenteraan Al-Qaeda di Pakistan, dan dia berada dalam senarai lima militan yang paling dikehendaki di Pakistan.Anggota kumpulan militan yang berusia 47 tahun itu disyaki terbabit dalam serangan-serangan di Mumbai, India, pada 2008, serta turut didakwa membunuh ramai rakyat Pakistan.Dia juga menjadi suspek dalam membantu beberapa rancangan menyerang sasaran-sasaran Barat dan dinamakan sebagai defenden dalam kes mahkamah di Amerika berhubung rancangan menyerang akhbar Denmark yang menerbitkan karikatur Nabi Muhammad.Tidak jelas bagaimana Kashmiri dapat dijejaki. Namun, Pakistan dan Amerika baru-baru ini bersetuju menjadikannya sasaran bersama, di samping beberapa pemimpin militan lain.Ini sebagai sebahagian daripada langkah membaiki hubungan tegang kededua negara berikutan serangan tentera khas Amerika ke atas kediaman Osama di Pakistan pada 2 Mei lalu, kata para pegawai.Seorang pegawai keselamatan Pakistan semalam berkata laporan-laporan hujung minggu mengenai kematian Kashmiri adalah '95 peratus sah' kerana pihak berkuasa telah mengesahkannya dengan beberapa sumber.Pihak berkuasa tidak dijangkakan menemui mayatnya untuk mengesahkannya 100 peratus kerana pihak militan biasanya mengebumikan jenazah rakan-rakan mereka dengan segera.Bukti gambar atau sampel DNA mungkin membantu tetapi mengesahkan siapa yang mati dalam serangan udara itu umumnya agak sukar. Ini kerana laporan awal mengenai kematian Kashmiri pada September 2009 ternyata salah. -- AP.Cyberita Online Luar Negara

Friday, April 15, 2011

Perancis kini dalam bahaya diserang militan

PERANCIS LARANG PURDAH DAN BURKA
LONDON: Larangan memakai purdah dan burka di Perancis telah mencetuskan ancaman bahawa negara itu akan diserang oleh anggota kumpulan militan.
Perkhidmatan pemantau pengganasan, Site, melaporkan ancaman itu dibuat di ruang sembang dan forum Internet yang khusus digunakan oleh anggota militan.Berbeza daripada Britain dan Sepanyol, Perancis tidak pernah diserang oleh Al-Qaeda walaupun ia merupakan anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), yang terlibat dalam serangan ke atas Afghanistan.Para pegawai keselamatan Barat melahirkan keprihatinan gesaan dan ancaman yang dibuat anggota militan di ruang sembang dan forum Internet itu akan menggalakkan penyokong mereka melancarkan serangan.Satu satu mesej di forum pengganas berbunyi:'Sarkozy, jangan ganggu saudara perempuan kami atau kami benar-benar akan bertindak.'Salah lagi mesej berbunyi:'Dengan bertindak demikian, Perancis hanya akan membawa kemusnahan kepada diri sendiri.'Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Encik Ekmeleddin Ihsanoglu, berkata tindakan Perancis melarang pemakaian purdah telah membesarkan isu yang hanya menjejas segelintir wanita Islam di Barat.Perancis menjadi negara pertama di Eropah menguatkuasakan undang-undang yang melarang pakaian yang menutup muka termasuk purdah dan burka, Isnin lalu.'Mereka yang memakai burka, terutamanya di Eropah atau negara Barat, adalah minoriti yang sangat kecil dan saya tidak faham mengapa anda meluluskan undang-undang untuk melarangnya,' kata Encik Ihsanoglu kepada wartawan pada forum Amerika Syarikat-Dunia Islam di sini, pada Selasa lalu.Katanya, larangan itu mengalihkan perhatian kepada sebilangan kecil orang dan menjadikannya isu besar.'Saya fikir ini isu kecil dan tidak wajar diberi perhatian sebegitu rupa,' katanya.Pihak berkuasa Perancis menganggarkan hanya 2,000 wanita, berbanding jumlah penduduk Islam kira-kira enam juta orang, memakai purdah atau burka. -- AFP, Reuters, cyberita

Saturday, April 2, 2011

Militan penggal tiga pengawal kenderaan anggota NATO

Berita Harian Online | Militan penggal tiga pengawal kenderaan anggota NATO: "
PESHAWAR: Militan memenggal tiga pengawal keselamatan awal semalam di sebuah terminal trak anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan merosakkan 10 lori tangki di kawasan puak bergolak Pakistan bersempadan Afghanistan.

Pembunuhan itu berlaku di pusat bekalan kenderaan NATO di Landi Kotal, sebuah bandar di daerah puak bergolak Khyber di mana bekalan secara pukal dihantar kepada tentera asing di Afghanistan melaluinya.

“Kami temui tiga mayat pengawal keselamatan dipenggal dari terminal simpanan trak NATO awal Jumaat,” kata pegawai pentadbiran puak Khan Khattak.
“Serangan itu turut merosakkan 10 lori tangki dengan meriam dan senjata kecil namun tiada kebakaran kerana lori terbabit kosong dan kembali dari Afghanistan selepas menghantar bekalan,” kata Khattak.

Pemandu meletakkannya di terminal dalam perjalanan pulang untuk bermalam di hotel berhampiran, katanya.

“Ia kerja militan,” balas Khattak apabila ditanya siapa menjadi dalang di sebalik pembunuhan itu. – AFP"