Pages

Showing posts with label beruang. Show all posts
Showing posts with label beruang. Show all posts

Thursday, August 18, 2011

Beruang kutub serang pelajar kerana sakit gigi

LONDON: Beruang kutub yang membunuh seorang pelajar sekolah Britain menyerang mangsanya kerana mengalami sakit gigi, dedah laporan autopsi haiwan itu, semalam.
Taring beruang itu reput teruk dan urat sarafnya terdedah membuatkan ia berang dan tidak dapat memburu makanan biasanya.

Veterinar, Ytrehus Bjornar berkata: “Keadaan itu menyebabkan haiwan terbabit mengalami kesakitan. Ia mungkin sangat lapar.” Keadaan gigi haiwan itu amat teruk hingga serpihannya tersekat di tengkorak kepala Patrick Flinders, 16, seorang daripada empat yang cedera dalam serangan ke atas remaja Britain yang berkhemah di Svalbard, Norway pada 5 Ogos lalu.

Wednesday, February 9, 2011

Kanak-kanak berenang dekat beruang kutub

Kosmo! Online - Dunia: "


DUA kanak-kanak seolah-olah berada dekat dengan dua ekor beruang kutub di Habitat Beruang Kutub di Cochrane, Kanada baru-baru ini.
DUA kanak-kanak seolah-olah berada dekat dengan dua ekor beruang kutub di Habitat Beruang Kutub di Cochrane, Kanada baru-baru ini.

COCHRANE, Kanada - Kanak-kanak kini dapat berenang beberapa sentimeter dari beruang kutub di sebuah taman haiwan, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebuah cermin lut sinar setebal 25.4 sentimeter didirikan di sebuah kolam renang yang membolehkan kanak-kanak berenang sambil melihat beruang gergasi itu.

Kemudahan itu disediakan di Habitat Beruang Kutub di sini sebagai salah satu cara untuk membangkitkan pengetahuan mengenai haiwan unik yang terdapat di dunia. - Agensi"