Pages

Showing posts with label FOSIL. Show all posts
Showing posts with label FOSIL. Show all posts

Thursday, January 26, 2012

Burung pertama di dunia ada bulu hitam

GAMBAR menunjukkan 
spesimen fosil sayap dinosaur Archaeopteryx.

PARIS - Archaeopteryx yang merupakan seekor dinosaur bersayap dan dipercayai sebagai burung pertama di dunia mempunyai bulu berwarna hitam, menurut satu kajian saintifik yang dilaporkan kelmarin.
Para penyelidik di Amerika Syarikat dan Eropah mengkaji sehelai bulu sayap yang dipulihara pada satu fosil Archaeopteryx yang ditemui dalam kuari batu kapur Jerman pada 1861.
Penemuan itu diperoleh menerusi satu imbasan mikroskop elektron di makmal Carl Zeiss di Jerman.
"Kami pada akhirnya menemui kunci warna asal bulu tersebut yang tersembunyi di dalam batu selama 150 juta tahun lalu," kata seorang biologi evolusi Universiti Brown di Rhode Island, AS. - AFP
Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Wednesday, September 14, 2011

Budak temui fosil berusia 160 juta tahun





TAMAN AIR COTSWOLD, Britain - Seorang budak berusia lima tahun, Emily Baldry menemui fosil cangkerang berusia lebih 160 juta tahun selepas menggali tanah dengan menggunakan sebatang penyodok yang selalu digunakan untuk membina istana pasir, lapor sebuah akhbar semalam.
Emily menemui fosil seberat 57 kilogram itu yang jarang didapati itu di kawasan Taman Air Cotswold di sini dengan bantuan bapanya Jon, 40, pada Mac tahun lalu.
Fosil lengkap berdiameter hampir 40.6 sentimeter itu berasal daripada haiwan moluska yang mempunyai cangkerang yang hidup di lautan.

EMILY BALDRY menemui cangkerang berusia lebih 160 juta tahun di Taman Air Cotswold, Britain pada Mac tahun lalu.


Ia kini disimpan di kediaman keluarga berkenaan di sini setelah ia dipamerkan kepada umum.
Cangkerang itu diberi nama Spike oleh Emily.
Selepas cangkerang itu ditemui, dia menyerahkannya kepada seorang ahli geologi, Neville Hollingworth untuk dibersihkan.
Emily yang kini berusia enam tahun berasa gembira apabila melihat cangkerang itu yang kelihatan berkilat semasa ia dipamerkan di Pusat Penerangan Gateway dekat Cirencester pada Ahad lalu.
Menurut bapa Emily, cangkerang itu akan dibawa pulang ke rumah selepas tempoh ia dipamerkan berakhir. - Agensi

Thursday, December 16, 2010

Peluang saksi fosil telur dinasaur 65 juta tahun



IBRAHIM (tengah) dan Jaafar (kanan) memegang meteor besi seberat 165 kilogram yang dipamerkan pada Pameran Batu-Batuan Pelik, di Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Batu meteor besi seberat 165 kilogram (kg) dan fosil telur dinasaur berusia lebih kurang 65 juta tahun kini boleh dilihat di Pameran Batu-Batuan Pelik bermula hari ini sehingga 16 Januari depan di Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.
Pameran kali kedua anjuran Jabatan Muzium Malaysia itu mempamerkan kira-kira 100 jenis batu istimewa yang terbentuk jutaan tahun dahulu daripada kategori meteor, fosil, ambar dan suevit.
Batu-batuan ini dibawa khas oleh agensi yang terlibat dalam pameran ini seperti Jabatan Mineral dan Geosains, Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia, Galeri Meteor, Galeria Perdana dan The Sculptures dan Muzium Alam Semulajadi.
Ketua Pengarah Jabatan Muzium, Datuk Ibrahim Ismail berkata, pameran kali ini lebih menarik kerana turut mengetengahkan batu-batuan dari angkasa, hutan rimba, bukit bukau, gua dan juga pergunungan

Sunday, August 22, 2010

Haiwan muncul 650 juta tahun lalu



NEW JERSEY - Penemuan fosil binatang di Australia baru-baru ini membuatkan saintis percaya hidupan mula wujud di Bumi sekurang-kurangnya 70 juta tahun lebih awal daripada tarikh yang dijadikan panduan oleh para saintis selama ini. 

Hidupan primitif menyerupai span itu dipercayai hidup di kawasan batu karang sekitar 650 juta tahun dahulu. 

Imej digital hidupan itu menunjukkan saiznya hanya satu sentimeter panjang, tidak mempunyai rupa fizikal yang jitu dan mempunyai saluran di dalam tubuh yang berkulit. 

Sebelum ini, fosil tertua yang ditemui adalah organisme di kawasan batu karang yang dipercayai berusia 550 juta tahun. 

Pengkaji juga menemui fosil haiwan bertubuh lembik yang dikatakan hidup antara 577 juta dan 542 juta tahun dahulu. 

Fosil terbaru ini pula ditemui oleh pakar geologi dari Universiti Princeton, Adam Maloof dan Catherine Rose semasa mereka membuat kajian berhubung Zaman Ais. 

Maloof mengakui bahawa mereka tidak dapat memberi kepastian 100 peratus bahawa fosil itu milik haiwan. 

“Organisme itu agak besar dan tentu bukan bakteria. Bentuknya tidak simetrikal dan tentu bukan ulat. Organisme itu mempunyai saluran di dalam tubuh, sama seperti span yang hidup di laut sekarang,” kata Maloof. 

Kajian mengenai penemuan terbaru ini disiarkan dalam jurnal :Nature Geoscience: keluaran 17 Ogos lalu.