Pages

Saturday, July 4, 2015

Pesara menangis gagal keluar wang di Greece

Pesara menangis gagal keluar wang di Greece
Foto menunjukkan Giorgos Chatzifotiadis terduduk sambil menangis di luar sebuah bank di Greece, Jumaat lepas. - Foto AFP.

THESSALONIKI - GREECE. Seorang pesara yang terpaksa beratur di tiga buah bank semalam semata-mata untuk mengeluarkan wang simpanannya, bagaimanapun hanya mampu terduduk dan menangis.

Menurut laporan AFP, Giorgos Chatzifotiadis, 77, yang tidak dibenarkan mengeluarkan wang 120 euro (RM505.24) kini tidak tertahan 'melihat negaranya berada dalam kesusahan'.

"Sebab itulah saya lebih merasa terpukul, lebih dari masalah peribadi saya sendiri," kata Chatzifotiadis kepada wartawan.

Sebuah foto yang ditangkap jurugambar menunjukkan Chatzifotiadis terduduk sambil menangis bersama buku bank dan kad pengenalan di atas lantai.

Foto tersebut menunjukkan bagaimana rakyat biasa di Greece terseksa akibat masalah hutang negara.

Sebelum ini, Athens terpaksa mengawal hartanah dan menutup semua bank sejak Isnin lepas untuk mengelakkan pengeluaran wang yang banyak.

Bagaimanapun, beberapa bank bertindak membenarkan pesara yang tidak memiliki kad bank untuk mengeluarkan wang simpanan yang dihadkan kepada 120 euro setiap pengeluaran.

Difahamkan, Chatzifotiadis dan isterinya bekerja keras di sebuah lombong di Jerman sebelum bertukar ke sebuah kilang.

"Saya nampak rakyat meminta sedekah untuk membeli roti. Saya nampak satu demi satu kes bunuh diri berlaku.

"Saya seorang yang sensitif. Saya tak mampu lihat negara saya dalam keadaan sebegini," tambah Chatzifotiadis.

"Eropah dan Greece sudah buat banyak kesilapan. Kita harus mencari penyelesaiannya," jelas beliau.

Kahwini budak untuk bercinta dengan isteri orang

New Delhi: Perkahwinan kanak-kanak masih berleluasa di beberapa bahagian di India.
Namun gambar baru-baru ini yang menunjukkan lelaki berusia 35 tahun mengahwini budak enam tahun di Rajasthan mencetuskan kemarahan orang ramai.
Ratan Lal Jat, 35, anggota majlis jawatankuasa kampungnya di Gangrar, melangsungkan perkahwinan itu 23 Jun lalu di depan lima saksi di kuil kampung berkenaan.
Polis berkata, Ratan berkahwin dengan kanak-kanak itu bagi memenuhi syarat Nara Pratha - budaya kuno tempatan.
Menurut budaya itu, setiap lelaki yang sudah berkahwin boleh menjalin hubungan sulit dengan isteri orang jika dia menyediakan pampasan berbentuk wang.
Memandangkan Ratan masih bujang, dia mengahwini budak itu supaya dia boleh menjalin hubungan dengan kekasihnya yang sudah berkahwin.
Polis berkata, mereka menahan Ratan minggu lalu atas tuduhan melanggar Akta Perkahwinan Kanak-Kanak. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Julai 2015 @ 6:36 AM



RATAN dan budak yang dikahwininya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/61713#sthash.MHPR9kkg.dpuf

Sekolah haramkan skirt kerana ganggu perhatian guru lelaki


Dua orang pelajar Sekolah Tinggi Trentham memakai pakaian yang mengikut peraturan di sekolah tersebut. - AGENSI


STAFFORDSHIRE, Britain – Sebuah sekolah di sini mewujudkan peraturan baharu mengharamkan pemakaian skirt dalam kalangan pelajar perempuan kerana didakwa mengganggu perhatian guru dan pelajar lelaki.
Gangguan berkenaan didakwa berlaku terutama ketika pelajar perempuan menaiki tangga atau duduk dalam keadaan tidak sopan.
Berikutan itu, Sekolah Tinggi Trentham di sini kini mewajibkan pelajar perempuan memakai seluar panjang seperti pelajar lelaki bagi memastikan mereka berpakaian secara lebih beretika.
Menurut pengetuanya, Dr. Rowena Blencowe, peraturan itu terpaksa dilakukan selepas mendapati guru-guru banyak menghabiskan masa menegur cara pemakaian pelajar.
“Pelajar perempuan yang memakai skirt biasanya gemar memendekkan kain mereka dengan melipatnya ke atas menyebabkan guru-guru dan pelajar lelaki berasa tidak selesa,” ujarnya. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0704&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3eryBSNrQ 
Hakcipta terpelihara 

Kolam ajaib di Samoa


Terbentuk akibat letusan gunung berapi

Keunikan kolam To Sua Ocean Trench atau lubang besar di Pulau
Keunikan kolam To Sua Ocean Trench atau lubang besar di Pulau Upolu, Samoa memberi pengalaman yang sukar dilupakan kepada pengunjung. AGENSI
APIA, Samoa 3 Julai - Sebuah kolam semula jadi di Pulau Samoa disebut-sebut sebagai kolam renang ajaib dan unik disebabkan keindahan serta kedudukan lokasi itu di sebuah pulau gunung berapi.
Digelar sebagai To Sua Ocean Trench atau maksudnya, ‘lubang besar’, kolam itu terletak di Kampung Lofataga, selatan pesisiran pantai Pulau Upolu di Samoa dan keindahannya mampu memberi ketenangan kepada pengunjung.
Menurut laporan portal Mail Online, kolam itu terhasil akibat letusan gunung berapi di pulau tersebut menyebabkan permukaan tanah tenggelam, sekali gus membentuk lubang sedalam 29.8 meter.
Jelas laporan itu, kawasan lands­kap yang hijau bersesuaian dengan kejernihan air kolam selain dihiasi dengan kehadiran ikan tropika dan berlantaikan pasir pantai.
Pengunjung perlu menuruni tangga yang disediakan khas untuk menikmati keseronokan mandi di kolam itu yang bersambung dengan Laut Pasifik Selatan menerusi beberapa tali air menyebabkan airnya tidak akan kering.
“Bagi melindungi kawasan se­mula jadi itu dan mengekalkan tahap keselamatan laluan pengunjung ke kolam, sejumlah bayaran dikenakan iaitu AS$15 (RM45) kepada orang dewasa dan AS$6 (RM18) kepada kanak-kanak.
“Bagaimanapun tiada bayaran dikenakan kepada kanak-kanak yang berusia tujuh tahun ke bawah,” tambah laporan tersebut.