Pages

Showing posts with label obama. Show all posts
Showing posts with label obama. Show all posts

Wednesday, October 31, 2012

Obama isytihar bencana besar



BEBERAPA buah kereta tenggelam di New York.


NEW YORK - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengisytiharkan bencana besar di New York ekoran taufan Sandy yang menyebabkan banyak kemusnahan.
Obama mengisytiharkan bencana besar itu di negeri New York dan New Jersey.
Taufan itu melanda kelmarin sebelum ia meninggalkan New York semalam.
Pengisytiharan itu akan menyebabkan pinjaman dan geran akan dikeluarkan bagi membantu mangsa-mangsa untuk membaiki dan memperoleh rumah buat sementara.
Taufan itu membawa ombak gergasi yang melanda kawasan Pantai Timur AS.
Bursa Saham New York dan Nasdaq turut ditutup semalam.
Sementara itu, sebanyak 50 buah rumah terbakar di kawasan kediaman di bandar raya ini akibat taufan tersebut.
Hanya dua orang dilaporkan cedera dalam kebakaran tersebut.
Menurut laporan media, seramai 25 orang dilaporkan terperangkap di tingkat atas sebuah apartmen dalam kejadian tersebut.
Anggota-anggota bomba menggunakan bot untuk tiba di lokasi tersebut kerana jalan dipenuhi air.
Dua buah loji nuklear AS juga ditutup iaitu di New Jersey dan di tepi Sungai Delaware.
Menurut firma Eqecat, kerugian akibat taufan itu dianggarkan AS$20 bilion (RM61.04 bilion). - Agensi

Saturday, September 8, 2012

Obama akui Baitulmaqdis ibu negara Israel




         
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dengan rasmi mengakui Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan menetapkannya sebagai dasar parti Demokrat tahun ini.

Obama bertindak demikian bagi meraih sokongan daripada pelobi Yahudi menjelang pilihan raya Presiden Amerika Syarikat, November depan. Presiden Amerika Syarikat itu melakukan demikian selepas pelbagai kritikan dilemparkan ekoran dasar parti Demokrat yang tidak menyentuh mengenai Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, lapor agensi berita Mehr sebagaimana dipetik daripada Associated Press (AP).


Antara yang menyelarnya ialah sekumpulan anggota proIsrael yang menghadiri sidang Demokrat Rabu lalu.

Ekoran kritikan itu, Obama menuntut perubahan pada dasar partinya dengan meminta Baitulmaqdis diiktiraf sebagai ibu negara Israel secara rasmi. Parti Republikan yang diketuai Mitt Romney, pencabar Obama dalam pilihan raya itu mengkritik presiden terbabit kerana mengubah dasar partinya. Romney berkata, perubahan dasar parti Demokrat dibuat kerana kedudukan dan populariti parti itu di kalangan rakyat Amerika mula pudar. - Agensi

Saturday, July 28, 2012

Obama tingkat kerjasama dengan Israel untuk menangi undi Yahudi AS




         
WASHINGTON: Presiden Barack Obama akan menandatangani rang undang-undang mengukuhkan kerjasama tentera AS - Israel hari ini ketika pencabarnya dari Republikan, Mitt Romney, melawat negara rejim Zionis itu.

Obama akan cuba menegaskan komitmennya terhadap keselamatan Israel untuk pengundi Yahudi AS dalam satu majlis di Rumah Putih.


Pemerhati berpendapat, ia sengaja diadakan pada hari lawatan Romney selepas tokoh Republikan itu menuduh Obama tidak mementingkan hubungan AS - Israel. Kongres meluluskan rang undang-undang Akta Kerjasama Keselamatan Dipertingkatkan AS - Israel yang mendapat sokongan meluas daripada Demokrat dan Republikan minggu lalu. Jurucakap Rumah Putih, Tommy Vietor, berkata rang undang-undang itu meningkatkan lagi kerjasama keselamatan dengan Israel melalui bantuan ketenteraan lebih meluas dan menyediakan akses peralatan tambahan untuk rejim Zionis berkenaan. - Reuters

Friday, May 11, 2012

Gillard tak ikut Obama


Barack Obama (kiri) dan   Julia Gillard.
Barack Obama (kiri) dan Julia Gillard.

PM Australia tolak perkahwinan sejenis

SYDNEY: Perdana Menteri Australia, Julia Gillard tetap menolak perkahwinan sejenis meskipun Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama memecah tradisi politik di negaranya apabila menyokong pasangan sama jantina berkahwin.
“Saya tidak akan mengundi menyokongnya,” kata Gillard mengenai pendiriannya tidak menyokong satu rang undang-undang menggesa perkahwinan sejenis disahkan apabila undian diadakan mengenainya lewat tahun ini di Parlimen.
Saya tidak akan mengundi menyokongnya. - Julia Gillard, Perdana Menteri Australia
Pada 2004, Australia meluluskan pindaan undang-undang yang secara jekas mentakrifkan perkahwinan sebagai antara lelaki dan wanita meskipun ada pihak menganggap tekanan meningkat supaya perkara itu diubah.

Disember lalu, Parti Buruh yang memerintah menarik balik penentangan terhadap perkahwinan sejenis selepas 10,000 orang berarak ke tapak persidangannya. Pada masa ini, ada dua usul dikemukakan mengenainya di Parlimen.

Pada masa sama, parti itu membenarkan anggotanya membuat keputusan sendiri mengenai perkara itu dan ini bermakna penentangan terhadap perkahwinan sejenis akan kekal kerana pengundi berkecuali biasanya tidak menyokong pasangan sama jantina berkahwin.

Ketika ditanya wartawan selepas Obama menyatakan sokongan, Gillard berkata: “Saya sudah buat keputusan dan semua orang tahu pendirian saya dalam hal ini.” Di WASHINGTON, Obama pula dilihat memperjudikan kerjaya politiknya apabila beliau secara terbuka menyokong perkahwinan sejenis.

“Saya baru merumuskan bahawa adalah penting untuk saya pergi lebih jauh dalam perkara ini dan menegaskan bahawa saya berpendapat pasangan sama jantina sepatutnya boleh berkahwin,” kata Obama.

ABC News yang mewawancara Presiden Amerika itu menyifatkan langkah Obama itu boleh menggagalkan peluangnya untuk memenangi penggal kedua pada November ini.

Pada Selasa lalu, sebanyak 61 peratus penduduk Carolina Utara mengundi untuk melarang perkahwinan sejenis dan perbuatan tinggal bersama tanpa ikatan sah.
Calon Presiden Republikan, Mitt Romney pula menyatakan sokongan kepada kelulusan undang-undang berkenaan. – AFP

Thursday, March 15, 2012

‘Tunjuk bukti Tehran bina bom atom’

pix_gal0

WASHINGTON: Majoriti rakyat Amerika Syarikat menyokong tindakan ketenteraan terhadap Iran jika ada bukti Tehran sedang membina senjata nuklear, meskipun langkah itu menyebabkan harga petrol melambung. 

Tinjauan Reuters/Ipsos menunjukkan, 56 peratus rakyat Amerika menyokong negara mereka melancarkan tindakan ketenteraan jika ada bukti menunjukkan kewujudan program senjata nuklear Iran, manakala 39 peratus menentang serangan ketenteraan.
Ditanya sama ada mereka menyokong tindakan ketenteraan jika usaha itu membawa kepada kenaikan harga petrol, 53 peratus rakyat Amerika menyatakan sokongan sementara 42 peratus sebaliknya.
Tinjauan turut mendapati 62 peratus rakyat Amerika akan menyokong Israel melancarkan tindakan ketenteraan terhadap Iran atas alasan sama. 

Presiden Amerika, Barack Obama, berkata Washington tidak menolak mengambil apa jua langkah termasuk tindakan ketenteraan terhadap Iran tetapi beliau meminta Israel menunggu lebih lama supaya sekatan ekonomi terhadap Iran memberi kesan. 

Iran sejak sekian lama berkata program nuklearnya adalah untuk keamanan. Harga petrol yang meningkat berikutan ketegangan di Asia Barat, meletakkan tekanan terhadap Obama yang akan bertanding supaya dipilih semula hujung tahun ini. 

Presiden yang juga pemimpin Demokrat dikritik pemimpin Republikan atas dakwaan terlalu berlembut dengan Iran dan tidak cukup kuat menyokong Israel. 
Pungutan suara menunjukkan penyokong Republikan bersedia menyokong tindakan ketenteraan oleh Amerika atau Israel berbanding Demokrat. 

Sebanyak 70 peratus penyokong Republikan menyokong tindakan Amerika, manakala 46 peratus Demokrat dan 51 peratus golongan berkecuali memberi pandangan sama. 

Pecahan itu sama apabila responden ditanya mengenai faktor kenaikan petrol atau sokongan mereka terhadap tindakan ketenteraan Israel. 

“Apa yang kita lihat ini ialah penyokong Republikan lebih beria-ria menyokong tindakan ketenteraan berbanding Demokrat atau pihak berkecuali. Republikan lebih mengutamakan keselamatan,” kata pegawai Ipsos, Cliff Young. 

Potensi konflik dengan Iran membayangi pilihan raya Amerika, yang dijangka dikuasai kebimbangan pengundi berhubung ekonomi tempatan. 

Obama menyifatkan calon presiden Republikan awal bulan ini sebagai ‘memalu gendang perang’ tanpa menimbang akibatnya. 

Bekas Senator Pennsylvania, Rick Santorum, salah seorang calon presiden Republikan memberitahu pelobi pro Israel AIPAC: “Jika Iran tidak mahu buang prasarana nuklearnya, kita sendiri yang akan menutupnya.” 

Walaupun rakyat Amerika menunjukkan tanda toleransi terhadap kenaikan harga petrol dalam pungutan suara itu, peluang Obama untuk kembali dipilih diancam dengan kenaikan harga bahan api itu. 

Tinjauan itu dijalankan dari 8 hingga 11 Mac di kalangan 1,084 responden dewasa seluruh Amerika.– Reuters
Berita Harian Online | ‘Tunjuk bukti Tehran bina bom atom’

Obama marah China kurangkan eksport mineral




GAMBAR fail menunjukkan sebuah lombong nadir bumi di daerah Nancheng, China pada 29 Oktober 2010.


WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Presiden AS, Barack Obama kelmarin memberi amaran kepada China bahawa Washington telah mengemukakan aduan ke Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) berhubung dasar Beijing mengehadkan eksport mineral nadir bumi ke Eropah dan AS.
AS yang bekerjasama dengan Kesatuan Eropah dan Jepun kelmarin meminta WTO supaya mengatur rundingan dengan China berhubung isu berkenaan.
Rundingan tersebut antara lain, bertujuan untuk memberi tekanan ke atas China agar menamatkan sekatan eksport mineral nadir bumi.
Mineral nadir bumi merupakan bahan utama dalam pembuatan pelbagai produk konsumer termasuk bateri kereta hibrid, televisyen skrin rata, senjata, telefon pintar, lensa kamera dan motor kecil yang digunakan untuk menaik dan menurunkan cermin kenderaan.
"Jika China membiarkan pasaran nadir bumi menetukan hala tuju sendiri, kami tidak akan membantah," kata Obama ketika berucap di White House.
"Namun, dasar China sekarang menghalang perkara itu berlaku. Ia juga bercanggah dengan peraturan WTO yang dipersetujui sendiri oleh China," tambahnya.
Menurut Obama, China diberi masa sepuluh hari untuk memberikan jawapan manakala rundingan dengan AS, EU dan Jepun berhubung isu tersebut perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.
Jika persetujuan mengenainya gagal dicapai, AS , EU dan Jepun boleh meminta panel WTO menyiasat kuota eksport mineral nadir bumi yang dilaksanakan oleh China.
Sejak beberapa tahun lalu, China mengurangkan eksport mineral nadir bumi dengan alasan bagi memenuhi permintaan dalam negara dan untuk menjaga alam sekitar.
AS cuma memiliki sebuah syarikat pengeluar mineral nadir bumi iaitu Molycorp Inc yang beribu pejabat di Colorado.
China pula mempunyai 17 mineral nadir bumi dan menyalurkan 90 peratus bekalan global mineral berkenaan.
Selain China dan AS, terdapat lombong mineral nadir bumi di Australia manakala cadangan membuka lombong berkenaan turut dibuat di Malaysia. - AP

Wednesday, March 14, 2012

Sokongan untuk Obama turun


WASHINGTON: Populariti Barack Obama dilaporkan merosot ketika dia cuba mengekang peningkatan harga bahan bakar di negara itu, sekali gus mencetuskan keraguan terhadap peluangnya dipilih sekali lagi sebagai Presiden Amerika Syarikat.
Dalam temubual dengan stesen televisyen tempatan, Obama menyalahkan ketegangan dalam isu Iran sebagai faktor kenaikan harga itu.

“Selagi harga petrol naik, orang ramai akan menganggap saya tidak berusaha secukupnya, dan saya memahami keadaan itu,” katanya. - AFP

Friday, February 24, 2012

Bakar al-Quran: Presiden Obama mohon maaf

Barack Obama
KABUL - Presiden Barack Obama memohon maaf semalam berikutan tindakan membuang dan membakar beberapa nakshah al-Quran oleh tenteranya di Afghanistan sementara demonstrasi anti-Amerika Syarikat (AS) berlarutan buat hari ketiga berturut-turut, semalam.
Ia tindakan terbaru diambil oleh kepimpinan tertinggi AS selepas permohonan maaf dibuat oleh Setiausaha Pertahanannya dan juga panglima tenteranya di Afghanistan.
Demonstrasi kali ini menyebabkan dua askar anggota tentera Nato dan sekurang-kurangnya lima rakyat Afghanistan terbunuh.
Seramai 26 lagi rakyat Afghanistan cedera di seluruh negara itu.
Ketika satu demonstrasi di luar pangkalan tentera AS di Khogyani, sebelah timur wilayah Nangarhar, seorang penunjuk perasaan dengan mengenakan uniform tentera Afghanistan melepaskan tembakan, menyebabkan dua askar pakatan tentera Nato terbunuh, demikian menurut pegawai-pegawai.
Jurucakap White House, Jay Carney berkata, Obama menulis surat tiga halaman kepada Presiden Afghanistan, Hamid Karzai dengan melahirkan "rasa kesal dan memohon maaf berhubung tindakan tidak wajar dan cara mengendalikan bahan-bahan berkaitan dengan agama."

Bakar al-Quran: Presiden Obama mohon maaf - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

Sunday, February 12, 2012

Lelaki Uzbek cuba bunuh Obama


WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Seorang lelaki Uzbekistan yang tinggal di AS mengaku salah di mahkamah persekutuan negeri Alabama kelmarin kerana cuba membunuh Presiden Barack Obama.
Jabatan Kehakiman AS dalam satu kenyataan memberitahu, Ulugbek Kodirov (gambar), ditangkap dalam satu operasi rahsia semasa dia cuba mendapatkan bahan letupan dan senjata.
Pendakwaraya AS yang mengendalikan kes berkenaan, Joyce White Vance mengucapkan terima kasih kepada komuniti Islam di Birmingham, AS, kerana membantu pihak berkuasa mematahkan ancaman Kodirov.
Kodirov, 22, mengaku salah berhubung tuduhan memberikan bantuan material bagi aktiviti pengganas, mengancam membunuh Presiden AS dan memiliki senjata api oleh pendatang asing.
Dia mengaku pernah berhubung dengan "seorang individu yang dia percaya ialah anggota Pergerakan Islam Uzbekistan (IMU)," dan diarah oleh individu terbabit untuk membunuh Presiden Obama.
Jabatan Negara AS menganggap IMU sebagai pertubuhan pengganas.
Kodirov juga mengaku berbincang tentang komplot tersebut dengan seorang individu lain.
Individu kedua tersebut yang identitinya tidak didedahkan Jabatan Kehakiman, memperkenalkan Kodirov kepada seorang ejen perisik AS yang menyamar, bagi membeli senjata api.
Mereka bertemu di sebuah motel di Leeds, negeri Alabama pada Julai 2011. Kodirov membeli sepucuk mesingan M15-A1 dan empat bom tangan sebelum ditangkap.
Dia memasuki AS dari Uzbekistan dengan menggunakan visa pelajar pada Jun 2009. Pasportnya dibatalkan pada 2010 selepas dia gagal mendaftar di sebuah pusat pengajian tinggi AS. Pemuda itu tinggal secara haram di sebuah motel di Alabama semasa ditangkap.
Kodirov boleh dipenjara sehingga 30 tahun jika didapati bersalah atas semua tuduhan. - AFP
Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Monday, January 23, 2012

Penerbit gesa Obama dibunuh

Foto
Foto
KERATAN akhbar ruangan pojok ditulis Adler, yang mencadangkan agar Obama dibunuh.

Cadangan disiar akhbar Yahudi, Presiden AS didakwa amal dasar anti Israel

ATLANTA: Israel perlu menghantar ejen Mossad untuk membunuh Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama kerana mengamalkan dasar anti Israel, kata pemilik sebuah akhbar Yahudi Amerika, kelmarin.
Penerbit akhbar The Atlanta Jewish Times, Andrew Adler dalam kolumnya di akhbar itu pada 13 Januari lalu memberi alasan tindakan itu wajar kerana Obama mengancam negara Yahudi itu.
“Beri arahan bunuh presiden Amerika supaya Israel terus wujud jika beliau mengambil tindakan demi kepentingan Israel,” kata Adler.

Malah, dia juga percaya idea itu walaupun sukar difahami, tentu sudah dibincangkan pemimpin tertinggi Israel.

“Sejauh mana anda sanggup bertindak untuk menyelamatkan tujuh juta nyawa Yahudi, Kristian dan Arab? Anda perlu yakin, seperti juga saya sendiri bahawa setiap tindakan perlu dipertimbangkan,” kata Adler lagi.

Berita mengenai gesaan Adler itu dimuatnaik ke internet oleh laman web Gawker dan segera mendapat tumpuan media Amerika dan antarabangsa. 
Ia disusuli laporan yang memetik speaker dewan undangan negeri Kansas, Mike O’ Neal berharap Obama akan pendek umur.

Adler kemudian menyuarakan rasa kesal selepas menerima banyak kecaman.
“Saya amat kesal atas pandangan itu. Saya tidak sepatutnya memberi pandangan itu,” katanya sambil berjanji menyiarkan permintaan maaf dalam edisi akhbar seterusnya.

Adler juga memberitahu Gawker bahawa dia menyiarkan pandangan itu untuk melihat reaksi pembaca tetapi tidak sama sekali menyokong tindakan terhadap Obama atau mengetahui sekiranya Israel menimbangkannya. – Agensi 

Thursday, January 19, 2012

Penyerang Obama hadapi 17 tuduhan

WASHINGTON: Seorang lelaki yang dituduh cuba membunuh Presiden Barack Obama dengan melepaskan berbelas tembakan ke arah Rumah Putih pada September lalu kini berdepan lebih banyak dakwaan.
Oscar Ramiro Ortega-Hernandez ditahan beberapa hari selepas insiden 11 November itu dan secara rasmi didakwa di mahkamah semalam.

Melalui dakwaan setebal lima halaman itu, Ortega-Hernandez berdepan 17 tuduhan, termasuk cubaan membunuh presiden.

Dia juga menghadapi dakwaan menyerang dengan senjata berbahaya, menggunakan senjata ketika melakukan jenayah dan merosakkan Rumah Putih mengakibatkan kerugian lebih RM3,000. - AP

Sunday, December 18, 2011

Obama larang anak guna Facebook



WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Presiden AS, Barack Obama melarang dua anak perempuannya daripada menggunakan Facebook kerana tidak mahu hal peribadi keluarga mereka diketahui orang luar, lapor akhbar MailOnline semalam.

Anak sulung Obama, Malia kini berusia 13 tahun dan dianggap cukup matang untuk menggunakan laman sosial tersebut manakala adiknya Sasha berusia 10 tahun.
Namun, kata Obama, beliau akan hanya membenarkan kedua-dua anak perempuannya membuka akaun Facebook selepas empat tahun lagi.
"Kenapa kami (beliau dan isterinya) mahu orang luar mengambil tahu mengenai apa yang keluarga kami lakukan. Ia tidak munasabah," kata Obama
"Kita akan lihat reaksi mereka (Malia dan Sasha) dalam tempoh empat tahun lagi," tambahnya.
Kenyataan tersebut dianggap satu ironi kerana Obama sendiri banyak bergantung pada laman perkongsian sosial seperti Facebook semasa berkempen untuk pilihan raya Presiden AS pada 2008.
Malah, Obama sendiri memiliki berjuta-juta kenalan di Facebook.
- Agensi
Kosmo! Online - Dunia:

Tuesday, August 23, 2011

Obama bersantai sambil pantau perkembangan Libya

OAK BLUFFS, Amerika Syarikat (AS) – Sementara menunggu perkembangan terbaru di Libya, Presiden AS, Barack Obama sempat bersantai sambil bermain golf, berehat di tepi pantai, mengunjungi restoran makanan laut dan melawat kediaman mewah milik seorang rakannya di kawasan percutian di Pulau Martha Vineyard, dekat sini kelmarin.
Sementara itu, beribu-ribu kilometer dari AS, pemberontak menyerbu ibu kota Libya, Tripoli dengan Muammar Gaddafi dilihat hampir pasti akan tumbang.
Walaupun bercuti selama tiga hari di Martha Vineyard, Obama kelmarin memantau situasi di Libya dengan rapi.
Ketika orang awam berhimpun di Dataran Hijau di Tripoli untuk meraikan kemenangan pemberontak, Obama pula seronok membeli makanan laut di sebuah restoran popular.
Apabila kumpulan wartawan bertanyakan reaksinya tentang Libya, Obama berkata, beliau akan membuat kenyataan apabila situasi di negara itu benar-benar jelas.
Namun, tidak lama kemudian Presiden AS itu mengadakan satu sidang media untuk mendesak Gaddafi, 69, supaya meletakkan jawatan dan melepaskan kuasanya.
“Rakyat Libya menunjukkan bahawa perjuangan demi maruah dan kebebasan mengatasi kuku besi seorang diktator (Gaddafi),” kata Obama.
Presiden AS itu bercuti bersama isterinya, Michelle dan dua anak perempuan mereka Sasha dan Malia serta diiringi beberapa penasihat kanan Washington.
– AP

Friday, August 12, 2011

Obama anjur majlis buka puasa




BARACK OBAMA memberi ucapan kepada komuniti Islam di White House, Washington kelmarin.


WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Presiden AS, Barack Obama mengadakan majlis berbuka puasa di White House kelmarin.
Beliau menggunakan majlis itu untuk mengucapkan terima kasih kepada penduduk Islam yang berkhidmat untuk AS.
Obama juga menyatakan dalam majlis itu bahawa terdapat rakyat AS yang beragama Islam mati dalam serangan pengganas pada 11 September 2001 di negara ini.
Beliau memberitahu bahawa penduduk Islam di AS turut memberikan reaksi terhadap serangan pengganas yang berlaku di New York dan Washington.
Menurutnya, penduduk Islam di AS turut berkhidmat dalam tentera negara ini.
"Dalam tempoh sebulan, kita akan meraikan ulang tahun ke-10 serangan yang dahsyat yang membawa kesakitan yang amat sangat ke dalam hati kita," kata Obama kepada komuniti masyarakat Islam di White House.
Obama menganjurkan majlis berbuka puasa untuk komuniti masyarakat Islam pada setiap tahun sama seperti yang dilakukan oleh George W. Bush semasa beliau berkuasa.-kosmo

Friday, June 24, 2011

33,000 askar Amerika pulang



Barack Obama
Barack Obama

Perang berlarutan kerana 68,000 tentera terus bertugas di Afghanistan

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama kelmarin mengarahkan 33,000 askar untuk kembali ke tanah air dari Afghanistan sehingga musim panas akan datang meskipun 68,000 lagi anggota tentera akan terus bertugas di sana.

Sebagai titik tolak kepada dasar luar negara Amerika, Obama turut mengehadkan sasaran perang Amerika dengan menyebut Washington tidak lagi mahu membina Afghanistan ‘sempurna’ daripada negara yang trauma akibat perang sejak berdekad.
“Bahang perang semakin kurang. Kita sudah buat al-Qaeda semakin menghadapi kekalahan,” kata Obama dalam ucapan 13 minit waktu perdana yang ditujukan kepada rakyat Amerika yang sudah letih menanggung perang negara asing dan turut membebankan ekonomi.
“Walaupun ada harinya tidak ceria di Afghanistan, cahaya keamanan boleh dilihat dari jauh. Perang yang lama ini sudah tiba kepada penghujungnya,” kata Obama.

Presiden turut menyifatkan yang pasukan tentera Amerika sudah melakukan kejayaan besar terhadap objektif dalam peningkatan strategi tentera yang diarahkan pada Disember 2009 dengan menterbalikkan kepantasan Taliban, menghancurkan al Qaeda dan melatih pasukan tentera baru Afghan.

Bagaimanapun, beliau berkeras menolak rayuan daripada Pentagon untuk melambatkan pengunduran tentera untuk memastikan keselamatan terhadap Taliban dan keputusannya akan dilihat sebagai kekalahan politik bagi komander Amerika di Afghanistan, Jeneral David Petraeus.

Obama berkata, beliau akan menunaikan seperti dijanjikan memulakan pengunduran tentera Julai ini dan beliau memberi komitmen 10,000 daripada lebih 30,000 tentera yang terbabit dengan konflik itu akan dibawa pulang tahun ini.
Seramai 23,000 tentera akan dihantar pulang musim panas akan datang dan lebih banyak yang bakal diumumkan, penghantaran pulang akan diteruskan sehingga pasukan tentera Afghan memikul tanggungjawab keselamatan pada 2014.

“Ini adalah permulaan, tetapi bukan pengakhiran usaha kita mengurangkan perang,” kata Obama.

Lebih 1,600 tentera Amerika mati di Afghanistan sejak pencerobohan sejak serangan 11 September termasuk 187 menemui ajal tahun ini saja.

Pegawai Pentagon berkata, ketika mengarahkan pengunduran itu, Obama menyerahkan kepada pemimpin kanan tentera untuk memutuskan detik pengunduran dan unit yang akan dibawa pulang.

Seorang pegawai kanan berkata, pengunduran itu bermula bulan depan tetapi langkah awal membabitkan kumpulan kecil dan tidak membabitkan unit tempur. – AFP/Agensi
Berita Harian Online | 33,000 askar Amerika pulang

Sunday, June 5, 2011

Dewan AS selar Obama


WASHINGTON: Dewan Perwakilan Amerika Syarikat semalam meluskan ketetapan menyelar Presiden Barack Obama kerana membabitkan negara itu dalam misi serangan Nato ke atas Libya tanpa mendapatkan kebenaran Kongres.
Ketetapan berasingan yang boleh memaksa pengunduran serta-merta tentera Amerika dari misi itu bagaimanapun ditolak.

Keputusan itu menggambarkan rasa kurang selesa berhubung perang ketiga membabitkan tentera Amerika Syarikat selepas Iraq dan Afghanistan dan tanggapan bahawa Obama tidak berunding dengan Kongres sebelum operasi Nato dilancarkan pada Mac. Dewan mengundi 268 menyokong dan 145 menentang untuk meluluskan ketetapan yang diusulkan oleh Speaker Dewan, John Boehner, mendesak Obama memaklumkan kepada anggota Kongres dalam masa dua minggu mengenai skop, tempoh dan kos misi Libya itu. - AP

myMetroDewan AS selar Obama

Saturday, May 28, 2011

Obama dilarang hantar tentera perang Amerika Syarikat ke Libya


WASHINGTON 27 Mei - Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) semalam meluluskan bajet untuk Pentagon berjumlah AS$690 bilion (RM2.7 trilion) tetapi menghalang penghantaran tentera darat ke Libya dan mengehadkan kuasa pentadbiran Presiden, Barack Obama ke atas pengendalian tahanan di Teluk Guantanamo.

Ahli dewan itu mengundi 322-96 menyokong bajet tersebut yang memenuhi permohonan perbelanjaan Jabatan Pertahanan sebanyak AS$119 bilion (RM357 bilion) untuk perang di Iraq dan Afghanistan.
Ia juga meletakkan sekatan ke atas kuasa Obama dalam mengurangkan simpanan senjata nuklear AS di bawah perjanjian senjata nuklear baru dengan Rusia, Perjanjian Strategik Pengurangan Senjata (START).
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Bersenjata, Buck McKeon berkata, rang undang-undang itu memberi tanggungjawab fiskal dalam Jabatan Pertahanan ketika AS berusaha untuk pulih daripada kemelesetan ekonomi dengan mengurangkan program yang membazir dan menggunakan dana untuk program yang lebih penting.
Dalam undian 416-5, ahli dewan itu menghalang tentera darat AS atau pasukan kontrak keselamatan swasta daripada beroperasi di Libya kecuali untuk menyelamatkan anggota pasukan keselamatan daripada bahaya.
Ahli Kongres antiperang, Dennis Kucinich berkata, undian itu menunjukkan peningkatan penentangan terhadap serangan udara diketuai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Libya di mana Pentagon menyatakan memerlukan perbelanjaan kira-kira AS$750 juta (RM2.25 bilion) menjelang September.
''Kongres tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan ini yang menulis satu cek kosong untuk melancarkan perang Libya,'' kata Kucinich yang mencadangkan satu resolusi dan akan didebatkan pada minggu depan, yang mengarahkan Obama mengundurkan semua tentera AS dari pertempuran itu,
Ahli perwakilan juga menyokong cadangan mengekalkan suspek keganasan di Teluk Guantanamo, Cuba di mana mereka akan didakwa oleh tribunal khas tentera dan menyekat mereka daripada dibicarakan di AS.
Pendekatan itu juga akan menyukarkan pentadbiran Obama untuk memindahkan 171 tahanan yang masih berada di pusat tahanan itu ke negara-negara ketiga. - AFP
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Obama minta Russia pujuk Gaddafi



MOSCOW: Presiden Barack Obama meminta rakan sejawatnya di Russia, Dmitry Medvedev, memaklumkan Muammar Gaddafi bahawa dia berpeluang hidup jika meninggalkan Libya, lapor media, semalam.
Memetik pegawai Russia yang hadir dalam pertemuan kedua-dua pemimpin itu di Perancis, akhbar Kommersant melaporkan, usul Washington itu dilihat tidak realistik pada Moscow.

“Russia bertanya, adakah AS percaya Gaddafi mahu menyerah?” katanya.

Laporan Kommersant itu menjelaskan kenyataan jurucakap Medvedev kelmarin mengenai permohonan pihak tertentu kepada Moscow untuk menjadi orang tengah konflik di Libya.

Sumber berkata, pertemuan Medvedev - Obama berlangsung lebih lama daripada jadual.


“Medvedev hanya berkata cadangan itu akan difikirkan,” katanya. - AFP
myMetro | Obama minta Russia pujuk Gaddafi

Wednesday, May 11, 2011

Obama kerah tentera secukupnya hadapi kemungkinan campur tangan

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengerahkan anggota tentera secukupnya untuk memerangi tentera Pakistan jika ada campur tangan dalam serangan yang membunuh Osama bin Laden pada 2 Mei lalu.
Akhbar New York Times memetik sumber keselamatan sebagai berkata, Obama membangkitkan kemungkinan pertempuran itu 10 hari sebelum serangan berkenaan, menyebabkan dua helikopter pejuang tambahan dikerah bagi melindungi komando yang melancarkan serangan terhadap kediaman Osama di Abbottabad. - AFP

Saturday, May 7, 2011

Obama puji komando AS kejayaan misi hapuskan Osama


FORT CAMPBELL (Kentucky): Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama hari ini memuji anggota komando negara atas kejayaan menghapuskan Osama bin Laden sambil melaungkan bahawa Amerika berjaya 'memenggal kepala Al-Qaeda' sekali gus melumpuhkan rangkaian penganas itu. 


Obama menyimpulkan kejayaan itu sebagai 'minggu bersejarah' yang penuh dengan mesyuarat dan merencanakan serangan sulit ke Pakistan bagi menghapuskan ketua Al-Qaeda itu selepas memburunya lebih 10 tahun.
“Saya mengambil peluang ini bagi pihak rakyat Amerika dan mereka di seluruh dunia yang bangga dengan kejayaan ini. Kita menamatkan misi ini dengan kejayaan," katanya kepada satu kumpulan tentera yang baru pulang daripada berkhidmat di Afghanistan.
Ketika rangkaian Al-Qaeda melaungkan ikrar membalas dendam selepas kematian pengasasnya, Obama pula menekankan bahawa misi berkenaan menunjukkan polisinya terhadap meneruskan peperangan di Afghanistan membuahkan hasil dalam menghapuskan rangkaian pengganas. 

“Kita sudah menghapuskan ketuanya dan kita sedang menewaskan mereka," katanya. - AFP