Pages

Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

Sunday, February 5, 2012

Terima pelbagai gelaran

AL MAWLID... (dari kiri) Zaf VE, Azan Ruffedge dan Pot Innuendo.
AL MAWLID... (dari kiri) Zaf VE, Azan Ruffedge dan Pot Innuendo.

Oleh NORIAH IDRIS dan HIDAYATUL AKMAL AHMAD
metahad@hmetro.com.my
         

AL MAWLID... (dari kiri) Zaf VE, Azan Ruffedge dan Pot Innuendo.
KUALA LUMPUR: Dihina, diusik dan dilabel dengan pelbagai gelaran seperti ‘ustazah jadi-jadian’ selain dipulau rakan, saudara-mara dan adik beradik antara cabaran kehidupan empat artis ini selepas mendekatkan diri ke jalan Allah.

Pada zaman kemuncak mereka, siapa tidak kenal Catriona Noorhayati Ross Bahrain Ross (Cat), Saiful Amir Abdul Wahab (Pot Innuendo), Azan Addin Abdul Wahab (Azan Ruffedge) dan Zafri Nanarudin (Zaf VE).

Mereka bukan asing dalam industri hiburan tanah air. Masing-masing pernah merasai dunia glamor dan menyemarakkan dunia lakonan dan muzik melalui genre R&B dan hip-hop hingga menjadi kegilaan ramai, terutama anak gadis.

Cat kini bergelar penceramah bebas, manakala tiga lagi artis lelaki itu menubuhkan kumpulan nasyid Al Mawlid bersama Abdullah Ahmad (Lah VE) dan Amer Munawer Yusoff (Amer Ruffedge). Sempena sambutan Maulidur Rasul hari ini, keempat-empat artis ini mengambil kesempatan berkongsi cabaran dan pengalaman dalam mengharungi fasa baru dalam hidup mereka.

Wednesday, March 2, 2011

Artis reka wajah manusia 5,300 tahun lalu




BENTUK mayat lelaki berusia 5,300 tahun lalu.


BOLZANO, Itali - Dua artis menggunakan imej tiga dimensi (3D) untuk menghasilkan wajah manusia zaman ais yang berusia 5,300 tahun.
Ia dihasilkan berdasarkan satu mayat lelaki yang beku dengan wajahnya mengalami keretakan menyebabkan sukar untuk mengenal pasti bentuk rupanya yang sebenar.
Model wajah manusia itu dihasilkan oleh dua artis dari Belanda, Alfons dan Adrie Kennis.
Wajah itu dipamerkan di Muzium Arkeologi Tyrol Selatan di sini bersama dengan mayat asalnya.
Mayat lelaki itu ditemui dalam bulan September 1991 dekat sempadan Itali dengan Austria oleh satu pasangan pelancong Jerman yang berjalan di Lembah Oetz.
Nama jolokan mayat lelaki yang tubuhnya tidak reput sepenuhnya itu ialah Oetzi.
Para penyelidik menyatakan ketinggian lelaki ais itu ialah 159 sentimeter dan berusia 46 tahun dan mati dibunuh oleh seorang lagi pemburu. - AgensiKosmo! Online - Dunia