Menurut portal Mail Online, lelaki berkenaan, Wang Xianghong yang berniaga buah-buahan di sebuah pasar di bandar itu menjadi ‘buruan’ peminat kerana gambarnya tidak memakai baju ketika bekerja, mula tersebar.
Lelaki berusia 20 tahun itu merupakan pelajar tahun akhir di sebuah universiti tempatan di sini, adalah antara beberapa lelaki kacak dan wanita cantik yang menjadi perhatian apabila gambar mereka tersebar di media-media sosial sejak kebelakangan ini.
Xianghong, yang merancang menjadi anggota tentera selepas tamat pengajiannya berkata, dia bekerja empat kali seminggu di kedai buah-buahan itu.
Pemuda itu memberitahu, kedainya sering dikunjungi pembeli, kebanyakan wanita pertengahan tahun yang cuba mendekati dan memberinya pujian mengenai bentuk badannya apabila dia melayan mereka.
Sementara itu, pemilik kedai yang dikenali Chen berkata, Xianghong adalah rakan kepada anak lelakinya dan menawarkan diri membantunya apabila kedai itu kekurangan pekerja.
Chen berkata, kedainya sentiasa dikunjungi pelanggan dan adakala­nya mereka sanggup beratur panjang.
Sebelum ini, seorang penjual tauhu di sebuah pasar di Neihu, Chen Yi-ting, dinobatkan sebagai lelaki paling kacak apabila gambarnya bekerja tanpa memakai baju tersebar di laman sosial.