Tindakan Karamvir Singh dari Kampung Sunario di daerah Kurukshetra itu mungkin berbaloi selepas dia memperoleh pendapatan tetap lebih 30,000 pound (RM163,071) sebulan hanya dengan menjual air mani kerbau tersebut.
Mail Online melaporkan, sekiranya Karamvir bersetuju menjual kerbau jantan berusia tiga tahun miliknya itu yang diberi nama Bheem Donor, kerbau itu akan muncul sebagai kerbau paling mahal di dunia.
Bagaimanapun selepas menjual abang kerbau itu, Yuvi Donor pada harga 860,000 pound (RM4.6 juta), Karamvir terus tidak mahu tergesa-gesa menjual kerbau itu yang mempunyai berat 1,200 kilogram.
Kerbau jantan daripada baka ‘Murrah’ mempunyai daging yang banyak, namun harga sebenar haiwan itu dinilai daripada kandung­an air mani berkualiti tinggi yang dihasilkannya iaitu berukuran antara empat dan lima mililiter sehari yang mendapat permintaan di seluruh India.
“Saya tidak melihat keperluan untuk tergesa-gesa menjual kerbau itu memandangkan saya boleh meraih penapatan lebih 30,000 pound (RM163,071) sebulan dengan hanya menjual air maninya,’’ kata Karamvir.
Dia turut meraih pendapatan sama daripada bapa Bheem Donor dan menganggap kerbau itu seperti anak lelakinya’.
Satu daripada sebab air mani kerbau daripada keluarga Donor itu terlalu mahal adalah kerana ibu kepada Bheem dan Yuvi menghasilkan sehingga 26 liter susu setiap hari, satu rekod bagi kerbau jenis Murrah.