Pages

Thursday, November 3, 2011

Penunjuk perasaan sami Nepal protes anti-China



Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : November 3, 2011
Protes
Polis Nepal menahan penunjuk perasaan disertai sami semasa protes anti-China di Kathmandu, Nepal. kelmarin. Lebih 60 orang ditahan selepas upacara keagamaan bagi memperingati sami yang membakar diri bertukar ganas di kem pelarian Jwalakhel di daerah Lalitpur itu.

Thailand pindah kereta kebal untuk bersih kesan banjir



Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : November 3, 2011
Kereta Kebal
Anggota tentera Thailand memindahkan kereta kebal di 4th Cavalry Division King’s Guard di Bangkok, kelmarin. Media tempatan melaporkan usaha mengepam air banjir ke laut di sekitar utara. Bangkok mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya 10 hari

KISAH YANG SANGAT MEMILUKAN!


KISAH YANG SANGAT MEMILUKAN!

Anak perempuan kecil yang malang ini memberitahukan ibunya, "Mama, adik baru saja melukis pakai lipstik mama".

Ibunya yang mendengar hal itu lalu melihat lipstik mahal yang baru saja dibelinya telah tinggal setengah dan wajah dan tangan dan baju anak perempuan telah penuh dengan lipstik tersebut. Dengan sangat marah, ibu itu mengamuk dan memukul anak perempuan kecil yang malang tersebut tanpa menghiraukan tangisan dan jeritan dari mulut kecilnya.

Kemudian setelah mentempiaskan emosinya, ibu ini baru sedar anak perempuannya sudah tidak bergerak lagi. Dia pun mengoncangkan tubuh anaknya sambil menangis dan memohon agar anak perempuannya membuka matanya.

Tapi terlambat.... jantung anak perempuan itu telah berhenti berdengup.
Dan saat sang ibu melihat kesan di selimut tempat tidur anaknya, disitu tertulis sebuah tulisan dengan lipstik merah yang tertulis: "Sayang Mama Sampai Bila Bila".

SHARE KANLAH INI DI WALL (DINDING) ANDA UNTUK MENUNJUKKAN BAHAWA ANDA MENENTANG KEKERASAN PADA KANAK-KANAK!

Israel uji misil

BAITULMAQDIS: Israel menjalankan ujian peluru berpandu balistik semalam ketika polemik mengenai kemungkinan rejim Zionis itu perlu menyerang Iran hangat diperkatakan, lapor stesen radio, semalam.
Kementerian Pertahanan berkata, roket itu dilancarkan dari pangkalan tentera Palmachim di tengah Israel.

“Ujian ini dirancang lama dulu dan dilaksanakan mengikut jadual,” kata kenyataan disiarkan Israel Radio. - Reuters

Rayuan Assange halang ekstradisi ditolak

LONDON: Pengasas WikiLeaks, Julian Assange (gambar) semalam kalah dalam rayuannya untuk menghalang pengekstradisiannya ke Sweden bagi menghadapi tuduhan rogol dan serangan seks.
Warga Australia berusia 40 tahun itu ditangkap di Britain Disember lalu dan merayu di Mahkamah Tinggi di London terhadap keputusan sebuah mahkamah lebih rendah Februari lalu yang memutuskan dia boleh diekstradisi ke Sweden.

“Mahkamah menolak rayuan itu,” menurut keputusan hakim.

Assange mendakwa, kerana Waran Tangkap Eropah terhadapnya dikeluarkan oleh seorang pendakwa raya, bukan mahkamah, ia tidak sah.

Tetapi hakim memutuskan, perkara itu kini di bawah penelitian kehakiman bebas di Sweden.

Mereka juga menolak kenyataannya bawa tuduhan dua wanita yang menuduhnya melakukan pencabulan seksual dan merogol tidak akan ditafsirkan sebagai kesalahan menurut undang-undang Britain.


Seorang wanita berkenaan mendakwa Assange mengadakan seks tanpa perlindungan dengannya ketika dia tidur dan hakim menolak hujah peguam pengasas WikiLeaks itu bahawa kerelaan mengadakan seks dengan syarat kondom digunakan kekal sebagai kerelaan walaupun kondom tidak digunakan. - AP

Syarikat Indonesia di luar negara kerap amal rasuah

BERLIN: Organisasi Transparency International yang beribu pejabat di Berlin meletakkan Indonesia di tangga keempat dalam senarai negara yang mempunyai syarikat perniagaan di luar negara yang mengamalkan rasuah selepas Russia, China dan Mexico.
Transparency mengeluarkan Indeks Pembayar Rasuah 2011, semalam yang menyenaraikan 20 negara pengeksport utama antarabangsa yang mempunyai syarikat mengamalkan rasuah di luar negara.

“Syarikat dari Russia dan China yang melabur AS$120 bilion (RM360 bilion) di luar negara tahun lalu dilihat cenderung mengamalkan rasuah. Syarikat dari Belanda dan Switzerland paling kurang terbabit dengan rasuah,” kata kenyataan dikeluarkan Transparency. Indeks itu berdasarkan kaji selidik membabitkan 3,000 eksekutif perniagaan dari negara membangun dan negara maju.

Keputusan dibuat merujuk kepada maklum balas eksekutif perniagaan terhadap pertanyaan, berapa kerap syarikat yang mempunyai hubungan perniagaan dengan negara mereka terbabit dengan rasuah. Mata 0 bermaksud mereka selalu mengamalkan rasuah dan 10 bermakna mereka tidak terbabit dengan rasuah.

Belanda, Switzerland, Belgium, Jerman dan Jepun adalah negara lima teratas yang mengutip mata tertinggi dengan 8.8, 8.8, 8.7, 8.6 dan 8.6.

Manakala, Emiriyah Arab Bersatu, Indonesia, Mexico, China dan Russia menduduki tangga lima terbawah dengan mata 7.3, 7.1, 7.0, 6.5 dan 6.1.

Pensyarah hati syaitan

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan kolej swasta diheret dari sebuah tempat letak kereta di Sentul di sini, sebelum dirogol pensyarahnya sendiri, pagi kelmarin.
Sebelum kejadian, pensyarah berusia lingkungan 40-an berkenaan memperdaya mangsa berjumpa di pejabatnya di sebuah kolej swasta di ibu kota dengan alasan berbincang mengenai pelajaran, jam 9 pagi.

Sebaik mangsa tiba di biliknya, lelaki terbabit mengugut akan menggagalkan pelajar itu dalam peperiksaan pada setiap semester jika enggan keluar bersarapan dengannya.
Sumber polis berkata, mangsa yang bimbang dengan ugutan berkenaan terpaksa akur, namun sebaik masuk ke dalam kereta, pensyarah itu membawa pelajar itu ke rumahnya di Sentul. “Ketika dalam perjalanan, telefon bimbit mangsa dirampas dan sejurus tiba di kawasan letak kereta di kediamannya, pensyarah itu mengheret mangsa hingga ke rumahnya.

“Sebaik masuk ke dalam rumah, mangsa dipukul dan dua tangannya diikat. Baju mangsa dikoyak sebelum dia dirogol pensyarah itu,” katanya.

Menurutnya, sebelum meninggalkan pelajar itu bersendirian, pensyarah berkenaan membasahkan pakaian mangsa dipercayai bagi mengelakkannya melarikan diri.
“Biarpun pakaiannya basah, mangsa tetap memakai semula pakaiannya sebelum cuba meloloskan diri namun gagal disebabkan pintu berkunci.

“Lelaki itu mengugut membunuh mangsa jika menceritakan kejadian itu kepada sesiapa,” katanya.
Sumber itu berkata, lelaki terbabit menghantar mangsa ke stesen transit aliran ringan (LRT) di Jalan Tun Razak, di sini, sebelum sekali lagi mengugut membunuh mangsa sekiranya mendedahkan kejadian itu kepada orang lain.

Katanya, mangsa menghubungi kakaknya sebelum menceritakan kejadian berkenaan.

Mangsa yang ditemani kakaknya membuat laporan di Balai Polis Sentul di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Katanya, sehingga kini masih belum ada tangkapan dibuat namun usaha mengesan suspek giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan.

Ini kejadian kedua dalam tempoh tidak sampai seminggu membabitkan pensyarah melakukan jenayah seksual terhadap penuntut wanita masing-masing.

Pada 29 0ktober lalu, Harian Metro melaporkan perbuatan seorang pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Lembah Klang berusia lingkungan 50-an yang mencabul pelajar perempuan di bilik universiti berkenaan.

Pensyarah terbabit didakwa memaksa pelajar berusia 23 tahun berkenaan melakukan aksi ringan-ringan dengan mengumpan meluluskan pelajar itu dalam peperiksaan.

Perkhidmatan Internet di Palestin tergendala digodam kerajaan asing


RAMALLAH: Penggodam menceroboh perkhidmatan Internet Palestin di Tebing Barat dan Gaza semalam.
Menteri Telekom Palestin, Mashour Abu Daqqa, berkata gangguan itu didalangi sebuah “kerajaan asing” yang melakukan serangan terancang dari luar.

“Saya percaya ia dilakukan pihak kerajaan asing,” katanya.
Menurut Mashour, penggodam terbabit mengganggu semua alamat protokol Internet digunakan Palestin.

Katanya, gangguan itu turut menyebabkan pengguna Internet di Palestin gagal melayari laman sesawang di negara lain.

“Juruteknik teknologi kami kini berjaya mengesan pelayan palsu yang mencetuskan gangguan itu,” katanya. - Reuters

Gempa sederhana gegar pantai Costa Rica

Berita Harian Online | Gempa sederhana gegar pantai Costa Rica: "SAN JOSE: Gempa bersaiz sederhana menggegarkan pantai Pasifik Costa Rica, awal hari ini tetapi tiada laporan mengenai kerosakan serta mereka yang cedera.

Gempa berukuran 5.4 magnitud itu berlaku jam 1:01 petang waktu tempatan, lapor Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS).
Gegaran berpusat di 24 kilometer di timur laut Cabuya, di Wilayah Puntarenas, lapor Agensi Pemantauan Gunung Berapi dan Seismologi Costa Rica. - AFP"

'via Blog this'

Wanita tuduh Bieber bapa bayi 3 bulan

SEORANG pelawat memerhati potret Bieber hasil kerja jurugambar Art Streiber di satu pameran โ€˜Vanity Fair 100 years: Masters of Photographyโ€™, di Victoria, Sepanyol, bulan lalu.
SEORANG pelawat memerhati potret Bieber hasil kerja jurugambar Art Streiber di satu pameran ‘Vanity Fair 100 years: Masters of Photography’, di Victoria, Sepanyol, bulan lalu.
Penyanyi Pop Remaja hadapi saman jalani ujian darah

LOS ANGELES: Seorang wanita California berusia 20 tahun memfailkan saman terhadap ikon pop remaja terkenal dari Kanada, Justin Bieber menuduhnya adalah bapa kepada bayi lelakinya berusia tiga bulan.
Wanita yang membuat tuduhan sensasi itu mendakwa, Bieber memberitahunya hubungan seks mereka adalah ‘kali pertama’ dia berasmara, lapor majalah Star yang melaporkan perkara itu secara eksklusif.
Mariah Yeater menuntut penyanyi terbabit menjalani satu ujian darah untuk ‘mengesahkan secara saintifik’ beliau bapa kepada kanak-kanak terbabit, kata dokumen mahkamah yang diperoleh Star.

Saman terbabit difailkan pada akhir bulan lalu dan Yeater meminta mahkamah supaya Bieber ‘memberikan nafkah sepatutnya kepada anaknya’.

Dalam satu afidavit ditandatangani bawah nama Yeater, katanya, beliau berusia 19 tahun ketika menjalin hubungan seks dengan bintang di bawah umur terbabit di belakang pentas ketika satu konsert di sini.

Bagaimanapun, wakil Bieber berulang kali menafikan dakwaan itu. Pada masa sama, mahkamah menetapkan satu perbicaraan diadakan yang dijangka akhir tahun ini.
Dalam satu kenyataan kepada laman berita web, wakil Bieber juga menekankan: “Kami belum lagi melihat saman terbabit tetapi amat menyedihkan sekali bahawa seseorang mengada-adakan perkara ini, membuat fitnah dan dakwaan palsu.

“Kami akan berusaha bersungguh-sungguh menggunakan semua penyelesaian dari segi undang-undang untuk mempertahankan dan melindungi Justin terhadap semua tuduhan berkenaan.”

Dalam satu afidavit yang ditandatanganinya, Yeater memberitahu, seorang pengawal keselamatan Bieber mendekatinya dan bertanya jika mahu bertemu Bieber dan seterusnya membawanya ke belakang pentas.

“Jelas sekali kami tertarik antara satu sama lain dan kami mula berciuman.
Sebaik saja selepas itu, Bieber mencadangkan saya mengikutnya ke sebuah tempat lain supaya mereka tidak diganggu,” katanya. – Agensi
Berita Harian Online | Wanita tuduh Bieber bapa bayi 3 bulan:

'via Blog this'

Wanita lahir anak perempuan didenda

Suami minta RM1,561 sebelum benar isteri pulang

PATNA: Tindakan seorang lelaki di Bihar kelmarin mengenakan denda kepada isterinya 25,000 rupee (RM1,561) kerana melahirkan bayi perempuan, memaksa pentadbiran tempatan campur tangan.
Nargis, bayi perempuan yang dilahirkan di kampung negeri jiran Uttar Pradesh adalah antara bayi yang diiktiraf sebagai penduduk dunia ke-7 bilion.
Pihak berkuasa campur tangan dalam isu itu selepas Mohammad Manzoor, dari daerah majoriti Islam di Purnea, Bihar menghalau isterinya, Shahnaz, 30, dari rumah mereka dan hanya membenarkan beliau kembali ke rumah itu selepas membayar denda yang dikenakan.

Menurut pegawai di kawasan itu, Manzoor turut mengisytiharkan denda akan berganda jika isterinya melahirkan bayi perempuan lagi, lapor Gulfnews.

“Saya tidak mahu anak perempuan, ini terlalu membebankan,” katanya.
Ditinggalkan tanpa pilihan, wanita itu mengemukakan aduan kepada pentadbiran daerah tempatan untuk mendapatkan bantuan.
“Saya dihormati keluarga mentua sebelum ini tetapi sebaik melahirkan anak perempuan, layanan mereka terhadap saya terus berubah. Jika melahirkan bayi perempuan adalah kesalahan yang perlu dihukum, saya sepatutnya diberi anugerah kerana melahirkan dua anak lelaki sebelum ini,” katanya.

Menyedari kes itu agak sensitif, pihak pentadbiran segera memindahkan kes itu kepada Jabatan Pertelingkahan Keluarga yang berkhidmat dengan mengemukakan notis kepada suami dan akhirnya menyelesaikan masalah itu.

“Kami benar-benar sukar meyakinkan Manzoor tetapi apa yang baik ialah berjaya menghalang keluarga itu bercerai berai,” kata anggota jabatan itu yang memberi kaunseling kepada lelaki itu, Dilip Kumar Deepak dan Swati Vaishnatri.

Selepas diyakinkan kaunselor, pasangan itu setuju tinggal bersama dan Shahnaz menggugurkan kes terhadap suaminya. – Agensi
Berita Harian Online | Wanita lahir anak perempuan didenda:

'via Blog this'

50 maut kena renjatan elektrik

PENDUDUK terpaksa berdiri di tempat duduk ketika menunggu bas di daerah Phisi Charoen, Bangkok, semalam.
PENDUDUK terpaksa berdiri di tempat duduk ketika menunggu bas di daerah Phisi Charoen, Bangkok, semalam.
Penduduk Bangkok redah banjir hadapi risiko baru

BANGKOK: Banjir dilaporkan semakin buruk di ibu negara Thailand berikutan lebih banyak kawasan tenggelam manakala jalan raya tidak dapat dilalui.
Lebih 50 penduduk dilaporkan maut akibat terkena renjatan elektrik sewaktu memindahkan barangan mereka ketika meredah banjir.
Ketua Jabatan Kawalan Penyakit, Dr Pornthep Siriwanarangsan melahirkan kebimbangannya berikutan semakin ramai penduduk yang terbunuh terkena renjatan elektrik.

Beliau berkata, walaupun angka rasmi kematian akibat terkena renjatan elektrik ketika banjir masih lagi 17, lawatan beliau ke penempatan dan pertemuan dengan penduduk terjejas mendapati jumlahnya 50 kes.

Sementara itu, Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) mengarahkan penduduk berpindah dari kawasan Bang Phai, berikutan banjir semakin buruk. Bang Phai berada di daerah Bang Khae di Bangkok.

BMA menyenaraikan kawasan daerah Bang Chan di daerah Klong Sam Wa di Bangkok sebagai kawasan dalam pemerhatian.
Gabenor Bangkok, MR Sukhumbhand Paribatra turut bimbang mengenai zon barat di ibu negara itu.

“Sistem saliran air di sana tidak baik seperti di zon timur,” katanya.
Kawasan yang dilanda banjir, Bang Khae dan Thawee Watthana adalah antara daerah di zon barat.

“Paras banjir kini melebihi satu meter,” kata Samart Khemthong, seorang daripada mangsa di sana. Kampungnya, Sakunthip berada berhampiran dengan terusan Thawee Watthana.

Katanya 30 daripada 350 keluarga berkhemah di luar perkampungan mereka bagi menghalang harta benda mereka dicuri.

“Kami sangat memerlukan sebuah bot sekarang ini,” kata Samart.

Sanya Sheenimit, yang mengetuai Jabatan Saliran dan Pengairan BMA berkata bahawa pegawai BMA menggunakan bot di kawasan barat yang dilanda banjir.

“Kami sudah memasang lebih banyak pam dan meletakkan penghadang air,” katanya.

Sukhumbhand berkata, banjir menjadi ancaman di zon timur Bangkok selepas kerajaan mengarahkan pintu air di terusan Klong Sam Wa dialihkan.

“Lebih banyak tempat di zon timur termasuk kawasan perindustrian Bang Chan berisiko dilanda banjir,” katanya. – Agensi
Berita Harian Online | 50 maut kena renjatan elektrik:

'via Blog this'

Israel pula hukum Palestin isu UNESCO

KAWASAN penempatan Yahudi di Har Homa bagi Israel atau  Jabal Abu Ghneim bagi Palestin   menunjukkan usaha Israel memperluaskannya selepas UNESCO mengambil Palestin menjadi ahlinya.
KAWASAN penempatan Yahudi di Har Homa bagi Israel atau Jabal Abu Ghneim bagi Palestin menunjukkan usaha Israel memperluaskannya selepas UNESCO mengambil Palestin menjadi ahlinya.
Rejim Zionis juga cari sebab serang Iran kerana program nuklear

BAITULMAQDIS: Israel mengumumkan akan membina 2,000 rumah lagi untuk pendatang Yahudi dengan membekukan pemindahan dana cukai Palestin sebagai menghukum mereka atas undian di UNESCO meluluskan kemasukan sebagai ahli badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.
Rejim Zionis itu mendapat ilham daripada langkah Amerika yang menarik balik dana kepada UNESCO. Malah, ia juga membincangkan serangan terhadap Iran bagi memusnahkan program nuklearnya.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan anggota Kabinetnya bersetuju mempercepat pembinaan penempatan di timur Baitulmaqdis dan kawasan berhampiran, sehari selepas UNESCO menerima Palestin sebagai anggota penuh.

“Langkah ini dipersetujui...sebagai hukuman selepas mengundi di UNESCO,” kata pegawai kanan kerajaan sebelum Netanyahu mendakwa Israel membuat keputusan itu kerana mempunyai hak berbuat demikian.

“Kami akan bina 2,000 unit rumah termasuk 1,650 kediaman di timur Baitulmaqdis dan selebihnya di penempatan Maaleh Adumim dan Efrat,” tambahnya merujuk kepada penempatan besar di timur Baitulmaqdis dan satu lagi antara Baitulaham serta bandar selatan Hebron.

“Kami juga memutuskan untuk membekukan pemindahan dana secara sementara kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA),” tambahnya.
Setiap bulan, Israel memindahkan kepada Pihak Berkuasa Palestin puluhan juta dolar sebagai cukai kastam terhadap barangan yang dihantar ke pasar Palestin yang transit melalui pelabuhan Israel. Peruntukan itu mewakili peratusan besar dalam belanjawan Palestin.

Israel sering membekukan pemindahan dana itu sebagai langkah hukuman dalam hubungan diplomatik atau perkembangan politik yang dilihat sebagai berbahaya.

Sementara itu, Netanyahu dan Menteri Pertahanan, Ehud Barak cuba meyakinkan Kabinet supaya menyokong serangan terhadap Iran, lapor akhbar Haaretz.

Netanyahu berusaha untuk memenangi sokongan majoriti untuk menyerang Iran tetapi ada beberapa anggota Kabinet menentang serangan itu.

Netanyahu berjaya meyakinkan Menteri Luar, Avigdor Lieberman menyokong serangan itu yang bertujuan memusnahkan keupayaan nuklear Iran.

Tetapi menteri lain dilaporkan menentangnya dengan ramai yang beranggapan yang tindakan terhadap Iran perlu dilakukan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Laporan Haaretz keluar beberapa hari selepas spekulasi rancangan serangan Israel terhadap Iran. Isnin lalu, Barak menafikan laporan media bahawa beliau dan Netanyahu sudah memutuskan untuk menyerang Iran walaupun ditentang ketua perisikan dan ketenteraan.

Antara yang masih menentang serangan itu, kata Haaretz ialah Menteri Dalam Negeri, Eli Yishai dari parti ultra-Ortodok Shas, Menteri Perisikan, Dan Meridor, Menteri Hubungan Strategik dan orang kepercayaan Netanyahu, Moshe Yaalon dan Menteri Kewangan, Yuval Steinitz.

Haaretz berkata, laporan keupayaan nuklear Iran dijangka diterbitkan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa pada Selasa minggu depan akan membantu keputusan terhadap serangan ke atas Tehran. – AFP/Agensi
Berita Harian Online | Israel pula hukum Palestin isu UNESCO:

'via Blog this'

AS cari data risikan dari Twitter, Facebook



COLORADO SPRINGS 2 Nov. – Gelombang peningkatan kebangkitan rakyat di Afrika Utara dan Asia Barat yang setakat ini menyebabkan tiga kerajaan telah tumbang mendorong Amerika Syarikat (AS) untuk membangunkan garis panduan bagi mengumpul maklumat perisikan daripada rangkaian media sosial.
Penolong Setiausaha Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Caryn Wagner berkata, penggunaan teknologi seperti itu dalam kebangkitan rakyat di rantau itu, yang bermula di Tunisia mencetuskan perhatian beberapa pegawai, sekali gus membangkitkan persoalan sama ada AS perlu lebih memantau aktiviti rangkaian sosial domestik.
“Kami masih mencuba untuk memikirkan bagaimana anda menggunakan Twitter sebagai sumber atau bagaimana anda membina trend dan kemudiannya menjadikannya sebagai produk perisikan,” katanya.
Menurut Wagner, jabatannya sedang membangunkan garis panduan dalam mengumpulkan maklumat daripada laman web seperti Twitter dan Facebook untuk tujuan penguatkuasaan undang-undang.
“Protokol sedang dibangunkan dengan kawalan ketat undang-undang bagi menghalang pengintipan terhadap rakyat AS dan melindungi privasi, termasuk peraturan menentukan tempoh masa maklumat itu boleh disimpan dan perbezaan antara pengawasan domestik dan antarabangsa.
“Jabatan Keselamatan Dalam Negeri yang ditubuhkan selepas serangan 11 September 2001 tidak secara aktif memantau sebarang rangkaian sosial, tetapi hanya setelah menerima maklumat mengenai potensi ancaman,” ujarnya.
Wagner berkata, cabaran utama ialah membangunkan garis panduan untuk mengumpul dan menganalisis maklumat bagi membolehkan ia menyediakan bahan risikan bermakna bagi pegawai penguatkuasa.
Beliau yang kini berada di Colorado Springs untuk menyampaikan ucapan pada Simposium Kebangsaan bagi Pertahanan dan Keselamatan Dalam Negeri turut mendedahkan satu lagi program utama melibatkan latihan beratus-ratus ribu pegawai penguatkuasa undang-undang di seluruh AS untuk membuat laporan mengenai aktiviti yang mencurigakan. – AGENSI

Bekas polis Serb Bosnia ditahan



03/11/2011 3:01am

SARAJEVO 3 Nov. – Polis Bosnia semalam menahan seorang bekas komander polis Ser Bosnia yang disyaki mengarahkan pembunuhan 10 orang penduduk awam Islam semasa perang Serbia-Bosnia pada 1992.
Jurucakap pejabat pendakwaraya, Boris Grubesic berkata, Goran Saric, 47, ditahan di timur laut pekan Bijeljina.
Saric merupakan komander polis di kawasan yang dikuasai Serb di Sarajevo pada Jun 1992 dan dia disiasat oleh pendakwaraya negeri atas dakwaan melakukan jenayah perang. – REUTERS

Israel bina 2,000 rumah haram



BAITULMAQDIS 2 Nov. - Israel semalam mengumumkan ia akan membina 2,000 lagi rumah penempatan haram Yahudi dan membekukan pemindahan wang cukai kepada Palestin sebagai hukuman kerana diterima sebagai anggota Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Keputusan untuk mempercepatkan pembinaan penempatan haram Yahudi di timur Baitulmaqdis dan kawasan penempatan haram berdekatan diambil oleh lapan menteri kanan Kabinet Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu yang bersidang sehari selepas perhimpunan agung UNESCO mengundi untuk menerima Palestin sebagai anggota penuh badan dunia itu.
"Langkah-langkah itu dipersetujui sebagai hukuman berikutan pengundian di UNESCO.
"Kami akan membina 2,000 unit rumah (penempatan haram Yahudi) termasuk 1,650 rumah di timur Baitulmaqdis dan bakinya di kawasan penempatan Maaleh Adumin dan Efrat," kata seorang pegawai kanan kerajaan.
Mesyuarat turut memutuskan untuk membekukan pemindahan dana kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA), ujarnya.
Israel setiap bulan memindahkan cukai kastam berjumlah puluhan juta dolar kepada PA dan dana itu merupakan sebahagian besar daripada bajet Palestin.
Pengumuman itu mencetuskan kemarahan di pihak Palestin, termasuk jurucakap Presiden Mahmoud Abbas, Nabil Abu Rudeina yang menggesa Kuartet Asia Barat dan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) 'menghentikan tindakan sewenang-wenang' yang boleh memberi kesan negatif terhadap seluruh rantau ini.
"Keputusan Israel untuk mempercepatkan pembinaan di kawasan penempatan haram dengan membina 2,000 unit rumah baru adalah keputusan Israel untuk mempercepatkan kemusnahan proses damai.
"Pembekuan dana itu pula umpama mencuri wang rakyat Palestin," kata Abu Rudeina. - AFP

Firma China, India cenderung beri rasuah



BERLIN 2 Nov. - Firma China dan Rusia berkemungkinan paling tinggi untuk memberi rasuah ketika melakukan operasi di luar negara, berdasarkan indeks terbaru 'Pemberi Rasuah' oleh sebuah badan anti-rasuah di sini.
Badan itu, Transparency International berkata, sektor paling banyak berlakunya penyelewengan adalah sektor pembinaan dan pemberian kontrak infrastruktur awam.
Firma China dan Rusia berada di tangga terbawah iaitu masing-masing tempat ke-27 dan ke-28 dalam indeks 2011 yang diterbitkan hari ini.
Firma Belanda, Switzerland, Belgium, Jerman dan Jepun berada di tangga teratas manakala Britain dan Amerika Syarikat masing-masing di tangga kelapan dan kesembilan.
Malaysia, Hong Kong, Itali dan Afrika Selatan masing-masing berada di tangga ke-15 dengan indeks 7.6.
Badan anti-rasuah itu berkata, tiada satu pun daripada 28 negara yang ditinjau termasuk semua negara anggota Kumpulan 20 (G20) dilihat bersih sepenuhnya daripada rasuah dan hanya jumlah kecil negara berjaya membuat perubahan besar sejak indeks rasuah 2008.
''India paling tinggi bertambah baik dengan peningkatan 0.7 tetapi negara itu masih berada tangga bawah carta. Kanada dan United Kingdom pula menyaksikan penurunan paling ketara dengan -0.3,'' kata laporan itu.
Badan anti-rasuah itu menyoal 3,016 eksekutif perniagaan di 30 negara yang dipilih berdasarkan pelaburan dan eksport luar selain kepentingan mereka di peringkat wilayah berhubung sejauh mana syarikat berpangkalan di beberapa buah negara terlibat dalam rasuah.
Pemarkahan dibuat berdasarkan maklum balas para eksekutif iaitu markah 0 bermaksud mereka sentiasa beri rasuah dan markah 10 bermakna mereka tidak berbuat demikian.
Transparency International menggesa semua negara melaksanakan konvensyen terhadap rasuah yang dinaungi oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Kesatuan Eropah (EU).
''Negara anggota G20 yang akan bertemu di Cannes pada minggu ini perlu meletakkan isu berkenaan sebagai perkara paling penting untuk ditangani,'' kata wakil badan anti-rasuah itu, Huguette Labelle dalam satu kenyataan. - Reuters

Enam maut di selatan Thailand



03/11/2011 3:01am

BANGKOK 3 Nov. - Sekumpulan lelaki bersenjata disyaki pemisah Islam membunuh enam orang dalam satu serangan bom dan tembakan di selatan Thailand, semalam, kata polis.
Sebuah trak yang membawa tujuh penduduk kampung diletupkan menggunakan bom yang diletakkan di tepi jalan di daerah Ra Ngae, Narathiwat sebelum kumpulan bersenjata tidak dikenali itu melepaskan tembakan.
"Sepasukan askar bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mereka namun militan meletupkan bom kedua, menyebabkan dua tentera cedera," kata seorang anggota polis yang enggan dikenali. - AFP

Iran laung amaran ‘hukum’ Israel



03/11/2011 3:01am

TEHRAN 3 Nov. – Ketua Turus Angkatan Tentera Iran, Jeneral Hassan Firouzabadi, semalam melaungkan amaran untuk 'menghukum' Israel sekiranya rejim Zionis itu melancarkan serangan terhadap negara Islam itu.
"Kami mengambil kira terhadap sebarang ancaman walaupun ia hanya berkemungkinan kecil dan Iran bersiap sedia untuk menghadapinya.
"Dengan kekuatan yang ada, kami bersedia untuk menghukum Israel dan membuat mereka menyesal terhadap kesilapan yang dilakukan," katanya.
Media-media Israel membuat spekulasi terdapat perancangan untuk menyerang kemudahan nuklear Iran namun kerajaan rejim tersebut menafikannya.
Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak menafikan laporan yang menyatakan dia dan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu telah membuat keputusan untuk melancarkan serangan ke atas Iran. – AFP

Pihak berkuasa Thailand gigih baiki pintu air di Bangkok



BANGKOK 2 Nov. - Pihak berkuasa Bangkok hari ini menjalankan kerja-kerja memperbaiki kerosakan pada pintu-pintu air yang dikatakan menjadi punca krisis banjir di ibu negara Thailand ini sehingga menimbulkan kemarahan penduduk.
Dengan jumlah korban banjir meningkat kepada 427 orang, kerajaan pusat pimpinan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra dilihat tidak sehaluan dengan pentadbiran Bangkok yang didominasi parti pembangkang, Parti Demokrat dalam menangani krisis berkenaan.
Walaupun pusat bandar Bangkok terselamat daripada banjir buruk selepas benteng di sepanjang Sungai Chao Phraya berjaya menghalang limpahan air semasa air pasang dari Teluk Siam, namun kawasan di pinggir dan utara Bangkok masih ditenggelami air.
Antara pintu air yang diperbaiki bagi mengurangkan kesan banjir yang melanda kota Bangkok sejak Julai lalu itu adalah di Sam Wa.
''Pihak kami juga akan meninjau keadaan pintu air di kawasan perindustrian Bang Chan,'' kata jurucakap pentadbiran Bangkok, Jate Sopitpongstorn.
Sementara itu, Timbalan Gabenor Bangkok, Theerachon Manomaipaiboon berkata, pihak berkuasa mula membina benteng guni pasir bagi menghalang limpahan air memasuki pusat bandar ini dari utara.
Semalam, kemarahan penduduk Bangkok memuncak dan mendakwa kerajaan gagal menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.
Penduduk juga melahirkan rasa tidak puas hati ekoran rumah-rumah mereka terpaksa dikorbankan untuk 'mengalihkan' aliran air sebagai langkah menyelamatkan bahagian tengah ibu negara ini. - REUTERS

Pesawat Boeing 767 LOT selamat mendarat tanpa roda di Warsaw




DETIK-detik cemas semasa pesawat Boeing 767 milik Penerbangan LOT Poland melakukan pendaratan cemas tanpa roda di Lapangan Terbang Warsaw di Poland, kelmarin. - REUTERS


WARSAW 2 Nov. - Sebuah pesawat Boeing 767 membawa seramai 231 orang selamat mendarat selepas ia mengalami kegagalan peralatan pendaratan di Lapangan Terbang Warsaw, hari ini.
Jurucakap syarikat penerbangan LOT Polish Airlines di Poland berkata, anggota bomba dan ambulans dikerah ke tempat kejadian dan kesemua 220 orang penumpang serta 11 orang krew selamat dikeluarkan dari pesawat penumpang itu.
Menurut jurucakap LOT, Leszek Chorzewski, pesawat Boeing 767-300 itu yang dalam perjalanan dari Newark, Amerika Syarikat berjaya melakukan pendaratan kecemasan selepas mengalami kegagalan pada gear pendaratan.
"Pesawat tersebut selamat mendarat pada badannya di landasan itu yang telah disembur dengan bahan perencat api yang istimewa.
"Kesemua penumpang selamat diturunkan (dari pesawat) dan tiada sesiapa yang cedera," katanya.
Rakaman video pendaratan kecemasan yang disiarkan beberapa minit selepas kemalangan tersebut menerusi stesen televisyen tempatan, TVN24 menunjukkan badan pesawat tersebut tergelincir di landasan dan mengeluarkan asap putih.
Percikan api turut kelihatan di enjin jet yang terletak di kepaknya ketika pesawat itu tergelincir.
Penumpang kemudian keluar dari pesawat tersebut menggunakan gelongsor kecemasan dengan bantuan krew lapangan terbang. - AFP

Syria setuju pelan tamatkan sengketa kelolaan Liga Arab



SEORANG wanita Syria memegang bendera negara itu semasa menyertai perhimpunan menyokong Presiden Bashar al-Assad di Deir Al-Zor, tenggara Damascus, kelmarin. - AFP


DAMSYIK 2 Nov. - Syria dan Liga Arab mempersetujui pelan bagi menamatkan pertumpahan darah di negara ini, lapor media rasmi Damsyik.
Bagaimanapun seorang pegawai kanan pertubuhan serantau itu berkata, pihaknya masih menantikan jawapan rasmi daripada Syria.
"Syria dan Liga Arab mempersetujui dokumen akhir mengenai situasi di Syria dan pengumuman rasmi akan dibuat di ibu pejabat Liga Arab esok (hari ini)," lapor stesen televisyen kerajaan Syria dan agensi beritaSANA awal malam tadi.
Timbalan Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmed Ben Helli memberitahu televisyen Al-Arabiya kemudian, belum ada jawapan yang diterima daripada Syria.
"Setiausaha Agung Liga Arab belum menerima jawapan rasmi Syria terhadap dokumen yang dikemukakan oleh jawatankuasa peringkat menteri bagi menamatkan keganasan," kata Ben Helli.
Cadangan Liga Arab itu bertujuan untuk menamatkan pertumpahan darah sejak lebih tujuh bulan lalu, yang dilaporkan telah meragut lebih 3,000 nyawa, kebanyakannya orang awam yang terbunuh dalam kempen kerajaan untuk menamatkan protes.
Presiden Syria, Bashar al-Assad menghadapi tekanan makin meningkat daripada masyarakat antarabangsa dan Arab untuk menamatkan keganasan dan melaksanakan pembaharuan meluas bagi memenuhi tuntutan penunjuk perasaan yang memprotes hampir setiap hari sejak pertengahan Mac lalu.
Pelan Liga Arab itu antara lain menggesa Assad mengundurkan kereta kebal dari tempat awam dan melancarkan dialog kebangsaan dengan penentang beliau. - AFP

Jual seekor ikan kerapu dapat untung RM16,000




SEORANG lelaki memegang ikan kerapu seberat 200 kilogram yang ditangkap di perairan Miri, Sarawak semalam.


IKAN GERGASI. Seorang nelayan tidak menyangka memperoleh wang sebanyak RM16,000 selepas kejayaan menangkap seekor kerapu gergasi semalam.
Ikan seberat 200 kilogram (kg) itu dipercayai ditangkap menggunakan pukat kira-kira tujuh batu nautika dari pantai Miri, Sarawak.
Kejayaan menangkap ikan itu menarik perhatian ramai termasuk seorang pemilik restoran yang membelinya pada harga RM16,000.
Spesies kerapu gergasi yang turut dipanggil sebagai kertang itu mampu membesar sehingga dua meter panjang dengan berat 400 kilogram dan mempunyai nilai pasaran mencecah RM70 sekilogram.

Bebola kristal disangka gula-gula



KEADAAN Ifti Ilya Farhana selepas menjalani pembedahan membuang bebola kristal dalam ususnya di HTAA Kuantan semalam.


KUANTAN - Seorang kanak-kanak perempuan menanggung kesakitan terpaksa dibedah kelmarin selepas menelan beberapa butir objek yang disangkanya gula-gula di hadapan rumahnya di Perkampungan Sri Mahkota Jaya di sini pada 26 Oktober lalu.
Ifti Ilya Farhana Mohd. Khairuddin yang berusia setahun tujuh bulan tidak menyangka gula-gula itu sebenarnya bebola gel atau hidrogel, sejenis baja tanaman hiasan yang boleh membesar sehingga beratus kali saiz asalnya jika direndam di dalam air.
Ibunya, Siti Aisyah Yusof, 27, berkata, anak sulungnya itu dipercayai mendapat bebola tersebut daripada rakannya.
"Semasa dia masuk ke dalam rumah, saya lihat dia memasukkan beberapa butir manik sebesar kacang hijau ke dalam mulutnya," katanya ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini semalam.
Bagaimanapun, Siti Aisyah yang merupakan seorang guru memberitahu, empat hari selepas itu anaknya tiba-tiba muntah lalu terkeluar sebutir gel sebesar guli.
Bimbang keselamatan anaknya, dia mengejarkan anaknya itu ke HTAA pada pagi Ahad lalu.
Sementara itu, bapa mangsa, Mohd. Khairuddin Harun, 29, pula berkata, pada peringkat awal, doktor tidak dapat mengesan sebarang objek selepas melakukan ujian sinaran X (X-ray).
"Anak saya berterusan muntah, suhu badan pula naik mendadak sehingga 45 darjah Celsius dan pemeriksaan lanjut akhirnya berjaya mengesan ada objek di dalam usus kecilnya," katanya.

Ular albino berkepala dua



SEEKOR ular susu albino berkepala dua menetas di sebuah pusat penetasan haiwan itu 
di Ridge Manor, Florida baru-baru ini.


MIAMI, Amerika Syarikat (AS) - Seekor anak ular susu albino yang baru menetas di sebuah pusat penetasan haiwan itu di Ridge Manor, Florida didapati mempunyai dua kepala baru-baru ini.
Menurut seorang ahli biologi Universiti Tengah Florida, Daniel Parker, ular berkepala dua telah didokumentasikan hidup selama 20 tahun dalam kurungan.
Namun, katanya, dengan dua otak mengawal badan ular itu, haiwan itu sukar untuk terus hidup dalam alam hidupan liar.
Ular dikategorikan albino jika ia mempunyai warna merah, oren dan putih.
Menurut mitos, ular susu dikatakan menyedut susu daripada kantung susu lembu.
Namun, sebenarnya ular itu hidup di dalam bangsal dan suka suasana gelap dan sejuk.
Ia tidak berbisa dan makan cicak, burung, serangga dan mamalia kecil. - Agensi

Seluar dalam Ratu Victoria dilelong RM47,019




SELUAR dalam Ratu Victoria berwarna putih yang dilelong di Edinburgh kelmarin.


LONDON - Seluar dalam berwarna putih yang pernah dipakai oleh Ratu Victoria (gambar kecil) dari Britain dijual pada harga £9,375 (RM47,019) dalam satu lelongan di Edinburgh kelmarin.
Harga jualan itu lebih tiga kali ganda daripada jangkaan asal.
Seorang pembeli rahsia membeli seluar tersebut dalam lelongan barang yang terdapat di dalam Rumah Lama Battersea, London.
Rumah Lama Battersea itu merupakan kediaman keluarga Forbes yang terlibat dalam bidang perniagaan penerbitan.
Ratu Victoria memerintah dari 20 Jun 1837 hingga 22 Januari 1901.
Pemerintah Britain itu berkahwin dengan sepupunya, Putera Albert pada 1840. - Agensi

Sewa rumah mahal untuk jemaah haji



MEKAH - Musim haji membawa 'durian runtuh' kepada penduduk di sini yang mengaut keuntungan daripada kebanjiran jemaah haji dengan menyewakan kediaman mereka pada harga yang mahal.
Lebih 2.2 juta jemaah haji menuju ke sini untuk mengerjakan ibadat dan mereka memerlukan tempat tinggal.
"Penduduk Mekah memperoleh manfaat daripada ibadat haji kerana mereka memperoleh pendapatan mencukupi untuk setahun dalam tempoh cuma sebulan," kata Fawzi Fatani, 45, yang memiliki beberapa buah rumah di sini.
Dia berkata, kebanyakan penduduk Mekah berpindah ke bilik-bilik yang dibina di atas bumbung kediaman atau ruang tambahan supaya rumah atau apartmen mereka boleh disewakan kepada para jemaah.
Sewa yang dikenakan pula bergantung kepada jarak sesebuah rumah dengan Masjidilharam.
Sewa bangunan tiga tingkat berhampiran masjid berkenaan boleh mencecah AS$80,000 (RM250,600) untuk penginapan selama enam minggu.
Kota Mekah kini dipenuhi jemaah yang tiba dari seluruh dunia untuk mengerjakan ibadat haji tahun ini yang bermula esok.
Lebih 1.7 juta umat Islam telah tiba dari luar negara daripada anggaran 1.8 juta jemaah pada tahun ini manakala 700,000 hingga 800,000 lagi merupakan jemaah haji Arab Saudi. - AFP