Pages

Showing posts with label keli. Show all posts
Showing posts with label keli. Show all posts

Friday, August 10, 2012

Pengail amatur tangkap ikan keli 55 kilogram

KRISTIN memerlukan masa sejam untuk menewaskan ikan keli sepanjang dua meter ini.
KRISTIN memerlukan masa sejam untuk menewaskan
 ikan keli sepanjang dua meter ini.
LONDON: Seorang wanita menyebabkan teman lelakinya berasa kagum dan tercabar selepas berjaya menangkap ikan keli gergasi yang lebih berat daripada dirinya, semalam.
Kristin Hole, 20, memancing bersama Lee Pollard di Oakwood Park di Thetfofd, Nofolk apabila umpannya dibaham ikan keli seberat hampir 55 kilogram.

Mengakui baru berjinak-jinak dengan aktiviti memancing sejak beberapa tahun lalu, Kristin berkata, pengalamannya jauh lebih rendah berbanding Pollard yang memang pakar dalam kegiatan itu.

Ikan keli dipancing Kristin memadamkan rekod ikan air tawar paling besar pernah ditangkap di Britain sebelum ini - seberat 31.7 kilogram.

Ikan itu juga mengatasi pencapaian Pollard yang hanya mendapat ikan seberat 18 kilogram dalam kembara mereka selama tiga hari di situ.

Menceritakan pengalamannya sejam bertarung dengan ikan sepanjang 2.1 meter itu, Kristin berkata, ia seperti “menarik sebuah bas.” Kristin melepaskan semula ikan berkenaan ke tasik sejurus selepas merakamkan gambar bersamanya. - DM

Monday, August 1, 2011

Ikan keli albino terbesar pernah dipancing

BANGGA...Chris  Grimmer (kiri) bersama dua rakannya menunjukkan ikan keli  albino yang ditangkapnya, semalam.
BANGGA...Chris Grimmer (kiri) bersama dua rakannya menunjukkan ikan keli albino yang ditangkapnya, semalam

LONDON: Ikan gergasi ini membolehkan seorang pemancing warga Britain mencatatkan rekod baru.
Ikan itu, yang ditangkap oleh Chris Grimmer adalah ikan keli albino paling besar pernah ditangkap oleh seorang pemancing.

Ikan sepanjang 2.44 meter itu dan seberat 88 kilogram adalah satu kilogram lebih berat daripada yang ditangkap oleh wanita buta, Shelia Penfold, tahun lalu.

Chris, 35, menghabiskan masa 30 minit untuk cuba menaikkan ikan keliberkenaan selepas ia memakan umpannya.

Pemancing berasal dari Sheffield itu meraikan kejayaannya mencatatkan rekod baru itu dengan mengadakan jamuan bersama rakannya di tebing Sungai Ebro, berhampiran Barcelona, Sepanyol.

Ikan itu sungguh besar hingga menyebabkan batang pancing Chris bengkok dua apabila haiwan itu memakan umpan palet ikan halibut.


Suasana menjadi riuh di tebing sungai dengan orang ramai bersorak dan bertepuk tangan ketika dia menaikkan ikan berkenaan.Sheila Penfold dari Wandsworth, selatan London, menangkap ikan keli albino seberat 86 kilogram pada Oktober tahun lalu.Ikan keli terbesar pernah ditangkap di dunia ialah seberat 292 kilogram, Ikan Gergasi Mekong, yang ditangkap di Thailand pada 2005. - DM
http://www.hmetro.com.my