Pages

Showing posts with label peluru berpandu. Show all posts
Showing posts with label peluru berpandu. Show all posts

Saturday, April 23, 2011

Peluru berpandu AS bunuh 25 orang



RAKYAT Pakistan membakar bendera dan patung berupa Presiden Barack Obama semasa menunjuk perasaan membantah serangan AS ke wilayah Pakistan di Multan, Pakistan, semalam. – AFP


ISLAMABAD 22 April - Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh apabila 10 peluru berpandu drone Amerika Syarikat (AS) ditembak ke sebuah rumah di wilayah Waziristan Utara, Pakistan berdekatan sempadan Afghanistan hari ini, kata pegawai Pakistan.
Serangan tersebut dilancarkan sehari selepas ketua tentera Pakistan mengecam serangan seumpama itu dan menyebabkan hubungan antara Washington dan Islamabad bertambah tegang.
Serangan peluru berpandu terbaru AS itu menyerang perkampungan Spinwam, Waziristan Utara yang disyaki menjadi pangkalan kumpulan militan yang mensasarkan tentera AS dan NATO di Afghanistan.
Dua pegawai perisikan menyatakan orang awam dipercayai antara mangsa terbunuh dan sejumlah mangsa cedera dalam serangan AS itu.
Jumlah kematian yang dilaporkan agak tinggi untuk serangan peluru berpandu AS di mana AS jarang mengesahkan serangan seumpamanya.
Walaupun Pakistan telah lama mengecam serangan peluru berpandu kerana mengancam kedaulatan negara ini, ia dipercayai tetap bekerjasama secara rahsia dalam beberapa serangan.
Namun, hubungan Pakistan-AS semakin tegang pada tahun ini selepas seorang kontraktor CIA rakyat AS menembak mati dua warga Pakistan pada Januari lalu.
Satu serangan peluru berpandu pada bulan lepas yang didakwa membunuh berpuluh-puluh anggota puak di wilayah berkenaan turut meningkatkan kemarahan pemimpin Pakistan.
Dalam pada itu, beratus-ratus anggota militan menyerang pos pemeriksaan di barat Pakistan berdekatan sempadan negara ini menyebabkan 14 anggota pasukan keselamatan terbunuh. – AGENSI

Sunday, December 12, 2010

Jepun tempatkan peluru berpandu




2010/12/12

GAMBAR fail diambil pada 31 Mac 2009 menunjukkan  askar Jepun berkawal depan alat pelancar  PAC-3 di  Akita, utara Jepun.
GAMBAR fail diambil pada 31 Mac 2009 menunjukkan askar Jepun berkawal depan alat pelancar PAC-3 di Akita, utara Jepun.
Senjata canggih hadapi ancaman Korea Utara 

TOKYO: Jepun akan menempatkan peluru berpandu pemintas paling canggih di pangkalan udaranya di seluruh negara bagi menangani ancaman peluru berpandu balistik Korea Utara, lapor Kyodo News semalam.
Akhbar itu yang memetik sumber kerajaan dan pegawai pertahanan Jepun menyatakan keputusan menempatkan peluru berpandu Patriot Advance Capability-3 (PAC-3) itu, akan dilaksanakan di bawah garis panduan dasar pertahanan lima tahun yang baru dan bakal diumumkan selewat-lewatnya minggu depan.“Sistem perluru berpandu PAC-3, direka untuk menembak jatuh peluru berpandu yang dilancarkan dari daratan, akan ditempatkan di semua enam pangkalan Pasukan Pertahanan Udara, berbanding tiga saja yang ada sekarang,” kata Kyodo. 

Jepan membuat keputusan terbaru itu berikutan keadaan tegang di Semenanjung Korea yang semakin meningkat berikutan serangan meriam yang dilakukan Pyongyang ke atas Pulau Yeonpyeong di Korea Selatan bulan lalu, selain peningkatan aktiviti angkatan laut China di wilayah itu. 

Kelmarin, Jepun dan Amerika menamatkan latihan ketenteraan bersama terbesar dalam usahanya menunjukkan kekuatan ketenteraan kedua-dua negara, selepas Washington dan Korea Selatan mengadakan latihan serupa dalam usahanya mengenakan tekanan ke atas Pyongyang. 

Di bawah garis panduan baru itu juga, semua enam kapal pemusnah Aegis akan dilengkapkan peluru berpandu pemintas Standard Missile-3, manakala jumlah kapal selamnya akan ditambah daripada 16 kepada 22 buah di perairan barat daya Jepun. – AFP