Pages

Showing posts with label arab saudi. Show all posts
Showing posts with label arab saudi. Show all posts

Friday, November 23, 2012

Wanita Arab Saudi diawasi menerusi sistem elektronik




GAMBAR yang dirakamkan pada 19 November lalu menunjukkan seorang wanita meninggalkan sebuah pusat beli-belah di Riyadh.


RIYADH - Wanita-wanita di Arab Saudi diawasi menerusi sistem pemantau elektronik yang mengesan pergerakan mereka melepasi sempadan.
Sejak minggu lalu, golongan lelaki yang menjadi penjaga wanita menerima mesej pesanan menerusi telefon daripada pihak berkuasa.
Mesej itu memberitahu bahawa wanita yang berada di bawah jagaan mereka telah menyeberangi sempadan.
"Pihak berkuasa menggunakan teknologi untuk memantau wanita," kata seorang kolumnis, Badriya al-Bishr.
Wanita-wanita di negara ini tidak dibenarkan untuk meninggalkan Arab Saudi tanpa mendapat kebenaran daripada penjaga mereka.
Para penjaga itu yang terdiri daripada suami, abang atau saudara mereka perlu menandatangani 'borang kuning' bagi membenarkan golongan Hawa keluar dari negara ini.
Bagaimanapun, tindakan pihak berkuasa itu dikritik di laman Twitter.
"Kenapa anda tidak 'menggari' wanita anda dengan menggunakan gelang pengesan di kaki?' soal seorang pengguna di laman tersebut. - Agensi

Sunday, July 29, 2012

Arab Saudi berang atlet judo tidak dibenar pakai tudung


Arab Saudi berang atlet judo tidak dibenar pakai tudung
Wodjan (kiri) diiringi bapanya tiba di Lapangan Terbang Heathrow pada 25 Julai lalu.
LONDON - Arab Saudi bertindak mengemukakan aduan kepada Jawatan Kuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) selepas berang dengan keputusan saat akhir penganjur yang melarang atlet judo heavyweight, Wodjan Shaherkani memakai tudung semasa bertanding.

Kelmarin, jurucakap IOC memaklumkan mereka kini sedang mengadakan perbincangan dengan Persekutuan Judo Antarabangsa (IJF) dan Jawatan Kuasa Olimpik Arab Saudi untuk mencari jalan penyelesaian bagi membolehkan atlet muda berumur 18 tahun itu menyertai acara tersebut.

"Berdasarkan peraturan yang ditetapkan oleh IJF, Wodjan tidak boleh memakai tudung semasa bertanding untuk acara seni mempertahankan diri itu atas faktor keselamatan," kata Presiden IJF, Marius Vizer.

Difahamkan, IJF mengenakan peraturan keselamatan ketat termasuk melarang pemakaian tudung kerana ia didakwa akan memberi risiko terhadap kesihatan atlet.

Arab Saudi sebelum ini bersetuju membenarkan atlet wanita bersaing dalam temasya Sukan Olimpik London untuk pertama kali dengan syarat mereka mengenakan kod pakaian yang tidak melanggar hukum agama Islam.

Monday, June 18, 2012

Arab Saudi beli 800 kereta kebal

FRANKFURT: Arab Saudi membeli antara 600 hingga 800 unit kereta kebal Leopard buatan Jerman, dua kali ganda berbanding rancangan asal.
Memetik sumber daripada kerajaan, akhbar Bild am Sonntag, melaporkan sebelum ini Arab Saudi mahu membeli 300 unit Leopard-2 - kereta kebal perang utama buatan Jerman.

Kereta kebal itu turut dikeluarkan di bawah lesen di Sepanyol.
Dengan pembelian sehingga 800 unit, perjanjian perdagangan senjata itu akan bernilai 10 bilion euro (RM40 bilion).

Menurut Bild am Sonntag, jumlah itu adalah satu daripada dagangan senjata terbesar pernah dilakukan dalam industri pertahanan Jerman.

“Walaupun ada bantahan terhadap perjanjian itu di Pejabat Canselor, Kementerian Luar dan Kementerian Pertahanan, sokongan diberi Kementerian Ekonomi Jerman,” lapor akhbar itu.

Tuesday, June 7, 2011

Hanya wanita Saudi dibenar bekerja di kedai pakaian dalam


JEDDAH: Raja Abdullah telah mengeluarkan perintah hanya wanita Arab Saudi dibenarkan bekerja di kedai menjual pakaian dalam.Media Saudi semalam melaporkan usul itu adalah sebahagian usaha mengurangkan kadar pengangguran wanita yang tinggi di negara konservatif itu.Agensi berita SPA melaporkan Raja Abdullah turut menyediakan peluang pekerjaan khusus bagi wanita Saudi di beberapa industri termasuk pengilang dadah.Malah, beliau juga menyokong program bagi menggalak keluarga menceburi bidang pengeluaran.Isu wanita Saudi bekerja di kedai-kedai menjual pakaian dalam menjadi tumpuan satu tengkarah tiga tahun lalu antara Kementerian Tenaga Manusia dengan pihak berkuasa keagamaan yang mengeluarkan fatwa mengharamkan kerja-kerja sedemikian.Sebelum ini, ramai wanita Saudi mengadu rasa tidak selesa kerana perlu membeli pakaian dalam daripada pekerja lelaki.Mereka lebih selesa membeli pakaian dalam daripada pembantu penjualan wanita.Pengasas kempen 'Sudah Cukup Rasa Malu' di laman rangkaian sosial Facebook, Cik Fatima Garub, mengalu-alukan keputusan Raja Abdullah itu.Menurut Cik Fatima, langkah itu akan mencipta sekitar 6,000 pekerjaan untuk wanita Saudi.'Mulai sekarang, rasa malu akan lenyap. Kami berterima kasih kepada raja yang menyedari masalah kami dan membuat keputusan yang telah lama kami nantikan,' ujar Cik Garub. -- AFP.
Cyberita Online Luar Negara

Sunday, May 1, 2011

Arab Saudi ketatkan media



RIYADH 30 April - Pemimpin Arab Saudi, Raja Abdullah mengenakan sekatan baru ke atas media dan mengancam untuk mendenda dan menutup pertubuhan berita yang didakwa menggugat keselamatan negara ini.
Di bawah perintah Diraja yang dikeluarkan semalam, media akan dilarang daripada melaporkan sesuatu yang menyalahi undang-undang Islam atau yang memenuhi 'kepentingan asing dan menjejaskan keselamatan negara'.
Perintah itu menghendaki penerbit tidak menyimpang daripada 'kritikan objektif dan membina yang memenuhi kepentingan umum' dan mereka yang melanggar peraturan baru itu boleh didenda sehingga 500,000 riyal (RM399,000).
Selain mengancam untuk menutup penerbit yang melanggar perintah tersebut, pihak berkuasa juga boleh mengharamkan seseorang penulis untuk seumur hidup daripada menyumbang kepada mana-mana pertubuhan media.
Media Saudi dikawal ketat oleh kerajaan dan akhbar paling terkemuka dimiliki oleh mereka yang menganggotai atau berkait rapat dengan dinasti al-Saud yang memerintah.
Pihak berkuasa Saudi bertekad untuk membendung sebarang protes yang mendapat inspirasi daripada kebangkitan rakyat di Tunisia dan Mesir serta negara lain di Asia Barat.
Sejak seminggu lalu, polis menangkap 20 hingga 30 penganut Syiah termasuk dua penulis blog yang turut menyertai demonstrasi di Wilayah Timur yang kaya dengan minyak.
Majoriti di kalangan dua juta penduduk Syiah Saudi tinggal di Wilayah Timur, yang bersempadan dengan Bahrain di mana pihak berkuasa bulan lepas menghancurkan protes antikerajaan yang diketuai oleh penganut Syiah di sana. - AFP, utusan

Thursday, March 31, 2011

Arab Saudi tahan profesor tuntut pembebasan tahanan


RIYADH: Pihak berkuasa Arab Saudi menahan seorang profesor universiti sehari selepas beliau menggesa pembebasan anggota keluarganya dan tahanan lain.
“Dr Mubbarak bin Zuair sepatutnya memberitahu berita baik itu kepada penunjuk perasaan di depan Kementerian Penerangan yang membantah lanjutan penahanan keluarga masing-masing, bahawa sebahagian mereka akan dibebaskan,” menurut kenyataan Persatuan Hak Asasi Pertama (HRFS).

“Bagaimanapun, pada jam 10.30 pagi 20 Mac lalu, ketika dalam perjalanan ke Kementerian Penerangan, tempat tunjuk perasaan diadakan, Mubbarak ditahan oleh polis rahsia,” katanya.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Mansour al-Turki tidak dapat mengesahkan penahanan Mubbarak, profesor Universiti Alimmam Mohammad Bin Saud di Riyadh. - Reuters

Sunday, March 13, 2011

Rakyat Arab Saudi belum sedia protes

Berita Harian

2011/03/13


  • Foto
    PENUNJUK perasaan Syiah ditahan anggota tentera ketika tunjuk perasaan di wilayah timur Al-Qateef, kelmarin.
  • Foto
    PENGANUT Syiah berkumpul ketika demonstrasi menuntut perubahan dan pembebasan tahanan Syiah di wilayah timur Al-Qateef, kelmarin.
Gesaan tunjuk perasaan tak dapat sambutan

RIYADH: Rakyat Arab Saudi sememangnya dahagakan perubahan politik dan ekonomi tetapi kegagalan ‘Hari Kemarahan’ yang digesa aktivis siber kelmarin, menunjukkan mereka tidak bersedia memberontak, kata penganalisis.
Tiada rusuhan dilaporkan di negara itu kelmarin, selepas pasukan keselamatan melancarkan gerakan besar-besaran menghalang penunjuk perasaan daripada mematuhi gesaan Facebook untuk berhimpun di jalanan.
“Saya berpendapat penduduk Arab Saudi bersedia berubah tetapi belum bersedia memberontak. Ini menunjukkan mengapa gesaan untuk bantahan gagal,” kata aktivis hak asasi kemanusiaan, Fuad al-Farhan.

Perhimpunan mendesak perubahan demokratik di negara pemerintahan beraja itu sepatutnya bermula selepas solat Jumaat kelmarin, tetapi masjid kosong tanpa tanda rusuhan, sebaliknya hanya pasukan keselamatan kelihatan berkawal.

Bagaimanapun media melaporkan keadaan tegang berlaku di wilayah timur Al-Qateef, di mana tiga penunjuk perasaan Syiah ditembak mati dan cedera dalam usaha polis menyuraikan demonstrasi, Khamis lalu.

Satu demonstrasi menuntut perubahan dan pembebasan tahanan Syiah juga berlaku pada Jumaat, kata seorang saksi, tetapi tiada laporan mengenai rusuhan.
Farhan menjangkakan gesaan mengadakan protes lain melalui aktivis secara online untuk menggunakan cara sama pada 20 Mac ini.

Penganalisis berkata kebanyakan panggilan untuk demonstrasi yang haram di Arab Saudi adalah berdasarkan luar negara dan tidak mendapat sebarang sokongan tempatan.

Ulama Arab Saudi juga me-nyokong tindakan menghentikan rancangan bantahan berkenaan dan menasihatkan rakyat tidak menyertainya kerana menyifatkannya bertentangan dengan Islam dan menyebabkan huru-hara. – AFP

Saturday, March 12, 2011

Polis Arab Saudi tembak penunjuk perasaan

     myMetro


QATIF: Kerajaan Arab Saudi mengesahkan pasukan polis melepaskan tembakan terhadap penunjuk perasaan antikerajaan semalam, sehari sebelum perhimpunan Hari Kemarahan diadakan.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi, Mansur al-Turki mendakwa tembakan dilepaskan di kepala penunjuk perasaan selepas mereka menyerang seorang pegawai polis, lapor stesen televisyen Al-Jazeera, semalam.


Beratus-ratus penunjuk perasaan termasuk wanita berhimpun di jalanan di bandar raya Qatif di timur negara itu, kelmarin.

Saksi memberitahu, sebaik perhimpunan itu hendak berakhir, pasukan polis melepaskan tembakan ke arah kumpulan penunjuk perasaan dan menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang tercedera. Insiden itu mendapat kecaman keras Persatuan Hak Asasi Kemanusiaan Arab Saudi. - Press TV"

Tuesday, March 8, 2011

Arab Saudi bebaskan ulama Syiah lancar kempen hapus monarki

myMetro


DUBAI: Arab Saudi membebaskan seorang ulama Syiah yang ditahan bulan lalu kerana cuba mengadakan protes Hari Kemarahan, kata seorang aktivis hak asasi manusia semalam.

Presiden Human Rights First, Ibrahim al-Mugaiteeb, berkata Sheikh Tawfiq al-Aamer dibebaskan pihak berkuasa malam kelmarin.


Beratus-ratus orang mengadakan protes di timur Arab Saudi pada Jumaat lalu selepas Sheikh Tawfiq ditahan pada 27 Februari kerana menggesa diwujudkan perlembagaan bagi menggantikan sistem pemerintahan monarki mutlak ketika ini.

Penganut Syiah di Arab Saudi biasanya tertumpu di kawasan timur negara itu.


Walaupun 10 peratus daripada warga Arab Saudi berfahaman Syiah, mereka biasanya sering diketepikan daripada pembangunan dirangka kerajaan. - AFP"

Monday, March 7, 2011

Riyadh haram protes aman, demonstrasi

myMetro | Riyadh haram protes aman, demonstrasi: "


JEDDAH: Kerajaan mengharamkan sebarang demonstrasi atau protes aman yang cuba mengancam keselamatan dan kestabilan Arab Saudi.

Kementerian Dalam Negeri semalam berkata, undang-undang negara itu melarang sebarang bentuk tunjuk perasaan, perarakan atau protes aman kerana ia bercanggah dengan prinsip syariah serta tradisi Arab Saudi.


Kata kementerian itu, protes orang ramai terhadap kerajaan bukan saja melanggar undang-undang negara, malah mengganggu hak orang lain.

“Tindakan itu akan menyebabkan huru-hara dan kekeliruan kepada negara, pertumpahan darah, mengancam kemakmuran dan memusnahkan harta-benda awam,” kata kenyataan dikeluarkan itu. - AN"