Pages

Wednesday, October 22, 2014

Saintis jumpa labah-labah sebesar tapak tangan


Saintis jumpa labah-labah sebesar tapak tangan
GUYANA - AMERIKA SELATAN. Seorang saintis menemui seekor Tarantula sebesar saiz tapak tangan seorang dewasa sewaktu meneroka hutan hujan Amazon di Guyana.

Menurut pakar serangga, Piotr Naskrecki, labah-labah itu ditemui di trek laluan pejalan kaki sewaktu dia menjelajah hutan itu.

“Saya boleh dengar dengan jelas saat kakinya menyentuh tanah. Saya juga boleh dengar bunyi daun kering seolah dipijak dengan sesuatu sewaktu binatang tersebut bergerak.

“Saya arahkan kamera saya ke arah bunyi tersebut, saya ingat saya mungkin akan terserempak dengan mamalia kecil, mungkin tikus hutan atau tupai,” jelasnya seperti yang dipetik melalui portal Metro.co.uk.

Namun apa yang ditemui ialah seekor tarantula sebesar saiz tapak tangannya.

“Labah-labah jenis itu mungkin merupakan satu-satunya tarantula yang menghasilkan bunyi ketika bergerak.

“Kakinya yang keras telah menghasilkan bunyi ‘klik’ yang aneh, tidak banyak bezanya dengan bunyi tapak kaki kuda di atas tanah,” tambahnya.

Tarantula yang ditemui Naskrecki merupakan jenis Goliath birdeater merupakan spesis labah-labah kedua terbesar pernah direkodkan dan hanya dijumpai di bahagian utara selatan Amerika, Utara Brazil dan bahagian selatan Venezuela.

Spesis ini dikatakan boleh menyerang dan memakan burung kelicap.

Ia mempunyai kepanjangan kaki yang boleh mencecah sehingga 30 cm dan beratnya pula boleh menyamai seekor anak anjing.

Peminta sedekah potong kaki unta untuk raih simpati



SEEKOR unta yang kudung keempat-empat kakinya dibawa dua orang lelaki ketika sedang meminta sedekah di bandar Fuzhou di wilayah Fujian, China baru-baru ini.


BEIJING – Sekumpulan peminta sedekah di China didakwa sanggup memotong kaki seekor unta untuk menggunakan haiwan tersebut meraih simpati orang ramai, lapor MailOnline semalam.
Seorang aktivis hak asasi haiwan di China, Xiong Kung mendakwa, mereka mengesan dua lelaki membawa seekor unta yang kudung keempat-empat kaki untuk meminta sedekah di bandar Fuzhou, dalam wilayah Fujian.
“Kami mendapat maklumat mereka memperoleh banyak wang daripada orang ramai yang bersimpati dengan nasib haiwan ini.
“Peminta-peminta sedekah itu mendakwa, unta berkenaan cacat selepas dilanggar sebuah kereta api dan mereka meminta dana daripada orang ramai untuk menjaga haiwan berkenaan.
“Polis mengesahkan haiwan itu sengaja dicacatkan sebagai salah satu cara untuk meraih simpati orang ramai,” katanya.
Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak boleh berbuat apa-apa terhadap individu berkenaan kerana di China tiada undang-undang berhubung penganiayaan terhadap haiwan,” katanya. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1022&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3GovahOkL 
Hakcipta terpelihara 

Cipta payung khas anjing untuk elak panas, hujan



SATU kolar akan dipasang pada leher anjing sebelum disambung dengan payung khas tersebut.


LONDON – Sebuah syarikat pengeluar barangan penjagaan haiwan telah memperkenalkan payung yang direka khas untuk melindungi anjing daripada panas dan hujan.
Payung khas itu dikeluarkan oleh syarikat penjagaan haiwan, Puppia dan dijual pada harga harga £24 (RM126).
Satu kolar khas akan dipasang di leher anjing dan pemilik haiwan hanya perlu menyambung payung berkenaan pada kolar tersebut.
Payung khas itu juga boleh digunakan untuk kucing yang takutkan air ketika dibawa bersiar-siar oleh tuannya ketika musim hujan.
“Ada anjing tidak suka pada air, namun kini pemilik haiwan itu boleh menangani masalah tersebut dengan menggunakan payung khas ini,” kata seorang pengedar Puppia, Melody Lewis. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1022&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3GovB7PRT 
Hakcipta terpelihara 

Saintis dedah wajah sebenar Tutankhamun Kali pertama dipaparkan

BUAT kali pertama, imej sebenar Firaun Tutankhamun dikeluarkan
BUAT kali pertama, imej sebenar Firaun Tutankhamun dikeluarkan sekumpulan saintis menggunakan kaedah penggabungan imej. – AGENSI
Buat pertama kali, para saintis berjaya melakar bentuk badan dan wajah sebenar Firaun Tutankhamun atau lebih dikenali sebagai Raja Tut selepas 3,300 tahun beliau meninggal dunia.
Mail Online melaporkan, lakaran yang dihasilkan melalui penggabungan lebih daripada 2,000 imej yang diimbas menggunakan kaedah ‘autopsi maya’ itu menunjukkan Raja Tut memiliki saiz pinggul yang kecil, bergigi jongang dan berkaki tempang.
Para saintis berpendapat, Raja Tut yang memerintah Mesir pada tahun ke 14 sebelum Masihi dan gemarkan perlumbaan kereta kuda, berjalan menggunakan tongkat sepanjang hayatnya.
Saintis dari Institut Mumia dan Zaman Batu Itali, Albert Zink berkata, Raja Tut dilahirkan cacat kerana mengalami masalah genetik dan berdasarkan kajian asid deoksiribonukleik (DNA) mendapati, masalah itu wujud selepas bapanya iaitu Raja Akhenaten menjalinkan hubungan kelamin bersama kakaknya sendiri.
Pensyarah Kolej Imperial London, Hutan Ashrafian berkata, perbuatan sumbang mahram telah menyebabkan bayi yang dilahirkan tidak sempurna.
“Ahli keluarga sebelum kelahiran Raja Tut semuanya meninggal dunia pada usia yang lewat, berbanding adik-beradik beliau yang meninggal dunia awal dan ini berkaitan rapat dengan masalah genetik,” jelas Ashrafian.
Fakta berkenaan sekali gus membuktikan bahawa Raja Tut meninggal dunia bukan disebabkan kemalangan ketika menyertai perlumbaan kereta kuda tetapi disebabkan oleh masalah kesihatan.
Raja Tut mula popular selepas mumianya dijumpai pada tahun 1922 bersama barang kemas dan artifak, termasuk topeng emas di sisinya.
Beliau menjadi firaun ketika berusia 10 tahun dan hanya sempat memerintah selama sembilan tahun sebelum meninggal dunia pada usia 19 tahun.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/saintis-dedah-wajah-sebenar-tutankhamun-1.15148#sthash.nmb8sX29.dpuf