Three Mile Island (1979)
Loji nuklear di Three Mile Island
nuklear
Kesan bencana nuklear terhadap kanak-kanak
SEJARAH penggunaan tenaga nuklear dikatakan bermula dengan Projek Manhattan diwujudkan Amerika Syarikat pada 1942 untuk menghasilkan bom atom pertama.

Projek penyelidikan semasa era Perang Dunia Kedua itu dibangunkan oleh Corps of Engineers Manhanttan Engineer District dan bernilai AS$2 juta (RM6 juta) atau kira-kira AS$26 juta (RM81 juta) mengikut nilai mata wang pada masa ini.
Beberapa ahli sejarah percaya, pihak terlibat dengan projek tersebut berasa kesal dengan ciptaan bom itu kerana ia menjadi perintis kepada penghasilan senjata nuklear.

Perkembangan sains dan teknologi menyebabkan saintis cuba menggunakan formula sama bagi menghasilkan sumber tenaga alternatif lebih bersih.

Sumber bekalan elektrik

Sesetengah negara menjadikan tenaga nuklear sebagai sumber bekalan utama kuasa elektrik dan kebergantungan itu menyebabkan lebih banyak reaktor dibina pada abad ini.

Pada 2005, tenaga nuklear membekalkan 6,3 peratus (%) tenaga dunia dan 15% kuasa elektrik dunia.
Amerika Syarikat (AS), Perancis, dan Jepun menggunakan 56,5% elektrik dihasilkan oleh loji nuklear.

Selain itu, kira-kira 150 kapal laut tentera dan kapal selam menggunakan tenaga nuklear untuk menghasilkan pendorong marin yang pertama kali diperkenalkan pada 1955.

Sehingga kini, terdapat lebih 430 loji nuklear beroperasi di 31 negara berdasarkan laporan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Purata penggunaan tenaga nuklear juga dijangka berkembang dari 3.3 hingga 4.1 peratus setiap tahun di seluruh dunia.

Walaupun dunia pernah dikejutkan dengan insiden bencana nuklear terburuk di  Three Mile Island, Amerika Syarikat (1979), Chernobyl di Ukraine (1986) dan Fukushima, Jepun (2011) masih ada negara yang mahu terus menggunakan sumber tenaga itu.

Difahamkan, sebanyak 80 peratus loji nuklear di seluruh dunia berusia lebih 20 tahun dan banyak pihak mula mempersoalkan tahap keselamatannya.

Bagaimanapun, dalam satu kenyataan sebelum ini, Ketua Pengarah IAEA, Yukiya Amano memberitahu, loji nuklear kini adalah lebih selamat berbanding dua tahun lalu.

Menurut laporan IAEA, tahap keselamatan operasi loji tenaga nuklear (NPP) di seluruh dunia masih berada di tahap memuaskan walaupun kira-kira 254 reaktor sudah beroperasi lebih tiga dekad.

Menurutnya, situasi masih terkawal kerana langkah penutupan beberapa reaktor yang tidak dirancang sejak beberapa tahun lalu.


Kecuaian manusia punca utama?

Kesilapan manusia dikatakan menjadi penyebab utama kepada masalah ini berdasarkan siasatan dilakukan sebelum ini.

Bagaimanapun, ia juga dikaitkan dengan faktor lain seperti latihan kurang berkesan, prosedur operasi yang rumit dan bencana alam.

Jika pengendali loji nuklear mempunyai ilmu kejuruteraan yang tinggi dan lengkap untuk mengendalikan sistem teknologi pada skala besar seperti reaktor, ia pasti akan mengurangkan risiko berlakunya kemalangan tidak diingini.

Selain itu, peraturan melibatkan penggunaan tenaga nuklear masalah sumber dan struktur juga dilihat antara punca mengakibatkan krisis kebocoran nuklear kerana ia tidak dipantau atau dikendalikan mengikut piawaian ditetapkan.

Ketika ini, pelbagai langkah keselamatan didakwa telah diambil, namun adakah ia benar-benar menjamin keselamatan penduduk sekitar jika berlaku kemalangan nuklear secara tiba-tiba?

Three Mile Island (1979)
Kemalangan nuklear di Three Mile Island, Pennsylvania pada 28 Mac 1979 adalah terburuk dalam sejarah melibatkan loji kuasa komersial di AS.
Insiden berpunca daripada masalah reaktor itu menyebabkan kebocoran radiasi pada tahap rendah di kawasan sekitar dan ratusan ribu penduduk terpaksa dipindahkan.
Menurut IAEA, kejadian di loji tersebut menjadi titik perubahan penting kepada pembangunan projek tenaga nuklear di seluruh dunia.
Bermula dari 1963 hingga 1979, jumlah reaktor sedang dalam pembinaan dilaporkan meningkat kecuali pada 1971 dan 1978.

Chernobyl (1986)

Bencana nuklear Chernobyl berlaku pada 26 April 1986 dan ia dianggap sebagai kemalangan terburuk dalam sejarah loji nuklear.
Skala Kejadian Nuklear Antarabangsa (Ines) mengkategorikan kemalangan itu pada skala tujuh (paras tertinggi).
Sejak 1986 hingga 2000, seramai 350,000 penduduk di kawasan terjejas di Ukraine, Belarus, Rusia terpaksa dipindahkan.
Sehingga kini, zon pengecualian dalam lingkungan 30 kilometer masih dikuatkuasakan walaupun kawasan berhampiran loji tersebut telah diperluaskan.
Laporan dua siasatan rasmi menunjukkan insiden itu berpunca daripada kesilapan pengendali loji yang melanggar peraturan dan pengaturan operasi.
Kebocoran radiasi di rantau itu juga telah memusnahkan tanaman dan menyebabkan mutasi pada haiwan serta angka kanak-kanak menghidap barah tiroid dilaporkan meningkat sehingga tahun 2001.
Sehingga kini, angka kematian sebenar akibat kemalangan tersebut masih menjadi tanda tanya, namun banyak pihak menganggarkan hampir sejuta terkorban.

Fukushima (2011)

Insiden kebocoran radioaktif pada tahap kritikal di Loji Fukushima Daiichi yang dikendalikan oleh Tokyo Electric Power (Tepco) adalah berpunca daripada kegagalan peralatan susulan daripada insiden gempa bumi dan tsunami pada tahun 2011.
Bagaimanapun, laporan Suruhanjaya Siasatan Bebas mendapati krisis tersebut berpunca daripada perbuatan khianat pakatan rahsia kerajaan bersama pegawai Tepco.
Ia dikategorikan sebagai kemalangan nuklear terbesar diukur pada skala tujuh sejak kejadian di Chernobyl dua dekad lalu.
Kejadian itu turut menyebabkan 160,000 penduduk di kawasan zon lingkungankebocoran radiasi terpaksa dipindahkansecara berperingkat, namun tiada kematian dilaporkan.
Susulan daripada insiden itu, Jepun terpaksa menutup reaktor mereka untuk tujuanpenyelenggaraan hingga menyumbang kepada masalah kekurangan bekalan tenagapada musim panas lalu.
Pada masa ini, hanya dua daripada 50 reaktor masih beroperasi. Kerajaan juga pernah menyuarakan hasrat mereka untuk mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga nuklear dan menggantikannya dengan sumber lain, namun pendirian itu berubah selepas Perdana
Menteri Shinzo Abe tetap mahu menggunakan tenaga nuklear termasuk membuka semula reaktor pada masa depan.
Dua tahun selepas bencana berganda tersebut, kawasan di sekitar loji itu masih tidak dihuni kerana banyak pihak masih bimbang dan berasa tidak selamat dengan persekitaran yang sudah terdedah dengan kebocoran radiasi.