Pages

Showing posts with label kanser. Show all posts
Showing posts with label kanser. Show all posts

Friday, February 15, 2013

Doktor sembuh kanser



Dr. Hayley Farmer
LONDON 13 Feb. - Seorang penyelidik yang menghidap kanser servik berjaya pulih daripada penyakit itu dengan bantuan sejenis ubat yang dihasilkan melalui kajian yang dijalankannya sendiri.
Dr. Hayley Farmer, 39, bertugas di Cancer Research UK dalam satu pasukan yang bertanggungjawab menjalankan ujian klinikal ke atas ubat dan vaksin baharu.
Beliau merupakan sebahagian daripada pasukan yang melakukan kajian ke atas ubat Cisplatin, sejenis ubat kemoterapi yang diuji ke atas pelbagai jenis kanser.
Farmer berkata, dia berkhidmat di Cancer Research UK kerana neneknya meninggal dunia akibat kanser.
''Namun, ketika bertugas di pusat penyelidikan itu saya tidak sedar saya sendiri menghidap penyakit kanser servik sehinggalah saya menjalani ujian rutin pada 2007.
''Saya seperti tidak percaya apabila dimaklumkan bahawa saya menghidap penyakit itu.
''Namun, saya melihat penyakit ini sebagai satu perkara positif,'' katanya.
Farmer berkata, ketika menyedarinya, peringkat kanser yang dihidapinya sudah terlalu lewat untuk dibedah dan beliau diberikan rawatan radioterapi dan Cisplatin.
Beliau bersyukur dan bernasib baik kerana ada perkhidmatan pemeriksaan kanser untuk mengesan kes-kes seperti itu. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130214/lu_05/Doktor-sembuh-kanser#ixzz2KyYa7FQh
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, December 21, 2011

Kena kanser usia 26 tahun

GAMBAR fail pada 2000 menunjukkan Ekvall bersaing merebut gelaran Miss Venezuela di Caracas.
GAMBAR fail pada 2000 menunjukkan Ekvall
bersaing merebut gelaran
Miss Venezuela di Caracas.
 

Bekas ratu cantik Venezuela meninggal 2 tahun kemudian

CARACAS: Bekas ratu cantik Venezuela, Eva Ekvall, meninggal dunia akibat kanser payudara pada usia 28 tahun.
Ibu seorang anak itu menghembuskan nafas terakhir Sabtu lalu di sebuah hospital di Houstan, Texas, selepas dua tahun bergelut dengan penyakit itu, kata keluarganya.
Terkenal ketika remaja dengan kecantikannya, Ekvall kemudian menjadi seorang pembaca berita, penulis dan penyokong badan kebajikan kanser hebat di negara asalnya.

Bapa Ekvall berasal dari Amerika dan ibunya dari Jamaica. Beliau bekerja di sebuah kedai pakaian di Caracas apabila ditawarkan kerja oleh ejen agensi model.

“Bagi saya, tawaran itu tidak masuk akal,” katanya kepada akhbar The Guardian, Februari lalu. “Saya fikir ia tawaran yang tidak munasabah kerana berat badan saya yang berlebihan. Saya tidak boleh menjadi seorang model.

“Namun, pada satu hari saya dipecat daripada kerja dan saya terus naiki teksi ke agensi model terbabit. Sebaik saja mereka melihat saya, mereka kata sudah memiliki calon Miss Venezuela berikutnya.”
Pada usia 17 tahun, Ekvall dimahkotakan Miss Venezuela pada 2000. Tahun berikutnya, beliau mendapat tempat keempat dalam pertandingan Miss Universe di Puerto Rico.

Graduan kewartawanan itu seterusnya menjadi seorang model, aktres dan pembaca berita untuk Venevision.

Beliau dikenal pasti menghidap kanser payudara tahap akhir pada Februari 2010 dan menjalani rawatan selama lapan bulan termasuk kemoterapi, radiasi dan pembedahan membuang payudaranya.

Beliau menyedari ada ketulan pada payudara beberapa bulan sebelum itu namun berpendapat tubuhnya mengalami perubahan akibat hamil.

“Saya amat marah kerana saya sepatutnya tahu perkara itu. Ibu saudara saya diserang kanser payudara dua kali dan nenek saya meninggal akibat kanser sama. Saya pula tidak berbuat apa-apa.”

Dengan potret dirakam jurugambar Roberto Mata, beliau menulis buku Fuera de Foco atau Our of Focus, untuk menceritakan usahanya menghadapi kanser. – Agensi Berita Harian Online | Kena kanser usia 26 tahun:

'via Blog this'

Monday, October 31, 2011

Individu tidak merokok terdedah kanser paru-paru



NEW YORK 30 Okt. - Individu yang tidak pernah merokok tetapi tinggal di kawasan yang mempunyai tahap kualiti udara yang rendah dilihat 20 peratus lebih berisiko menghidap kanser paru-paru berbanding mereka yang tinggal di kawasan udara bersih.
Menurut pengkaji, merokok dikatakan sebagai punca utama kanser paru-paru dan hanya satu daripada 10 orang menghidap penyakit tersebut terdiri daripada golongan tidak merokok.
"Kanser paru-paru di kalangan bukan perokok tidak boleh dianggap sebagai isu remeh malah penyakit tersebut menjadi pembunuh keenam di Amerika Syarikat (AS)," kata ketua kajian dari Universiti Ottawa, Michelle Turner.
Kajian terdahulu mendapati antara 14 hingga 21 daripada 100,000 wanita yang tidak merokok menghidapi kanser paru-paru, manakala antara lima hingga 14 daripada 100,000 lelaki yang turut tidak merokok menghidap penyakit itu.
Zarah halus dalam pencemaran udara yang boleh menyebabkan iritasi pada paru-paru dilihat faktor utama menyumbang kepada pembentukan kanser, namun para pengkaji tidak dapat mengesahkan teori tersebut selain daripada merokok.
Kajian tersebut dijalankan terhadap lebih 180,000 individu yang tidak merokok berusia 26 tahun di 50 negeri di AS termasuk Puerto Rico dan sepanjang kajian dijalankan, seramai 1,100 orang meninggal dunia akibat kanser paru-paru.
Kajian tersebut bagaimanapun menjelaskan, risiko untuk menghidapi kanser paru-paru akibat pencemaran udara lebih kecil berbanding menghisap rokok.
Kumpulan pengkaji turut tidak menyediakan bukti yang menyokong teori udara tercemar boleh menyebabkan kanser paru-paru, namun tidak menolak ia boleh menjadi satu daripada penyumbang kepada penyakit berbahaya itu. - REUTERS

Thursday, June 2, 2011

Badan dunia dakwa telefon bimbit penyebab kanser




SEORANG wanita menggunakan telefon bimbit di New York pada 31 Mei lalu.


PARIS – Pengguna-pengguna telefon bimbit berisiko menghidap kanser otak dan mereka dinasihatkan menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan alat pendengaran telefon, kata beberapa pakar barah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Menurut WHO, penggunaan SMS dan alat pendengaran telefon itu akan mengurangkan si pengguna terdedah pada gelombang telefon bimbit.
Medan frekuensi elektromagnetik radio yang dibebaskan telefon bimbit berisiko menyebabkan kanser pada manusia,” kata kenyataan Agensi Antarabangsa untuk Penyelidikan Kanser (IARC) selepas persidangan lapan hari diadakan di Lyon Perancis kelmarin.
Pakar-pakar membuat rumusan itu berdasarkan penelitian ke atas kajian melibatkan manusia dan kajian epidemiologi yang menunjukkan peningkatan berlakunya glioma iaitu sejenis kanser otak,” kata Presiden IARC, Jonathan Samet.
Dua kajian utama menunjukkan mereka yang paling kerap menggunakan telefon bimbit lebih berisiko dijangkiti kanser otak, katanya dalam satu sidang akhbar melalui telefon.
Beberapa individu berisiko tinggi yang dipantau dalam kajian-kajian tersebut telah menggunakan telefon bimbit mereka pada kadar purata 30 minit sehari selama 10 tahun.
“Kami tidak dapat meramalkan apa yang akan berlaku sekiranya orang ramai menggunakan telefon bimbit untuk tempoh masa yang lebih lama dan sepanjang hayat mereka,” kata Samet.
Terdapat sekitar lima bilion telefon bimbit berdaftar di dunia dan jumlah itu serta masa penggunaannya semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Jelas IARC, bukti saintifik menunjukkan telefon bimbit berpotensi menyebabkan kanser tetapi ia masih perlu dibuktikan. – AFP
Kosmo! Online - Dunia

Wednesday, January 19, 2011

Halia hutan cegah sel kanser pangkal rahim


DR. Ahmad Bustamam menunjukkan pek 
vaksin merawat penyakit kanser daripada 
ekstrak halia hutan di Serdang semalam.


SERDANG - Bahan ekstrak halia hutan atau lempoyang boleh digunakan sebagai penawar kanser pangkal rahim iaitu penyakit kedua paling ditakuti wanita selepas barah payu dara.
Penemuan itu adalah hasil penyelidikan selama 10 tahun Makmal Penyelidikan Kanser Makna, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mendapati tumbuhan herba liar tersebut terbukti mampu melawan sel kanser pangkal rahim pada peringkat awal.
Penyelidiknya, Dr. Ahmad Bustamam Abdul berkata, kajian makmal menunjukkan penggunaan spesies halia itu dalam dos yang betul boleh menyembuhkan penyakit dalam tempoh tidak sampai 72 jam.
Katanya, kajian praklinikal membuktikan sebatian semula jadi herba tempatan itu mampu menghalang perkembangan kanser sehingga fasa tiga.