Pages

Showing posts with label sorok. Show all posts
Showing posts with label sorok. Show all posts

Thursday, July 21, 2011

'Tak ada duit nak urus jenazah suami'


ZAINI kini tinggal sendirian selepas kematian suami Oktober lalu.
ZAINI kini tinggal sendirian selepas kematian suami Oktober lalu.


BATU BERENDAM: “Selain memenuhi permintaan arwah supaya tidak memaklumkan kepada sesiapa, saya juga tidak ada sesen pun untuk menguruskan jenazahnya.

“Duit yang ada ketika itu hanya cukup untuk membayar tambang bas pergi dan balik kerja pada hari berkenaan,” kata Zaini Malek, 48, wanita yang dijatuhi hukuman denda RM250 oleh Mahkamah Majistret di sini, kelmarin kerana menyembunyikan kematian suaminya, Abd Halim Manan, 70, selama empat hari di rumah mereka di Kampung Batu Berendam, pada Oktober lalu.
Menceritakan lanjut kejadian itu, Zaini berkata, beliau berpatah balik dari tempat kerjanya di Hospital Melaka (HM) selepas tidak sedap hati meninggalkan arwah yang menghidap sakit buah pinggang dan terlantar seorang diri di rumah.
“Sebaik tiba di rumah kira-kira jam 3 petang, saya dapati arwah sedang berbaring. Saya rapati dan mendapati arwah masih bernafas biarpun sangat perlahan. Kemudian saya duduk di tepinya sambil mengurut-ngurut tangan dan kakinya.

“Namun, pada kira-kira jam 6 petang, saya dapati dia tidak lagi bergerak biarpun saya memanggil namanya banyak kali. Tidak cukup dengan itu, saya cuba menggerakkan badannya tapi tidak ada tindak balas dan saya percaya dia sudah meninggal dunia.

“Selepas itu saya langsung tidak terfikir untuk meminta bantuan sesiapa termasuk jiran dan saudara-mara sebelah suami yang menetap di Alor Gajah. Yang saya ingat hanya pesanan arwah.

“Ketika hayatnya, arwah tidak suka menyusahkan orang, sehinggakan kematiannya pun dia minta tidak dihebahkan. Kebetulan pula ketika itu saya kesempitan wang dan segan pula untuk memohon pertolongan orang di sekeliling,” katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.
Pada 7 Oktober lalu, akhbar melaporkan penemuan mayat seorang lelaki warga emas berhampiran sebatang pokok pisang berdekatan kediaman wanita itu, dalam keadaan busuk dibungkus dengan plastik sampah.

Siasatan awal polis mengesyaki mayat berkenaan dibuang oleh seorang wanita dipercayai isterinya. Zaini kemudian ditahan untuk membantu siasatan, sebelum dibebaskan pada kira-kira jam 11 malam, pada hari sama.

Sambil mengakui menyesal dengan perbuatannya beberapa hari selepas kejadian, Zaini yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, reda dengan apa yang berlaku dan berharap masyarakat memaafkan kesalahannya.

“Saya sayangkan arwah yang saya kahwini 13 tahun lalu dan saya juga bukan sengaja menyimpannya. Malah, saya bukan mendera atau membunuhnya. Saya tersepit dengan keadaan ketika itu,” katanya yang kini hidup sebatang kara dan hanya ditemani lima ekor kucing di rumah sewanya di Kampung Batu Berendam.

Sementara itu, seorang jiran Zaini yang ditemui, Jaliah Dol, 62, berkata pasangan itu sudah menetap di kampung berkenaan sejak tujuh tahun lalu dan dikenali penduduk serta tidak pernah mendatangkan masalah kepada sesiapapun.

“Saya tahu arwah terlantar kerana sakit buah pinggang dan enggan mendapatkan rawatan lanjut di pusat perubatan. Isterinya pernah mengadu mengenai masalah itu termasuk tindakan suaminya yang menyembunyikan kad pengenalan semata-mata tidak mahu dihantar ke hospital.

“Selepas penemuan mayat itu, saya nasihatkan Zaini supaya tidak segan meminta bantuan. Penduduk pada mulanya marah kemudian menerimanya dengan reda,” katanya. Berita Harian Online | 'Tak ada duit nak urus jenazah suami'

Wednesday, July 20, 2011

Denda RM250 sorok mayat suami



Seorang penduduk, Osman Hussin menunjukkan tempat mayat Abd. Halim dibuang oleh isterinya di Batu 4 1/2 Jalan Kampung, Batu Berendam, Melaka. Gambar kecil, Zaini.


MELAKA – Demi menunaikan permintaan arwah suami supaya kematiannya disembunyikan, seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman denda RM250 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Majistret Muhammad Hazri Hanafi menjatuhkan hukuman itu terhadap Zaini Malek, 48, selepas wanita itu mengaku salah terhadap pertuduhan tidak memaklumkan mengenai kematian suaminya Abd. Halim Manan, 70.
Mengikut pertuduhan, Zaini didakwa sebagai seorang isteri kepada Abd. Halim telah tidak memaklumkan kematian suaminya walaupun dia merupakan orang yang layak untuk memberikan maklumat kepada pendaftar kelahiran dan kematian berkenaan dengan kematian tersebut.
Kesalahan itu dilakukan tertuduh pada 3 Oktober hingga 6 Oktober 2010 di Lot 282, Batu 4 1/2 Jalan Kampung, Batu Berendam di sini.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 35(e) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM250.
Terdahulu, tertuduh dalam rayuan meminta hukuman dikurangkan dengan alasan dia hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan dan tiada anak.
Kosmo! Online - Negara

Sunday, May 29, 2011

10 tahun sorok mayat isteri

HILLSBOROUGH: Seorang pesara menyembunyikan mayat isterinya dalam peti sejuk selama 10 tahun, merahsiakan kematian wanita itu supaya dia boleh terus menuntut bayaran perlindungan sosialnya.
Hal itu terbongkar selepas Allan Dunn, 86, mati kerana membunuh diri dan mahkamah membenarkan seorang rakan memasuki apartmennya untuk menguruskan hal ehwal peninggalannya.

Carol Kingsbury yang mula berkenalan dengan lelaki tua itu beberapa tahun sebelum kematiannya, menemui mayat Margaret Dunn dalam peti sejuk dalam apartmen di Pusat Sun City, kawasan komuniti di Hillsborough County, Florida.

Mayat itu sudah reput kerana bekalan alektrik diputuskan sejak sembilan bulan lalu selepas Dunn mati setelah menembak dirinya pada Ogos 2010.

“Dia tidak pernah memberi gambaran mengenai kewujudan mayat isterinya. Saya tidak menyangka dia akan berbuat demikian,” kata Carol.


Penyiasat percaya Margaret yang membeli apartmen itu pada 1994 mati akibat sakit biasa pada 2000.

Menurut jiran yang mengenali pasangan itu, Dunn memberitahu mereka bahawa Margaret berpindah ke sebuah pusat jagaan orang tua di timur laut Amerika Syarikat.

Tetapi, penyiasat percaya, dia menyembunyikan mayat Margaret dan berterusan mengambil bayaran keselamatan sosial isterinya daripada pihak berkuasa.

Pemeriksa perubatan Hillsborough County masih belum membuat pengecaman secara rasmi terhadap mayat berkenaan.

Bagaimanapun, bedah siasat awal yang dilakukan menunjukkan kematian wanita itu bukan berpunca daripada perbuatan jahat.


Dengan Dunn yang tidak mempunyai keluarga yang boleh dijejaki, apartmennya kekal kosong sehingga minggu lalu apabila Carol, dan adiknya, Ellen Miller, yang menjaga Dunn sejak dua tahun lalu diberikan kebenaran untuk memasuki rumah itu. - Agensi
myMetro10 tahun sorok mayat isteri

Monday, February 14, 2011

Mubarak sorok harta ketika protes 18 hari


Foto
LALU lintas mula kelihatan lancar di Dataran Tahrir selepas tentera mengarahkan khemah diruntuhkan.


Bekas Presiden Mesir pindah aset ke akaun tak dapat dikesan

LONDON: Bekas pemimpin Mesir, Hosni Mubarak, menggunakan masa menghadapi protes 18 hari bantahan ke atasnya untuk memindahkan kekayaannya ke akaun luar negara yang tidak dapat dikesan dan ada pihak menggesa masyarakat antarabangsa bekerjasama membekukan aset berkenaan.
“Kami tahu anggota keluarga Mubarak berbual mengenai cara menyelamatkan aset mereka. Penasihat kewangan mereka sudah memindahkannya. Jika beliau ada wang di Zurich, ia mungkin sudah tiada sekarang,” kata sumber perisikan Barat.
Bekas Presiden Mesir itu dituduh memiliki kekayaan lebih £3 bilion (RM15 bilion) tetapi ada yang memberi angka sehingga £40 bilion (RM200 bilion) dan £70 bilion (RM350 bilion) selepas memerintah 30 tahun.

Antara aset itu termasuk wang di bank asing, pelaburan, jongkong emas dan hartanah di London, New York, Paris dan Beverly Hills.

Malah, anak lelaki Mubarak, Gamal, dilaporkan sempat berparti di sebuah kelab malam di Tramp di sini hujung minggu lalu dengan satu bil ‘champagne’ mencecah £16,000 (RM78,115).

Sumber perisikan itu berpendapat, Mubarak, 82, mungkin belajar daripada kesilapan diktator Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali, yang lari ke Arab Saudi diikuti dengan tindakan Switzerland membekukan akaun bank Ben Ali dan juga bekas pemimpin Mesir itu.
Duta Mesir ke London, Hatem Seif el Nasr, berkata beliau tidak ada maklumat mengenai aset Mubarak.

“Secara jujur, saya tidak tahu menahu langsung mengenai wang (milik Mubarak),” katanya kepada BBC TV.

Terbaru, Pejabat Jenayah Serius (SFO) Britain melancarkan operasi mengesan aset dan wang tunai Mubarak di Britain, lapor akhbar Sunday Times tanpa memberitahu sumber langkah itu.

Ketua SFO, Richard Alderman, berkata: “Masyarakat menjangka kami mencari wang itu jika tahu di mana dan cuba memulangkannya untuk kebaikan penduduk negara itu.”

Perdana Menteri Britain, David Cameron dilaporkan menerima tekanan hebat untuk segera membekukan aset berjumlah £5 bilion (RM24.11 bilion) yang disimpan di United Kingdom oleh Mubarak.

Britain boleh membekukan sebarang aset yang ada kaitan dengan Mubarak jika diminta Kesatuan Eropah atau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta kerajaan Mesir.

Ketika jutaan rakyat Mesir hidup dalam kemiskinan tegar, kaum keluarga Mubarak disyaki melarikan aset berbilion dolar dari negara itu, dikumpul daripada perjanjian perniagaan dilingkari rasuah dan rampasan aset bekas presiden dan monarki. – AgensiBerita Harian Online | Mubarak sorok harta ketika protes 18 hari

Wednesday, September 15, 2010

20 tahun sorok mayat 3 anak

LONDON: Seorang wanita semalam mengaku menyembunyikan mayat tiga bayi yang dilahirkannya selama 20 tahun dalam almari pakaian.
Bernadette Quirk, 55, (gambar) melahirkan empat bayi di kediamannya dalam tempoh 10 tahun.

Dia mendakwa mengalami keguguran semua kandungannya dan tidak memberitahu pihak berkuasa.

Dia sebaliknya hanya membungkus mereka dengan surat khabar dan beg plastik.

Bernadette menyimpan tiga mayat bayi itu dalam tong plastik dalam almarinya sementara yang keempat ditanam secara rahsia di tanah perkuburan tempatan.

Wanita itu yang berasal dari St Helens, Merseyside mengaku bersalah terhadap empat tuduhan menyembunyikan kelahiran ketika dihadapkan ke Mahkamah Liverpool dan berdepan dengan hukuman penjara jika sabit kesalahan.