Pages

Showing posts with label banduan. Show all posts
Showing posts with label banduan. Show all posts

Tuesday, October 18, 2011

Banduan ‘bercuti’ dalam penjara

myMetro | Banduan ‘bercuti’ dalam penjara:
LONDON: Seorang banduan masih menikmati hidup yang menyeronokkan di dalam penjara apabila boleh melakukan pelbagai aktiviti bagi mengisi masa lapangnya.
Robert Shaw dipenjara dua tahun selepas disabitkan kesalahan memiliki raifal dan beberapa senjata api secara haram di rumahnya.

Semua senjata api itu bernilai hampir RM100,000.

Walaupun berusia 41 tahun, Shaw ditempatkan di Pusat Tahanan Juvana Portland di Dorset.

Dalam surat kepada anak perempuannya yang berusia sembilan tahun, Shaw menceritakan pengalamannya dalam penjara itu sebagai “agak menyeronokkan.” “Di sini ada meja snuker, pingpong, gimnasium, aktiviti memanjat dinding batu, bola sepak dan tenis, selain televisyen.


“Kecuali merindukan keluarga, hidup di sini memang seronok,” katanya.

Bagaimanapun, semalam, bekas isteri Shaw berang apabila mendapat tahu lelaki terbabit tidak mendapat hukuman setimpal dengan kesalahannya.

Kata Sally, 40, dia dibiarkan bersusah-payah mencari rezeki menyara dua anaknya ketika Shaw bersenang-lenang dalam penjara.

“Saya sangka penjara ialah tempat menghukum seseorang, bukan pusat peranginan.

“Dalam keadaan begitu, saya rasa Shaw seperti ketawa melihat kesukaran saya,” katanya.


Ketika Shaw memohon ditempatkan di penjara terbuka, Sally pula terus diabaikan tanpa sebarang bantuan kewangan.


“Dia tak pernah memberi wang untuk anak atau membayar bil bulanan dan kini dia bersenang-lenang dalam penjara,” katanya.


Pasangan itu bercerai tiga tahun lalu selepas Sally bosan apabila Shaw didapati semakin kemaruk kepada senjata api. - TS
'via Blog this'

Thursday, February 17, 2011

Banduan bina penjara sendiri selepas dibebas





2011/02/17

PHILADELPHIA: Seorang bekas banduan mengambil keputusan membina penjaranya sendiri berhampiran rumahnya selepas dibebaskan dari penjara baru-baru ini. 

Michael Ta’Bon yang dijatuhi hukuman penjara hampir 10 tahun kerana melakukan rompakan bersenjata berkata dia berbuat demikian selepas mendapat pengalaman berguna ketika di penjara.
Ta’Bon sudah tinggal di penjara buatan sendiri itu sejak 1 Februari lalu lengkap dengan pakaian seragam banduan berwarna oren dan gari yang tidak berkunci. – Agensi

Saturday, August 21, 2010

Banduan ditahan selepas 19 hari larikan diri



JOHN MCCLUSKEY ditahan di Taman Negara Apache-Sitgreaves, Arizona kelmarin.


PHOENIX - Seorang banduan berbahaya di Amerika Syarikat (AS), John McCluskey yang melarikan diri dari sebuah penjara di Kingman, Arizona pada 30 Julai lalu ditangkap bersama tunangnya, Casslyn Welch kelmarin..
Mereka yang sedang bersembunyi di tapak perkhemahan Taman Negara Apache-Sitgreaves ditemui oleh petugas perhutanan yang kemudian menghubungi pejabat Syerif Apache County.
Dua pistol turut ditemui selepas anggota-anggota polis tindakan khas SWAT mengepung Welch sebelum menangkap McCluskey yang sedang tidur.
McCluskely menyuarakan kekesalannya kerana tidak membunuh seorang renjer hutan yang menyebabkan mereka ditangkap.
McCluskey dihukum penjara 15 tahun kerana melakukan pembunuhan, serangan ganas dan senjata api. - AP