Laman web, Mail Online me­la­porkan, bayi berasal dari Bhavnagar itu dibawa ke hospital selepas dilahirkan dengan tiga lengan berikutan simptom Polymelia, kes yang dilapor­kan berlaku satu dalam sejuta kelahiran.
Simptom unik itu yang bermula dari dalam rahim apabila sel-sel terbentuk secara tidak normal ketika embrio membesar.
Akhbar, Ahmedabad Mirror me­laporkan, imbasan CT di hospital turut mendedahkan, bayi itu turut dilahirkan dengan kaki berupa tombol, satu buah pinggang dan testikel dalam perut.
Bayi lelaki itu pada asalnya dibawa ke Hospital Awam Bhavnagar, tetapi doktor merujuk kes tersebut kepada pakar di Hospital Awam Ahmedabad yang terletak kira-kira 200 kilometer dari situ.
Bapa kanak-kanak itu, Ramesh Makwana berkata, ketika dia mendapat tahu tentang anaknya itu, dia berasa bimbang, tetapi doktor memberi jaminan anaknya akan selamat.
Ketua pembedahan paediatrik, Dr. Rakesh Joshi menjalankan pembedahan bagi membuang lengan ketiga bayi pada 17 Disember lalu.
Menurutnya, pasukan perubatan juga akan meluruskan kaki tombol bayi itu menggunakan plaster, dan menambah kata, bayi itu mampu meneruskan hidup sepert biasa dengan menggunakan satu buah pinggang.