Pages

Friday, July 22, 2011

Putaq Belit sungguh!

Kematian AminulRasyid: Penembak Sebenar Tidak Dapat Dikenal Pasti

SHAH ALAM: Bekas Ketua Unit Siasatan Tempat Kejadian (CSI), Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Amidon Anan berpendapat penembak sebenar yang telah menyebabkan kematian pelajar AminulRasyid Amzah dalam satu kejadian tembakan tahun lalu, tidak dapat dikenal pasti.

Amidon, 60, menambah, ia ekoran keterangan yang dikemukakan pada perbicaraan di Mahkamah Sesyen di sini, telah menunjukkan terdapat dua penembak dan tiga buah kereta peronda polis (MPV) yang terlibat dalamkejadian tersebut.

"Berdasarkan laporan kimia, terdapat dua senjata api telah dihantar untuk proses analisis. Ini menimbulkan pertanyaan kepada diri saya sebagai seorang pengamal sains forensik.

"Anak peluru daripada kepala mangsa tdak dapat dikenal pasti datang dari senjata yang mana. Perkara itu disahkan oleh Jabatan KimiaMalaysia bahawa anak peluru yang diterima daripada hospital tidak dapat dibandingkan dengan mana-mana senjata," katanya pada Jumaat.

Amidon yang memberi keterangan selaku saksi pembelaan kedua juga memberitahu, salah satu aspek yang menggagalkan siasatan CSI Selangoradalah apabila tiada ujian sisa tembakan (GSR) dilakukan sebaik sahaja kejadian berlaku.

Menjawab soalan peguam Salim Bashir, Amidon juga berpendapat bahawa Pegawai Penyiasat Forensik daripada pasukan CSI Ibu Pejabat Kontinjen Selangor, Cif Inspektor Mazli Jusob @ Che Kob tidak melakukan siasatanyang 'begitu rapi' walaupun berpeluang untuk berbuat demikian kerana merupakan antara individu pertama yang tiba di tempat kejadian.

Beliau menambah, prosedur standard bagi kes tembakan melibatkan anggota polis juga tidak diikut dengan sempurna.

"Mengikut prosedur, senjata api, pakaian orang yang menembak dan kereta MPV yang terlibat perlu dirampas di tempat kejadian.

"Ujian GSR juga perlu dilakukan di tangan anggota-anggota MPV dan cermin belakang kereta mangsa (AminulRasyid maut selepas satu peluru menembusi cermin belakang kereta dan terkena di kepalanya) supaya analisis seterusnya dapat dilakukan sebaik mungkin.

"Mengikut prosedur, lakonan semula dengan menggunakan trajektori (ujian menentukan arah tembakan) perlu dilakukan untuk mendapatkan sudut tembakan sebelum kedudukan kereta mangsa diubah," katanya.

Seterusnya, Amidon juga memberitahu ujian trajektori yang dilakukanoleh pasukan CSI Selangor hanya 'sebahagian daripada apa yangsepatutnya dilakukan'.

Menjelaskan perkara itu, saksi menambah, trajektori terbabit hanyadilakukan pada bahagian kemasukan peluru di cermin belakang, sedangkanadalah lebih wajar jika ujian berkenaan dilakukan untuk mencari suduttembakan.

"Dalam kes ini, CSI tidak menarik ke belakang sedikit kesan trajektoriuntuk mendapatkan sudut tembakan. Oleh itu, saya berpendapat lakonansemula kejadian tidak dilakukan sepenuhnya," katanya.

Amidon juga memberitahu, jika semua prosedur diikut dengan sempurna,anak peluru di dalam kepala mangsa akan dapat 'dikahwinkan' dengansenjata penembak yang telah menyebabkan kematian pelajar tingkatantiga tersebut.

Semasa disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abd Ghani,saksi memberitahu bahawa kegagalan pihak CSI untuk mengutip pelurusecepat mungkin akan menjejaskan siasatan kerana terdapat kemungkinanpeluru itu dipijak dan satu kesan calar boleh menjejaskan prosesanalisis.

Perbicaraan pada Jumaat juga menyaksikan Amidon yang terlibat dalampelbagai kes berprofil tinggi seperti pembunuhan Canny Ong danAltantuya Shaariibuu agak beremosi apabila kepakarannya dalammemberikan keterangan selaku pendapat kedua dipersoalkan oleh Idham.

"Dahulu keterangan saya digunakan oleh pihak pendakwaan. Tetapisekarang... Saya minta maaf puan hakim. Hari ini saya dicemarkan,"kata Amidon.

Idham kemudiannya meminta saksi untuk tidak mengikut emosi keranatugas mereka di mahkamah adalah untuk mendapatkan keadilan kepadamangsa.

Amidon yang terkenal dengan sifatnya yang gemar berdiri semasa memberiketerangan juga tidak bersetuju dengan cadangan Idham bahawa tidakadil untuk beliau memberi komen terhadap PDRM memandangkan saksi kinitidak lagi berkhidmat dengan pasukan beruniform itu.

Beliau berkata: "Tidak patut untuk mengatakan saya tidak boleh memberikomen kerana jika tidak, bagaimana hendak maju? Saya berhak untukmemberikan pendapat, terpulang kepada mahkamah untuk membuatkeputusan."

Sebaik sahaja Amidon memberi keterangan, Salim memberitahu bahawapihaknya tidak akan memanggil saksi lain dan berhasrat untuk menutuppembelaan mereka.

Selain Amidon, pihak pembelaan juga memanggil Ketua PenolongPengarah, Bahagian Undang-Undang dan Pendakwaan, Jabatan SiasatanJenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Senior Asisten KomisionerDatuk Razali Basri sebagai saksi untuk menyokong keterangan yangdiberikan oleh tertuduh, Koperal Jenain Subi.

Jenain, 49, didakwa menyebabkan kematian AminulRasyid, 15, pada antarapukul 1.10 dan 2 pagi, 26 April lalu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11di sini.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yangmemperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakandenda, jika sabit kesalahan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu apabila melepaskan 21 dastembakan ke arah kereta BET 5023 yang dipandu oleh mangsa tanpapengetahuan keluarganya.

Kereta tersebut pada awalnya dikejar oleh unit MPV kerana didakwaenggan mematuhi arahan polis supaya berhenti, selain dipandu dalamkeadaan melulu dan melanggar lampu merah.

Hakim Latifah Mohd Tahar menetapkan 23 Ogos ini untuk mendengarhujahan diakhir pembelaan secara lisan.

mStar Online : Kematian AminulRasyid: Penembak Sebenar Tidak Dapat Dikenal Pasti

Presiden Malawi enggan letak jawatan

BLANTYRE: Presiden Malawi, Bingu wa Mutharika enggan meletak jawatan selepas tunjuk perasaan dua hari menyebabkan 18 orang mati pada ketika askar dihantar ke dua bandar utama bagi mematahkan rusuhan tetapi malangnya bertukar kepada keganasan.

Keganasan berkenaan dikritik masyarakat antarabangsa termasuk Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-Moon, Amerika Syarikat dan bintang pop, Madonna manakala Amnesty International menuduh pasukan keselamatan menembak mati sekurang-kurangnya lapan orang awam.
Askar dihantar ke bandar Lilongwe dan hab perdagangan, Blantyre bagi menyekat kira-kira 2,000 yang mendakwa Mutharika gagal mentadbir ekonomi dan menafikan hak demokratik.
Presiden berusia 77 tahun itu kini dalam penggal kedua memegang jawatan pada Mei 2009. - AFP
Berita Harian Online | Presiden Malawi enggan letak jawatan

Gempa bumi 5.1 gegar Christchurch

WELLINGTON: Gempa bumi berukuran 5.1 magnitud menggegarkan bandar Christchurch, berhampiran kepulauan Selatan New Zealand, awal pagi ini.

Agensi berita China, Xinhua melaporkan tiada laporan kecederaan atau kerosakan akibat gempa bumi yang berlaku pada jam 5.39 pagi waktu tempatan berpusat 40 kilometer (km) dari barat bandar.
"Gempa bumi itu dirasai di sepanjang pantai timur Pulau Selatan dari North Canterbury hingga Dunedin," kata Institut Sains Geologi dan Nuklear (GNS). - BERNAMA
Berita Harian Online | Gempa bumi 5.1 gegar Christchurch

Diusir pulang, hasrat peguam Perancis dedah skandal scorpene, Altantuya tidak kesampaian



KUALA LUMPUR: Peguam Perancis, Wiliam Bourdon, dihantar pulang ke negara asalnya selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) oleh pegawai imigresen tengahari tadi.


Beliau sepatutnya hadir untuk berucap dalam majlis makan malam anjuran Suara Rakyat Malaysia di Petaling Jaya malam ini, bagi mendedahkan skandal pembelian kapal selam Scorpene melibatkan komisen RM540 juta.


Bourdon semalam berada di Bayan Baru, Pulau Pinang bagi membongkarkan kes berprofil tinggi itu kepada umum, sebelum berlepas ke KLIA pagi tadi.


Namun beliau bersama isterinya ditahan oleh Pegawai imigresen di dalam pesawat yang dinaikinya sebaik sahaja mendarat di KLIA.


Peguam itu ditahan lebih lima jam di pusat tanahan imigresen KLIA tanpa dibenarkan mendapatkan akses peguam, serta diarahkan untuk pulang semula ke negaranya.


Beliau dijangka dihantar semula ke Paris pada pukul 11.30 malam ini dengan membeli tiket menggunakan wang sendiri.


Dalam satu kenyataan bertulis, Bourdon berkata beliau tidak faham situasi itu kerana tiada penjelasan diberikan pihak berkuasa Malaysia.


“Saya di sini mengisytiharkan yang saya bertindak sebagai peguam kepada NGO Suaram dalam menjalankan tugas saya dan saya menjalankan tugas dan mematuhi peraturan Malaysia dan antarabangsa.


“Saya menganggap penghantaran pulang ini sebagai pencabulan kepada hak saya untuk menjalankan tugas saya sebagai seorang peguam secara bebas,” ujarnya.


Bourdon berkhidmat dengan pertubuhan tanpa keuntungan – Sherpa – dan mengkhusus dalam membela hak asasi manusia dan jenayah menentang kemanusiaan.


Beliau merupakan peguam yang dilantik Suaram bagi mengendalikan kes dakwaan rasuah membabitkan pembelian Scorpene yang kini difailkan di mahkamah terbuka Perancis.

Beliau dijangka mendedahkan pembelian kapal selam negara dengan firma pertahanan Perancis DCNS dalam tiga majlis anjuran Suaram di Bayan Baru, Petaling Jaya dan Ipoh.


Kapal selam Scorpene buatan Perancis itu dicemari dengan kontroversi komisyen RM540 juta dan turut dikaitkan dengan pembunuhan kejam wanita Monggolia, Altantuya Shaariibu. -KeadilanDaily


Read more: http://kafesantai.blogspot.com/2011/07/diarah-pulang-hasrat-peguam-perancis.html#ixzz1Spt5YEQ2
:::KAFE ISU SEMASA:::: Diusir pulang, hasrat peguam Perancis dedah skandal scorpene, Altantuya tidak kesampaian

Wanita Saudi akan dibicara sebab memandu

RIYADH: Seorang wanita Arab Saudi akan dibicarakan kerana memandu keretanya sendiri, lapor akhbar Okaz kelmarin.

Wanita berusia 35 tahun yang ditahan di Jeddah itu bagaimanapun berkata beliau memandu kerana berlaku kecemasan.

Akhbar itu menukil wanita itu sebagai berkata beliau mengalami pendarahan.

Disebabkan 'tiada pengangkutan awam' dan pemandu lain, beliau terpaksa memandu sendiri ke hospital. Wanita itu kini telah dibebaskan selepas diikat jamin oleh bapanya.

Arab Saudi adalah satu-satunya negara di dunia yang melarang kaum wanita memandu.

Pada 17 Jun lalu, sekumpulan wanita telah memandu kereta mereka sendiri bagi memulakan gerakan menentang larangan itu.

Gerakan itu dimulakan di laman sosial Facebook dan Twitter, dan adalah bantahan terbesar sejak November 1990 apabila 47 wanita Arab Saudi ditahan selepas memandu kereta.

Sebelum ini, Setiausaha Negara Amerika, Cik Hillary Clinton, melahirkan sokongan terhadap kempen itu sambil menyifatkan 'apa yang dilakukan oleh wanita-wanita ini satu tindakan berani dan apa yang mereka tuntut adalah betul'.

Ikon gerakan itu ialah Cik Manal al-Sharif, 32 tahun, yang ditahan pada 22 Mei lalu selepas memuat naik rakaman video yang menunjukkan beliau memandu keretanya sendiri di bandar timur Khobar.

Cik Manal telah ditahan selama 10 hari sebelum dibebaskan.

Minggu lalu, pihak berkuasa Arab Saudi menahan dua wanita kerana memandu kereta tetapi kemudian membebaskan mereka selepas mereka menandatangani ikrar tidak mengulangi perbuatan itu. -- AFP.

Cyberita Online Luar Negara

Lelaki yang didakwa pengikut ajaran Osama

SEBAT MUALAF YANG MINUM ARAK
SYDNEY: Lelaki Australia yang didakwa kerana menyebat seorang mualaf kerana minum alkohol dilaporkan pernah memuji Osama bin Laden sebagai 'askar Tuhan'.

Wassim Fayad, 43 tahun, adalah antara empat lelaki yang memecah masuk ke rumah Encik Christian Martinez di Sydney Ahad lalu dan menghukum lelaki tersebut kerana melanggar undang-undang syariah.

Fayad didakwa memecah masuk rumah, menahan mangsa dengan tujuan mengambil kesempatan ke atasnya dan dua dakwaan mencuri Rabu lalu.

Menurut polis, Fayad mencuri arak dan pemacu liat yang mengandungi rakaman kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di rumah Encik Martinez semasa kumpulan itu memecah masuk rumah beliau.

Akhbar Sydney Morning Herald semalam melaporkan Fayad merupakan pengikut ajaran Osama, pemimpin Al-Qaeda yang telah dibunuh oleh pasukan Amerika pada Mei lalu.

Dia menyifatkan Osama sebagai 'askar Tuhan' yang telah mati syahid dan 'kini di syurga'.

Sementara itu, Encik Martinez berkata beliau telah memeluk agama Islam tiga tahun lalu dan salah seorang lelaki yang menyerangnya telah membantunya menjadi seorang Muslim.

'Saya mempunyai masalah dengan ketagihan arak yang sedang saya cuba atasi. Saya sedang minum arak di rumah bersama seorang kawan pada pagi hari kejadian,' kata Encik Martinez, 31 tahun.

Menurut Encik Martinez, beliau pada mulanya menyangka kumpulan itu berjenaka apabila mereka memaklumkan bahawa beliau akan disebat 40 kali kerana minum arak.

'Tetapi sebaik saja mereka memegang saya dan letakkan saya atas katil, saya tahu mereka serius. Mereka mula menyebat saya. Saya menangis dan memekik kerana rasa terlalu sakit,' kata Encik Martinez.

Walaupun beliau rasa amat marah, Encik Martinez menegaskan Islam adalah agama yang indah dan beliau menerima sokongan daripada masyarakat Islam.

Seorang lagi lelaki, Tolga Cifci, 20 tahun, turut didakwa atas kejadian itu dan polis sedang memburu dua lagi suspek.

Kes itu telah mencetuskan kecaman di Australia, dengan Perdana Menteri, Cik Julia Gillard, mengutuk serangan itu.

'Hanya ada satu saja undang-undang di negara ini, undang-undang Australia,' katanya. -- Agensi.



Cyberita Online Luar Negara

Dua menara baru ditambah di Masjidil Haram


Wajah Masjidil Haram 'Dipermak', Ada Tambahan Dua Menara dan Gerbang Raksasa

MAKKAH: Dua menara baru akan ditambah di Masjidil Haram, Makkah, sebagai sebahagian daripada projek pembesaran tempat ibadat yang menjadi tumpuan umat Islam di seluruh dunia itu.

Kedua-dua menara terbaru itu adalah sebahagian daripada pintu pagar gergasi di bahagian utara masjid terbabit.
Secara keseluruhannya, Masjidil Haram akan mempunyai 11 menara apabila kerja pembinaan siap lapor Gulf News daripada sumber yang rapat dengan kerajaan Makkah.Setakat ini, hampir 25 peratus daripada kerja pembesaran sudah siap.Penambahan berkenaan akan mengubah wajah kawasan Masjidil Haram seperti yang diarahkan Raja Abdullah Bin Abdul Aziz pada Januari 2008.Ia akan memudahkan penempatan bagi tambahan 500,000 jemaah dengan mewujudkan lebih banyak ruang solat di bahagian utara dan barat laut masjid terbabit.Dengan penambahan baru yang akan membabitkan kawasan seluas 370,000 meter persegi itu, masjid berkenaan akan mempunyai keseluruhan kapasiti memuatkan lebih 1.2 juta jemaah pada satu masa.Lawatan Gulf News ke kawasan pembinaan mendapati kerja pembinaan di kawasan bawah tanah hampir siap.Dengan bantuan peralatan yang lebih moden termasuk kren gergasi dan forklif, beribu-ribu pekerja bersama jurutera dan juruteknik dilihat bekerja 24 jam menyiapkan projek terbabit.Menurut sumber, satu daripada menara baru akan disediakan bagi digunakan menjelang permulaan Ramadan pada 1 Ogos ini.Kawasan pergunungan berbatu berhampiran Jabal Al Kaaba telah diletupkan bagi membolehkan kerja pembinaan di kawasan sempadan baru bagi meluaskan masjid terbabit.Sumber terbabit memberitahu akhbar itu projek peluasan itu akan menjadi entiti berasingan dan dihubungkan dengan struktur utama Masjidil Haram melalui empat jambatan gergasi.Jemaah boleh memasuki kawasan sekitar di Kaabah melalui bahagian utara. -- Agensi.Cyberita Online Luar Negara

Lelaki Jepun yang rogol dan bunuh wanita Inggeris dijel seumur hidup

TOKYO: Seorang lelaki Jepun, yang didapati bersalah merogol dan membunuh seorang wanita Britain pada 2007 dan mayatnya ditimbus pasir dalam tab mandi, semalam dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.

Tatsuya Ichihashi, 32 tahun, hanya dapat ditangkap selang dua setengah tahun selepas pembunuhan itu sebab dia telah menjalani bedah plastik.

Semasa perbicaraan, dia mengaku merogol Cik Lindsay Ann Hawker, 22 tahun, seorang guru bahasa Inggeris di pangsapurinya pada Mac 2007. Namun, dia mendakwa telah membunuh Cik Hawker secara tidak sengaja.

Ayah mendiang Hawker, Encik Bill, sebelum ini telah menggesa mahkamah daerah Chiba agar tidak menunjukkan sebarang belas kasihan terhadap Ichihashi dan menjatuhi hukuman mati.

Mayat Cik Hawker yang dalam keadaan bogel dan diikat tangan dan kakinya telah ditemui dalam tab mandi di balkoni pangsapuri Ichihashi pada Mac 2007.

Hasil bedah siasat menunjukkan Hawker meninggal dunia ekoran sesak nafas dan pihak pendakwa raya berkata Ichihashi mengaku telah mencekiknya selepas merogolnya.

Semasa perbicaraan, Ichihashi berkata selepas merogol mangsa, dia telah mengikatnya dan berbual selama beberapa jam dengan mangsa dan meminta maaf.

Menurutnya, dia tidak sengaja membunuh mangsa dan hanya mahu menekap mulutnya bagi menghalang mangsa daripada memekik meminta tolong.

Selepas pembunuhan itu, Ichihashi melarikan diri dan membuat kerja-kerja sambilan di serata tempat seperti di daerah Aomori dan pulau Okinawa.

Ichihashi kemudian telah mengunjungi sebuah hospital di Osaka bagi menjalani pembedahan plastik untuk mengubah bentuk hidung dan kelopak matanya.

Sebelum dia berjaya ditangkap pada November 2009, polis telah menampal gambar Ichihashi di dinding bangunan dan stesen kereta api seluruh Jepun.

Ichihashi telah menulis buku bertajuk 'Until the Arrest' mengenai pengalamannya semasa menjadi orang buruan.

Dia telah menawarkan hasil penjualan buku itu kepada keluarga mendiang Hawker.

Tawaran itu bagaimanapun telah ditolak. -- AFP.

Cyberita Online Luar Negara

Pekerja kilang mengaku buang bayi

KOTA TINGGI 21 Julai – Seorang pekerja kilang berusia 23 tahun mengaku membuang bayi lelaki yang baru dilahirkan di belakang rumahnya di Ladang Teluk Sengat di sini, pada 18 Julai lalu.

Wanita yang mengalami kecacatan di kaki sejak lahir itu turut mengaku bayi tersebut merupakan bayi kedua yang dilahirkannya dan bayi pertama yang dilahirkan sebelum ini hasil hubungan dengan lelaki Indonesia telah diserahkan kepada orang lain.

Wanita terbabit yang ditemui di pekarangan Mahkamah Majistret Kota Tinggi mengakui bayi tersebut dilahirkan pada pukul 12.30 tengah malam di dalam biliknya.

“Ibu bapa tidak sedar saya mengandung kerana saya akan keluar rumah seawal pukul 5 pagi dan pulang pukul 8 malam untuk bekerja. Tambahan pula saya memakai baju yang besar untuk mengelakkan daripada dikesan oleh mereka,” katanya.

Katanya, bayi itu hasil hubungannya dengan seorang lelaki Nepal yang bekerja di kilang sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Osman Muhammad Sebot ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan wanita tersebut direman selama empat hari hingga Ahad ini untuk membantu siasatan.

Utusan Malaysia Online - Mahkamah

Pilihan raya Mesir akan diadakan tiga peringkat



GADIS-GADIS Mesir merakam gambar lukisan bendera pada tangan mereka semasa berhimpun di Dataran Tahrir, Kaherah pada 18 Julai lalu. - AFP


KAHERAH 21 Julai - Pilihan raya Mesir bagi melancarkan peralihan kuasa kepada rakyat akan diadakan dalam tiga peringkat bagi memudahkan pemantauan pengundian.

Anggota Majlis Pemerintah Tentera, Jeneral Mamdouh Shaheen berkata, pilihan raya itu akan berlangsung selama lebih sebulan dengan proses pengundian diadakan pada hari yang berlainan di tiga wilayah.

"Tarikh tepat akan diumumkan oleh majlis tentera selepas 18 September ini," katanya dalam satu sidang media di sini, semalam.

Pengundi akan mengundi untuk dewan rendah dan dewan tinggi pada satu masa dan pilihan raya akan diadakan di 120 kawasan pengundian.

Shaheen berkata, tempoh 15 hari akan memisahkan antara satu peringkat dengan peringkat lain.

"Ketika pilihan raya berlangsung, tentera akan berperanan menjaga keselamatan dan pemerhati akan melakukan pemantauan," ujar beliau.

Pilihan raya itu kelak merupakan yang pertama diadakan sejak Presiden Hosni Mubarak digulingkan dalam kebangkitan rakyat pada Februari lalu.

Majlis tentera sebelum ini berjanji untuk menyerahkan kuasa pemerintahan kepada kerajaan pilihan rakyat sebelum hujung tahun ini. - REUTERS

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Dua murid disimbah asid

MARAN: “Saya lihat dua beradik itu menggelupur kesakitan akibat disimbah cuka getah. Hati saya sedih melihat mereka meraung kesakitan,” kata Siti Aishah Rohaisha Hanafi, 28, saksi kejadian dua beradik disimbah cuka getah oleh seorang lelaki dipercayai kurang siuman di Felda Jengka 9, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, Shafiq Haikal Mat Safar Zaidi, 13, dan adiknya, Shafiq Aiman, sembilan tahun, parah di muka dan beberapa bahagian tubuh akibat terkena cuka getah.


Difahamkan, Shafiq Haikal yang baru selesai mengaji, mengajak adiknya ke rumah rakan sekolahnya untuk mengulang kaji pelajaran.

Sebaik tiba di depan rumah rakannya, suspek dikatakan berlari ke arah mereka sebelum menyimbah cecair dipercayai cuka getah dan terkena muka serta tubuh mangsa.


Akibat simbahan itu, dua beradik terbabit meraung serta menggelupur menahan kesakitan sebelum jeritan mereka didengar penduduk berhampiran yang pantas memberi bantuan.


Ibu saudara mangsa, Zafrida Che Sham, 41, berkata dia terkejut dimaklumkan kejadian menimpa anak saudaranya itu.

“Kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia hampir membunuh dua anak saudara saya. Apa salah dua beradik itu sehingga mereka diperlakukan begitu rupa,” katanya, semalam.

Zafrida berkata, dia menyerahkan sepenuhnya kes terbabit kepada polis untuk melakukan siasatan dan seterusnya mengambil tindakan terhadap suspek.

Dia mendakwa suspek jarang bergaul dengan penduduk kampung dan dia lebih banyak bersendirian di dalam rumah selain tidak mengetahui apa penyakit sebenar dihidapi lelaki itu.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahabudin ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.


Menurutnya, dua beradik itu cedera parah di muka dan tubuh serta dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).


Katanya, susulan kejadian itu, polis menahan reman suspek yang berusia 31 tahun selama enam hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Maran untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.


Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Mazlan Mohamad pula berkata, beliau akan menghantar pegawainya hari ini untuk melihat keadaan dua beradik berkenaan.


“Saya tidak mahu membuat ulasan kerana kes terbabit masih dalam siasatan polis.


“Saya cuma dapat mengesahkan dua beradik terbabit diserang suspek, namun punca sebenar kejadian tidak dapat dipastikan,” katanya, semalam.


Katanya, beliau akan memberi bantuan bagi meringankan beban keluarga dua beradik terbabit memandangkan kes itu serius.

myMetro | Dua murid disimbah asid

Gadis OKU buang bayi

KOTA TINGGI: Selepas menyusukan dan meletakkan bayi baru dilahirkannya di belakang rumah didiami bersama keluarga di Teluk Sengat di sini, seorang wanita orang kurang upaya (OKU) berusia 23 tahun dikatakan sanggup membuat helah mengejutkan ibunya dengan memberitahu terdengar tangisan bayi, Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi itu, ibu wanita berkenaan panik terus mengejutkan suaminya sebelum mereka menemui bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan dalam keadaan bogel di tepi longkang rumah mereka. Bagaimanapun, helah wanita OKU berkenaan yang mengalami kecacatan di kaki dan mata akhirnya terbongkar apabila dia ditahan polis, kira-kira jam 8 malam di rumah keluarganya selepas dipercayai terbabit melakukan perbuatan itu. Difahamkan, kejadian itu kali kedua wanita berkenaan melahirkan bayi luar nikah hasil hubungan haramnya dengan teman lelakinya warga Nepal selepas dua tahun lalu turut melahirkan bayi luar nikah hasil hubungannya dengan seorang lelaki warga Indonesia.


Menurut wanita itu, dia melahirkan bayi berkenaan seorang diri kira-kira jam 12.30 tengah malam dalam bilik tidur di rumah keluarganya.

“Ibu bapa saya tidur di bilik sebelah manakala adik bongsu pula di ruang tamu tidak menyedari kelahiran berkenaan.


“Sejurus selepas bersalin, saya sempat menyusu dan mendakap bayi saya sebelum senyap-senyap keluar ke belakang rumah lalu meletakkan bayi itu di tepi longkang rumah,” katanya, semalam.


Difahamkan, ketika ditemui, bayi berkenaan masih bertali pusat selain dipenuhi kesan darah sebelum dihantar ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk rawatan lanjut.

Menurut wanita itu, ketika polis dan kakitangan perubatan tiba di lokasi kejadian, dia yang memakai jean turut membantu membersihkan semut pada muka bayinya itu.

“Keluarga tidak mengetahui saya hamil kerana biasanya keluar rumah seawal jam 5 pagi untuk bekerja di sebuah kilang di Ulu Tiram sebelum pulang pada lewat malam.

“Pada masa sama, saya turut memakai pakaian bersaiz besar bagi mengelak tembelang hamil anak luar nikah diketahui keluarga,” katanya.


Katanya, ini kali kedua dia melahirkan anak luar nikah hasil hubungan dengan teman lelakinya warga Nepal manakala anak luar nikah pertamanya lahir hasil hubungan dengan seorang lelaki warga Indonesia diserahkan kepada satu keluarga untuk dipelihara.


Pengarah HKT, Dr Maslina Yusof ketika ditemui mengesahkan bayi itu dilaporkan dalam keadaan sihat dan diberi rawatan antibiotik bagi mengelak sebarang jangkitan.


“Bayi lelaki berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas rawatan selesai,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot ketika dihubungi mengesahkan penahanan wanita berkenaan.


“Wanita terbabit direman empat hari hingga Ahad ini dan sudah dihantar ke HKT untuk rawatan perubatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya.

myMetro | Gadis OKU buang bayi

Promoter dijel 6 bulan tunjuk ‘anu’ kepada wanita

KUALA LUMPUR: Gara-gara menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita di dalam sebuah pasar raya minggu lalu, seorang promoter terpaksa meringkuk enam bulan di penjara di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Hafizza Sauni menjatuhkan hukuman itu selepas Chew Fong Leng, 25, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.


Dia turut dikenakan hukuman penjara sebulan selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan gagal menunjukkan pengenalan diri kepada polis.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan serentak bermula dari tarikhnya ditangkap pada 14 Jun 2011.


Mengikut pertuduhan, Chew didakwa menunjukkan kemaluannya kepada Ong Fong Leng, 36, di hadapan Dalun Trading, Tingkat 4, Bangunan Times Square, Jalan Imbi, Daerah Dang Wangi di sini jam 12 tengah hari, 14 Jun 2011.


Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

myMetro | Promoter dijel 6 bulan tunjuk ‘anu’ kepada wanita

Patah kaki kena rempuh

HULU SELANGOR: “Jika bukan kerana raga dipenuhi durian menghalang rempuhan kali kedua, saya mungkin maut digilis kereta dipandu suspek,” kata anggota penguat kuasa Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), G Sivarajah, 24 yang patah kaki kiri selepas dirempuh kereta seorang penjual durian yang tiba-tiba mengamuk apabila barangan jualannya dirampas dalam Operasi Sita di sini, kelmarin.

Menurut Sivarajah, selepas rempuhan pertama, dia sempat melihat kereta dipandu lelaki berusia 53 tahun itu mengundur sebelum memecut laju ke arahnya yang terbaring di atas jalan.


“Bagaimanapun, raga dipenuhi durian di depan saya menghalang kenderaan berkenaan. Rakan lain yang menyaksikan kejadian itu segera menghalang suspek. “Saya pengsan dan hanya tersedar sebaik tiba di Hospital Kuala Kubu Baru (KKB) sebelum dipindahkan ke Hospital Damai,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sivarajah yang bertugas sebagai anggota penguat kuasa sejak dua tahun lalu berkata, dia bersama 35 rakan termasuk pegawai menjalankan operasi memindahkan halangan dan menyita barangan penjaja haram di kawasan tempat letak kenderaan di Batang Kali, di sini.


“Ketika itu, seorang daripada penjaja haram itu tiba-tiba memarahinya dan rakan lain sebelum bergegas masuk ke dalam kereta Proton Wira berhampiran kawasan berkenaan.


“Saya dan rakan lain menyangka suspek hendak meninggalkan kawasan berkenaan, namun lelaki terbabit cuba merempuh kami,” katanya.

Difahamkan, rakannya yang lain cuba memberi amaran kepada Sivarajah dan Mohammad Azlan Mahmud, 34, namun disebabkan kejadian itu terlalu pantas dia gagal mengelak.

Sivarajah berkata, hanya Mohammad Azlan sempat mengelak sebelum rempuhan kuat itu menyebabkannya terpelanting ke jalan.

“Saya cuba bangun, namun tidak berdaya sebelum pengsan,” katanya yang baru selesai menjalani pembedahan akibat darah beku pada tempurung lututnya semalam.


Katanya, biarpun kejadian itu pengalaman ngeri, namun dia tidak akan serik menjalankan tugasnya selepas sembuh nanti. Sementara itu, Penolong Pegawai Penerangan MDHS, Junainah Abdullah berkata, pihaknya mengeluarkan notis kepada penjaja di kawasan berkenaan sebelum operasi dijalankan.


“Namun, kebanyakan penjaja berdegil dan meneruskan perniagaan walaupun beberapa kali disita, Kami juga mengeluarkan lesen bersyarat, tetapi masih ada yang melanggar peraturan,” katanya.


“Bagaimanapun, hasil pemeriksaan mendapati suspek tidak mempunyai lesen yang sah menyebabkan kami menyita barangannya, tetapi mungkin dia marah dan bertindak sedemikian,” katanya.


Menurutnya, pihaknya sudah membuat tiga laporan berhubung kejadian itu dan menyerahkan kes berkenaan kepada pihak polis. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan suspek ditahan reman sehingga 24 Julai mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

myMetro | Patah kaki kena rempuh

Gila si gila!

MARAN: “Saya lihat dua beradik itu menggelupur kesakitan akibat disimbah cuka getah. Hati saya sedih melihat mereka meraung kesakitan,” kata Siti Aishah Rohaisha Hanafi, 28, saksi kejadian dua beradik disimbah cuka getah oleh seorang lelaki dipercayai kurang siuman di Felda Jengka 9, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, Shafiq Haikal Mat Safar Zaidi, 13, dan adiknya, Shafiq Aiman, sembilan tahun, parah di muka dan beberapa bahagian tubuh akibat terkena cuka getah.


Difahamkan, Shafiq Haikal yang baru selesai mengaji, mengajak adiknya ke rumah rakan sekolahnya untuk mengulang kaji pelajaran.

Sebaik tiba di depan rumah rakannya, suspek dikatakan berlari ke arah mereka sebelum menyimbah cecair dipercayai cuka getah dan terkena muka serta tubuh mangsa.


Akibat simbahan itu, dua beradik terbabit meraung serta menggelupur menahan kesakitan sebelum jeritan mereka didengar penduduk berhampiran yang pantas memberi bantuan.


Ibu saudara mangsa, Zafrida Che Sham, 41, berkata dia terkejut dimaklumkan kejadian menimpa anak saudaranya itu.

“Kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia hampir membunuh dua anak saudara saya. Apa salah dua beradik itu sehingga mereka diperlakukan begitu rupa,” katanya, semalam.

Zafrida berkata, dia menyerahkan sepenuhnya kes terbabit kepada polis untuk melakukan siasatan dan seterusnya mengambil tindakan terhadap suspek.

Dia mendakwa suspek jarang bergaul dengan penduduk kampung dan dia lebih banyak bersendirian di dalam rumah selain tidak mengetahui apa penyakit sebenar dihidapi lelaki itu.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahabudin ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.


Menurutnya, dua beradik itu cedera parah di muka dan tubuh serta dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).


Katanya, susulan kejadian itu, polis menahan reman suspek yang berusia 31 tahun selama enam hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Maran untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.


Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Mazlan Mohamad pula berkata, beliau akan menghantar pegawainya hari ini untuk melihat keadaan dua beradik berkenaan.


“Saya tidak mahu membuat ulasan kerana kes terbabit masih dalam siasatan polis.


“Saya cuma dapat mengesahkan dua beradik terbabit diserang suspek, namun punca sebenar kejadian tidak dapat dipastikan,” katanya, semalam.


Katanya, beliau akan memberi bantuan bagi meringankan beban keluarga dua beradik terbabit memandangkan kes itu serius.

myMetro | Gila si gila!

Susu dulu sebelum buang anak

KOTA TINGGI: Selepas menyusukan dan meletakkan bayi baru dilahirkannya di belakang rumah didiami bersama keluarga di Teluk Sengat di sini, seorang wanita orang kurang upaya (OKU) berusia 23 tahun dikatakan sanggup membuat helah mengejutkan ibunya dengan memberitahu terdengar tangisan bayi, Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi itu, ibu wanita berkenaan panik terus mengejutkan suaminya sebelum mereka menemui bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan dalam keadaan bogel di tepi longkang rumah mereka. Bagaimanapun, helah wanita OKU berkenaan yang mengalami kecacatan di kaki dan mata akhirnya terbongkar apabila dia ditahan polis, kira-kira jam 8 malam di rumah keluarganya selepas dipercayai terbabit melakukan perbuatan itu. Difahamkan, kejadian itu kali kedua wanita berkenaan melahirkan bayi luar nikah hasil hubungan haramnya dengan teman lelakinya warga Nepal selepas dua tahun lalu turut melahirkan bayi luar nikah hasil hubungannya dengan seorang lelaki warga Indonesia.


Menurut wanita itu, dia melahirkan bayi berkenaan seorang diri kira-kira jam 12.30 tengah malam dalam bilik tidur di rumah keluarganya.

“Ibu bapa saya tidur di bilik sebelah manakala adik bongsu pula di ruang tamu tidak menyedari kelahiran berkenaan.


“Sejurus selepas bersalin, saya sempat menyusu dan mendakap bayi saya sebelum senyap-senyap keluar ke belakang rumah lalu meletakkan bayi itu di tepi longkang rumah,” katanya, semalam.


Difahamkan, ketika ditemui, bayi berkenaan masih bertali pusat selain dipenuhi kesan darah sebelum dihantar ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk rawatan lanjut.

Menurut wanita itu, ketika polis dan kakitangan perubatan tiba di lokasi kejadian, dia yang memakai jean turut membantu membersihkan semut pada muka bayinya itu.

“Keluarga tidak mengetahui saya hamil kerana biasanya keluar rumah seawal jam 5 pagi untuk bekerja di sebuah kilang di Ulu Tiram sebelum pulang pada lewat malam.

“Pada masa sama, saya turut memakai pakaian bersaiz besar bagi mengelak tembelang hamil anak luar nikah diketahui keluarga,” katanya.


Katanya, ini kali kedua dia melahirkan anak luar nikah hasil hubungan dengan teman lelakinya warga Nepal manakala anak luar nikah pertamanya lahir hasil hubungan dengan seorang lelaki warga Indonesia diserahkan kepada satu keluarga untuk dipelihara.


Pengarah HKT, Dr Maslina Yusof ketika ditemui mengesahkan bayi itu dilaporkan dalam keadaan sihat dan diberi rawatan antibiotik bagi mengelak sebarang jangkitan.


“Bayi lelaki berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas rawatan selesai,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot ketika dihubungi mengesahkan penahanan wanita berkenaan.


“Wanita terbabit direman empat hari hingga Ahad ini dan sudah dihantar ke HKT untuk rawatan perubatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya.

myMetro | Susu dulu sebelum buang anak

Nyaris sembelih bapa

KUALA LUMPUR: Tindakan pantas seorang ibu berusia awal 50-an berjaya menyelamatkan suaminya daripada ‘disembelih’ anak lelakinya sendiri dalam kejadian di rumah mereka di Laman Rimbunan, di sini, kelmarin.

Difahamkan, suspek berusia 30 tahun itu hilang pertimbangan selepas bapanya berusia 56 tahun enggan memberikan wang kepadanya yang dikatakan terdesak untuk membayar hutang along.


Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, suspek yang sudah meletakkan pisau di leher bapanya itu berubah fikiran apabila ibunya bersetuju memberikannya wang.

Difahamkan, wanita itu memberikan hampir RM200 kepada suspek sebelum ‘anak durjana’ itu memaksa ibunya membayar wang yang dipinjam olehnya daripada along dipercayai mencecah puluhan ribu ringgit. Malah, suspek mendakwa akan kembali ke rumah dan membunuh ibu serta bapanya itu jika pasangan berkenaan gagal berbuat demikian.


Sebaik memperoleh wang, suspek keluar dari rumah sebelum pasangan suami isteri terbabit membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini, kerana bimbang dengan keselamatan mereka.


Menurut sumber, semuanya bermula apabila suspek yang datang ke rumah ibu bapanya itu bertindak memarahi bapanya yang enggan memberikan wang kepadanya.

“Akibat keengganan mangsa memberikan wang kepada anaknya itu, berlaku pertengkaran antara dua beranak itu hampir 20 minit.

“Suspek yang hilang kawalan kemudian mengeluarkan sebilah pisau dan mengacukan ke arah bapanya. Lebih mengerikan apabila suspek kemudian meletakkan pisau berkenaan di leher bapanya sebelum mengugut untuk membunuhnya,” katanya.

Sumber berkata, isteri kepada mangsa yang berada di dapur kemudian bergegas ke ruang tamu berusaha menenangkan anaknya itu.


“Suspek yang bagaikan dirasuk itu mendakwa akan membunuh ibu dan bapanya jika mereka berkeras tidak memberikan wang kepadanya,” katanya.


Bimbang dengan keselamatan diri dan suaminya, wanita terbabit kemudian menyerahkan wang kepada anaknya itu.


Sumber berkata, sebelum meninggalkan rumah berkenaan, suspek mengugut untuk membunuh ibu dan bapanya jika mereka gagal menjelaskan pinjamannya kepada along.


Difahamkan, sehingga kini polis masih berusaha mengesan suspek yang menghilangkan diri selepas mengetahui ibu, bapanya membuat laporan polis.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.

myMetro | Nyaris sembelih bapa

Tiga lelaki Myanmar mabuk belasah remaja hingga pengsan

AMPANG JAYA: Seorang remaja cedera di kepala selepas dipukul dengan sebatang kayu belantan berantai oleh tiga lelaki warga Myanmar yang dipercayai mabuk dalam kejadian di Taman Seraya, di sini, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 9 malam itu menyebabkan remaja berkenaan pengsan selama sejam akibat kecederaan dialami.


Mangsa, Muhamad Khairul Mustaza, 17, berkata ketika kejadian, dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerja sebelum ditahan tiga lelaki terbabit yang kemudian terus membelasahnya hingga pengsan.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, tiga lelaki berkenaan menahan dan memberi amaran akan memukul saya. Sebaik berkata demikian, mereka mengeluarkan kayu belantan lalu menghayunkan ke muka saya.


“Saya tidak mampu melawan dan merayu supaya jangan diperlakukan demikian kerana tidak membuat apa-apa kesalahan kepada mereka dan hanya mahu pulang ke rumah,” katanya di sini, semalam.


Menurutnya, akibat pukulan itu, dia cedera di kening kiri dan pengsan selama sejam.

“Sebaik sedar, saya sudah berada di rumah dan tidak tahu siapa membawa saya pulang sebelum menceritakan kejadian itu kepada abang. “Abang saya kemudian terus mencari tiga lelaki itu dan mendapati mereka sedang lepak di kawasan berkenaan dalam keadaan mabuk,” katanya.

Muhamad Khairul berkata, menyedari kehadiran abangnya semua lelaki itu melarikan diri. Bagaimanapun, dengan bantuan orang ramai, dua daripada mereka ditahan.

Katanya, dua lelaki itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

myMetro | Tiga lelaki Myanmar mabuk belasah remaja hingga pengsan

Stor kilang Naza terbakar

GURUN: “Mujur ketika kejadian semua pekerja keluar makan tengah hari. Jika tidak, mungkin sesuatu lebih buruk berlaku,” kata Abdullah Hamid, 62, saksi kejadian kebakaran yang memusnahkan sebahagian besar stor sebuah kilang yang membekalkan komponen kereta di Kawasan Perindustrian Gurun, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, kira-kira 80 peratus stor kilang berkenaan yang menempatkan kusyen, pintu dan enjin kereta Naza Kia musnah menyebabkan kerugian kira-kira RM3 juta.


Abdullah yang juga pengawal keselamatan kilang berkenaan berkata, ketika kejadian dia sedang meronda berhampiran kawasan stor sebelum terdengar letupan.

“Saya ternampak asap di bahagian tengah stor itu sebelum api marak.


“Ketika kejadian hujan lebat, namun api marak cepat menyebabkan saya menghubungi bomba,” katanya.


Sementara itu, seorang pekerja yang enggan dikenali, berkata, ketika kejadian sebahagian besar daripada 150 pekerja keluar makan tengah hari manakala dia berada di blok bersebelahan.

“Saya lega kerana kebakaran tidak berlaku di tempat saya bekerja yang menempatkan lebih ramai pekerja,” katanya.

Penguasa Bomba Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Othman Parmin berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.33 petang dan tiba di lokasi kejadian pada jam 1.48 petang.

Katanya, 36 anggota dengan empat jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Alor Setar, Guar Chempedak dan Yan terbabit dalam operasi itu dan kebakaran berjaya dikawal dalam masa setengah jam.

myMetro | Stor kilang Naza terbakar

Remaja dinoda bapa tiri, disisih ibu kandung

AMPANG JAYA: Seorang remaja berusia 16 tahun bukan saja menjadi mangsa rogol bapa tirinya selama lima tahun, malah disisih dan dimarahi ibunya sendiri selepas menceritakan kejadian itu tahun lalu di Pandan Perdana, di sini hingga menyebabkan dia terpaksa menumpang di rumah saudaranya.

Kejadian malang itu bermula ketika remaja itu berusia 11 tahun apabila bapa tirinya berusia 50-an mengambil kesempatan merogolnya ketika ibunya tiada di rumah.


Remaja berkenaan pada mulanya takut untuk memberitahu perkara itu kepada ibunya, namun mengambil keputusan menceritakan hal itu selepas sering diganggu bapa tirinya itu.

Sumber polis berkata, kejadian pertama berlaku pada 2006 apabila bapa tiri mangsa memaksa remaja itu melakukan hubungan seks ketika ibunya tiada di rumah.


“Mangsa menolak permintaan, namun diugut akan dihalau keluar sekiranya tidak menurut perintah. Lelaki itu memaksa mangsa melakukan hubungan terlarang berkenaan.


“Mangsa dirogol sebanyak dua kali. Lelaki itu turut memberi amaran kepada mangsa supaya tidak menceritakan kejadian kepada ahli keluarga sekiranya mahu selamat,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, tidak tahan dengan penderitaan yang ditanggung mangsa memberitahu ibunya berkenaan perangai buruk bapa tirinya minggu lalu, namun dimarahi dan dituduh memfitnah.

“Remaja itu kemudian melarikan diri dengan berlindung di rumah saudara dan membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Indah, kelmarin,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan dan siasatan sedang dijalankan.

myMetro | Remaja dinoda bapa tiri, disisih ibu kandung

Jemaah solat dalam gelap


GELAP...jemaah surau menunaikan solat Isyak dengan lampu gasolin.
GELAP...jemaah surau menunaikan solat Isyak dengan lampu gasolin.


KUALA LUMPUR: Kira-kira 30 umat Islam terpaksa menunaikan solat Maghrib dan Isyak dalam keadaan gelap selepas bekalan elektrik yang disalurkan ke Surau Al Mu’min Pantai Murni, Pantai Dalam, di sini diputuskan tanpa notis petang semalam.
Difahamkan, kebiasaannya lebih daripada 50 jemaah akan menunaikan solat di surau berkenaan malah setiap hari Khamis pada waktu malam, bacaan Yasin akan diadakan tetapi semuanya tergendala akibat ketiadaan bekalan elektrik.

Timbalan Pengerusi Surau berkenaan, Syed Bilfil Syed Busu berkata, pihaknya baru sahaja menerima notis kuning daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) petang semalam tetapi pada masa yang sama, pihak TNB sudah memutuskan bekalan elektrik malah suis utama turut ditanggalkan.

“Berdasarkan notis berkenaan, kami diberi tempoh sehingga 31 Julai depan untuk melunaskan tunggakan berjumlah RM1,299.73 itu tetapi mereka sudah memutuskan bekalannya lebih awal sehingga mengganggu ibadah kira-kira 800 umat Islam di kawasan ini,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Beliau berkata, meskipun pihaknya sudah menghubungi pihak TNB untuk mengambil tindakan segera di atas kesilapan mereka tiada tindakan diambil sehingga ke malam tadi.


Katanya, pihaknya akan melakukan pembayaran dalam masa terdekat dan berharap masalah ini dapat diselesaikan segera.

Menurutnya, kawasan perumahan yang mempunyai 116 unit rumah teres dua tingkat itu hampir 100 peratus dihuni masyarakat beragama Islam.

Sementara itu usaha Harian Metro untuk menghubungi pihak TNB mengenai masalah dihadapi penduduk itu gagal.

myMetro | Jemaah solat dalam gelap

Obama sukar menang tahun depan

WASHINGTON: Hasil kajian pendapat terbaru yang diumumkan semalam menunjukkan Presiden Barack Obama berdepan dengan masalah untuk mempertahankan jawatannya pda pilihan raya tahun depan.

Kajian Public Policy Polling itu mendapati Obama, buat kali pertama sejak Julai lalu, gagal mengatasi anggota Republikan, Mitt Romney.


Kedua-duanya kini terikat dengan 45 peratus undi.

Populariti Obama berada di tahap 46 peratus dengan 48 peratus pengundi menolaknya dan ia selari dengan kajian terbaru yang lain.


Bagaimanapun, pengundi bebas berbelah bagi dengan 49 peratus menolaknya berbanding 44 peratus menyokong.


Ini menunjukkan Obama memerlukan sokongan pengundi bebas untuk membolehkan beliau menang pada pilihan raya November tahun depan. - AP

myMetro | Obama sukar menang tahun depan

Gaddafi akan dibenar menetap di Libya: Juppe

PARIS: Menteri Luar Perancis, Alain Juppe semalam berkata, kuasa asing kini bersedia untuk membenarkan Muammar Gaddafi terus menetap di Libya sekiranya beliau meletak jawatan.

Kenyataan itu membayangkan usaha baru kuasa asing untuk mencari penyelesaian diplomatik terhadap perang lima bulan yang sehingga ini gagal untuk menyingkirkan pemimpin Libya itu.


Dalam kenyataannya kepada televisyen Perancis, LIC TV, Juppe berkata duta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sudah diminta untuk mengaturkan pertemuan dengan pihak Gaddafi. “Antara senario yang dijangka ialah beliau boleh kekal di Libya dengan satu syarat, beliau meninggalkan kehidupan politik.

“Gencatan senjata hanya bergantung kepada komitmen jelasnya untuk menyerahkan peranan tentera dan awam secara rasmi,” kata Juppe.


Cadangan untuk membenarkan Gaddafi kekal di Libya selepas meletak jawatan membayangkan kesedaran bahawa adalah sukar, jika tidak mustahil, untuk menyingkirkannya secara paksa atau menerusi pujukan. Sementara itu, Menteri Luar Libya, Abdelati Obeidi yang berada Moscow, menolak serta-merta cadangan itu dengan berkata, perletakan jawatan Gaddafi yang memerintah negara itu sejak 41 tahun lalu tidak boleh dibincangkan. - AFP

myMetro | Gaddafi akan dibenar menetap di Libya: Juppe: "d"

12j warga Somalia hadapi kebuluran

NAIROBI: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam secara rasmi mengisytiharkan kebuluran di dua wilayah di selatan Somalia.

Periystiharan itu dibuat ketika dunia mula bertindak untuk menyelamatkan 12 juta orang yang berdepan dengan masalah itu ekoran kemarau paling buruk di wilayah itu dalam tempoh 60 tahun.


Amerika Syarikat menggesa kumpulan Shebab yang ada hubungan dengan al-Qaeda dan menguasai kawasan berkenaan, membenarkan kemasukan semula kumpulan bantuan yang mereka usir dua tahun lalu.

Dalam pada itu, kumpulan bantuan memberi amaran, ramai yang akan mati jika tindakan dan bantuan segera tidak dilakukan.


Penyelaras kemanusiaan PBB untuk Somalia, Mark Bowden yang mengisytiharkan kebuluran di selatan Bakool dan Hulu Shabelle dilanda kebuluran berkata, pihaknya menganggarkan 3.7 juta penduduk, atau hampir separuh populasi negara yang musnah akibat peperangan itu berdepan dengan krisis makanan.


“Jika kita tidak bertindak sekarang, kebuluran akan merebak ke wilayah selatan Somalia dalam masa dua bulan akibat hasil tuaian tanaman yang buruk dan merebaknya penyakit berjangkit,” katanya kepada wartawan di Kenya.

“Jika kita gagal memberi bantuan serta-merta, puluhan ribu penduduk Somalia akan mati,” katanya.

Somalia yang berdepan dengan konflik demi konflik sejak 20 tahun lalu adalah negara paling teruk terjejas.

Bagaimanapun, sebahagian daripada Kenya, Uganda, Habsyah dan Djibouti juga berdepan dengan masalah itu,” kata Bowden. - AP

myMetro | 12j warga Somalia hadapi kebuluran

Thailand enggan bayar RM84 juta dituntut Jerman

BANGKOK: Thailand memutuskan untuk tidak mematuhi arahan mahkamah Jerman supaya membayar wang pendahuluan 20 juta euro (RM84 juta) bagi pembebasan pesawat milik Putera mahkota Thai yang dirampas.

Menteri Luar Thai, Kasit Piromya berkata, beliau yakin kerajaan mempunyai bukti kukuk untuk membuktikan pesawat Boeing 737 dirampas pegawai insolvensi Jerman itu dimiliki Putera Vajiralongkorn dan bukan entiti kerajaan. - Reuters

myMetro | Thailand enggan bayar RM84 juta dituntut Jerman

Warga Indonesia seludup kokain RM340 juta

LISBON: Pegawai kerajaan Portugal merampas hampir 1.7 tan kokain bernilai kira-kira 80 juta euro (RM336 juta) disembunyikan dalam bot nelayan dan menahan lapan rakyat Indonesia, kata polis, semalam.

Suspek berusia antara 25 dan 46 tahun disyaki anggota rangkaian sindiket penyeludupan yang aktif di benua Amerika, Afrika dan Eropah, kata Ketua Unit Serbuan Dadah Portugis, Joaquim Pereira dalam sidang akhbar. Bot dari Namibia itu ditahan tentera laut dan udara Portugis kira-kira 22 batu di luar pantai Portugal. - AFP

myMetro | Warga Indonesia seludup kokain RM340 juta

Singapura jadi sasaran

JAKARTA: Sekumpulan suspek pengganas yang ditahan awal bulan ini di Indonesia merancang melakukan serangan ke atas kedutaan Singapura di bandar raya ini, kata pegawai kanan antipengganas.

Timbalan Ketua Agensi AntiPengganas Kebangsaan (BNPT), Petrus Golose ketika menghantar mesej pesanan ringkas kepada media semalam berkata, memang benar 11 suspek itu mendedahkan rancangan terbabit kepada polis ketika siasatan. “Serangan yang dirancang itu diketuai oleh Abu Umar,” katanya dalam mesej dihantar, merujuk kepada seorang daripada suspek yang rapat dengan Ahmad Sayid Maulana.


Ahmad Sayid terbunuh dalam serbuan polis tahun lalu dan disyaki merancang serangan berasingan terhadap negara jiran itu.

Polis menahan 11 suspek dalam operasi empat hari di beberapa lokasi termasuk di pinggir Jakarta dan merampas senjata dan peluru yang dipercayai diseludup dari Filipina. - AFP

myMetro | Singapura jadi sasaran

Tanah jerlus di bawah katil nenek

GUATEMALA CITY: Ini sesuatu yuang anda tidak mahu dengar: “Bunyi kuat datang dari rumah anda!”

Itu yang dipelajari Inocenta Hernades dari Guatemala City selepas satu letupan kuat menyebabkan dia meluru ke luar rumahnya dengan menyangka satu letupan berlaku berhampiran.


Apabila menyedari masalah itu datang dari dalam rumahnya, dia kembali dan mendapati sebuah lubang besar, semeter lebar, 19 meter dalam di bawah katilnya.

Inocenta, 65, bagaimanapun lega kerana cucunya yang bermain berhampiran katil itu selamat.


Meskipun kejadian itu berlaku di dalam rumahnya, ia bagaimanapun tidak mengejutkannya kerana tanah jerllus sering berlaku di Guatemala City, berpunca daripada hujan lebat tropika. - Agensi

myMetro | Tanah jerlus di bawah katil nenek

Keliling kampung dengan kemaluan diikat batu

DHAKA: Polis Bangladesh semalam menyiasat kes seorang lelaki dipaksa berjalan keliling kampung dengan batu-bata diikat pada kemaluannya.

Tindakan itu didakwa dilakukan sebagai hukuman kerana menculik dan berkahwin dengan kanak-kanak.


Hukuman itu dilaksanakan Sabtu lalu terhadap seorang lelaki berusia 30 tahun oleh majlis tempatan sebuah kampung yang terletak kira-kira 30 kilometer ke selatan Dhaka.

Polis berkata, lelaki itu menculik dan berkahwin secara paksa dengan budak perempuan berumur 12 tahun.


Budak itu kemudian berjaya melarikan diri.


“Ketua kampung dan beberapa penduduk memukul lelaki itu dan memaksanya berjalan dengan batu-bata diikat pada kemaluannya di di tebing sungai dan disaksikan oleh kira-kira 200 orang,” kata pegawai polis, Binoy Krishna kar.

Mahkamah Kampung diiktiraf di Bangladesh tetapi ia hanya boleh menyelesaikan pertikaian mengenai hak milik tanah, pewarisan dan isu kecil lain.

Mereka dilarang mengenakan hukuman fizikal.

Kejadian terbaru itu berlaku seminggu selepas kumpulan hak asasi manusia, Human Rights Watch mengeluarkan kenyataan yang mendedahkan pencabulan hak asasi oleh majlis tempatan yang selalunya berkait dengan fatwa.


Ia menggesa Bangladesh bertindak segera menghalang kes seumpama itu yang didakwa menjadi punca kematian puluhan wanita sejak beberapa tahun lalu. - AFP

myMetro | Keliling kampung dengan kemaluan diikat batu

Sekolah cipta rekod, murid tutur 44 bahasa

LONDON: Bagi seorang kanak-kanak yang bersemangat untuk mempelajari bahasa, anda boleh katakan ia adalah persekitaran pembelajaran yang sesuai.

Sebuah sekolah rendah di Surrey percaya mencatat rekod bilangan terbesar bahasa asing dipertuturkan - sebanyak 44 bahasa dituturkan oleh muridnya. Senarai itu termasuk bahasa Afrika, Aramia, Tagalog, Ga, Kikuyu, Kissi, Kannada, Telegu, Yoruba dan Zulu. Semua bahasa daripada tujuh benua kecuali Antartika dituturkan di sekolah itu.


Daripada 477 murid yang mendaftar di Sekolah St Matthew di Redhill, 178 tidak menuturkan bahasa Inggeris sebagai bahasa ibunda.

Guru Besar Janet Lightfoot berkata: “Kebanyakan orang melihat keadaan ini sebagai satu kesukaran tetapi kami meraikan kelainan kami. “Ia menjadikan sekolah ini pelbagai dan istimewa.” Kepelbagaian bahasa di sekolah itu menyebabkan kakitangan dilarang menggunakan slanga seperti ‘mufti’ atau ‘inset’ kerana mungkin akan mengelirukan murid.


Janet menambah: “Kami perlu berhati-hati dengan perkataan yang tidak biasa digunakan kanak-kanak, seperti ‘hari mufti’ dan hari inset’ dengan menggelarnya ‘hari tanpa uniform’ dan ‘hari latihan guru’.


Sekolah yang dibiayai Church of England berusia 40 tahun itu selalu mendidik sejumlah besar kanak-kanak bukan Inggeris.

Mereka yang tidak bertutur bahasa Inggeris diberi rakan berbahasa Inggeris dan tumpuan secara individu.


Bagaimanapun, kemasukan murid yang tidak bertutur bahasa Inggeris mendorong kepada kejatuhan standard pelajaran di sekolah berkenaan, menurut Pejabat Standard Pendidikan, Perkhidmatan dan Kemahiran Kanak-Kanak (Ofsted).

myMetro | Sekolah cipta rekod, murid tutur 44 bahasa

Wanita mati dilanggar anak

SUE...terbunuh.
SUE...terbunuh.
LAUREN...tak sengaja.
LAUREN...tak sengaja.

LONDON: Seorang ibu beranak tiga mati selepas anak perempuan wanita itu terlanggarnya ketika dia mengajar anaknya mengundurkan kereta memasuki parkir, semalam.

Sue Duke, 41, dirempuh kereta Ford Ka dipandu anaknya, Lauren yang berusia 17 tahun.


Tubuhnya tersepit di antara kereta anaknya itu dengan sebuah kereta lain.

Sue yang bekerja sebagai pelayan bar dikatakan memberi tunjuk ajar kepada Lauren supaya memasukkan keretanya ke dalam tempat letak kenderaan sebelum kereta itu secara tiba-tiba meluru ke belakang.


Abang ipar Sue, Malcolm Mitchell berkata, kemalangan yang berlaku di Rochester, Kent itu berpunca daripada kesilapan tragik dilakukan Lauren, remaja lepasan sekolah.


Mitchell berkata: “Lauren sedang berlatih mengundurkan kereta. Kami yakin Susan keluar untuk memberi tunjuk ajar kepadanya. “Lauren pasti keliru antara pedal brek dan pedal minyak dan menekan pedal yang salah.” Seorang saksi yang enggan dikenali berkata: “Pada mulanya, kami tidak sedar Sue dilanggar, kami hanya melihat kerosakan kereta itu.

Kemudian kami nampak Sue terbaring di jalan. Dia dilanggar di kepala, terdapat darah di merata tempat. Ia adalah satu tragedi. “Kami cuba membantu dan menenangkannya sebelum ambulans tiba ke tempat kejadian.


“Remaja perempuan itu bagaikan histeria, dia menjerit dan menangis. Kami cuba menenangkannya tetapi dia sangat sedih. Lauren bersama bapanya, Wayne, 44, serta adik-beradinya yang lain berada di sisi Sue di hospital di London sebelum dia meninggal dunia, semalam.

myMetro | Wanita mati dilanggar anak

Suami isteri hancur

Suami isteri hancur


NGERI...mayat dua warga Indonesia yang digilis pelbagai kenderaan, pagi semalam.
NGERI...mayat dua warga Indonesia yang digilis pelbagai kenderaan, pagi semalam.


KUALA KUBU BAHRU: Menyayat hati apabila tubuh sepasang suami isteri hancur selepas digilis pelbagai kenderaan sebaik motosikal ditunggangi mereka terbabas ke tengah jalan sebelum terjatuh di atas jalan di Kilometer 425 Lebuhraya Utara-Selatan arah Kuala Lumpur di sini, pagi semalam.
Kejadian tragis kira-kira jam 5.50 pagi itu menyebabkan arah lebuh raya dari kedua-dua arah sesak manakala cebisan daging daripada tubuh kedua-dua mangsa bertaburan di atas jalan. Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Hadi, 32, dan Diana, 30, kedua-duanya warga Indonesia, meninggal dunia di tempat kejadian selepas digilis pelbagai kenderaan dan diseret sejauh 10 meter berdasarkan kesan darah di tempat kejadian.
Selepas terjatuh dari motosikal, kedua-dua mangsa dipercayai tidak sempat bangun untuk menyelamatkan diri menyebabkan mereka dirempuh kenderaan lain.
Anggota polis terpaksa mengambil masa lebih sejam untuk mengutip cebisan daging dari mayat mangsa sebelum dikumpul dan dihantar ke Bilik Mayat Hospital Kuala Kubu Bahru.

Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan ke arah ibu kota. Keadaan yang ketika itu masih gelap menyebabkan pemandu kenderaan tidak menyangka objek tengah jalan yang dilanggar mereka adalah tubuh manusia.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, kenderaan lain gagal mengelak dan merempuh kedua-dua mangsa yang berada di tengah jalan.
myMetro | Suami isteri hancur

Anugerah hargai Salih, 4 isteri

Anugerah hargai Salih, 4 isteri


SALIH...bersyukur dan berterima kasih
SALIH...bersyukur dan berterima kasih


KOTA BHARU: Pengacara dan pelawak, Salih Yaacob, 48, bersama empat isterinya akan diberi anugerah oleh Kerajaan Kelantan kerana menjadi contoh keluarga berpoligami yang mampu menguruskan rumah tangga dengan baik mengikut hukum Islam.
Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Wanita 2011 sempena Kelantan Cheng Ho International Food Festival 2011 di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini, semalam.
Wan Ubaidah berkata, anugerah itu sebagai tanda penghargaan kerajaan Kelantan kepada Salih dan empat isterinya kerana mempunyai satu ikatan kekeluargaan kukuh walaupun hidup berpoligami.

Katanya, anugerah itu diharap menjadi suntikan semangat kepada suami dan isteri lain supaya mengamalkan cara hidup bertolak ansur dan harmoni seperti diamalkan keluarga Salih.


“Anugerah itu akan diberikan kepada Salih dalam tempoh terdekat ini, tetapi kita belum kenal pasti lagi jenis anugerah akan diberikan.

myMetro | Anugerah hargai Salih, 4 isteri