Pages

Showing posts with label tunisia. Show all posts
Showing posts with label tunisia. Show all posts

Monday, December 24, 2012

Harta milik bekas Presiden Tunisia dilelong




SEBAHAGIAN barang milik isteri Ben Ali yang menunggu pembeli dalam acara lelongan dipamerkan di Gammarth,Tunisia kelmarin.


TUNIS - Pihak berkuasa Tunisia melelong harta rampasan milik bekas Presiden negara ini, Zine El Abidine Ben Ali.
Antara yang dilelong itu ialah sepasang patung emas berkepala singa, sebatang pen yang diselaputi berlian dan 39 buah kereta mewah.
Sebahagian barang itu dipamerkan di Gammarth dan Tunis.
Beberapa pegawai berharap, lelongan itu akan memperoleh sebanyak AS$12.9 juta (RM39.48 juta).
Antara yang dilelong ialah sebuah kereta Mercedes milik anak saudara Ben Ali.
Menurut seornag ahli jawatankuasa rampasan itu, Mohammed Lassad Hamayed, kereta tersebut buatan tangan yang melibatkan kos AS$2.6 juta (RM7.95 juta).
Beliau berkata, hanya pemerintah Maghribi, Raja Mohamed VI yang memiliki salah sebuah kereta tersebut.
Ben Ali yang dianggap pemerintah yang korup meletakkan jawatan pada Januari 2011 selepas tunjuk perasaan menentang pemerintahannya dilancarkan penduduk tempatan.
Beliau kemudian hidup dalam buangan bersama isterinya, Leila Ben Ali. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1224&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2FvFVHhXV 
Hakcipta terpelihara 

Saturday, November 12, 2011

Isteri bekas Presiden Tunisia ada 1,000 pasang kasut

2011/11/12

TUNIS: Kediaman rasmi bekas Presiden Tunisia, Zine Al Abidine Ben Ali dan isterinya, Leila Trabelsi mencemarkan nama baik negara itu apabila terdapat 1,000 pasang kasut pereka terkenal, 1,500 barang kemas dan sejumlah produk penjagaan wanita yang banyak, kata laporan semalam.

"Saya rasa memalukan. Memang ada alasan negara ini patut berasa malu," kata pakar perundangan, Neji Baccouche ketika menyampaikan laporan kepada Jawatankuasa Penyiasatan Negara mengenai penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin rejim sebelum ini.
Baccouche mencadangkan bekas istana presiden di Sid Bou Said, dekat Tunis, dijadikan muzium sebagai amaran bahawa wujudnya penyelewengan ketika pemerintahan Zine Al Abidine dan isterinya, Leila. - AFP
Berita Harian Online | Isteri bekas Presiden Tunisia ada 1,000 pasang kasut: "

Saturday, October 29, 2011

Parti Islam menang di Tunisia



TUNIS 28 Okt. - Parti Islam utama Tunisia memenangi pilihan raya pertama negara ini, semalam dengan mendapat 90 daripada 217 kerusi di Dewan Perhimpunan, sembilan bulan selepas diktator Zine el Abidine Ben Ali digulingkan dalam kebangkitan rakyat.
Menurut saksi dan Kementerian Dalam Negeri, protes hebat berlaku di tengah bandar Sidi Bouzid, tempat di mana pemberontakan bermula pada Disember lalu, selepas keputusan sementara pilihan raya diumumkan.
Parti Ennahda kini memiliki kerusi terbanyak di Dewan Perhimpunan yang akan menggubal semula Perlembagaan, melantik Presiden dan membentuk kerajaan, kata ketua pilihan raya, Kamel Jendoubi.
Kamel juga mengumumkan pembatalan enam calon daripada parti Petisyen Untuk Keamanan Dan Pembangunan kerana 'penyelewengan wang'.
Parti itu itu dipimpin tokoh korporat Tunisia, Hechmi Haamdi, yang bertapak di London dan dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Ben Ali, mendapat tempat keempat dengan memenangi 19 kerusi.
Hechmi, bagaimanapun menarik balik pencalonannya dari Dewan Perhimpunan itu walaupun selepas pengumuman keputusan piihan raya itu dibuat.
Hechmi yang berkempen dari London menggunakan stesen televisyen satelitnya, Al-Mustakillaberkata, beliau risau penyokongnya akan menunjukkan kemarahan mereka selepas Ennahda menolak untuk menyertakan partinya dalam perbincangan membentuk kerajaan baru.
Saksi berkata, lebih 2,000 orang penyokong Hechmi berarak ke ibu pejabat Ennahda di Sidi Bouzid dan membaling batu ke arah pasukan keselamatan ketika keputusan pilihan raya itu diumumkan. - AFP

Friday, August 12, 2011

Ali al-Seriati minta maaf

ALI al-Seriati (tengah), tiba untuk perbicaraan kedua di mahkamah di Tunis, minggu lalu. -  Foto AFP
ALI al-Seriati (tengah), tiba untuk perbicaraan kedua di mahkamah di Tunis, minggu lalu. - Foto AFP

Bekas ketua keselamatan Tunisia rayu di mahkamah

TUNIS: Ketua keselamatan Tunisia yang berkuasa ketika pemerintahan Presiden Zine al-Abdine Ben Ali yang kemudian digulingkan, merayu rakyat negara itu memaafkannya ketika berada di mahkamah kelmarin.
Ali al-Seriati dianggap rapat dengan pemimpin Tunisia dan ramai yang menuduhnya merancangkan keganasan selepas Ben Ali keluar dari negara itu pada 14 Januari berikutan protes popular.
Beliau ditahan sebaik saja Ben Ali hilang kuasa dan tampil di mahkamah kelmarin dengan menghadapi dakwaan menyediakan pasport palsu kepada saudara mara pemimpin itu untuk membantu mereka lari.

Beliau berdepan dengan tuduhan berasingan atas dakwaan cuba mencetuskan huru hara dan persengketaan dalaman selepas Ben Ali digulingkan.

Seriati mengejutkan peguam di mahkamah kerana menjerit ketika prosiding perbicaraan hampir tamat dengan berkata: “Saya minta rakyat Tunisia memaafkan saya. Saya anak Tunisia dan saya sayangkan Tunisia.”

Ben Ali digulingkan selepas protes tercetus beberapa minggu yang menjadi inspirasi kepada gelombang kebangkitan Arab di seluruh Asia Barat dan Afrika Utara tahun ini.
Ben Ali dibicarakan tanpa kehadirannya. Belum ada pegawai yang dibicara di Tunisia atau tertuduh di negara jiran, Mesir, yang memohon maaf atas tindakan mereka semasa revolusi meledak atau ketika mereka berkuasa.

Presiden Mesir, Hosni Mubarak dituduh terbabit dalam pembunuhan penunjuk perasaan dibicarakan awal bulan ini, dengan hadir di mahkamah dalam keadaan berbaring dalam kurungan tertuduh.

Rakyat Tunisia mahu melihat Ben Ali dipenjarakan kerana kesalahan yang dilakukan sepanjang 23 tahun memerintah dan terhadap mereka yang mengambil bahagian dalam revolusi menentangnya.

Mahkamah menangguhkan sehingga hari ini hukuman terhadap Seriati dan 23 saudara mara Ben Ali dan isterinya, Leila Trabelsi yang didakwa cuba keluar dari negara itu dengan membawa mata wang asing yang besar selain barang perhiasan. – Reuters , bharian

Sunday, July 31, 2011

Isteri bekas Presiden Tunisia gagal bunuh diri

TUNIS: Beberapa akhbar Tunisia semalam melaporkan, Leila Trabelsi, isteri bekas Presiden Tunisia, Zine el Abidine ben Ali dihantar ke hospital di Abha, Arab Saudi setelah cuba membunuh diri.
Akhbar berkenaan yang memetik laporan Arab 48 mendakwa Leila yang hidup dalam buangan bersama suaminya gagal dalam cubaan membunuh diri kerana racun yang diminumnya itu terlalu sedikit.

Pegawai perubatan di hospital terbabit, Abdullah an-Nalisi berkata, keadaan bekas wanita pertama Tunisia itu beransur pulih.

Polis berkata, hasil siasatan menunjukkan seorang warga Mesir membeli ubat mengandungi racun yang dipesan oleh Leila. - Agensi
http://www.hmetro.com.my

Wednesday, June 22, 2011

Bekas Presiden Tunisia dipenjara 35 tahun




Gambar fail bertarikh 11 Oktober 2009 merakamkan Zine El Abidine Ben Ali (kiri) dan Leila semasa menghadiri kempen pilihan raya Presiden Tunisia di Stadium Rades dekat Tunis. - AFP


TUNIS 21 Jun - Mahkamah Tunisia menjatuhkan hukuman penjara 35 tahun ke atas bekas Presiden Zine el-Abidine Ben Ali dalam satu perbicaraan tanpa kehadirannya semalam, enam bulan selepas dia digulingkan dalam satu revolusi kebangkitan rakyat.
Ben Ali yang kini hidup dalam buangan di Arab Saudi didapati bersalah selepas baru sehari perbicaraan dijalankan berhubung tuduhan mencuri wang rakyat dan memiliki barangan kemas serta sejumlah besar wang tunai secara haram.
Hukuman sama turut dikenakan terhadap isterinya, Leila Trabelsi yang merupakan bekas pendandan rambut yang mengamalkan gaya hidup mewah, selain menjadi simbol rasuah era pemerintahan Ben Ali di kalangan rakyat Tunisia.
Bekas Presiden itu dan isterinya melarikan diri ke Arab Saudi pada 14 Januari lalu selepas berlaku tunjuk perasaan besar-besaran menentang pemerintahannya selama 23 tahun.
Menurut kerajaan Tunisia pada Februari lalu, mereka telah meminta kerajaan Arab Saudi untuk mengekstradisinya.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh peguamnya awal semalam, Ben Ali menafikan semua tuduhan yang dihadapinya itu dan menyatakan dirinya menjadi mangsa komplot politik.
Menurut Ben Ali, dia telah diperdaya untuk meninggalkan negara ini.
Hakim Touhami Hafian yang membacakan keputusan itu di kompleks mahkamah di Tunis turut mengarahkan Ben Ali dan isterinya membayar sejumlah 91 juta dinar (RM199 juta).
Touhami berkata, perbicaraan berhubung tuduhan memiliki dadah dan senjata ke atas Ben Ali akan diadakan pada 30 Jun ini. - REUTERS
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Tuesday, June 21, 2011

Bekas presiden Tunisia dakwa diperdaya

BEIRUT - Bekas presiden Tunisia yang disingkirkan, Zine El Abidine Ben Ali semalam mendedahkan bahawa beliau diperdaya supaya meninggalkan Tunisia.
Beliau juga menyatakan tidak pernah meletakkan jawatan sebagai presiden seperti yang dilaporkan media sebelum ini.
Bekas pemimpin tersebut kini menghadapi perbicaraan di Tunisia tanpa kehadirannya.
"Saya tidak meninggalkan jawatan saya sebagai presiden atau lari dari Tunisia seperti laporan palsu yang dibuat sebahagian media," kata satu kenyataan Zine yang dibacakan oleh peguamnya, Akram Azoury yang disiarkan semalam.
Akram memberitahu bahawa kenyataan Zine itu bukan bermakna pemimpin tersebut menganggap dirinya masih presiden Tunisia.
Zine dalam kenyataannya berkata, beliau dinasihatkan oleh ketua keselamatannya, Ali Al-Soryati supaya meninggalkan Tunisia pada 14 Januari lalu kerana bimbang terdapat komplot untuk membunuhnya.
Menurutnya, dia membawa keluarganya menaiki sebuah pesawat ke Arab Saudi dan mengarahkan juruterbang terbabit supaya menunggunya di lapangan terbang di Jeddah.
"Namun, setelah kami tiba di Jeddah pesawat itu berlepas semula ke Tunisia sekali gus melanggar arahan saya," ujarnya.
"Saya diperdayakan supaya meninggalkan Tunisia," tambah pemimpin tersebut.
Pemimpin berusia 74 tahun itu merupakan pemimpin pertama tersingkir dalam kebangkitan penduduk rantau Arab.
Beliau kini dibicarakan di ibu negara Tunisia, Tunis semalam kerana dakwaan rasuah dan mencuri.
Beliau menafikan semua dakwaan yang dikenakan terhadapnya. - AFP
Kosmo! Online - Dunia

Wednesday, June 15, 2011

Tunisia bicarakan mantan presiden 20 Jun

TUNIS: Perbicaraan terhadap bekas Presiden Tunisia, Encik Zine el Abidine Ben Ali, yang kini dalam buangan di Arab Saudi akan dimulakan pada 20 Jun ini.

Perdana Menteri sementara Tunisia, Encik Beji Caid Essebsi, semalam memberitahu saluran televisyen Al-Jazeera, Encik Ben Ali dan sekutunya akan berdepan dengan lebih 90 pertuduhan.
Setakat ini, kerajaan Arab Saudi tidak memberi sebarang reaksi terhadap permintaan Tunisia bagi menyerahkan bekas presiden itu kembali untuk menghadapi perbicaraan berkenaan.Encik Ben Ali telah melarikan diri dari Tunisia pada Januari lalu menyusuli bantahan rakyat ke atas pemerintahannya selama 23 tahun.Menurut anggota keluarganya, Encik Ben Ali telah mengalami serangan angin ahmar pada Februari lalu dan sejak itu tidak pernah muncul di khalayak ramai.Pihak berkuasa baru Tunisia berkata pihaknya akan membicarakan Encik Ben Ali dan isterinya, Cik Leila Trabelsi, atas tuduhan rasuah dan penyalahgunaan dadah dan senjata, walaupun mereka gagal hadir di mahkamah.Sebelum ini, pihak berkuasa telah menjumpai wang tunai bernilai AS$27 juta ($33 juta), senjata dan dadah seberat hampir dua kilogram di istana Presiden.Pihak berkuasa juga akan menyiasat dakwaan pembunuhan, penyalahgunaan kuasa, pengubahan wang haram serta penyeludupan artifak purba.Satu kenyataan yang dikeluarkan minggu lalu oleh peguam Encik Ben Ali, Encik Jean-Yves Le Borgne, mengecam siasatan dan perbicaraan yang bakal diadakan itu.'Perbicaraan yang bakal diadakan di Tunisia terhadapnya hanya sandiwara semata-mata, yang bertujuan memutuskan secara simbolik pertalian dengan masa lampau,' kata Encik Le Borgne.Sebelum ini, Encik Ben Ali berkata beliau tidak mempunyai aset atau hartanah di Perancis atau di negara luar lain.Namun, beberapa negara Eropah berkata mereka telah membekukan aset yang dimiliki Encik Ben Ali dan sekutunya. -- AFP.Cyberita Online Luar Negara

Tuesday, June 7, 2011

11 maut pertempuran antara kabilah di Tunisia


TUNIS 6 Jun - Seramai 11 orang terbunuh dalam pertempuran selama dua hari di antara kabilah-kabilah yang bermusuhan di kawasan perlombongan di pekan Metlaoui, Tunisia, lapor siaran televisyen semalam, dengan beberapa kedai dipecah masuk dan dibakar.

Mereka bertempur menggunakan bom buatan sendiri, pistol dan batang besi di pekan yang terletak kira-kira 400 kilometer ke barat daya ibu negara ini, selepas khabar angin mengatakan hanya kabilah tertentu yang akan diberikan tawaran kerja di kompleks Fostat, Gafsa yang berhampiran.
Pasukan tentera dalam perjalanan untuk menghentikan pertempuran tersebut dan helikopter tentera dikerahkan ke pekan itu.
"Penduduk ketakutan. Kami berada dalam perang sebenar dan meminta lebih banyak bantuan keselamatan," kata seorang penduduk pekan itu, Ahmed Achouri kepada Reuters menerusi panggilan telefon.
Media tempatan sebelum itu melaporkan jumlah kematian seramai tujuh orang tetapi kemudiannya berkata, seramai 11 orang terbunuh dan lebih 100 yang lain cedera dalam keganasan tersebut.
Tunisia mencetuskan kebangkitan rakyat di beberapa negara Arab apabila protes besar-besaran yang dilancarkan memaksa pemimpin autokratik, Zine al-Abidine Ben Ali disingkirkan pada Januari lepas.
Sejak itu, barisan pemimpin baru negara itu berhempas pulas untuk mengembalikan keamanan.
Pihak berkuasa telah melanjutkan perintah berkurung pada waktu malam bermula dari pukul 4 petang (11 malam waktu Malaysia) hingga 6 pagi (1 tengah hari waktu Malaysia), lapor agensi berita tempatan, TAP.
Seorang lagi penduduk Metlaoui, Hedi Radaoui berkata, pihak keselamatan telah menahan puluhan orang dan merampas senjata api dan pisau. - REUTERS
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Monday, June 6, 2011

Tujuh maut perbalahan puak di Tunis


TUNIS 6 Jun – Kira-kira tujuh terbunuh manakala lebih 100 penduduk cedera dalam perbalahan antara dua puak di bandar Metlaoui, selatan Tunis, semalam.
Berikutan itu, pihak berkuasa tempatan terpaksa menempatkan lebih ramai anggotanya di Metlaoui bagi mengawal keadaan yang mula tegang pada petang Jumaat lalu.
Sementara itu, kejadian terbaru melibatkan seorang lelaki berusia 30-an ditikam sehingga mati, awal pagi semalam. – AFP
Utusan Malaysia Online - Terkini

Tujuh maut perbalahan puak di Tunis


TUNIS 6 Jun – Kira-kira tujuh terbunuh manakala lebih 100 penduduk cedera dalam perbalahan antara dua puak di bandar Metlaoui, selatan Tunis, semalam.
Berikutan itu, pihak berkuasa tempatan terpaksa menempatkan lebih ramai anggotanya di Metlaoui bagi mengawal keadaan yang mula tegang pada petang Jumaat lalu.
Sementara itu, kejadian terbaru melibatkan seorang lelaki berusia 30-an ditikam sehingga mati, awal pagi semalam. – AFP
Utusan Malaysia Online - Terkini

Saturday, June 4, 2011

Tunisia heret Ben Ali, isteri ke mahkamah tempoh terdekat


TUNIS: Tunisia akan mendakwa, Zine el Abidine Ben Ali dan isterinya, Leila Trabelsi, tanpa kehadiran mereka dalam tempoh beberapa hari atau minggu terdekat, membabitkan dua kes pertama terhadap bekas presiden negara itu.


Jurucakap Kementerian Keadilan negara itu, Kadhem Zine el-Abidine, berkata pihak majistret yang menyiasat kes itu selesai dengan inkuiri mereka dan pendakwaan akan dipindahkan ke mahkamah jenayah beberapa hari lagi atau minggu.
Pasangan itu melarikan diri ke Arab Saudi apabila digulingkan pada 14 Januari lalu selepas berkuasa untuk tempoh 23 tahun. - AFP
Berita Harian Online | Tunisia heret Ben Ali, isteri ke mahkamah tempoh terdekat

Friday, May 20, 2011

Isteri, anak Gaddafi di Tunisia


TUNIS: Isteri dan anak perempuan Muammar Gaddafi dilaporkan berada di Tunisia tetapi tidak dapat dipastikan sama ada pemergian itu berkaitan misi diplomatik atau mencari perlindungan.
Sumber keselamatan Tunisia berkata, Safia Gaddafi dan anaknya, Aisha, tiba di negara itu pada 14 Mei lalu dan kini berada di Pulau Djerba.

Dipercayai isteri dan anak Gaddafi itu tidak menyertai pegawai kanan Libya, Shokri Ghanem, yang berpaling tadah.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negara Tunisia semalam menafikan ahli keluarga Gaddafi ada di negara itu.

Memetik jurucakap kementerian itu, stesen televisyen al-Jazeera berkata, mana-mana ahli keluarga Gaddafi yang tiba di sempadan Tunisia akan ditangkap sesuai dengan kedudukan mereka yang dikenakan sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Sumber pembangkang Libya pula mendakwa, Safia berada di Djerba bagi menemani suami Aisha yang mendapatkan rawatan selepas cedera dalam konflik di negara mereka. - Reuters

Friday, April 22, 2011

Leila ejen Mossad





Leila Trabelsi
Leila Trabelsi

Akhbar Algeria dedah rahsia bekas wanita pertama


TUNIS: Seorang pegawal peribadi bekas Presiden Tunisia, Zine El Abidine mendedahkan bahawa isteri beliau, Leila Trabeli sebenarnya adalah ejen kepada agensi perisikan Israel ‘Mossad’ dan menjadi dalang di belakang pembunuhan beberapa tokoh kanan Palestin.
Di dalam pengakuannya, pengawal peribadi itu, Abdul Rahman Subir mendedahkan rahsia yang disimpan Setiausaha Negara di Kementerian Dalam Negeri Tunisia pada 1990, Muhammad al Arab Mahjoubi.
“Beliau berkata bahawa Ben Ali dan Leila Trabelsi terbabit dengan badan perisikan Israel itu dan mereka adalah boneka Mossad. Pasangan itu terbabit dalam pembunuhan pemimpin Palestin di Tunisia,” katanya. 


Subir juga mendedahkan hakikat menakutkan mengenai rejim pemerintahan Ben Ali dan tindakan jenayah yang dilakukannya sehingga menyebabkan bekas presiden itu, isteri dan bekas pemimpin keselamatannya kini menghadapi pendakwaan.


Akhbar itu menambah bahawa “Leila Ben Ali merekrut dua ejen perisikan Tunisia pada 1991 bagi membolehkan mereka membunuh seorang ahli perniagaan terkenal, yang menjadi rakan rapat Ben Ali, kerana beliau membantah keras perkahwinan mereka.”


Subir juga mendedahkan maklumat baru mengenai kehadiran kekayaan lain ditemui dalam Istana Carthage. Menurutnya, “kekayaan” itu lebih besar berbanding yang ditemui sebelumnya. 
Leila dilaporkan mencuri emas seberat 1.5 tan dari Bank Pusat Tunisia sebelum meninggalkan negara itu ke Jeddah, Arab Saudi, lapor sebuah akhbar Perancis.
Kuantiti jongkong emas itu mewakili nilai bersamaan 45 juta euro (RM197.67 juta).


Akhbar di Perancis melaporkan Gabenor Bank Pusat pada mulanya enggan memberinya emas itu namun apabila beliau menelefon suaminya, Zine El Abidine Ben Ali ‘meyakinkannya’ dan membenarkan mereka membawa jongkong emas itu.


Leila Trabelsi, seorang pendandan rambut yang miskin, adalah isteri kedua Ben Ali. Beliau mengahwininya pada 1992 dan menjadi ‘Wanita Pertama’ Tunisia yang baru. – Agensi , kosmo

Thursday, April 21, 2011

Tuduhan digugur ke atas pegawai polis dalam kes pencetus revolusi Arab

TUNIS: Sebuah mahkamah di Tunisia menggugurkan kelmarin tuduhan ke atas seorang pegawai polis wanita yang pertengkarannya dengan seorang penjual buah mencetus pergolakan yang kini mencengkam Dunia Arab.

Pegawai polis wanita itu, Cik Fedia Hamdi, didakwa menampar muka Encik Mohamed Bouazizi, 26 tahun, di bandar Sidi Bouzid, Disember lalu.Buah-buahan Encik Bouazizi dirampas kerana beliau dikatakan tidak mempunyai permit untuk berjualan.Ekoran rasa terhina, beliau membakar dirinya dan meninggal dunia 5 Januari lalu. Kematian Encik Bouazizi mencetus bantahan besar-besaran ke atas pemerintahan Presiden Zine El Abidine Ben Ali, yang akhirnya melarikan diri meninggalkan negara itu 14 Januari lalu.Bantahan prodemokrasi kemudian merebak ke beberapa negara Arab. Kurang sebulan kemudian, Presiden Mesir, Encik Hosni Mubarak, meletak jawatan selepas rakyatnya mengadakan bantahan serupa.Agensi berita TAP melaporkan kes terhadap pegawai polis wanita itu ditutup selepas keluarga Encik Bouazizi menggugurkan aduan.Mereka berkata tindakan itu diambil sebagai usaha menghentikan penderitaan yang dirasai rakyat Tunisia ekoran krisis itu.'Semua wang yang ada dalam dunia tidak akan dapat menggantikan kehilangan Mohamed (Bouazizi), yang telah mengorbankan dirinya untuk kebebasan dan maruah diri.'Kami sangat bangga akan beliau,' kata saudaranya, Encik Salem Bouazizi.Sementara itu, abang Cik Hamdi, Encik Faouzi Hamdi, berkata adiknya tidak menampar muka Encik Bouazizi. Langkah mahkamah menggugurkan kes itu menunjukkan sistem kehakiman baru Tunisia 'kini bebas', katanya.Tunisia sedang berusaha membentuk sistem demokrasi baru. Sejak penggulingan Encik Ben Ali, beribu-ribu rakyat meninggalkan negara itu dan berhijrah ke negara jiran.Pemerintah sementara Tunisia telah merayu rakyatnya agar bersabar kerana ia memerlukan masa untuk melakar program pembangunan ekonomi. -- AP.Cyberita Online Luar Negara

Tuesday, April 19, 2011

10,000 rakyat Libya lari ke Tunisia



GENEVA: Kira-kira 10,000 rakyat Libya dari kawasan pergunungan barat negara itu memasuki Tunisia dalam tempoh 10 hari lalu, kata Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang Pelarian (UNHCR), hari ini. 

"UNHCR melihat peningkatan angkat pelarian Libya tiba di Tunisia dari wilayah pergunungan barat negara berkenaan," kata jurucakap UNHCR, Andrej Mahecic.
"Seminggu berlaku, kira-kira 6,000 rakyat Libya tiba di kawasan Dehiba, selatan Tunisia. Secara keseluruhan, kita anggarkan kira-kira 10,000 warga Libya menyeberangi kawasan itu dalam tempoh 10 hari," katanya.
Kebanyakan daripada pelarian itu datang dari bandar Nalut, kira-kira 50 kilometer dari sempadan Tunisia. - AFP , bharian

Friday, April 15, 2011

Bekas Presiden Tunisia hadapi 18 tuduhan


pix_gal0
Zine el Abidine Ben Ali


TUNIS: Pendakwa Tunisia merancang membicarakan bekas presiden negara itu Zine el Abidine Ben Ali (atas) dengan 18 dakwaan berasingan, termasuk pembunuhan dan mengedar dadah, kata Menteri Kehakiman, Lazhar Karoui Chebbi. 


“Antara pertuduhan termasuk pembunuhan, bersubahat melanggar undang-undang, mengedar dan menyalahgunakan dadah,” kata Chebbi dalam satu temu ramah dengan stesen televisyen rasmi, kelmarin.
Ini adalah kali pertama pihak berkuasa memaklumkan secara terperinci mengenai pendakwaan yang akan dihadapi Ben Ali jika dihantar pulang ke tanah air yang pernah diperintahnya secara kuku besi selama 23 tahun.
Kerajaan sebelum ini mengesahkan bahawa Ben Ali dikehendaki atas dakwaan pembunuhan dan menghasut. 

Ben Ali lari ke Arab Saudi selepas digulingkan daripada pemerintahan berikutan tunjuk perasaan besar-besaran 14 Januari lalu. Beberapa ahli keluarga, anggota keselamatan dan rakan rapatnya ditahan sejurus beliau digulingkan. 

Satu waran tangkap antarabangsa dikemukakan ke atas beliau pada 26 Januari. Isteri keduanya Leila Trabelsi juga termasuk antara senarai orang paling dikehendaki di Tunisia. 

Sebuah agensi berita di Tunisia, sebelum ini memetik kenyataan Chebbi sebagai berkata, 44 kes perundangan disediakan oleh kementeriannya terhadap Ben Ali, keluarga dan rakan rapatnya. – AFP 

Thursday, January 20, 2011

Tunisia siasat aset milik bekas presiden



ribuan penunjuk perasaan memprotes pemerintah baru Tunisia di Tunis semalam.


TUNIS - Seorang pendakwa raya Tunisia telah membuka kertas siasatan terhadap aset seberang laut milik bekas presiden Tunisia yang melarikan diri, Zine El Abidine Ben Ali dan keluarganya.
Agensi berita rasmi Tunisia, TAP menyatakan, pejabat pendakwa raya semalam memutuskan untuk menyiasat akaun-akaun bank, hartanah dan aset lain milik Zine, isterinya Leila Trabelsi dan saudara-mara mereka.
Bekas presiden Tunisia itu melarikan diri ke Arab Saudi pada Jumaat lepas selepas pentadbirannya selama 23 tahun gagal membendung tunjuk perasaan rakyat yang memprotes pemerintahannya yang dicemari rasuah dan kadar pengangguran yang tinggi dalam kalangan golongan muda.
Pentadbiran Tunisia kini diambil alih oleh Speaker Parlimen, Foued Mebazaa yang menjadi presiden sementara dengan Mohammed Ghannouchi sebagai Perdana Menteri.
Sementara itu, pentadbiran Switzerland semalam mengarahkan supaya dana milik bekas presiden Tunisia itu yang disimpan di Switzerland, dibekukan.
"Pentadbiran Switzerland mahu mengelak industri kewangannya daripada digunakan bagi menyembunyikan dana," kata Menteri Luar Switzerland, Micheline Calmy-Rey.
Kelmarin, sebuah akhbar Perancis menyatakan Leila bertindak melarikan diri ke luar negara bersama jongkong-jongkong emas seberat 1.5 tan bernilai lebih £35 juta (RM171.3 juta).
Leila, 53, telah mengarahkan Bank Negara Tunisia supaya menyerahkan jongkong-jongkong emas itu pada minggu lalu.
Sementara itu, ribuan penunjuk perasaan melakukan protes bagi menentang kewujudan pemerintah sementara kerana ia masih dikuasai ahli-ahli parti politik milik bekas presiden yang melarikan diri itu. - Agensi

Wednesday, January 19, 2011

Isteri bekas PresidenTunisia bawa emas



SEORANG anggota polis bertindak menyuraikan tunjuk perasaan yang diadakan di Tunis, Tunisia semalam.


TUNIS - Leila Trabelsi yang merupakan isteri bekas Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali bertindak melarikan diri ke luar negara bersama jongkong-jongkong emas seberat 1.5 tan bernilai lebih £35 juta (RM171.3 juta), lapor sebuah akhbar semalam.
Leila, 53, telah mengarahkan Bank Negara Tunisia supaya menyerahkan jongkong-jongkong emas itu pada minggu lalu.
Apabila ketua bank pusat enggan memenuhi permintaannya, Leila merayu kepada suaminya yang kemudian akur dengan permintaannya mengeluarkan perintah penyerahan emas tersebut, lapor akhbar Perancis, Le Monde.
Setelah jongkong-jongkong emas itu bertukar milik, Leila berlepas ke Dubai seterusnya ke Jeddah untuk menyertai suaminya yang mencari suaka politik di Arab Saudi pada Jumaat lalu.
"Isteri Zine El Abidine adalah orang yang membawa lari emas berharga lebih £35 juta," kata sumber perisikan Perancis.
Zine El Abidine meletakkan jawatan sebagai presiden pada Jumaat lalu selepas ribuan penunjuk perasaan berhimpun di sini bagi menuntut peletakan jawatannya.
Isteri Zine itu digelar sebagai Imelda Marcos dunia Arab.
Imelda merupakan isteri bekas Presiden Filipina, Ferdinand Marcos yang digulingkan oleh rakyat pada 1986 selepas memerintah secara diktator sejak Disember 1965.
Imelda terkenal dengan gaya hidup mewahnya di negara yang miskin itu dan perwatakan Leila itu disamakan dengan isteri Marcos.
Speaker Parlimen Tunisia, Fouad Mebazza kini menjadi presiden sementara negara itu.
Bagaimanapun, tunjuk perasaan masih berlaku di negara itu bagi menuntut pemerintah sedia ada turut meletakkan jawatan.
Para penunjuk perasaan itu enggan mengiktiraf pemerintah sedia ada kerana ia mengandungi lapan menteri dari rejim bekas presiden yang melarikan diri.
Polis menyuraikan tunjuk perasaan itu dengan menggunakan gas pemedih mata.
Sementara itu, empat menteri penentang Zine bertindak meletakkan jawatan sekali gus menjejaskan harapan untuk memulihkan semula keamanan di negara berkenaan.
Keadaan tidak menentu itu berlaku selepas Zine yang memerintah melalui rampasan kuasa sejak 23 tahun lalu terpaksa akur dengan desakan ribuan penunjuk perasaan yang memintanya meletakkan jawatan.
Tentangan tunjuk perasaan itu berlaku disebabkan penindasan, rasuah dan kekurangan pekerjaan dalam kalangan golongan muda di negara itu. - Agensi