Pages

Showing posts with label caj. Show all posts
Showing posts with label caj. Show all posts

Tuesday, September 20, 2011

Restoran kenakan caj jika pelanggan membazir

MANAMA: Sebuah restoran di Arab Saudi mula mengenakan caj kepada pelanggan sekiranya mereka memesan lebih makanan daripada yang mampu dimakan.
Tindakan Restoran Marmar di Dammam itu bertujuan menghentikan pembaziran dan mengurangkan pesanan secara berlebihan, kata pemilik restoran, Fahad al-Anezi.

“Terdapat ramai pelanggan yang membuat pesanan berlebihan semata-mata untuk berbangga dengan kedudukan mereka dan menunjuk-nunjuk kepada orang lain,” katanya.

Monday, April 25, 2011

Rakyat Britain pertama caj kereta



ALAT pengecaj kereta elektrik dipegang Mark Goodier di rumahnya di Hampstead, utara London baru-baru ini.
KIRI: Mark Goodier mengecaj kereta Nissan Leaf di rumahnya di Hampstead, utara London baru-baru ini.


LONDON - Seorang deejay radio, Mark Goodier menjadi penduduk Britain pertama mengecaj kereta elektrik di rumahnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Goodier, 49, mengecaj kereta Nissan Leaf selama lapan jam di rumahnya di Hampstead, utara London dengan menggunakan panel solar.
"Hari-hari berbaris di stesen minyak dan membayar kos minyak yang berlebihan kini sudah berakhir.
"Saya kini mampu untuk membekalkan kuasa untuk kereta saya daripada cahaya matahari yang percuma," katanya.
Menurutnya, kereta itu mempunyai kuasa pecutan yang bagus dan mempunyai kelajuan tinggi.
Panel solar di rumahnya bernilai £12,500 (RM62,026) untuk dipasang tetapi pihak kerajaan akan membayar kepadanya £1,200 (RM5,954) setiap tahun selama 25 tahun kerana dia menggunakan kuasa solar yang mesra alam sekitar. - Agensi