Pages

Showing posts with label anjing. Show all posts
Showing posts with label anjing. Show all posts

Tuesday, February 5, 2013

Budak Dipelihara Anjing Sehingga Berusia 3 Tahun

Kisah tragis Madina bermula apabila dia ditinggalkan kedua ibubapanya sehinggalah ditemui semasa berusia 3 tahun.


Yang menariknya, dia telah dipelihara oleh seekor anjing sebelum itu.

Semasa ditemui, beliau hanya dapat mengucapkan dua perkataan, ya dan tidak serta lebih suka berkelakuan seperti anjing.

Madina sihat secara mental dan fizikal selepas dirawat oleh pasukan perubatan tidak lama selepas ditemui.

Walaupun perkembangannya terhalang akibat ditinggalkan, dia beruntung kerana masih kecil.

Seorang pengasuh percaya bahawa Madina akan kembali normal apabila dewasa kelak.

-SP

Tuesday, March 20, 2012

Cedera diserang Rottweiler


CEDERA...ibu mangsa, Radziah Mohd Adas menunjukkan kesan gigitan Rottweiler (gambar kecil) di belakang  Dhiya.
CEDERA...ibu mangsa, Radziah Mohd Adas menunjukkan kesan gigitan Rottweiler (gambar kecil) di belakang Dhiya. 


BUKIT MERTAJAM: “Sambil menahan sakit, saya tidak tahu bagaimana hendak melawan anjing itu,” kata Dhiya Qairina Muhammad Nur Akmal, 7, yang cedera diserang anjing jantan ketika menunggang basikal berhampiran rumahnya di Bandar Perda, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 6.45 petang itu, mangsa menunggang basikal untuk ke rumah rakannya tanpa menyedari seekor anjing hampir dua kali ganda saiz badannya memerhatikannya.
Anjing berkenaan yang dipercayai Rottweiler tiba-tiba menerkam dan menggigit belakang mangsa menyebabkan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Perda itu menjerit kesakitan.

“Saya berasa sakit sangat di belakang namun tidak mampu berbuat apa-apa kecuali menjerit kerana anjing itu sangat besar,” katanya ketika ditemui di Hospital KPJ, di sini, semalam.

Kebetulan jeritan mangsa didengari bapanya, Muhammad Nur Akmal Abdul Latif, 47, yang sedang membaiki kereta sebelum bergegas untuk melihat apa yang berlaku.

myMetro | Cedera diserang Rottweiler:

Wednesday, September 7, 2011

Mati dibaham anjing sendiri

BATAM: Mayat seorang lelaki separuh umur ditemui dalam keadaan ngeri dengan anggota tubuhnya berkecai, dibaham empat ekor anjing peliharaan sendiri.
Tragedi berlaku di sebuah rumah di Batam Center yang dihuni mangsa, Andre Lumboga, 50.
Menurut polis, Andre baru saja pulang ke Batam setelah bercuti di kampungnya di Manado.

Petang kelmarin, jirannya menjumpai beg pakaian Andre di depan rumahnya. Jirannya itu tercium bau bangkai yang kuat dan terus melaporkannya kepada polis.


“Sewaktu tiba petang itu, kami hanya menjumpai tangan dan kaki mangsa,” jurucakap Polis Seksyen Batam Kota, Kompol Eriyana, semalam.

“Pakaian mangsa koyak rabak,” katanya

Anggota polis juga mendengar salakan anjing dari rumah Andre tetapi mereka tidak mengesyaki apa-apa kerana hari sudah malam.

Semalam, anggota polis kembali ke rumah Andre dan menemui kepala, tangan dan beberapa organ tubuh lain.

Polis juga menemui empat ekor anjing besar yang kelihatan buas. Malah, haiwan itu juga cuba menyerang polis.

Polis masih belum dapat memastikan jenis anjing itu tetapi ia mungkin jenis German Shepherd.

Siasatan awal polis mendapati Andre tinggal seorang diri tetapi tidak dapat mengesahkan bila Andre mati.

Mereka berpendapat anjing peliharaan Andrea bertindak ganas kerana mereka mungkin kelaparan. - Agensi

Tuesday, June 14, 2011

Setinggan anjing di Brazil




Anjing-anjing liar yang dipelihara kawasan setinggan anjing di Caxias do Sul, Brazil.


CAXIAS DO SUL - Sebuah kawasan setinggan di sini, selatan Brazil, memiliki sebanyak 1,600 buah rumah anjing dibina untuk komuniti haiwan tersebut, lapor sebuah akhbar semalam
Rumah-rumah anjing tersebut dibina daripada kayu dan zink oleh sebuah pertubuhan amal, So Ama.
Anjing-anjing liar yang ditangkap, diikat pada rumah anjing yang dibina pada jarak yang rapat di kawasan seluas satu hektar.
Sukarelawan So Ama bergilir-gilir menjaga dan memberi haiwan tersebut makan.
"Kami memulakan projek ini kerana mahu melakukan perubahan tetapi ia menjadi semakin besar dan ini sahaja yang mampu kami lakukan," kata ketua pemasaran organisasi berkenaan, Natasha Oselame.
Menurutnya, pihaknya terpaksa bergantung kepada derma orang ramai kerana geran AS$14,000 (RM42,595) yang diberikan pentadbiran tempatan setiap bulan tidak mencukupi untuk membiayai aktiviti it. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Friday, May 27, 2011

Anjing betina susukan anak kacukan harimau dan singa




SEEKOR anjing betina menyusukan dua ekor anak kacukan harimau dan singa di Zoo Hidupan Liar Xixiakou, Shandong, China baru-baru ini.


BEIJING - Seekor anjing betina menyusukan dua ekor anak kacukan harimau dengan singa di Zoo Hidupan Liar Xixiakou, Shandong, China, lapor sebuah akhbar semalam.
Anak kacukan harimau dan singa itu tidak lagi diberikan minum susu oleh ibu haiwan tersebut selepas beberapa hari ia dilahirkan.
Ibu haiwan itu ialah seekor harimau Manchuria manakala bapa kedua-dua anak tersebut ialah seekor singa.
Kakitangan zoo berkenaan kemudian menjadikan anjing betina yang baru melahirkan anak sebagai ibu angkat untuk kedua-dua anak kacukan berkenaan.
Jurucakap zoo itu, Cong Wen berkata, kedua-dua anak haiwan itu mengalami masalah semasa mula meminum susu anjing tersebut tetapi kini ia sudah serasi dengan gembira minum bersama beberapa anak haiwan berkenaan. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Thursday, May 26, 2011

Dibaham anjing


PARAH...kesan gigitan anjing pada badan mangsa.
PARAH...kesan gigitan anjing pada badan mangsa.



LUKA...kaki mangsa cedera teruk selepas diserang anjing.
LUKA...kaki mangsa cedera teruk selepas diserang anjing.


RANAU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang girang menyambut hari lahirnya kelmarin, maut selepas hampir 16 jam dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ranau di sini, kerana dibaham anjing milik bapa saudaranya.
Cukup menyayat hati apabila mangsa, Mohd Raqib Mohd Rasli yang sebelum itu dilihat mesra bermain dengan anjing terbabit ditemui kaku di dalam longkang dalam keadaan tubuh dipenuhi darah, selain kesan gigitan haiwan itu dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi di Kampung Matan di sini.

Mangsa yang menerima lebih 50 jahitan di seluruh tubuh, meninggal dunia kira-kira jam 9.40 malam tadi.

Sebelum kejadian, dia dikatakan bermain dengan anjing milik bapa saudaranya sebelum lelaki itu meninggalkan rumah untuk menghantar seorang lagi anak saudaranya ke pekan.


Bapa saudara mangsa yang mahu dikenali Rosman, 26, berkata sebelum meninggalkan rumah, dia melihat Mohd Raqib bermain dengan anjing miliknya.
myMetro | Dibaham anjing

Thursday, April 7, 2011

4 anjing peniaga baham telinga murid




pix_gal0
Rafiq diserang ketika melewati rumah jiran

KOTA TINGGI: Telinga seorang murid Tahun Tiga hampir putus dan terpaksa dikenakan 30 jahitan selepas diserang empat ekor anjing dalam satu kejadian dekat rumahnya di Kampung Panti di sini, Ahad lalu.
Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa, Muhammad Rafiq Abdul Rashid (atas) hanya mampu menutup muka dan meraung kesakitan sambil menjerit meminta bantuan.
Kejadian berlaku ketika Muhammad Rafiq dan adik kembarnya, Muhammad Rafie berjalan kaki tidak jauh dari rumah mereka.

Ketika melewati rumah seorang peniaga ikan, secara tiba-tiba empat ekor anjing yang dipelihara di situ terlepas daripada kediaman itu sebelum bertindak mengejar pasangan adik beradik terbabit.

Menyedari bahayanya, pasangan kembar itu cuba lari menyelamatkan diri, namun nasib malang menimpa Rafiq apabila dia jatuh tersembam di atas jalan raya sebelum pantas dikerumuni empat anjing terbabit.

"Sejurus terjatuh, saya hanya mampu menekup muka saya dengan kedua-dua belah tangan sambil meraung kesakitan apabila anjing terbabit mula menggigit tubuh badan termasuk telinga.
"Nasib baik adik saya (Rafie) sempat mendapatkan bantuan penduduk kampung yang berjaya menghalau anjing itu daripada terus mengerumuni saya sebelum menghantar saya ke hospital dalam keadaan berlumuran darah," kata Rafiq yang terpaksa dirawat di Hospital Kota Tinggi selama tiga hari.

Rafiq ditemui di rumahnya, semalam, ketika diziarahi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Raja, Datuk Dr Adham Baba; Naib Ketua UMNO bahagian Tenggara (UBT), Suhaimi Khalid dan Ketua Wanita UMNO bahagian itu, Datin Salasiah Idris.

Bapa mangsa yang juga bekas tentera, Abdul Rashid Ibrahim, 55, berkata ketika kejadian beliau berada di Melaka kerana menghadiri satu kursus dan bergegas pulang sejurus dimaklumkan kejadian itu.

"Akibat serangan anjing itu, anak saya terpaksa menerima kira-kira 30 jahitan di seluruh tubuh, termasuk bagi menyambung telinga kanan yang terkoyak.

“Pemilik anjing itu ada mengunjungi anak saya di hospital dan semasa anak saya membuat laporan polis, dia berjanji akan membiayai segala kos perubatan sehingga sembuh," katanya.
Berita Harian Online | 4 anjing peniaga baham telinga murid

Friday, January 28, 2011

Bangkai anjing dalam bongkah ais




BANGKAI seekor anjing terdapat dalam sebuah bongkah ais yang diletakkan di depan rumah seorang lelaki di Dawson Creek, Kanada pada 15 Januari lalu.


DAWSON CREEK - Pihak berkuasa Kanada melakukan siasatan berhubung bangkai seekor anjing yang dibekukan di dalam sebuah bongkah ais, lapor sebuah akhbar semalam.
Bangkai anjing itu ditemui oleh seorang lelaki apabila ia diletakkan di halaman rumahnya pada 15 Januari lalu.
Lelaki berkenaan yang tidak membela sebarang haiwan peliharaan itu memberitahu pihak berkuasa bahawa dia tidak mengetahui bagaimana bongkah ais itu berada di hadapan rumahnya di sini.
Jurucakap Persatuan Perlindungan Haiwan British Columbia, Marcie Moriarty memberitahu: "Ia sebuah kes yang ganjil dan menyedihkan. Dalam blok ais itu terdapat bangkai seekor anjing hitam."
Moriarty menjelaskan kepada akhbar Vancouver Sun bahawa siasatan awal menunjukkan bahawa haiwan itu telah mati sebelum bangkainya dibekukan. - Agensi

Monday, January 10, 2011

Anjing ragut nyawa lelaki Ireland

Kosmo! Online - Negara: "
MAURICE
Oleh NOOR HASLIZA NUSI
hasliza.nusi@kosmo.com.my

MAURICE

GEORGE TOWN – Hasrat seorang warga Ireland untuk merakamkan gambar pokok-pokok durian di ladang organik di Teluk Bahang di sini semalam berakhir dengan tragedi apabila dia diserang dua ekor anjing di ladang itu manakala teman wanitanya pula terpaksa menanggung trauma menyaksikan kejadian tersebut.

Dalam insiden pukul 10 pagi itu, Sullivan Maurice, 50, yang berasal dari Water Port Parie, Ireland mati di tempat kejadian selepas mengalami cedera parah di seluruh anggota badan termasuk putus kedua-dua belah telinga manakala dagunya juga hampir terputus digigit anjing jantan dan betina daripada baka Mongol.

Dua daripada empat ekor anjing itu dikatakan terlepas dari kurungan di ladang itu sebelum menyerang Maurice yang leka merakam gambar pokok-pokok durian di ladang itu.

Kejadian Maurice diserang dua ekor anjing selama kira-kira 10 minit itu disaksikan oleh teman wanitanya, Agnieszka Jablonska, 28, yang berasal dari Poland yang juga leka merakamkan gambar pokok-pokok durian dan itik yang juga diternak di ladang itu."

Tuesday, December 7, 2010

USTAZ ANJING!!!



Oleh: Rohidzir Rais
Sumber: http://al-zuhaily.blogspot.com

Metafora al-Quran - USTAZ ANJING!!!

“Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami, kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dia dari orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: Dia menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya: Dia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka pula berlaku zalim kepada diri merela sendiri.” (Surah al-‘Aaraaf 7 : 175-177)

Sejarah Anjing

Sepanjang sejarah kejadian manusia dan perkembangan Islam di serata pelosok rantau, para rasul, para nabi dan para alim ulama sentiasa mendapat penentangan daripada golongan aristokrat yang ‘berdarah biru’ dan pemimpin-pemimpin yang berkuasa. Penentangan ini adalah sunah semula jadi yang telah terjadi dan akan terus berlaku. Malangnya di sebalik perbalahan dua penjuru ini, sejarah juga mencatatkan penglibatan golongan ketiga yang dijadikan kambing hitam oleh golongan sesat ini sebagai senjata rahsia menewaskan tentera Allah.

Kisah Bala'm bin Baau'ra` seorang alim yang sentiasa dimakbulkan doanya tetapi menjual agamanya dengan menjadi 'anjing' kaumnya dan mendoakan kebinasaan Nabi Musa a.s. Sejarah juga berulang pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. apabila Umaiyyah bin Abi as-Solat yang diberikan ilmu pengetahuan tinggi dan mengetahui tentang kenabian Muhammad s.a.w. tetapi mati dalam keadaan kufur. Begitu juga dengan Abu ‘Aamir bin al-Nu’maan bin Soifi yang digelar Baginda sebagai seorang yang fasik kerana mengingkari kerasulan Baginda walau pun dia seorang rahib yang mengetahui tentang kedatangan seorang nabi akhir zaman. Tidak cukup dengan itu, dia juga menjadi ‘gunting dalam lipatan’ apabila bekerja sama dengan musuh-musuh Islam untuk menghancurkan orang Mukmin.

Anjing Kurap

Oleh itu, dalam ayat 175 surah al-A’raaf, Allah s.w.t. memerintah kekasihnya Nabi Muhammad s.a.w. agar memberikan peringatan kepada umatnya tentang golongan ketiga yang akan digunakan musuh untuk menjatuhkan mereka. Ini adalah golongan ‘duri dalam daging’ yang sangat berkuasa untuk menjatuhkan gerakan Islam, kerana mereka bukan orang Islam biasa yang bertaklid. Sebaliknya merekalah golongan ulama yang sangat berpengaruh dan menjadi rujukan masyarakat. Mereka adalah bijaksana Islam yang mempunyai Ma dan PhD dalam pelbagai bidang pengajian Islam. Tetapi malangnya segala ilmu agama yang mereka kuasai digadaikan demi mendapatkan harta kekayaan, pangkat kedudukan dan populariti. Oleh itu, apabila mereka dibeli oleh musuh Islam untuk mementang gerakan alim ulama, mereka menjadi senjata sulit paling berbahaya.

Allah s.w.t. mengecam ustaz-ustaz murahan yang melacurkan ilmu mereka dengan sekeras-keras kecaman. Dalam ayat berikutnya, Allah s.w.t. mengumpamakan mereka yang tamak terhadap dunia dan haloba dengan kemasyhuran sebagai anjing yang sentiasa menjelirkan lidahnya. Jika anda perhatikan, anjing sentiasa menjulur-julurkan lidahnya apabila dihalau orang, tetapi jika dibiarkan ia tetap juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah lagak ustaz anjing ini, apabila diberikan habuan, mereka meminta dengan lebih banyak tidak ubah seperti anjing kurap.

Sebagaimana tabiat biasa anjing yang suka makan sampah sarap yang kotor dan menjilat punggung anjing lain, demikian juga halnya dengan ustaz-ustaz anjing ini yang lahap terhadap ‘sampah sarap’ yang diberikan penguasa fasik untuk kesenangan dunia. Malah mereka juga tidak segan-segan menjilat kaki pemerintah munafik untuk mengampu bagi mendapatkan kedudukan lebih tinggi.

Anjing Bercawat Ekor

Ini adalah kecaman Allah paling keras dan paling hina ke atas alim ulama. Sememangnya kecaman ini berasas dan tepat kerana fitnah yang ditimbulkan mereka terlalu besar. Bayangkan, ketika ulama lain melaungkan seruan jihad untuk membela agama Allah dan mengimpikan syahid, anjing-anjing ini memutarbelitkan istilah jihad ini dengan skop yang lebih kecil. Dengan itu lahirlah konsep jihad ekonomi, jihad pertanian malah jihad politik dengan mengundi parti yang berasaskan kebangsaan. Tidak cukup dengan itu, mereka juga menggunakan (baca – menyalahgunakan) pelbagai ayat al-Quran dan hadis untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa jihad tidak lagi relevan pada zaman teknologi ini, malah menurut anjing-anjing bercawat ekor ini, jihad melawan nafsu lebih besar!

Dengan kekuasaan dan kekayaan yang dimiliki oleh ‘tuan anjing’ ini, anjing-anjing ini diberikan jawatan agama yang tinggi, slot-slot khas dalam televisyen, dilantik menjadi editor dan kolumnis akhbar dan majalah, dan dijadikan pemimpin masyarakat. Dengan segala fasilitet yang disediakan, sudah tentu salakan mereka lebih kuat dan bertambah nyaring. Mereka menyalak begitu kuat dan sumbang sehingga menghalalkan pelacuran kerana darurat, mengharuskan judi atas nama ekonomi, melunakkan istilah rasuah yang jijik dengan nama bunga yang indah, membiarkan perzinaan dan pergaulan bebas dengan meletakkannya sebagai kesalahan ibu bapa atau individu semata-mata.

Anjing Menyalak Bukit

Rentetan itu, masyarakat yang masih totok dengan al-Quran dan ilmu-ilmu agama, terpinga-pinga dalam kekeliruan dan tidak tahu siapa yang harus diikuti. Maka tidak hairahlah ketika beribu-ribu lepasan agama yang dihasilkan setiap tahun daripada IPT tempatan serta ditambah pula ustaz dan ustazah yang pulang daripada Jordan, Syiria, Madinah dan Mesir, masyarakat Islam Malaysia makin jauh daripada agama yang sebenar.

Kita tertanya-tanya, sebegitu ramai pakar fiqah, pakar hadis, pakar tafsir dan pakar bahasa Arab yang keluar setiap tahun daripada universiti-universiti tersohor dunia, ke manakah mereka? Ke mana perginya rakan-rakan Azhariyun yang suatu masa dahulu pernah menggegarkan piramid dengan seruan jihad? Atau apakah setelah diberikan gaji bulanan selesa dan jawatan berkerusi empuk, lalu seruan yang pernah dilaungkan dahulu menjadi seperti anjing menyalak bukit!

Anjing Jilat Tahi

Pada ayat 177 surah al-‘Araaf, Allah s.w.t. menjelaskan sekali lagi bahawa perumpamaan golongan ilmuwan agama yang bersikat tamak seperti anjing menjelirkan lidahnya adalah seburuk-buruk dan sehina-hina contoh. Justeru itu, artikel ini ditulis bagi menyahut perintah Allah agar memberikan peringatan kepada golongan ini. Sebagaimana kerasnya amaran Allah dalam ayat-ayat di atas, begitu juga penulis menggunakan uslub yang sama. Ibarat kata pepatah, ‘siapa makan cili dia yang merasa pedas’.

Penulis berharap tulisan ini menjadi peringatan tegas kepada rakan-rakan daripada kalangan alim ulama, ustaz-ustaz, tok-tok guru dan para profesor, lebih-lebih lagi kepada diri penulis sendiri, agar mencerminkan diri dan bertanya: “Apakah ana ini seekor ANJING?”