Pages

Showing posts with label Hasan Al Banna. Show all posts
Showing posts with label Hasan Al Banna. Show all posts

Tuesday, December 25, 2012

Isteri Hasan Al Banna, Latifah binti Hussin Al Soli.


Latifah binti Hussin Al Soli adalah isteri pilihan ibu Hasan Al Banna. Kisah bermula apabila si ibu berkunjung ke rumah Hussin Al Soli lalu mendengar suara seorang gadis sedang membaca al Quran. Keduanya ditunangkan pada 1 Ramadan dan dikahwinkan pada 27 Ramadan. 

Hasan Al Banna memanggil Isterinya “Wahai Ummu Wafa” dan Latifah memanggil suaminya “Wahai Ustaz Hasan.” Sebagai ketua Ikhwan Muslimin rumah mereka sering dikunjungi orang ramai sedangkan rumah mereka kecil sahaja. Pernah Latifah mencadangkan kepada suaminya mencari rumah yang lebih selesa.

“Wahai Ummu Wafa, istana kita menanti di syurga, Yakinlah bahawa Allah tidak akan mensia-siakan usaha kita di dunia ini,” kata Hasan Al Banna. Latifah akur dengan kata-kata suaminya itu.

Pada hari Hasan Al Banna ditembak Latifah melahirkan seorang bayi perempuan lalu dinamakan Istisyhad artinya orang yang syahid. Setelah pemergian suaminya Latifah terus mendidik anak-anaknya sehingga menjadi orang yang berjaya.

Anak-anak Hasan Al Banna:

1.Wafa – Berusia 17 tahun ketika ayahnya syahid. Berkahwin dengan Dr. Said Ramadhan.

2.Ahmad Saiful Islam, berusia 14 tahun ketika ayahnya syahid. Beliau seorang peguam dan pernah menjadi Ahli Parliman Mesir.

3.Tsana, berumur 11 tahun ketika ayahnya syahid. Pensyarah di Universiti Kaherah.

4.Roja, berumur 5 tahun ketika ayahnya syahid. Beliau Seorang Doktor.

5.Halah berumur 2 tahun ketika ayahnya syahid. Pensyarah di Universiti Al Azhar.

6.Istisyhad, lahir pada hari ayahnya syahid. Dinamakan Istisyhad bermakna memburu syahid. Beliau Seorang pensyarah.
- Abdul Latip Talib |

Thursday, December 20, 2012

Hebatnya Hasan Al Banna…




Semasa berumur 9 tahun Hasan Al Banna sudah membiasakan dirinya dengan berpuasa sunat dan sembahyang tahajud pada tengah malam. Kehidupan hariannya dibahagikan kepada 4 bahagian. Pada waktu pagi beliau pergi sekolah, pulang dari sekolah menolong bapanya di kedai membaiki jam, pada waktu malam mengulangkaji pelajaran sekolah dan pada waktu pagi selepas subuh dia membaca dan menghafal Al Quran.
Ayahnya selalu berpesan membaca Quran itu ibarat berhutang dengan Tuhan mesti dijelaskan setiap hari. Ketika berumur 12 tahun Hasan Al Banna sudah dapat menghafal separuh Al Quran dan ketika berumur 14 tahun beliau sudah dapat menghafal seluruh kandungan al Quran. Hebatnya Hasan Al Banna…

Tokoh-tokoh Islam yang hebat seperti Salahuddin Al Ayubi, Sultan Muhamad Al Fateh dan ramai lagi, mereka mengamalkan solat tahajud, puasa sunat dan membaca al Quran.

Bagaimana pula dengan kita yang juga bercita-cita menjadi pejuang Islam?

[Abdul Latip Talib]


Kenapa Hasan Al Banna di bunuh



Pada 14 Mei 1948 David Ben-Gurion telah mengisytiharkan wujudnya Negara Israel yang merdeka lalu diiktiraf oleh Soviet Union dan Amerika Syarikat.

IKhwan Muslimin telah mengadakan mesyuarat dan mereka telah mendesak Mesir dan negara-negara Arab lain supaya mengisytihar jihad terhadap Israel serta menggunakan apa sahaja cara yang mungkin untuk menyelamatkan Palestindaripada kehancuran. Ekoran dari itu berlaku Perang Arab-Israel1948.

Ikhwan Muslimin telah menghantar 10,000 mujahidin, kemudian diikuti beberapa Negara Arab yang lain antaranya Mesir, Syria, Iraq, Jordan,Lubnan dan beberapa Negara arab lagi sehingga jumlah mereka seramai 47500 orang.

Mujahidin yang dihantar Ikhwan Muslimin berjuang di barisan hadapan dengan semangat jihad yang kental yang ditanam oleh Imam Hasan Al Banna. Mereka berjuang dengan gagah berani sehingga setiap kali pertempuran mereka beroleh kemenangan. Mereka terus mara sehingga sampai ke pinggir Tel Aviv.

British, Amerika Syarikat dan sekutunya yang menyokong Israel berasa bimbang jika Negara haram yahudi itu dikalahkan tentera Arab. Mereka mendesak kedutaan masing-masing yang berada di Mesir mendesak Perdana Menteri Mesir Nuqrasyi Pasya bertindak ke atas Ikhwan Muslimin. Mereka mendakwa kononnya pertubuhan itu sedang merancang hendak merampas kuasa.

Perdana Menteri Mesir memanggil pulang tentera Mesir dan mujahidin Ikhwan Muslimin yang berjuang di Palestin. Kepulangan mereka bukan disambut sebagai pahlawan tetapi mereka ditangkap, dipenjarakan malah ramai yang dibunuh.

Pada 10 Jun 1948 diadakan gencatan senjata. Tetapi itu hanya helah Israel untuk memusnahkan tentera Arab. Apabila tentera Mesir dan Mujahidin Ikhwan Muslimin pulang maka tentera Arab yang lain berasa lemah semangat untuk berperang.

Gencatan senjata itu hanya helah Israel dan sekutunya. Semasa gencatan senjata Israel menerima senjata dari Amerika, Britain dan sekutunya. Kemudian Israel menyerang semula lalu mengalahkan pasukan Arab.

Hasan Al Banna dibunuh kerana menghantar 10 ribu pejuang ke Palestin dan berjaya menyatukan Negara Arab supaya menentang Israel. Mereka tidak mahu wujud tokoh yang mengikut jejak Salahuddin Al Ayubi yang berjaya menyatukan Negara Arab sebelum menakluk Jerusalem. - Abdul Latip Talib