BEIJING - CHINA. Media tempatan China melaporkan kira-kira 30 peratus bahagian Tembok Besar China yang dibina sejak era Dinasti Ming telah hilang berpunca daripada kejadian semula jadi dan aktiviti manusia termasuk mencuri batu bata untuk membina rumah.
Akhbar Beijing Times melaporkan bahawa sepanjang 1,962 kilometer Tembok warisan dunia Unesco itu sudah terhakis selama beradab-abad lamanya.
"Hakisan itu menjangka ribuan kilometer panjang dari Shanhaiguan di Pantai Timur sehingga Jiayuguan di pinggir padang pasir Gobi," petik kenyataan akhbar Beijing Times.
Tembok Besar China merupakan satu siri kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir‎ abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, semasa Dinasti Ming untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan‎ Turkik.
Panjang Tembok Besar China ini ialah kira-kira 6,400 km,daripada Shanhaiguan sehingga ke Teluk Bohai ‎ di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China ‎ dan Manchuria, sehingga Lop Nur‎ di sebelah tenggara wilayah Xinjiang‎. 
Pada 2009, satu tinjauan arkaeologi baru menggunakan teknologi termaju melaporkan yang panjang keseluruhan tembok, dengan segala cabangnya, menjangkau 8,851.8 km.