Pages

Showing posts with label kucing. Show all posts
Showing posts with label kucing. Show all posts

Thursday, November 22, 2012

Inilah Rahsia Penciptaan Kucing



Mata kucing merupakan salah satu bukti kesempurnaan Allah dalam penciptaan. Allah telah menciptakan mata kucing dengan tatacara dan letak yang sesuai dengan makhluknya. Di salah satu ayat, Allah berfirman tentang kesempurnaan ciptaannya.Dia-lah Allah yang menciptakan, yang mengadakan, yang membentuk rupa, Dia memiliki nama – nama yang indah, apa yang ada di langit dan di bumi bertasbih kepada – Nya. Dan Dialah yang Maha Kuasa, lagi Maha bijaksana. (QS. Al – Hasyr 24)
Penglihatan malam kucing sangat kuat
Kucing boleh dengan mudah membezakan warna hijau, biru dan merah. Walaupun begitu, kelebihan sebenarnya dari mata kucing adalah agar dapat melihat di malam hari. Kelopak mata kucing terbuka di malam hari, ketika terkena sedikit cahaya, lapisan mata yang disebut iris membuat pupil mata membesar (hamper 90% mata) sehingga mereka lebih mudah melihat cahaya. Di saat mendapat cahaya yang lebih terang, system bekerja berlawanan untuk melindungi retina, pupil mengecil dan berubah menjadi garis tipis.Ada sebuah lapisan yang tidak terdapat pada mata manusia. Lapisan ini berada di belakang retina, berfungsi sebagai penerima cahaya. Ketika cahaya jatuh di lapisan ini langsung di pantulkan kembali, cahaya lewat dua kali melalui retina. Oleh kerana itu, kucing dapat melihat dengan mudah di saat cahaya hanya sedikit. Bahkan di saat gelap, di saat mata manusia tidak dapat melihat. Lapisan ini juga lah yang menyebabkan kenapa mata kucing bersinar di malam hari.
Lapisan ini disebut Kristal tapetum lucidum yang dapat memantulkan cahaya. Berkat kistal ini, cahaya yang jatuh di belakang mata di pantulkan kembali ke retina. Beberapa cahaya yang di pantulkan kembali ke lensa, sehingga mata bersinar. Berkat struktur ini, jumlah cahaya yang diterima mata meningkat sehingga boleh melihat dalam kegelapan. Oleh kerana itu, kucing bias melihat lebih baik dalam gelap. Ini bukanlah bentuk dari bio-luminescence, sebab binatang tidak menghasilkan cahanya, melainkan hasil dari pemantulan.Alasan lain kenapa kucing boleh melihat dalam gelap juga kerana adanya sel-sel batang yang lebih banyak di bandingkang sel-sel kon di retina mereka.
Sebagaimana kita ketahui, sel – sel batang hanya sensitive pada cahaya. Mereka membentuk bayangan hitam atau putih bergantung kepada cahaya yang datang dari objek, tetapi mereka sangat sensitive walau hanya dengan sedikit cahaya.Berkat sel-sel batang ini, kucing dapat memburu dengan mudah di malam hari. Seperti kita lihat, Allah menciptakan struktur mata yang sesuai dengan keadaan dan nutrisi yang mereka perlukan. Mata kucing mempunyai struktur dan ciri-ciri yang berbeza sesuai dengan keperluan mereka. Ini adalah salah satu contoh dari hasil ciptaan Allah. Hasil ciptaan Allah yang unik ini terbukti dalam salah satu ayat:Pencipta langit dan bumi, ketika Dia ingin mencipta sesuatu, maka Dia hanya berkata “jadilah”, maka jadilah ia. (QS. Al – Baqara 117)
Bola mata kucing lebih besar
Selain kemampuan melihat di malam hari, bola mata kucing juga lebih besar di bandingkan yang dimiliki manusia. Jika bidang penglihatan manusia hanya sampai 160 darjat, kucing boleh dengan mudah hingga 187 darjat. Dengan ciri-ciri ini, mereka boleh dengan mudah melihat ancaman yang ada. Ini adalah contoh karakteistik lain dari hasil ciptaan Allah dengan bentuk yang berbeza. Sebagaimana di katakan di dalam Al – Qur’an, kaakteristik ini adalah pelajaran bagi orang – orang yang beriman;Dan sungguh, pada haiwan ternak itu terdapat pelajaran bagi kamu … (Surah An – Nahl 66)
Struktur mata kucing berbeza dengan manusia
Pada mata kucing, terdapat membran ketiga yang disebut “nictitating membrane”. Membran ini telus, dan bergerak dari satu bahagian mata ke bahagian yang lain. Sebagai contoh, kucing dapat mengedipkan mata mereka tanpa perlu menutup semuanya. Membran ketiga ini membolehkan mata kucing dilindungi ketika memburu. Selain itu, benda – benda lain seperti debu tidak mengenai mata mereka, sehingga mata mereka tetap bersih dan lembab, sehingga kucing tidak perlu sering mengedipkan matanya seperti manusia. Jika kucing mengedipkan mata mereka sepanjang waktu seperti manusia agar matanya tetap bersih dan lembab, hal ini akan menimbulkan kesulitan bagi mereka di saat memburu. Tidak mengedipkan mata merupakan salah satu kesempurnaan ciptaan Allah untuk makhluk ini.
Apakah mata kucing sensitif pada gerakan
Kucing tidak dapat melihat dalam jarak dekat dengan baik sebagaimana halnya manusia dan tidak boleh focus pada objek yang dekat dengan mereka. Tetapi Allah telah menciptakan rambut sensoris dengan mekanisme deria yang kuat buat kucing. Berkat bau dan rambut sensoris, kucing boleh dengan mudah mengesan dalam jarak dekat. Walau makhluk indah ini sukar melihat dalam jarak dekat, mereka dapat dengan mudah merasakan dengan jarak dua hingga enam meter. Jarak ini cukup bagi kucing agar dapat memburu.Ciri-ciri lain pada mata kucing adalah mereka sensitive pada gerakan, keindahan dan yang sesuai dengan jarak penglihatan mereka.
Mata kucing dan otaknya memisahkan setiap gerakan bingkai demi bingkai. Otak kucing boleh merasakan lebih banyak gambar daripada kita. Sebagai contoh, mereka boleh dengan mudah melihat tanda – tanda elektronik pada paparan televise di bandingkan manusia. Ini adalah bakat khusus yang di berikan oleh Allah yang Maha Kuasa kepada semua kucing. Hal ini kerana kucing menangkap mangsa mereka mengikut objek yang bergerak.
Detail dan ragam yang mengagumkan di ciptakan Allah bagi kucing
Mata kucing di ciptakan dengan kaakteristik luar biasa seperti makhluk lain. Ketika struktur dan ciri-ciri mata di uji secara individu, maka akan di lihat fungsi-fungsi yang berbeza dan ini merupakan bukti dari kepelbagaian hasil ciptaan Allah. Variasi ini tidak dapat di katakan sebagai hasil dari mutasi ataupun pilihan semula. Allah telah memberikan mata yang sesuai dengan keperluan hidup dan nutrisi makhluknya.Mempunyai pengetahuan tentang system yang menakjubkan ini merupakan kesempatan bagi setiap orang untuk melihat kekuasaan dan pengetahuan Allah yang telah menciptakan makhluknya.
Kita harus berterima kasih kepada Allah yang telah menciptakan alam semesta ini. Adapun bagi orang – orang yang yang menolak ayat – Nya, Allah menggelarnya “pendusta”, seperti di dalam ayat;Siapakah yang lebih zalim daripada orang – orang yang telah di peringatkan dengan ayat – ayat Tuhannya, lalu dia berpaling darinya dan melupakan apa yang telah di lakukan oleh kedua-dua tangannya? (QS. Al – Kahfi 57)Kucing di ciptakan dalam bentuk yang ideal sesuai dengan persekitaran mereka, mereka perlu bernafas, makan, memburu dan mempertahankan diri agar tetap hidup. Oleh kerana itu, mereka harus mengenal dunia mereka, dan membezakan antara musuh dan mangsa mereka.
Dengan demikian, mereka memerlukan penglihatan khusus untuk melihat persekitaran mereka.Bagaimanapun, Allah yang Maha Kuasa, Tuhan dari semua dunia, telah memberikan ciri-ciri yang mengagumkan seperti mata yang mempunyai struktur khusus, bentuk dan ketajaman penglihatan untuk kucing. Penciptaan mata yang mempunyai kekhususan bagi kucing merupakan pelajaran bagi orang – orang yang beriman sebagaimana di sebutkan di dalam Al – Qur’an;Dan disana terdapat pelajaran bagi kamu … (Surah Al – mu’miniin 21)Ciri-ciri mata kucing berfungsi sesuai dengan undang-undang yang di tetapkan Allah.
Allah menciptakan mata ini dan setiap detilnya tanpa contoh sama sekali. Hal ini dapat dilihat di dalam ayat – ayat bahawa Allah adalah pencipta semuanya;Allah menciptakan semua jenis haiwan dari air, maka sebahagian ada yang berjalan di atas perutnya dan sebahagian lagi berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa yang Dia kehendaki. Sungguh, Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (QS. An – Nuur 45)

Kucing merah ditemui di Baram

Imej kucing merah yang dirakam di kawasan konsesi pembalakan di Hulu Baram. Gambar kecil kucing merah.
Imej kucing merah yang dirakam di kawasan konsesi
pembalakan di Hulu Baram. Gambar kecil kucing merah.


Kuching: Kucing merah atau nama saintifiknya, `pardofelis badia’ yang jarang ditemui di dunia berjaya direkodkan penemuannya di kawasan konsesi pembalakan di Hulu Baram, pedalaman Sarawak.

Imej haiwan liar yang turut dikenali `bay cat’ itu dirakam di kawasan Unit Pengurusan Hutan (FMU) Sela'an Linau yang keluasannya melebihi 56,000 hektar berhampiran Taman Negara Pulong Tau yang turut menjadi Jantung Borneo, membabitkan Malaysia, Kalimantan, Indonesia dan Brunei.

Pengarah Institut Biodiversiti dan Pemuliharaan Alam Sekitar (IBEC), Universiti Malaysia Sarawak, Prof Dr Andrew Alek Tuen, berkata kehadiran haiwan liar itu berjaya dirakam berhampiran banjaran Gunung Murud Kecil yang turut dikenali sebagai kawasan penting bagi hidupan liar di Borneo.

Haiwan terancam

"Imej kucing merah yang turut menjadi endemik di Borneo dirakam di dua lokasi di Gunung Murud Kecil iaitu pada September dan Oktober lalu oleh penyelidik di bawah kendalian IBEC.

"Kucing merah diklasifikasi sebagai terancam oleh Kesatuan Konservasi Dunia (IUCN) dan dilindungi sepenuhnya di Sarawak mengikut Ordinan Perlindungan Hidupan Liar, 1998," katanya dalam satu emel yang dihantar ke BH, semalam.

Alek berkata, memandangkan hanya beberapa kawasan hutan di kawasan berkenaan menjadi habitat lima spesies kucing liar termasuk `hose's civet diplogale hosei’ yang dianggap endemik di Borneo, ia perlu dilindungi.
“Kita bimbang banjaran gunung berkenaan yang jadikan zon perlindungan bagi tujuan pemuliharaan oleh syarikat Samling yang mendapat konsesi pembalakan. Ia tidak diwartakan oleh kerajaan negeri, jadi ia tidak dilindungi mengikut undang-undang,” katanya.

Saturday, November 3, 2012

Polis halang 500 ekor kucing dijadikan lauk




SEBAHAGIAN daripada 500 ekor kucing yang dipintas pihak polis di bandar Xuzhou, dalam wilayah Jiangsu di China baru-baru ini.


XUZHOU - Polis di bandar ini, dalam wilayah Jiangsu, di timur China menghalang sebuah lori yang membawa 500 ekor kucing untuk dijadikan hidangan eksotik di restoran-restoran tempatan, lapor akhbar Telegraph semalam.
Polis mengarahkan lori terlibat supaya berhenti apabila menyedari kenderaan tersebut memiliki nombor plat luar wilayah.
Mereka kemudian menyoal pemandu lori tentang haiwan yang dibawa selepas terdengar bunyi mengiau dari bawah plastik penutup kargo tersebut.
"Arnab," jawab pemandu tersebut.
Namun, kenderaan itu sebenarnya membawa beratus-ratus ekor kucing yang diletakkan di dalam puluhan sangkar besi.
Sejak beberapa tahun lalu, permintaan daging kucing di selatan China meningkat dengan bekalan haiwan itu diperoleh dari seluruh China.
Daging kucing akan dicampurkan bersama daging ular untuk dimasak sejenis hidangan tempatan istimewa yang digemari penduduk tempatan.
Undang-undang China tidak melarang rakyatnya menjual kucing kerana haiwan itu tidak dianggap sebagai harta benda milik keluarga.
Pencuri kucing biasanya memperoleh bayaran 10 yuan (RM4.90) untuk seekor kucing yang dijual kepada orang tengah.
Berikutan pemandu lori berkenaan tidak melakukan sebarang kesalahan, pihak polis membeli kargo tersebut pada harga 3,500 yuan (RM1,723) selepas berunding selama tiga jam dengan pemandu terlibat. - Agensi

Saturday, October 27, 2012

Beli kucing berharga RM100,000

HEZLIN FAZRINA menunjukkan kucing Bengal di Lapangan Terbang
Sultan Ismail Petra, Kota Bharu kelmarin. Kucing itu dihantar kepada pemiliknya
di Adelaide, Australia.

KOTA BHARU – Seorang peminat kucing dari Adelaide, Australia sanggup membelanjakan RM100,000 bagi memenuhi hasratnya memelihara seekor kucing Bengal dari Moscow, Rusia.
Kucing betina yang bernama Polar Day itu pada awalnya dibeli oleh Julie Menadue Sancheita, 50, dengan harga RM30,000 tetapi melonjak sehingga mencecah RM100,000 apabila terpaksa menanggung kos perjalanan, insurans, kuarantin, perubatan dan makanan.
Polar Day sempat membesar di Malaysia apabila dikehendaki dikuarantin sekurang-kurangnya enam bulan di negara transit seperti yang disyaratkan kerajaan Australia terhadap kemasukan haiwan asing.
Ketika dihantar oleh pemiliknya, Svetlana Ponomareva, 50, dari Moscow Februari lalu, kucing tersebut baru berusia tiga bulan dan kini telah mencecah usia setahun.
Kelmarin, kucing itu yang dikuarantin di pusat pemeliharaan dan pembiakan kucing di negeri ini, Cattery Kittun Katz, telah dihantar ke Australia untuk diserahkan kepada Julie.
Pemilik Cattery Kittun Katz, Hezlin Fazrina Abdul Hadi Nor, 34, berkata, Polar Day terpaksa mengharungi perjalanan sejauh 20,000 kilometer kerana perlu melalui beberapa siri kuarantin sebelum bertemu pembelinya itu.

Wednesday, August 29, 2012

Bayi perempuan parah diserang kucing jiran ketika tidur

KESAN luka di kening Georgie.
KESAN luka di kening Georgie.

LONDON: Seorang ibu dikejutkan jeritan bayi perempuannya awal pagi semalam dan mendapati dia cedera diserang kucing jiran di dalam katilnya.
Menurut Samantha Gittus, ketika dia bergegas memeriksa anaknya, kucing berkenaan masih menyerang muka anaknya, Georgie, 17 bulan.

Samantha, 23, kemudian bergegas membawa anaknya ke hospital dan doktor terpaksa mengenakan 17 jahitan untuk mencantumkan semula luka berkenaan.

Luka itu dipercayai akan menjadi parut kekal di kening Georgie. Insiden itu adalah yang terbaru membabitkan serangan kucing ke atas manusia. Ia mencetuskan desakan awam supaya ada undang-undang digubal bagi mengawal kucing berbahaya - sama seperti dilakukan ke atas anjing. Kata Samantha, pengalaman itu amat menakutkan.

“Hingga kini kucing itu masih berkeliaran di halaman kami dan tiada apa dapat dilakukan,” katanya. Ekoran kejadian itu, Samantha - seorang pelayan sambilan - bercadang berpindah ke rumah lain berhampiran Salisbury.

Katanya, kucing itu masuk melalui tingkap terbuka. “Kejadian berlaku pada tengah malam dan ketika saya tiba di bilik Georgie, dia berlumuran darah,” katanya.


Samantha juga bersyukur kerana luka itu tidak menyebabkan mata anaknya terjejas. - TS

Sunday, January 22, 2012

Lelaki makan kucing ditahan

 PHOENIX: Seorang lelaki tidak berumah ditangkap selepas didakwa membunuh seekor kucing dan memakannya di sebuah gudang.
Pemilik bangunan itu menelefon polis selepas menyedari ada sesuatu yang tidak kena di dalam gudang itu.

Polis yang memasuki gudang berkenaan menemui Russell Christopher Hofstad (gambar) di dalam dengan mukanya bercat and ekor serta sebahagian tali perut haiwan itu tergantung pada lehernya.

Polis menemui bahagian lain kuncing itu di tengah gudang. Hosstad memberitahu polis, dia mahu menggunakan tulang kucing itu sebagai barang hiasan. - AFP

Wednesday, September 14, 2011

Saintis hasilkan kucing bersinar



SEEKOR kucing yang kelihatan hijau bersinar-sinar semasa ia diletakkan di bawah cahaya biru.


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Sekumpulan saintis AS menghasilkan seekor kucing yang bersinar-sinar dalam kajian mereka untuk menangani penyakit virus Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS)
Apabila kucing itu diletakkan di bawah cahaya biru, bulu, misai dan kuku kaki haiwan berkenaan kelihatan bersinar dengan warna hijau..
Kumpulan penyelidik berkenaan menggunakan gen yang mengeluarkan kilauan untuk menandakan kehadiran sejenis protein yang dimasukkan ke dalam telur haiwan tersebut.
Protein itu diambil daripada monyet Macaque.
Kajian itu disiarkan kelmarin dalam jurnal Nature Methods yang menyatakan gen monyet tersebut dimasukkan ke dalam telur kucing.
Saintis-saintis juga memasukkan gen obor-obor yang menyebabkan sel-sel kucing menjadi berkilauan.
Ujian ke atas sel-sel yang diambil dari kucing itu menunjukkan ia mampu menangani virus yang menyebabkan AIDS ke atas kucing. - Reuters

Wednesday, August 3, 2011

Kucing miliki tompok seperti misai Hitler



ANAK kucing yang memiliki tompok hitam di bawah hidung yang kelihatan seperti misai Adolf Hitler.


GODMANCHESTER, Britain - Seekor anak kucing diberi nama jolokan Kitler kerana haiwan itu mempunyai tompok hitam di bawah hidung yang menyebabkan ia kelihatan mirip misai bekas pemimpin Nazi dari Jerman, Adolf Hitler.
Anak kucing itu ditinggalkan di tepi sebatang jalan raya dan kini dijaga oleh sebuah pusat perlindungan haiwan di sini.
Ratusan pengunjung yang melawat pusat perlindungan haiwan itu enggan mengambil anak kucing tersebut untuk dipelihara kerana tompokan seperti misai tersebut.
Hitler memang terkenal kerana kekejamannya mengetuai pembunuhan kaum Yahudi semasa Perang Dunia Kedua. - Agensi

Monday, August 1, 2011

Berat kucing paling berat di dunia berkurangan




KUCING paling berat di dunia, Otto pada Januari lalu.


TRENTON, Amerika Syarikat (AS) - Seekor kucing paling berat di dunia, Otto mengalami penurunan berat badan selepas ia dihantar ke sebuah hospital haiwan, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Berat badan asal haiwan itu ialah 16.4 kilogram (kg) tetapi ia berkurangan lebih 2.3kg.
Haiwan itu mempunyai berat badan 13.4kg semasa ia dipamerkan dalam satu program televisyenmsnbc.com pada Khamis lalu yang berjudul Today.
Kucing itu dihantar oleh pemiliknya ke sebuah hospital haiwan di New Jersey pada Januari lalu untuk menjalani prgram diet selama enam bulan. - Agensi

Saturday, April 16, 2011

Kecoh kucing lahir anak anjing?


SEEKOR anak anjing (kanan) dikatakan mencetuskan kekecohan kerana ia dikatakan dilahirkan oleh seekor kucing betina di Yangshan, China baru-baru ini.


YANGSHAN, China - Seorang wanita, Zhou Yun terkejut apabila kucing peliharaannya yang baru melahirkan anak dilihat memelihara seekor anak anjing di belakang rumahnya, lapor sebuah akhbar akhbar semalam.
Yun berkata, dia sudah mengetahui kucingnya itu akan melahirkan anak.
Namun, dia berasa terkejut apabila melihat seekor anak haiwan tersebut seperti anjing.
"Setelah diperiksa dengan teliti memang sah ia anak anjing," kata Yun di sini baru-baru ini.
Menurutnya, haiwan itu turut melahirkan seekor lagi anak yang memang merupakan kucing tetapi ia telah mati.
Namun, dia kini kebingungan bagi meyakini bahawa kucing peliharannya itu telah melahirkan seekor anak anjing.
Yun menyatakan dia memang memelihara seekor anjing yang selalu tidur dan makan bersama kucing betina itu.
Bagaimanapun, seorang presiden sebuah klinik haiwan peliharaan, Lai Xiaoyun berkata, adalah mustahil kucing boleh melahirkan anak anjing.
Menurut Xiaoyun, kucing itu mungkin menemui seekor anak anjing dan membawa ia pulang selepas seekor anak haiwan itu mati semasa dilahirkan.
"Kucing dan anjing merupakan dua spesies berbeza dan amat mustahil ia mempunyai keturunan yang sama," katanya. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Wednesday, March 23, 2011

Kucing duduk seperti manusia




PENYIARAN gambar yang menunjukkan seekor kucing sedang duduk kini menjadi trend dalam kalangan pengguna Internet.


LONDON - Bukan sahaja manusia memerlukan masa berehat dan untuk menenangkan fikiran tetapi kucing juga perlu melakukan perkara yang sama, lapor sebuah akhbar semalam.
Kini terdapat trend dalam kalangan pengguna komputer di beberapa laman web, e-mel dan blog yang menyiarkan foto-foto kucing yang sedang duduk dengan gaya seperti seorang manusia sedang bersandar.
Kucing sering kali dikaitkan dengan manusia sejak hampir 9,500 tahun lalu dan merupakan haiwan peliharaan manusia yang paling popular di dunia.- Agensi
-kosmo

Thursday, February 17, 2011

Balik jalan kaki 25 km


Ustaz Azhar Idrus

Tuesday, January 4, 2011

Imej Kucing Merah berjaya dirakam di Pulong Tau

IMEJ seekor Kucing Merah yang berjaya dirakam
di Taman Negara Pulong Tau, Miri, baru-baru ini.

KUCHING 3 Jan. - Imej seekor kucing yang amat jarang ditemui di dunia, Kucing Merah atau nama saintifiknya Catopuma Badiaberjaya dirakamkan oleh perangkap kamera di Taman Negara Pulong Tau, Miri, baru-baru ini.
Pengarah Projek Taman Negara Pulong Tau, Pertubuhan Kayu-Kayan Tropika Antarabangsa (ITTO), Dr. Paul Chai Pang Kiong berkata, tiga imej kucing berkenaan berjaya dirakamkan oleh Jabatan Hutan Sarawak dan Sarawak Forestry Corporation (SFC) melalui perangkap kamera yang ditaja oleh Persatuan Kayu-Kayan Sarawak (STA).
"Kehadiran Kucing Merah itu membuktikan kepentingan Taman Negara Pulong Tau sebagai kawasan yang menjadi habitat spesies terancam dan jarang ditemui.
"Kali terakhir imej Kucing Merah berjaya dirakam ialah pada 2003 oleh perangkap kamera di Santuari Hidupan Liar Lanjak Entimau melalui satu penyelidikan bersama yang dipelopori Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pada 2003," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Memperincikan mengenai spesies Kucing Merah itu, Pang Kiong berkata, haiwan berkenaan berada dalam Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semulajadi (IUCN).
Katanya, ia juga tersenarai dalam Apendiks II Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Flora dan Fauna Terancam (CITES) sekali gus merupakan spesies dilindungi di Sarawak.
"Saiz Kucing Merah yang matang biasanya menyamai kucing domestik yang besar, cuma ekornya amat panjang.
"Badannya mempunyai dua adunan warna iaitu merah lebih banyak berbanding kelabu," katanya.utusan

Tuesday, December 21, 2010

Permainan video untuk kucing


LAMAN YouTube menunjukkan seekor kucing bermain dengan permainan video komputer tablet iPad baru-baru ini.





LOS ANGELES - Sebuah syarikat mencipta permainan untuk kucing di komputer tablet iPad, lapor sebuah akhbar semalam.
Satu video promosi permainan itu menunjukkan haiwan tersebut seolah-olah 'terpukau' dengan imej tikus yang muncul di skrin iPad.
Kucing itu cuba untuk menangkap tikus yang terdapat dalam permainan tersebut.
Selain tikus, aplikasi permainan itu turut mengandungi satu cahaya laser yang menarik minat haiwan tersebut untuk menangkapnya.
Menurut akhbar metro.co.uk, permainan itu boleh didapati secara percuma di iTunes Store keluaran Apple. - Agensi
kosmo

Monday, December 13, 2010

Blackie kucing paling tua di Britain


BLACKIE


LONDON - Pada usia mencecah 24 tahun, seekor kucing yang diberi nama Blackie dilihat masih kuat dan menjadi calon utama untuk gelaran kucing paling tua di Britain, lapor sebuah akhbar kelmarin.
"Saya memeliharanya sejak ia berusia hanya beberapa minggu. Ketika itu saya berumur 25 tahun. Ia mempunyai satu bintik hitam di bahagian kepalanya," kata pemilik Blackie, Quentin Shaw, 49.
Blackie kini tidak lagi mampu menangkap tikus dan matanya tidak dapat melihat jika ia berada dalam bilik gelap.
Bakal menyambut ulang tahun ke-24 pada Januari depan, usianya bersamaan dengan 118 tahun umur manusia.
Blackie tinggal bersama keluarga Shaw, di Thurnby, Leicestershire.
"Saya fikir apabila haiwan menerima kasih sayang, mereka akan hidup lebih lama," kata Kim Lanham yang merupakan tunang Shaw.
Seorang pegawai dari Guinness Book of Records, Damian Field berkata: "Buat masa sekarang, tidak ada pemegang gelaran kucing paling tua di Britain. Jadi, kami amat berminat untuk mendengar sesuatu daripada pemilik Blackie."
Kucing paling tua terakhir ialah Hestia yang mati pada September lalu di Cheshire pada usia 21 tahun dan 11 bulan. - Agensi

Sunday, October 24, 2010

4 jam selamatkan anak kucing



ALANNAH Merletto bersama Cain, anak kucing yang dipamnya ke dalam salur tandas.



SYDNEY - Seekor anak kucing berusia dua hari di Australia diselamatkan lapan anggota bomba dalam operasi selama empat jam selepas pemiliknya, seorang budak perempuan memasukkan haiwan itu ke dalam tandas dan mengepamnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Budak perempuan tersebut, Alannah Merleto, 3, gemar mengepam barang-barang ke dalam tandas.
Ibunya, Ammie bimbang nasib buruk menimpa anak kucing yang diberi nama Cain itu, selepas menanyakan kepada anaknya di mana haiwan tersebut berada.
"Di dalam tandas," jawab Alannah.
Kediaman mereka di sini kemudian menjadi tunggang-langgang selepas keluarga berkenaan bergegas mencari anak kucing itu baru-baru ini.
Mereka kemudian mendengar Cain mengiau dari dalam saluran paip tandas di bawah rumah.
"Saya cemas dan kami menghubungi pihak bomba," kata ibunya.
Pasukan bomba terpaksa meleraikan tandas itu dan memecahkan konkrit sebelum sampai ke saluran tandas di mana Cain terperangkap, seterusnya mengeluarkan anak kucing itu. - Agensi