Pages

Showing posts with label abai. Show all posts
Showing posts with label abai. Show all posts

Wednesday, June 15, 2011

Serah kembar kurus kering


LIHAT...Sidatol’ Aini melihat keadaan seorang daripada kembar yang disyaki didera.
LIHAT...Sidatol’ Aini melihat keadaan seorang daripada kembar yang disyaki didera.



TIDUR... seorang kembar dimasukkan dalam wad.
TIDUR... seorang kembar dimasukkan dalam wad.

MELAKA: Tindakan seorang bapa menyerahkan tiga anaknya termasuk sepasang anak kembar berusia empat tahun untuk dijaga Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka Tengah, dekat sini, Isnin lalu, atas alasan tidak mampu menjaga mereka menimbulkan tanda tanya kemungkinan kanak-kanak berkenaan disyaki didera dengan tidak diberi makan berikutan fizikal mereka yang terlalu kurus.
Difahamkan, lelaki berusia 34 tahun dari Hutan Perca, Alor Gajah mendakwa tidak mampu menjaga anaknya kerana bekerja sebagai pekerja am di syarikat swasta.

Curiga dengan keadaan fizikal ketiga-tiga kanak-kanak berkenaan, pegawai JKM menghantar mereka menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Melaka.
Penolong Pengarah Bahagian Kanak-kanak JKM negeri, Sidatol’ Aini Jafri berkata, setakat ini pihaknya tidak dapat memastikan sama ada ketiga-tiga kanak-kanak terbabit didera atau mengalami kekurangan zat makanan dan masih menunggu laporan perubatan daripada pihak hospital.

“Pasangan kembar bersama abangnya berusia enam tahun diserahkan kepada JKM oleh bapa mereka yang bekerja sebagai pekerja am.

“Lelaki itu menyatakan dia tidak mampu menjaga anaknya,” katanya ketika melawat kanak-kanak berkenaan di Hospital Melaka.
Menurutnya, lelaki berkenaan memperoleh hak jagaan terhadap ketiga-tiga anaknya daripada mahkamah syariah selepas bercerai dengan isterinya baru-baru ini sebelum berkahwin dengan wanita lain.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan kronologi kes itu, ketiga-tiga kanak-kanak berkenaan pada mulanya diserahkan ibu kandung mereka ke Pejabat Kebajikan Daerah Melaka Tengah pada 8 Julai 2010 ditempatkan di institusi JKM atas alasan tidak mampu menjaga mereka.
Katanya, kanak-kanak berkenaan ditempatkan sementara di Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras, Kuala Lumpur sehingga Mahkamah Kanak-Kanak bersidang pada 5 Ogos 2010.

“Kanak-kanak berkenaan diperintahkan majistret diletak di bawah jagaan bapa kandung mengikut Seksyen 30 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dengan membayar bon jaminan RM1,500 tanpa cagaran selama dua tahun.

“Mahkamah turut mengenakan syarat penjaga mesti hadir bersama kanak-kanak itu bagi seliaan di hadapan pelindung kanak-kanak Pejabat Kebajikan Masyarakat Alor Gajah bagi tempoh dua tahun, manakala ibu kandung dibenarkan melawat mereka,” katanya.

Sidatol’ Aini berkata, bapa kandung dan ibu tiri bersetuju menjaga kanak-kanak di hadapan Majistret Mahkamah Kanak-Kanak Melaka kerana pernah menjaga mereka pada usia enam bulan bagi tempoh tiga bulan.

“Sepanjang tempoh seliaan ibu bapa, kanak-kanak itu ada dibawa berjumpa pelindung dua kali dan mereka dihantar menjalani pemeriksaan doktor kerana dikatakan kurang selera makan sehingga menyebabkan anak pertama diserahkan kepada nenek untuk dijaga kerana khuatir keadaan mereka.

“Ibu bapa kanak-kanak memberitahu doktor mengesahkan mereka sihat dan tidak mengalami masalah kesihatan,” katanya.

Katanya, JKM mengambil alih penjagaan kanak-kanak berkenaan dan pemeriksaan dilakukan mendapati mereka terlalu kurus disyaki kekurangan makanan.

“Keadaan itu mencurigakan dan kami menghantar mereka ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan. Namun, kami tidak boleh membuat sebarang kesimpulan sebelum mendapat laporan perubatan daripada doktor.

“Pada masa sama, kami tidak menolak kemungkinan berlaku penderaan berdasarkan keadaan mereka,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, tidak terdapat tanda penderaan fizikal terhadap kanak-kanak terbabit dan menegaskan perbuatan tidak memberi makan juga ditakrifkan sebagai penderaan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Pekan Kecil, Pemulihan Projek dan NGO negeri, Datuk Seet Har Cheow berkata, pihak berkuasa perlu menunggu laporan perubatan kanak-kanak berkenaan sebelum mengambil tindakan lanjut.

“Kes ini dikendalikan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri, Datuk Norpipah Abdol,” katanya.myMetro | Serah kembar kurus kering

Wednesday, July 14, 2010

Gaji RM17 Ribu, Enggan Beri Nafkhah Anak, Abai Keluarga



Jika benar dakwaan si bapa dan laporan akhbar di bawah ini, maka setiap orang yang membaca kisah ini wajar bertanya: "Nasrun, manusia jenis apakah kamu?"

Ibunya sampai menitiskan air mata mengenang sikap anak sulungnya itu. Ayahnya pula terpaksa menebalkan muka turun naik mahkamah untuk menuntut nafkah cucunya yang ditinggalkan oleh ayah kandung tanpa khabar berita.

Perincian kisah sedih ini dapat anda baca melalui petikan akhbar di bawah ini:
[HM] KUALA TERENGGANU: “Saya terpaksa buat begini kerana ini saja cara untuk bertemu semula dengan dia,” kata Mustafa Ismail, 64, yang memfailkan permohonan tuntutan nafkah ke atas anak kandungnya di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.

Mustafa selaku plaintif membuat tuntutan terhadap Nasrun Mustafa, 37, supaya membayar tunggakan nafkah penjagaan dua cucunya yang juga anak defendan, sejak dia menjaga dua beradik itu tujuh tahun lalu sebanyak RM20,000 serta bayaran nafkah RM800 sebulan secara potongan gaji.

Dalam tuntutan difailkan melalui peguamnya, Fazru Anuar Yusoff, warga emas berkenaan menyatakan Nasrun meninggalkan seorang anak perempuan berusia enam tahun dan anak lelaki berusia sembilan tahun kepadanya selepas bercerai dengan isteri pertama pada 30 Disember 1998 sebelum kedua-duanya berkahwin lain.

Nasrun yang berkhidmat sebagai pengurus di sebuah syarikat cari gali minyak di Kuala Lumpur dengan pendapatan RM17,000 sebulan gagal dihubungi bapanyamenyebabkan Mustafa yang tidak bekerja dan bergantung kepada wang simpanan nekad memfailkan permohonan tuntutan di mahkamah.

Hakim Kamarulazmi Ismail menasihatkan kes berkenaan diselesaikan di luar mahkamah dan menetapkan 24 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula.

“Kita tunggu sajalah 24 Ogos ini, dia (Nasrun) ada masa dan saya harap masalah ini dapat diselesaikan dengan baik,” kata Mustafa ketika ditemui Harian Metro di rumahnya di Kampung Beladau Kolam di sini, semalam.

Mustafa berkata, dia buntu memikirkan masa depan dua cucunya dan terpaksa memilih jalan terakhir dengan membawa perkara itu ke mahkamah bagi membolehkan dia bertemu Nasrun.

Pesara syarikat cari gali itu berkata, dia sudah tidak bekerja, malah kesihatannya juga kurang baik kebelakangan ini menyebabkan dia tidak mampu menyediakan kewangan mencukupi untuk dua cucu kesayangannya itu yang masing-masing kini bersekolah dalam tingkatan satu dan tiga.

Saya hanya mahu dia pulang supaya kami dapat bertemunya. Selama tujuh tahun dia tidak pernah menjenguk kedua-dua ibu bapanya dan dua anaknya... dia tidak pernah memberi nafkah kepada anaknya. Kami mahu dia menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang anak dan bapa dengan baik,” katanya.

Sementara itu, isterinya, Mariam Abdullah, 54, berkata anak sulungnya itu berkahwin dengan isteri pertamanya yang berasal dari Kampung Batu Hampar, Telemong, Hulu Terengganu pada 1994, sebelum bercerai pada 1 Julai 1997, dan perceraian mereka disahkan pada 30 Disember 1998.

Katanya, selepas pasangan itu bercerai, dua cucunya dijaga bekas menantunya sehingga 2004, manakala anak lelakinya tidak pernah mengambil tahu perihal anak mereka. Bagaimanapun, selepas berkahwin baru, bekas menantunya menyerahkan penjagaan cucunya itu kepada dia dan suami.

Anak lelaki mak cik pun berkahwin lain. Entah di mana silapnya, sejak itulah dia berubah, tidak pernah menjenguk kami dan anak-anaknya. Malah, perbelanjaan anaknya juga tidak pernah diberi. Mak cik bukan nak memuji, tapi sebelum berkahwin kali kedua, Nasrun seorang anak yang sangat baik.

Bercakap dengan mak ayah pun sopan santun, sembahyang tidak pernah tinggal, malah sebagai anak sulung dan abang kepada enam adik, dia sangat mengambil berat hal keluarga. Siapalah yang tidak sedih bila perkara begini terjadi pada keluarga...tanya hati masing-masinglah,” katanya sambil mengelap air matadengan tudung dipakainya. - Mohd Nasif Badruddin

DUNIACACAMARBA: Gaji RM17 Ribu, Enggan Beri Nafkhah Anak, Abai Keluarga