Pages

Showing posts with label halang. Show all posts
Showing posts with label halang. Show all posts

Friday, January 20, 2012

Dihalang renang tutup aurat

SHAH ALAM: Seorang ayah kecewa apabila hasrat dua anaknya menyertai pertandingan renang dianjurkan Persatuan Renang Amatur Selangor di Pusat Akuatik Darul Ehsan, Seksyen 13, di sini, terbantut semata-mata pakaian renang berlandaskan syariat Islam.
Muhammad Abdullah, 36, berkata, kekecewaannya turut dikongsi ibu bapa 20 peserta lain berumur antara 8 dan 12 tahun itu yang didakwa penganjur melanggar peraturan ditetapkan Persekutuan Renang Antarabangsa (Fina).

Menurutnya, ketika pertandingan renang Kejohanan Sukan Selangor (Sukses) berlangsung dari 13 hingga 15 Januari lalu, dia bersama isteri, Anis Harnisah Haron, 33, berada di China atas urusan perniagaan.

“Pada hari ketiga pertandingan itu, isteri yang menghubungi anak perempuan Anis Zakiah yang berusia 9 tahun terkejut mendengar tangisan sebelum dimaklumkan bahawa dia dan abangnya Abdullah Fateh berusia 12 tahun tidak dibenarkan menyertai pertandingan.

“Anis dan Fateh sudah menghabiskan banyak masa untuk memberi saingan dalam pertandingan itu, tetapi mereka sangat kecewa apabila tak dibenarkan bertanding hanya atas sebab pakaian renang,” katanya.

Beliau lebih terkenal dengan gelaran Ustaz Amin serta Timbalan Pengerusi Yayasan Al-Ijabah berkata, dia menghubungi jurulatih renang anaknya, Mohd Bukhari Ibrahim, 34, yang kemudian memaklumkan 20 peserta beragama Islam turut mengalami nasib sama.


Ustaz Amin yang kesal dengan perkara itu berkata, dia memang menggalakkan sukan renang kepada 80 anak yatim di bawah jagaan Yayasan Al-Ijabah.

“Mereka selama ini sudah diajar supaya berpakaian mengikut syariat Islam walau di mana pun berada, takkanlah tiba-tiba nak suruh buka aurat pula,” katanya.

Ustaz Amin berkata, beliau sudah mengajukan isu terbabit kepada Pengerusi Majlid Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan pihak Mais berjanji menyelesaikannya.

“Saya juga akan bertemu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid untuk berbincang mengenai perkara ini. Mungkin juga saya akan bawa isu ini untuk perhatian menteri belia (Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek),” katanya.

Tuesday, June 14, 2011

Halang ayah sembelih ibu


KAJANG: Tindakan pantas tiga beradik menyelamatkan ibu mereka berusia 30-an daripada disembelih suaminya dengan parang apabila tiba-tiba ‘naik hantu’ selepas bergaduh dalam kejadian di rumah mereka, di Taman Kelab Ukay, di sini, kelmarin.
Difahamkan, pergaduhan kira-kira jam 7.30 malam itu berlaku selepas suami mangsa yang berusia 40 tahun berang dengan sikap isterinya yang pergi melancong ke luar negara bersama kawan-kawan tanpa memaklumkan kepadanya.

Berikutan itu, berlaku pergaduhan sebelum suaminya yang bekerja di sebuah syarikat swasta berang dan bertindak lebih kejam apabila mula menampar muka, menumbuk badan dan menghentak kepala isterinya ke dinding.

Akibat tindakan itu, si isteri lebam dan cedera di badan.


Sumber polis berkata, pada mulanya pasangan itu berbincang berikutan si isteri melancong ke luar negara tanpa memberitahu suami sebelum menjadi lebih panas apabila lelaki terbabit hilang pertimbangan dan mula menampar muka serta memukul isterinya.

myMetro | Halang ayah sembelih ibu

Friday, December 31, 2010

5 Perkara yang Allah SWT halang



http://www.moveed.com/data/media/127/nature_004.jpg
  1. Sesiapa yang tidak membayar zakat, Allah SWT tidak akan memelihara harta miliknya.
  2. Sesiapa tidak bersedekah, Allah SWT tidak akan menjaga kesihatannya.
  3. Sesiapa tidak membayar zakat tanaman, Allah SWT tidak akan memberi berkat dan tanaman tidak akan berhasil atau tidak akan berbuah.
  4. Sesiapa tidak berdoa, Allah SWT tidak akan memperkenankan permintaannya.
  5. Sesiapa melengah-lengahkan solat, disaat dia menghampiri kematian dia tidak akan dapat mengucap lafaz " لا إله إلا الله ".
Kitab Jauhar Mauhub, m/ s : 160.