Pages

Tuesday, March 22, 2011

Jepun dijangka ambil masa lima tahun untuk pulih







MERATAP PEMERGIAN: Cik Tayo Kitamura, 40 tahun, berlutut sambil mengusap-usap mayat ibunya, Cik Kuniko Kitamura, 69 tahun, selepas anggota bomba Jepun menemui mangsa wanita itu di celah-celah runtuhan rumahnya di Onagawa, di timur laut Jepun, semalam. - Foto AP


TOKYO: Selepas menghadapi bencana paling teruk yang pernah melanda Jepun dalam sejarahnya, negara 'matahari terbit' itu kini harus menumpukan perhatiannya kepada usaha pembinaan semula.
Bagaimanapun, usaha ke arah pembinaan semula itu menghadapi cabaran besar setakat ini.Baru-baru ini, firma kajian Goldman Sachs menganggarkan usaha pembinaan semula Jepun bakal memakan masa lima tahun, dan kosnya pula sekitar £pounds;125 bilion ($257 bilion).Kelmarin, Perdana Menteri Jepun, Encik Naoto Kan, menggesa rakyat Jepun supaya membantu untuk membina semula negara mereka, sedang pemerintah beliau mengakui bahawa ia begitu terharu dengan skala bencana alam yang dihadapi negara tersebut.Encik Kan cuba membangkitkan semangat yang pernah membantu Jepun pulih daripada kesan Perang Dunia Kedua, dan cuba menggerakkan 'kuasa rakyatnya' untuk terbabit dalam usaha raksasa membina semula Jepun pada masa depan.Dengan mengenakan pakaian seragam perkhidmatan kecemasan, pemimpin Jepun yang berusia 64 tahun itu berikrar bahawa pemerintahnya akan 'mengawal dengan kukuh' krisis yang sedang dihadapi di kompleks nuklear Fukushima.'Kita akan mengatasi tragedi ini dan pulih semula,' kata beliau semasa berucap kepada negaranya.'Kita akan sekali lagi membina semula Jepun,' tegasnya, sambil menyifatkan krisis yang dihadapi negaranya itu sebagai 'ujian besar bagi rakyat Jepun'.'Sedang kita pernah digelar sebagai sebuah negara pulau kecil, kita pernah dengan secara menakjubkan membina semula negara ini selepas perang. Dengan kuasa rakyat, kita akan membina semula negara ini.'Disebabkan gempa dan tsunami ini, kita tidak boleh goyah. Kita akan membina semula Jepun daripada mula. Kita akan menghadapi krisis ini dengan penuh keazaman,' kata perdana menteri itu.Para kakitangan agensi-agensi pembantu berusaha keras membaiki kerosakan pada jalan-jalan raya sejak kelmarin.Para sukarelawan pula bertungkus lumus menghantarkan bekalan makanan, air, selimut dan perubatan kepada mangsa-mangsa yang terselamat.Namun, keadaan pusat-pusat pemindahan di seluruh kawasan timur laut negara itu, di mana lebih 300,000 mangsa ditempatkan, kelihatan bertambah buruk.Laporan stesen televisyen NHK kelmarin mendedahkan bahawa 25 orang, sebahagian besarnya warga emas dan mereka yang terlantar sakit meninggal dunia di tempat-tempat perlindungan itu.Cik Mao Sato, yang bertugas bagi sebuah pertubuhan bantuan Jepun, Peace Winds, berkata jumlah kematian di pusat-pusat pemindahan semakin bertambah setiap hari sedang mangsa-mangsa bersabung nyawa untuk menahan cuaca sejuk.Cik Sato berkata beberapa kawasan yang musnah akibat dua bencana alam itu hampir 'kehabisan makanan'.Kekurangan bahan pembakar, kuasa elektrik dan cuaca sejuk turut menghalang usaha bantuan.Manakala Persatuan Palang Merah Jepun pula berkata hospital-hospital dan pusat-pusat pemindahan juga kekurangan bekalan perubatan.Kebanyakan kawasan di Jepun sedang mengalami gangguan bekalan elektrik kerana keadaan darurat yang dihadapi sekarang senantiasa menguji kemampuan bekalan kuasa negara itu.Pemerintah Jepun juga meminta pengendali perkhidmatan kereta api negara itu untuk mengurangkan perkhidmatannya bagi meredakan tekanan terhadap sistem elektriknya.Sementara itu, agensi polis Jepun berkata lebih 7,300 orang mati dan hampir 11,000 hilang selepas kejadian gempa bumi dan tsunami minggu lalu.Sesetengah daripada mereka yang hilang dipercayai mungkin berada di luar kawasan itu semasa bencana melanda.Tsunami besar yang melanda Jepun itu mungkin telah menarik mangsa-mangsa ke laut, dan jika peristiwa tsunami di Lautan Hindi pada 2004 menjadi ukurannya, kebanyakan mayat-mayat itu mungkin tidak ditemui.Bagaimanapun, Jepun tidak mampu patah semangat, kerana ia tidak sendirian dalam menghadapi musibah itu.Negara-negara lain - negara sekutu dan yang bertikai dengannya - telah berikrar menghulurkan bantuan bagi meringankan bebannya. -- Agensi.

cyberita

Amnesty selar India 'perguna undang-undang tahan 20,000 orang tanpa bicara di Kashmir'

NEW DELHI: Badan hak asasi Amnesty International menyelar semalam satu undangundang terlalu keras India yang menurutnya digunakan bagi menahan hingga 20,000 orang tanpa bicara di Kashmir, yang dilanda keganasan.
Ia menggesa India supaya menghapuskan Akta Keselamatan Awam (PSA) yang membolehkan polis menahan seseorang hingga dua tahun tanpa perbicaraan jika dia dianggap mengancam negara.'Pihak berkuasa Kashmir menggunakan penahanan PSA sebagai cara menahan orang yang mereka tidak boleh, atau tidak mahu, kesalahannya disabitkan melalui saluran undang-undang betul,' kata pengarah Amnesty Asia Pasifik, Encik Sam Zarifi.Satu laporan baru kumpulan itu berkata hingga 20,000 orang ditahan di bawah peraturan itu sejak bermulanya pemberontakan Islam terhadap pemerintah India di wilayah dipertikai itu pada 1989.Pihak berkuasa India menahan beratus-ratus orang setiap tahun tanpa tuduhan atau perbicaraan bagi 'mengeluarkan mereka daripada masyarakat', katanya.Januari lalu, pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi perlindungan hak asasi, Cik Margaret Sekaggya, juga menuntut peraturan itu dimansuhkan.Rekod hak asasi di Kashmir dikawal rapi Disember lalu apabila saluran diplomatik yang bocor berkata Jawatankuasa Antarabangsa bagi Palang Merah (ICRC) ada bukti pasukan keselamatan India melakukan penyeksaan bersistematik.ICRC, menurut kabel yang didedahkan Wikileaks, memberitahu para diplomat Amerika Syarikat pada 2005 mengenai 177 lawatannya ke pusat-pusat tahanan Kashmir yang mendedahkan 'trend stabil' penyeksaan tahanan.Amnesty menyeru satu 'siasatan menyeluruh, bebas dan tidak berpihak' ke atas laporan penyeksaan tahanan.Kumpulan hak asasi, serta Ketua Menteri Kashmir, Encik Omar Abdullah, telah menyeru dimansuhkan satu lagi undang-undang yang digunakan bagi melawan pemberontakan. -- AFP.

cyberita

Kereta kebal kawal istana presiden Yaman lepas jeneral sertai revolusi

SANAA (Yaman): Kereta kebal dihantar mengawal di luar istana presiden Yaman semalam selepas seorang jeneral kanan mengumumkan sekongannya bagi gerakan pemberontakan yang mahu menyingkirkan Presiden Ali Abdallah Saleh.
Ia turut diletak di luar bank pusat dan bangunan kementerian pertahanan, menurut seorang wartawan AFP yang melihatnya.Pengerahan kereta kebal itu timbul apabila Jeneral Ali Mohsen al-Ahmar, seorang komander divisyen infantri berperisai, mengumumkan beliau telah menyertai 'revolusi' itu bersama-sama beberapa pegawai kanannya.'Krisis ini semakin rumit dan membawa negara ini ke arah keganasan dan perang dingin,' kata beliau dalam satu kenyataan yang disiarkan televisyen Al-Jazeera.'Ikut apa yang saya dan rakanrakan komander dan askar rasakan... saya umumkan sokongan damai kami kepada revolusi muda ini. Kami akan menjalankan tugas kami mengekalkan keselamatan dan kestabilan,' tambahnya.Encik Al-Ahmar pegawai tentera paling kanan yang mengikrar sokongan kepada revolusi itu, yang telah beberapa minggu cuba menamatkan pemerintahan 32 tahun Encik Saleh.Ia timbul sehari selepas Encik Saleh memansuhkan kabinet bagi menenangkan pembangkang yang menuntut pembaharuan.Rejim itu telah pun dilemahkan oleh peletakan jawatan para menteri, duta dan sekumpulan anggota parlimen parti memerintah, tetapi Encik Saleh masih enggan berundur hingga penggalnya berakhir pada 2013.Ia diselar masyarakat antarabangsa Jumaat lalu ekoran lebih 50 orang maut apabila penyokong rejim menembak penunjuk perasaan di Dataran Universiti Sanaa.Langkah berpaling tadah pegawai tentera utama dijangka menyulitkan lagi sokongan Washington's kepada Encik Saleh, yang dilihat sebagai rakan Amerika Syarikat dalam perang ke atas Al-Qaeda. -- AFP.

Presiden Yaman pecat Kabinet



SANAA - Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh mengumumkan beliau telah memecat Kabinetnya kelmarin berikutan ribuan penunjuk perasaan antikerajaan menuntutnya meletak jawatan segera dan melakukan reformasi politik sejak bulan lalu.

Sebelum ini, Ali Abdullah telah meminta ahli Kabinetnya untuk menggantikan tempatnya untuk sementara waktu sehingga beliau membentuk kerajaan baru.

Beberapa menteri telah meletak jawatan termasuk duta Yaman di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Abdullah Alsaidi sebagai tanda protes terhadap kekerasan tentera selepas pasukan keselamatan negara itu melakukan serangan ke atas penunjuk perasaan, di mana sekurang-kurangnya 52 maut, Jumaat lalu.

Sementara itu, puak bersekutu paling berkuasa di negara itu turut menuntut Ali Abdullah supaya meletak jawatan dengan segera sekali gus menambahkan tekanannya.

Ratusan ribu penunjuk perasaan antikerajaan menyertai perarakan pengebumian 30 rakyat Yaman semalam yang terkorban dalam serangan berdarah yang dilakukan oleh pasukan tentera negara itu.

Ali Abdullah turut mengisytiharkan Hari Berkabung Kebangsaan Yaman semalam untuk 'pejuang demokrasi' yang terkorban, dan menyalahkan kumpulan pembangkang yang memulakan hasutan dan kekacauan sehingga berlaku pembunuhan.

Presiden Yaman itu mula berkuasa sejak 1978, dan sedang berhadapan dengan salah satu cabaran paling berat dalam tempoh beliau memerintah negara itu.


SH

14 juta rakyat Mesir undi pinda Perlembagaan



KAHERAH 21 Mac - Sebanyak 77 peratus rakyat Mesir menyokong pindaan perlembagaan di bawah rancangan tentera negara ini untuk memulihkan segera pemerintahan awam berikutan protes besar-besaran yang menyingkirkan Presiden Hosni Mubarak bulan lepas.
Lebih 14 juta rakyat Mesir atau 77.2 peratus daripada mereka yang mengundi dalam pungutan suara, menyokong pindaan perlembagaan yang bertujuan untuk dijadikan panduan oleh negara ini dalam menghadapi pilihan raya Presiden dan Parlimen dalam tempoh enam bulan, kata pengerusi suruhanjaya penganjur, Mohammed Attiya.
Seramai empat juta lagi atau 22.8 peratus menolak pindaan itu, katanya pada sidang media semalam.
Sejumlah 18.5 juta orang atau 41 peratus daripada kira-kira 45 juta pengundi berdaftar keluar kelmarin untuk kali pertama menunaikan hak mereka di bawah sistem demokrasi sebenar, selepas demonstrasi 18 hari menamatkan pemerintahan autoritarian Mubarak selama 30 tahun.
Pada zaman Mubarak, peratusan keluar mengundi dalam pilihan raya selalunya rendah kerana tidak wujud persaingan sebenar dan kebanyakan rakyat tidak yakin undi mereka akan diambil kira kerana penipuan dan pemalsuan undi berlaku secara meluas.
Pungutan suara mengenai pindaan terhad terhadap perlembagaan negara yang diwarisi daripada rejim Mubarak melibatkan persaingan sengit antara kem yang menyokong pindaan itu dengan mereka yang menentangnya.
Pindaan yang diluluskan itu dengan sendirinya tidak menimbulkan kontroversi walaupun pengkritik mendakwa perubahan tidak cukup besar dalam merombak piagam zaman Mubarak yang menurut mereka perlu ditulis semula sepenuhnya.
Mengikut pindaan itu, perkhidmatan Presiden akan dihadkan kepada dua penggal selama empat tahun setiap satu, dan beliau tidak lagi memiliki kuasa untuk menghadapkan orang awam ke mahkamah tentera.
Keadaan darurat yang mengawal kehidupan rakyat Mesir selama berdekad-dekad hanya boleh dikenakan selama enam bulan sahaja tanpa kelulusan dalam pungutan suara.
Kumpulan belia yang mengetuai gerakan protes menjatuhkan Mubarak menyertai pelbagai parti politik sekular dan tokoh pembangkang dalam menyeru pengundi supaya menolak pindaan itu, dengan alasan, jadual waktu yang ditetapkan oleh tentera terlalu suntuk untuk membolehkan gerakan baru menyusun anggota pada peringkat akar umbi.
Namun aktivis belia yang bernaung di bawah Perikatan Belia Revolusi akur dengan keputusan pungutan suara itu dan di laman Facebook, menyeru penyokong mereka supaya turut menerimanya. - AFP

Jepun rugi RM705b – Bank Dunia



GAMBAR yang dirakam semalam menunjukkan sebuah perkuburan dipenuhi kereta-kereta yang dibawa arus tsunami di Ishinomaki, Miyagi di Jepun pada 11 Mac lalu. – AFP


TOKYO 21 Mac – Gempa bumi besar dan tsunami yang melanda Jepun pada 11 Mac lalu boleh mengakibatkan kerugian ekonomi sehingga AS$235 bilion (RM705 bilion) atau kira-kira 4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasarnya (KDNK), tetapi ia akan pulih selepas pembinaan semula dilakukan.
“Sekiranya sejarah dijadikan ukuran, pertumbuhan KDNK Jepun tidak akan terjejas sepanjang pertengahan tahun ini,” kata Bank Dunia dalam laporan terbarunya tentang Ekonomi Asia Timur dan Pasifik di sini hari ini.
Institusi kewangan dunia itu menyatakan, pertumbuhan ekonomi Jepun akan meningkat semula pada suku tahun berikutnya ketika usaha pembinaan semula yang mungkin mengambil masa lima tahun dilaksanakan.
Bank Dunia menjangkakan, kesan ekonomi paling minimum akibat gempa dan tsunami itu kepada Jepun bernilai sekitar AS$122 bilion (RM366 bilion) atau bersamaan 2.5 peratus KDNK negara ini.
Pakar ekonomi rantau Bank Dunia, Vikram Nehru berkata, bencana itu juga boleh memberi kesan kepada keseluruhan Asia tetapi masih terlalu awal untuk mengeluarkan jangkaan kerugian di rantau tersebut.
Dalam perkembangan baru di Jepun hari ini, para pekerja diarah mengosongkan loji nuklear Fukushima selepas asap kelabu dilihat keluar dari sebuah daripada reaktornya.
Jurucakap operator loji Tokyo Electric Co. (TEPCO), Hiroshi Aizawa berkata, syarikatnya sedang menyiasat punca kejadian selepas kepulan asap dilihat dari tangki simpanan reaktor No. 3.
TEPCO dalam satu laporannya hari ini mengakui syarikatnya gagal menjalankan pemeriksaan berjadual sepatutnya di loji tersebut dua minggu sebelum gempa bumi dan tsunami melanda.
Dalam satu laporan kepada agensi nuklear Jepun, TEPCO berkata pihaknya gagal memeriksa 33 kelengkapan di enam reaktor loji terbabit.
Menurut operator itu melalui laman webnya, antara yang gagal diperiksa adalah sistem penjanaan kuasa elektrik di reaktor No. 1, yang merupakan krisis utama nuklear yang dihadapi Jepun kini. – AP/AFP/
Reuters

Anak lelaki Gaddafi dilaporkan terbunuh



TRIPOLI 21 Mac – Seorang anak lelaki Muammar Gaddafi, Khamis meninggal dunia di sebuah hospital di Tripoli, lapor laman web pembangkang dan media Arab hari ini.
Khamis Gaddafi dilaporkan cedera kelmarin apabila seorang juruterbang tentera udara Libya dengan sengaja menyebabkan jetnya terhempas ke pekarangan Bab al-Aziziyah, di mana Gaddafi dan sesetengah ahli keluarganya tinggal.
Beliau yang mengetuai sebuah briged tentera Libya cedera akibat kebakaran dalam serangan itu, lapor laman web Arabian News.
Sementara itu, sebuah peluru berpandu yang dilancarkan oleh tentera Barat semalam memusnahkan sebuah bangunan pentadbiran di pekarangan tersebut, kata wartawan AFP.
Bangunan itu, terletak hanya 50 meter dari khemah di mana Gaddafi sering menerima tetamunya, ranap sama sekali dalam bedilan itu, kata jurucakap kerajaan Libya, Moussa Ibrahim kepada wartawan yang dibawa ke lokasi kejadian dengan bas.
“Serangan yang tidak berperikemanusiaan itu boleh menyebabkan kematian beratus-ratus orang awam yang berkumpul di kediaman Gaddafi kira-kira 400 meter dari bangunan yang dibedil,’’ kata Ibrahim.
Beliau mengutuk ‘percanggahan dalam retorik Barat’ dengan berkata, negara Barat mendakwa mahu melindungi penduduk awam tetapi mereka melancarkan serangan bom ke atas sebuah kediaman dengan menyedari orang awam berada di dalamnya.
Berpuluh-puluh penyokong Gaddafi berkejar ke kompleks Bab al-Aziziah di selatan Tripoli itu selepas tersebar khabar angin sebuah pesawat tentera bersekutu telah ditembak jatuh, tetapi mereka tidak menemui bangkai sebarang pesawat.
Kepulan asap menjulang dari pekarangan kediaman itu sementara meriam antipesawat melepaskan tembakan ke udara.
Tripoli digegarkan oleh beberapa letupan kuat lewat semalam, termasuk satu yang kedengaran dari kawasan sekitar kediaman Gaddafi. – AGENSI

Tentera Gaddafi terus dibedil



ORANG ramai bersorak meraikan kemenangan tentera pemberontak di atas kereta kebal tentera setia kepada Muammar Gaddafi selepas dibedil oleh tentera Bersekutu di sebatang jalan antara Benghazi dan Ajdabiyah, semalam. Kepala seekor kambing diikat pada muncung meriam kereta kebal. – REUTERS


TRIPOLI 21 Mac – Kuasa Barat melancarkan gelombang kedua serangan udara ke atas Libya awal hari ini selepas menyekat kemaraan tentera Muammar Gaddafi ke Benghazi dan membedil sistem pertahanan udara bagi membolehkan pesawat tentera bersekutu meronda di ruang udara negara ini.
Campur tangan ketenteraan dinamakan Operasi Odyssey Dawn dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan sokongan Liga Arab itu bertujuan untuk melindungi penduduk awam yang terperangkap dalam pemberontakan menentang Gaddafi sejak sebulan lalu.
Namun serangan itu telah dikritik oleh Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa yang mempersoalkan keperluan untuk melancarkan bedilan besar-besaran yang katanya telah membunuh ramai penduduk awam.
Moussa juga berkata, operasi ketenteraan itu sudah terkeluar daripada objektif ‘zon larangan terbang’ yang disokong oleh Liga Arab.
Bagaimanapun Amerika Syarikat (AS) yang melancarkan serangan udara dengan bantuan Britain, Perancis, Itali dan Kanada antara lainnya berkata, kempen itu berhasil dan AS menolak gencatan senjata yang diumumkan oleh tentera Libya malam tadi.
Kementerian Pertahanan Britain berkata, sebuah kapal selamnya sekali lagi melancarkan peluru berpandu Tomahawk malam tadi sebagai sebahagian gelombang serangan kedua untuk menguatkuasakan resolusi PBB itu.
“Kami dan rakan-rakan kami meneruskan operasi bagi menyokong Resolusi 1973 Majlis Keselamatan PBB,” kata seorang jurucakap kementerian.
Itali berkata, pesawat perangnya turut meronda di ruang udara, selepas kapal-kapal perang AS dan Britain melancarkan 110 peluru berpandu Tomahawk ke Libya lewat kelmarin dan pagi semalam.
Pengarah Turus Bersama tentera AS, Laksamana Bill Gortney memberitahu wartawan di Pentagon, tidak ada aktiviti udara atau pancaran radar baru yang dilakukan oleh tentera Libya tetapi mereka sebaliknya telah jelas mengurangkan pemantauan udara sejak serangan bermula lewat kelmarin.
Benghazi yang menjadi pangkalan pemberontak masih belum bebas daripada ancaman, kata Gortney tetapi tentera Gaddafi di kawasan itu dalam keadaan tertekan, tidak keruan dan tersisih selepas serangan udara. – Reuters
-Utusan

Mahasiswa bantah sokongan Greece



22/03/2011 2:41am

ATHENS 22 Mac - Beratus mahasiswa mengadakan tunjuk perasaan di Athens semalam bagi membantah tindakan Greece menyokong tindakan tentera antarabangsa melancarkan serangan terhadap Libya.
Kerajaan Greece telah menjelaskan bahawa pihaknya hanya menyediakan sokongan logistik seperti penggunaan asas dan lapangan terbang dan tidak menyertai dalam aktiviti ketenteraan. - Dpa

40 maut dalam serangan yang dilakukan rejim Gaddafi



22/03/2011 2:41am

BENGHAZI 22 Mac - Seramai 40 maut manakala 300 lagi cedera selepas pasukan rejim Gaddafi melepas tembakan di bandar Misrata sebelah utara Tripoli, semalam.
Kejadian tersebut berlaku apabila orang ramai keluar ke bandar tersebut bagi menghalang pasukan rejim Gaddafi memasuki kawasan mereka.
“Pasukan tentera terus melepaskan tembakan hingga membunuh beberapa orang,” kata seorang penduduk, Saadoun kepada Rueters. - Reuters

Jumlah korban di Jepun meningkat kepada 8,800


CEKAL... Wanita warga Jepun dari bandar Minamisanriku ini gigih membawa bekas berisi air yang diambil dari sungai berhampiran untuk kegunaan membasuh pakaian selepas tempat tinggal mereka musnah dilanda gempa bumi bermagnitud 8.9 yang mengakibatkan tsunami, baru-baru ini. - Foto AP/Yomiuri Shimbun, Kunihiko Miura
bharian

22/03/2011 2:41am


TOKYO 22 Mac - Jumlah korban terkini di Jepun akibat bencana gempa bumi dan tsunami minggu lalu meningkat kepada angka 8,800 orang manakala 12,600 lagi masih hilang.
Jumlah tersebut dijangka akan meningkat, namun pihak polis menganggarkan jumlah keseluruhan kematian adalah seramai 18,000 orang. - Agensi

Tentera Barat tingkat serangan


TRIPOLI: Kuasa Barat melancarkan gelombang kedua serangan udara terhadap Libya semalam selepas menyekat kemaraan tentera yang setia kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi ke Banghazi.
Mereka mensasarkan sistem pertahanan udara untuk membolehkan pesawat mereka meronda ruang angkasa negara itu.

Campur tangan yang dibenarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk melindungi orang awam yang terperangkap dalam revolusi yang bermula bulan lalu untuk menentang pemerintahan 41 tahun Gaddafi diselar oleh ketua Liga Arab, Amr Mousa, yang mempersoalkan kewajaran pengeboman besar-besaran yang dikatakannya menyebabkan kematian ramai orang awam.

Bagaimanapun, Amerika Syarikat yang melakukan serangan udara itu bersama-sama dengan Britain, Perancis, Itali dan Kanada berkata, kempen itu berjaya mencapai matlamat dan menolak gencatan senjata yang diumumkan oleh tentera Libya petang semalam.

Kementerian Pertahanan Britain berkata, sebuah kapal selamnya sekali lagi melepaskan peluru berpandu Tomahawk awal semalam sebagai sebahagian daripada serangan gelombang kedua untuk menguatkuasakan ketetapan PBB “Kami dan rakan antarabangsa kami meneruskan operasi menyokong Ketetapan 1973 Majlis Keselamatan PBB,” menurut seorang jurucakap kementerian.

Serangan itu adalah yang terbesar terhadap sebuah negara Arab sejak pencerobohan ke atas Iraq pada 2003. Ketika ditanya mengenai kenyataan Amr, Setiausaha Rendah Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, Michele Flournov memberitahu BBC: “Saya berpendapat ada orang yang tidak faham mengenai dimensi tentera yang diperlukan untuk menguatkuasakan zon larangan terbang. Tetapi, saya boleh memberitahu anda, kami masih menerima mesej sokongan dan kenyataan yang menyokong tindakan kami daripada beberapa negara Arab.” Sementara itu, jurucakap kerajaan Perancis, Francois Baroin berkata, tidak ada maklumat yang diterima oleh markas pemerintahan tentera negara itu mengenai orang awam yang terbunuh. — AP

metro

Reaktor ketiga keluar asap


KITAKAMI (Jepun): Kepulan asap keluar dari loji nuklear Fukushima dan memaksa kumpulan petugas berlari meninggalkan lokasi itu, semalam, sekali gus menjejaskan harapan untuk mencari penyelesaian di loji yang mengalami proses pemanasan itu.
Petugas berkenaan dipindahkan dari loji nuklear di timur laut negara itu buat sementara waktu selepas kepulan asap kelabu keluar dari reaktor ketiga, kata pengendalinya, Syarikat Bekalan Elektrik Tokyo. “Ekoran masalah ini pihak syarikat mengeluarkan petugas yang sedang memantau keadaan di situ,” kata jurucakap TEPCO tanpa menjelaskan punca asap itu. Jurutera di kawasan loji Fukushima yang terletak kira-kira 250 kilometer di timur laut Tokyo, mengejar waktu bagi memulihkan sistem penyejukan dan mengembalikan bekalan tenaga elektrik. Kenderaan bomba sibuk menyembur air bagi membantu menyejukkan rod bahan api nuklear itu. - AFP

metro

Paderi anti-Islam bakar al-Quran





2011/03/22

GAINESVILLE: Paderi Amerika Syarikat yang anti-Islam, Terry Jones, memutuskan bahawa al-Quran ‘bersalah menyebabkan jenayah’ tertentu dan mengatur sesi pembakaran kitab suci itu di gerejanya, kelmarin.

Pembakaran itu dilakukan paderi Wayne Sapp di bawah pengawasan Jones yang mencetuskan bantahan terhadap rancangan untuk membakar al-Quran sempena sambutan memperingati serangan 11 September 2001 (9/11).
Upacara membakar itu dilakukan selepas sesi penghakiman hanya lapan minit sebelum memutuskan kononnya al-Quran didapati bersalah dan dihukum.
Kitab itu direndam dalam minyak tanah selama sejam dan diletakkan dalam dulang besi di tengah-tengah gereja itu sebelum Sapp menyalakan api dengan pemetik api barbeku. Kitab itu di bakar selama 10 minit sementara penonton mengambil gambar.

Jones dikutuk hebat banyak pihak termasuk Presiden Barack Obama, Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton dan Setiausaha Pertahanan, Robert Gates berhubung rancangannya membakar kitab suci Islam, September lalu.

Dia tidak meneruskan rancangannya dan berikrar tidak akan melakukannya sebelum menyatakan dia sudah buat keputusan.

Kali ini, Jones berkata, dia sudah memberi dunia Muslim peluang untuk mempertahankan kitab itu tetapi tidak mendapat maklum balas. 
Paderi itu merasakan beliau tidak dapat menjalankan perbicaraan sebenar tanpa hukuman sebenar. Upacara itu dibuka pada orang ramai dan hampir 30 orang menyertainya.

Jadwiga Schatz, yang datang untuk menyokong Jones, meluahkan rasa bimbang dengan perkembangan Islam di Eropah.

“Penganut agama itu pada saya seperti raksasa. Saya benci mereka. 
“Ini adalah pengalaman sekali seumur hidup,” katanya. 
Jones menganggap majlis itu berjaya. – AFP
-bharian

4 negara cari formula demokrasi

Ketegangan berterusan di Syria, Yaman, Mesir serta Bahrain

SANAA: Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh memecat kerajaannya kelmarin di saat rakyatnya berhimpun untuk menyertai pengebumian 52 orang awam yang ditembak anggota keselamatan dan krisis terus meruncing apabila pemimpin kanan tertinggi tentera, Jeneral Ali Mohsen al-Ahmar meletakkan jawatan bagi menyertai penunjuk perasaan.

“Krisis ini bertambah rumit, membawa negara ke keganasan serta perang saudara. Kami umum menyokong dan melindungi belia yang memprotes di dataran universiti Sanaa,” kata Ahmar, komander tentera yang pernah bersahabat baik dengan Saleh.
Berikutan peletakan jawatan Ahmar, Saleh mengarahkan kereta kebal ditempatkan dan berkawal di luar istana presiden di Yaman. Kereta kebal turut ditempatkan di bank pusat dan Kementerian Pertahanan. Pentadbiran Saleh turut bergoncang apabila Duta Yaman ke Bangsa-Bangsa Bersatu, Abdullah Alsaidi dan Menteri Hak Asasi, Huda al Baan turut memprotes pembunuhan orang awam dan meletakkan jawatan.

Di DARAA, seorang maut dan lebih 100 cedera kelmarin apabila pasukan keselamatan Syria menembak penunjuk perasaan yang merusuh di sini, kata aktivis hak asasi pada hari ketiga pergolakan.

Seorang pegawai Syria menafikan laporan kematian dan menuduh ‘pengacau’ mencetuskan rusuhan ketika menteri kabinet, dikerah presiden melawat bandar ini untuk memberi penghormatan kepada dua penunjuk perasaan yang maut dalam keganasan Jumaat lalu.

Pasukan keselamatan disokong polis berpakaian preman melepaskan peluru hidup dan gas pemedih mata ke arah ‘lebih 10,000 penunjuk perasaan,’ kata seorang aktivis sambil menuduh ‘gas pemedih mata bercampur bahan toksik’ digunakan.
Di KAHERAH, pungutan suara di Mesir Sabtu lalu dianggap berjaya dengan parti Islam dijangka menang.
Sebanyak 77 peratus penduduk Mesir bersetuju dengan pindaan perlembagaan yang dicadangkan bertujuan memberi panduan kepada negara paling ramai penduduk dalam dunia Arab itu mengadakan pilihan raya parlimen dan presiden baru dalam masa enam bulan.

Pergerakan Ikhawanul Muslimin memberi sokongan dan menjadi pertubuhan utama di belakang undian ‘ya’ walaupun kumpulan pemuda yang terbabit dalam bantahan memaksa Hosni Mubarak meletak jawatan bulan lalu memilih untuk mengundi ‘tidak’.

Di MANAMA, Raja Bahrain, Hamad bin Isa Al Khalifa berkata pakatan asing terhadap negaranya dipatahkan dan berterima kasih kepada tentera negara jiran kerana membantu menamatkan pemberontakan selepas beberapa minggu meletus.

“Saya mengumumkan kegagalan cubaan luar untuk mencetuskan kacau bilau di negara ini,” katanya yang dipetik agensi berita BNA. – AFP/AP 

Cubaan bunuh Muammar Gaddafi





2011/03/22

ASKAR Libya meninjau kemusnahan bangunan pentadbiran Gaddafi di Tripoli selepas dibom, semalam.
ASKAR Libya meninjau kemusnahan bangunan pentadbiran Gaddafi di Tripoli selepas dibom, semalam.
Gelombang kedua serangan udara sasar kediaman pemimpin Libya di Tripoli

TRIPOLI: Armada perang Barat melancarkan gelombang kedua bedilan dari udara terhadap sasaran di Libya semalam dengan satu serangan peluru berpandu dilancarkan terhadap kediaman pemimpin negara itu, Muammar Gaddafi, di Tripoli ditafsirkan sebagai cubaan membunuhnya. 

Bangunan tiga tingkat itu terletak berdekatan khemah yang biasa digunakan Gaddafi. Serangan berlaku ketika 300 penyokong Gaddafi berada di sekitarnya tetapi tidak diketahui berapa ramai cedera atau maut.
Sebelum ini, Setiausaha Pertahanan Britain, Liam Fox menyatakan Gaddafi berkemungkinan menjadi ‘sasaran sah’ tentera bersekutu.
Pengerusi Kakitangan Turus Bersama Amerika Syarikat, Laksamana Mike Mullen, berkata zon larangan terbang sudah berkuat kuasa. 

Pegawai Amerika cuba mengelak operasi tentera terbaru dengan tindakan menggulingkan Presiden Iraq, Saddam Hussein, menekankan misi kali ini bukannya membunuh atau menjatuhkan Gaddafi. 

Mullen memberitahu televisyen CBS bahawa matlamat kempen udara itu belum pasti dan keadaan mungkin buntu, Pegawai kesihatan Libya berkata, 64 orang awam terbunuh kerana bedilan jet negara Barat. 

Serangan pertama pada Sabtu lalu menyaksikan 112 peluru berpandu Tomahawk dilancarkan bertujuan menyekat kemaraan tentera Gaddafi di bandar Benghazi dan menyasarkan pertahanan udara Libya bagi membolehkan jet pejuang Barat meronda ruang udara Libya. 
Serangan kedua menyasarkan tentera Gaddafi di bandar Ajdabiyah di timur Libya. Jurucakap tentera Libya mengumumkan gencatan senjata terbaru kelmarin mulai 9 malam waktu tempatan (3 pagi di Malaysia). 

Ada kebimbangan askar Libya akan cuba masuk ke pusat bandar selepas Gaddafi berikrar bertarung hingga ke titisan darah terakhir. 

Di kota Benghazi, beberapa letupan dan tembakan senjata api kedengaran sekali sekala. Saksi berkata, tembak menembak itu berlangsung 40 minit. 

Campur tangan ketenteraan di Libya selepas diluluskan Majlis Keselamatan PBB adalah operasi terbesar terhadap sebuah negara Arab sejak pencerobohan Iraq pada 2003. – Reuters 

Pesawat Israel serang Gaza


WARGA Palestin lari menyelamatkan diri berdekatan sisa runtuhan bangunan milik Hamas yang musnah selepas diserang tentera udara Israel di bandar Gaza, hari ini. - Foto AFP/Mohammed Abed
bharian



2011/03/22

BANDARAYA GAAPZA: Pesawat Israel melakukan sekurang-kurangnya lima serangan udara ke atas Semenanjung Gaza lewat malam tadi, menyebabkan 17 rakyat Palestin cedera.

Petugas kecemasan Palestin berkata, dua wanta dan tujuh kanak-kanak adalah antara mereka yang cedera.
Tiada ulasan segera pihak tentera Israel.
Saksi Palestin berkata, antara sasaran serangan itu ialah balai polis Hamas, pusat latihan sayap tentera Hamas dan Ezzedine al-Qassam Brigades. - AFP




-bharian

Rusuhan merebak ke selatan Syria

DAMSYIK: Rusuhan merebak ke selatan Syria dengan ratusan penunjuk perasaan berdemonstrasi terhadap kerajaan di tiga bandar berhampiran bandaraya tetapi pasukan keselamatan tidak menggunakan kekerasan untuk menangani protes terbaru itu.

Pasukan keselamatan membunuh empat orang awam dalam demonstrasi yang meletus minggu lalu di Deraa, iaitu cabaran paling hebat terhadap pemerintahan Presiden Bashar al-Assad sejak pemimpin berusia 45 tahun itu menggantikan bapanya 11 tahun lalu.
Aktivis berata, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun terbunuh semalam apabila terhidu gas pemedih mata yang ditembak pasukan keselamatan.
“Ini adalah demonstrasi aman. Tuhan, Syria dan kebebasan," laung penunjuk perasaan di Jassem, bandar pertanian 30 kilometer ke Barat Deraa.

Demonstrasi turut meletus di bandar Nawa dan Inkhel. - Reuters
-bharian

Letupan, tembakan antipesawat gegar Tripoli





2011/03/22

TRIPOLI: Letupan dan tembakan antipesawat menggegar Tripoli untuk malam ketiga dan televisyen Libya menyatakan beberapa tapak di ibu negara itu menjadi sasaran. 

Tidak diketahui apa yang menyebabkkan letupan di Tripoli - pusat kuasa pemmpin Libya, Muammar Gaddafi.
Cahaya api peluru bersimpang siur di udara ketika anggota pasuan antipesawat cuba menembak jatuh pesawat pakatan kuasa Barat.
Sekurang-kurangnya dua letupan menggegarkan bandaraya dengan 2 juta penduduk itu. 

“Serangan ini tidak akan menakut-nakutkan rakyat Libya," kata televisyen Libya. 

Tiada ulasan segera daripada pasukan tentera Barat. - Reuters
-bharian

Bayi perempuan gergasi Britain



LIBBY (kanan) bersama sepupunya, (Thomas) dipangku nenek mereka.


WIGAN, Britain - Seorang wanita, Gemma Woods, 28, melahirkan bayi perempuan terbesar di Britain seberat 5.6 kilogram (kg), dua kali ganda berat bayi normal pada Oktober lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Walaupun saiznya besar, bayi yang bernama Libby itu dilahirkan secara normal dengan proses bersalin pendek iaitu selama enam jam di sini baru-baru ini.
"Saya seperti tidak percaya apabila bidan memberitahu berat Libby, bunyinya seperti mendengar berat sesuatu barang," kata Gemma.
Sepupu Libby, seorang bayi lelaki bernama Thomas yang lahir tiga minggu lebih awal hanya mempunyai berat 3kg.
Bayi paling berat di dunia setakat ini dilahirkan di Aversa, Itali pada September 1955 yang mempunyai berat mencecah 10.17kg. - Agensi
-bharian

Flamingo jatuh terlentang




SEEKOR burung flamingo berdiri (kiri) di sebuah kolam di Zoo Moscow, Rusia, sebelum ia tiba-tiba terjatuh (kanan).


MOSCOW, Rusia - Seorang jurugambar, Tatiana Adamenko, merakam aksi lucu seekor burung flamingo terjatuh ke dalam air kerana hilang keseimbangan badan ketika ia sedang berdiri, lapor sebuah akhbar semalam.
Dalam foto tersebut, jelas kelihatan kekeliruan pada 'wajah' burung itu manakala kaki haiwan itu pula terangkat.
"Saya cuma mahu merakam aksi burung flamingo mencelup kepala ke dalam air tetapi tiba-tiba, burung itu terjatuh," kata Tatiana yang merakam foto itu di Zoo Moscow baru-baru ini.
Selepas beberapa ketika, burung flamingo itu berjaya bangkit semula dan berenang seperti biasa.
Flamingo terkenal sebagai sejenis burung yang dapat berdiri dengan sebelah kaki selama berjam-jam. - Agensi
-kosmo

Gaddafi jadi sasaran serangan Britain


PENYOKONG Muammar Gaddafi berang sambil menunjukkan serpihan peluru yang dijumpai pada bangunan Bab Al-Aziziyah, kubu kuat Gaddafi selepas tentera bersekutu menyerang bangunan berkenaan, malam tadi. - Foto REUTERS
bharian



LONDON - Setiausaha Pertahanan Britain, Liam Fox (gambar) mengaku bahawa Britain menjadikan Pemerintah Libya, Muammar Gaddafi sebagai sasaran sah untuk dibunuh sambil memberi jaminan orang awam akan terselamat daripada serangan tersebut, lapor sebuah akhbar semalam.
Kenyataan itu jelas bercanggah dengan kenyataan pegawai Pentagon dan pemimpin Barat lain yang menegaskan Gaddafi bukanlah sasaran operasi ketenteraan yang dikenali sebagai Operasi Odesi Subuh itu.
Fox juga menyatakan Britain berikrar untuk menghancurkan seluruh infrastruktur ketenteraan Gaddafi.
Dalam serangan malam kedua oleh tentera sekutu Barat, sebuah bangunan pentadbiran tiga tingkat yang terletak dalam kawasan istana Gaddafi dikenali sebagai Bab Al-Aziziya musnah sama sekali selepas dibom. Seramai 300 penyokong pemimpin itu dipercayai berada di kawasan sama semasa serangan berkenaan.
Tentera Britain membedil menggunakan peluru berpandu dalam serangan itu. Pesawat Tentera Udara Diraja Britain (RAF) pula melakukan pengeboman lanjut ke lokasi sama yang menempatkan kuarters-kuarters, berek-berek tentera, senjata anti-pesawat dan kemudahan lain.
Sekurang-kurangnya 112 peluru berpandu Tomahawk dilancarkan oleh tentera Amerika dan Britain yang memusnahkan 20 daripada 22 sasaran yang terletak di sekitar Tripoli dan Misrata.

Pesawat Stealth pulang selepas bom Libya




SALAH satu daripada tiga buah pesawat kalis radar B-2 Spirit tiba di pangkalan udara Whiteman di Missouri setelah menyelesaikan operasi di Libya.


MISSOURI - Seramai enam orang juruterbang pesawat kalis radar B-2 Stealth selamat pulang ke Amerika Syarikat (AS) selepas mengharung perjalanan sejauh 18,507 kilometer dari Libya, lapor sebuah akhbar semalam.
Dipandu oleh dua pemandu setiap pesawat, mereka terpaksa berada di dalam kokpit pesawat selama 25 jam untuk menyempurnakan tugasan mengebom Libya.
Semua juruterbang itu membuat perjalanan dari Pangkalan Tentera Udara Whiteman di Missouri ke Libya dan kembali semula ke pangkalan.
Menurut Tentera Udara Amerika Syarikat, ketiga-tiga buah pesawat itu tiba pada pagi semalam selepas operasi pertama yang menyaksikan lebih 112 peluru berpandu Tomahawk telah dilancar dari kapal perang tentera bersekutu di Laut Mediterranean.
Tidak dapat dipastikan bagaimana para juruterbang itu mampu berjaga sepanjang Operasi Odesi Subuh itu. Tetapi sebelum ini, terdapat katil lipat di bahagian belakang tempat duduk pemandu.
Mereka juga mustahil untuk menggunakan alat kawalan pandu automatik untuk keseluruhan perjalanan, apatah lagi sewaktu mengebom sasaran kerana operasi tersebut memerlukan sepenuh perhatian. - Agensi

Pencemaran radiasi dalam makanan di Jepun serius




GAMBAR tidak bertarikh Jabatan Kesihatan Taiwan yang disiarkan kelmarin menunjukkan sampel kacang parang tercemar radiasi yang diimport dari Jepun.


TOKYO - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan pencemaran radiasi dalam makanan susulan letupan di loji nuklear Fukushima-Daiichi akibat gempa bumi dan tsunami merupakan situasi yang serius.
Dalam satu kenyataannya semalam, WHO memberitahu bahawa debu radioaktif yang kini tersebar di udara telah menyebabkan makanan dan bekalan air bersih tercemar.
"Tidak dapat dinafikan, pencemaran ini adalah serius," kata jurucakap WHO di Manila, Peter Cordingley dalam wawancara telefon dengan agensi berita Reuters.
"Ia jauh lebih serius berbanding jangkaan awal bahawa pencemaran ini cuma terhad dalam lingkungan 20 hingga 30 kilometer dari loji tersebut. Beberapa bahan makanan tercemar telah ditemui di luar zon kontaminasi," tambahnya.
Susulan perkembangan tersebut, Kementerian Luar Jepun menggesa orang ramai yang tinggal dekat dengan loji berkenaan supaya tidak meminum air paip selepas ia dikesan mengandungi bahan iodin radioaktif.
Setakat ini, beberapa kes sayuran dan susu dicemari radiasi mencetuskan kebimbangan di Jepun dan negara-negara serantau walaupun Tokyo berulang kali memberi jaminan bahawa tahap pencemaran itu tidak merbahaya.
Sebagai langkah pencegahan, kerajaan Jepun melarang penjualan susu mentah dari negeri Fukushima dan bayam di sebuah kawasan berdekatan. Mengulangi jaminan kerajaan Jepun sebelum ini, Cordingley berkata, tiada bukti bahawa makanan tercemar yang dikeluarkan di Fukushima sampai ke negara-negara lain.
BEBERAPA pekerja sedang menyiapkankubur besar untuk mengebumikanmangsa-mangsa tsunami di BandarHigashimatsushima, negeri Miyagi.


Jepun mengeksport buah-buahan, sayuran, produk tenusu dan makanan laut dengan Hong Kong, China dan Amerika Syarikat (AS) merupakan pelanggan terbesarnya.
Sementara itu, Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Yukiya Amano mengaku situasi nuklear Jepun masih amat serius tetapi memberi jaminan negara itu akan dapat menanganinya secara efektif.
Amano melahirkan keyakinan itu ketika mempengerusikan satu mesyuarat tergempar 35 negara yang membentuk lembaga pentadbiran IAEA di Vienna semalam.
"Krisis loji nuklear Fukushima-Daiichi yang terletak 240 kilometer ke utara Tokyo masih belum selesai dengan situasi di loji itu masih serius. Namun saya yakin ia akan dapat ditangani," katanya.
Beberapa reaktor nuklear di loji Fukushima-Daiichi meletup dan terbakar seterusnya melepaskan pencemaran radiasi sejak timur laut Jepun dilanda gempa bumi kuat berukuran 9 pada skala Richter dan tsunami pada 11 Mac lalu.
Setakat ini, angka rasmi kematian adalah 8,450 orang dengan 12,931 masih hilang manakala anggaran kerugian akibat malapetaka berkembar itu mencecah AS$235 bilion (RM717 bilion). - Reuters
-kosmo