Pages

Showing posts with label diam. Show all posts
Showing posts with label diam. Show all posts

Monday, November 22, 2010

MUNGKIN LEBIH BAIK DIAM

Bismilahirahmanirahim....

LEBIH BAIK DIAM

Banyak Kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam , kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.

Nabi SAW bersabda : "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai."(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang .Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik,baginda menjawab : "Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan,tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat."(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian juga kepada orang bawahan sama ada kerana usia atau pangkat. Anas r.a , pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata: "Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh " Ah!" terhadapku dan belum pernah beliau menegur ,kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini? "(Riwayat Ahmad)

Ingatlah kepada sabda Nabi SAW : "Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor"(Riwayat Bukhari)

"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".(Riwayat Abu Naim)

Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik 'diam', usah gusar di label 'budak yang pendiam'.

Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina,yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.

Diam orang mukmin itu ibadah,Ibadah tanpa perbuatan,Ibadah rasa,Ibadah ini tidak meletihkan,

Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,Yang hatinya didalam kelalaian,Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

Kadang-kadang memikirkan dosanya,Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,

Atau dia meniatkan, dia diam itu,Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,Kadang-kadang dia diam itu,kalau dia bercakap,Takut dia melakukan kesalahan,Seperti dia mengumpat atau,Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,

Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,Baik atau jahat,Dia biarkan saja orang itu bercakap,Dan mendengar sahaja,Kerana nak mengenal orang itu,

Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,Ataupun kecuaian dan kelalaian,Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,

Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu,

"Diam-diam ubi berisi"

atau"Diam-diam tong kosong"

HIKMAH BERDIAM DIRI

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh karena itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik,karena kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak bicara.

HIKMAH DIAM1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.2. Perhiasan tanpa berhias.3. Kehebatan tanpa kerajaan.4. Benteng tanpa pagar.5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.6. Istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal.7. Menutupi segala aib.

Rasullulah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)

Menasihati Orang yang bersalah , tidak salah.Yang salah memikirkan kesalahan orang.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan Jalan yang terbaik ialah diam. Diam kalau kita tidak dapat berbicara kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

CAHAYA PETUNJUK

Monday, April 19, 2010

Personaliti: Strategi berdiam diri

Oleh M Thillinadan

2010/03/21

Usahawan anggap amalan bantu kejayaan syarikat bertaraf global

MUNGKIN ramai daripada kita tidak pernah terfikir bahawa tindakan berdiam diri (silence) boleh menjadi sesuatu yang amat berkuasa. Tindakan membisu seribu bahasa atau menahan diri daripada bercakap mempunyai kekuatan yang tidak pernah dirasai dan boleh menjadi pengalaman yang menukar kehidupan seseorang, membantu menilai diri, sejarah dan masa depan seseorang. 

Malah, dalam ‘silence’ seseorang boleh dikatakan boleh mencapai kejayaan luar biasa, menggunakan masa itu untuk menyelami permasalahan, menilainya dan merancang bagaimana untuk mengatasinya.
Itulah juga rahsia kejayaan pengasas dan pengerusi eksekutif QI Group Of Companies, Datuk Vijay Eswaran, anak tempatan yang kini mengetuai konglomerat yang rangkaiannya merentasi hampir semua benua, Eropah, Amerika, Afrika, Australia selain Asia membabitkan lebih 90 negara. Dengan permulaan kecil kira-kira 12 tahun lalu bersama sekumpulan 11 anak muda daripada beberapa negara serantau dan Eropah, khususnya ketika zaman awal ledakan e-perdagangan dan dengan pangkalan mereka di Hong Kong, pendapatan Kumpulan QI kini mencecah hampir US$1 bilion (RM3.5 bilion) setahun. 

Bermula sebagai sebuah syarikat jualan langsung melalui konsep e-perdagangan pada 1998, QI yang kini terbabit dalam lebih 28 jenis perniagaan termasuk industri pelancongan, khususnya pelancongan kesihatan, pelaburan dan pembangunan hartanah, telekomunikasi, jualan langsung pengembaraan, resort, produk kesihatan, stesen televisyen, jam tangan, kini mempunyai 5.5 juta pelanggan di seluruh dunia. 

Vijay, 50, anak kelahiran Pulau Pinang berkata mendapat ilham dan inspirasi untuk terbabit dalam perniagaan selepas setahun menjelajah ke beberapa negara Eropah, selepas tamat pengajian ijazah sarjana muda di United Kingdom. 

Dalam tempoh setahun itu beliau melakukan banyak kerja sementara termasuk di ladang ladang anggur, pembinaan dan atendan ambulans di Itali, Belgium, Sepanyol dan Denmark sebelum menyertai sebuah biara di Itali. 
Di situlah juga, Vijay berdiam diri yang disifatkan membolehkannya menemui kekuatan dan mencungkil rahsia dirinya. Sehingga hari ini, beliau masih mendiamkan diri sejam sehari, sama ada antara jam 4 dan 5 pagi atau 5 hingga 6 pagi sebelum matahari terbit. 

Tokoh perniagaan yang berperwatakan rendah diri ini juga sentiasa diundang untuk memberi ceramah di seluruh dunia, sama ada untuk tujuan motivasi, perniagaan, kepemimpinan dan kerohanian, termasuk kuasa berdiam diri itu. 

Malah, pada 2007, Vijay juga dijemput untuk berucap pada Forum Perniagaan CHOGM di Uganda dan Simposium Kepimpinan dan Perniagaan Antarabangsa di Parlimen Eropah. 

Beliau kemudian memutuskan untuk menulis buku mengenai rahsia dan kekuatan ‘silence’. Buku dinamakan ‘In The Sphere Of Silence’ disifatkannya sebagai ‘alat untuk mencapai kejayaan dalam zaman serba moden’ ini. 

Buku ini adalah falsafah perjuangan dan hidupnya. Kali pertama dikeluarkan pada 2004 untuk kegunaan sendiri, tetapi atas permintaan ia diterbitkan semula dan dilancarkan di Expo Buku Amerika di New York dalam tujuh bahasa dan sudah dijual melebihi 25,000 naskhah di seluruh dunia. 

Buku ini mengenai pengurusan hidup - digunakan untuk kehidupan harian dan profesional, khususnya dalam perancangan perniagaan. 

Dalam bukunya, Vijay berkata: ‘In silence, truth is loudest’, ‘You are the master of every word that you are yet to utter, but a slave to every word you have already uttered.’ (Dalam berdiam diri, kebenaran yang paling nyata. Anda menjadi tuan kepada setiap perkataan yang bakal diucap tetapi hamba kepada semua kata-kata yang sudah diucap.” 

Baginya, mesejnya jelas - “Korbankan sejam setiap hari daripada 24 jam dan anda akan dapat mengawal 23 jam lagi”. Bagaimanapun, katanya, usaha itu mesti berterusan, bukan saja tidak bercakap, juga tidak boleh mendengar muzik atau menonton televisyen atau tidur. Ia mesti satu jam yang paling produktif untuk minda. 

Amalan itu diterapkan dalam syarikatnya dan selepas 12 tahun merantau di negara orang, Vijay memutuskan untuk memindahkan operasi QI ke Malaysia. Untuk tujuan itu, QI membeli sebuah bangunan 16 tingkat di PJ8 (bertentangan Hotel PJ Hilton, Selangor) pada harga RM60 juta untuk dijadikan ibu pejabat globalnya. 

Ditanya tujuan kembali ke Malaysia, Vijay berkata ia atas dorongan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu pertemuan di luar negara. 

Antara projek besar dalam negara yang dalam perancangan sekarang adalah projek mewah Kelana Resort di Rompin, Pahang dengan pelaburan bernilai RM700 juta, termasuk pemuliharaan hutan hujan berusia lebih 110 juta tahun di sekitarnya. 

Kumpulan itu juga dalam perbincangan untuk membeli tiga hospital swasta di Kuala Lumpur berikutan kekuatannya dalam pelancongan perubatan. Butirannya akan dikeluarkan selepas selesai pengambilalihannya. 

Vijay dan syarikatnya juga tidak kurang kontroversinya, khususnya aspek perniagaan jualan langsung Kumpulan QI. Antaranya aduan mengenai perlanggaran peraturan pengguna di India dan Filipina, kesalahan model perniagaan di Iran dan Nepal, selain aduan penipuan di Indonesia. Vijay juga pernah ditahan di Indonesia dan Filipina untuk siasatan serta diletakkan dalam Red Alert Interpol di Indonesia, bagaimanapun semua tuduhan terhadap beliau dan syarikat digugurkan selepas didapati tiada kes untuk dijawab. 

INFO: Datuk Vijay Eswaran 
  • Umur: 50 tahun.
  • Isteri: Umayal (berkahwin pada 1990)
  • Pendidikan: Penang Free School, ACS Ipoh, prauniversiti (Singapura), ijazah perakaunan (United Kingdom) dan Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA)
  • Buku : In The Sphere Of Silence (2004); In The Thinking Zone; The Silent Warrior (dalam proses)
  • 1998 : Memulakan Kumpulan Quest International Ltd (QI) bersama beberapa rakan. Perniagaan produk mewah termasuk duit syiling khas, pelaburan dan pembangunan hartanah, jualan langsung dan e-perdagangan, latihan pengurusan, telekomunikasi, gaya hidup/riadah, teknologi maklumat.
  • 2006 : Dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP)