BEIJING - CHINA. Lebih 82 juta rakyat China masih hidup dengan pendapatan kurang AS$1 (RM3) sehari, walaupun negara itu adalah kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia.
Menurut laporan Channel News Asia, Pegawai kanan pembangunan kerajaan Zheng Wenkai berkata, standard kemiskinan rasmi China adalah pendapatan tahunan 2,300 yuan (RM1,200), dan lebih 82 juta orang berpendapatan kurang daripada jumlah tersebut pada akhir tahun.

"Penduduk miskin bukan sahaja berpendapatan rendah tetapi juga mengahadapi pelbagai kesukaran seperti mendapatkan bekalan air minum, elektrik, pendidikan, rawatan perubatan dan pinjaman," katanya.
Difahamkan, kebanyakan mereka tinggal di kawasan terdedah kepada bencana alam atau infrastruktur yang tidak mencukupi dan usaha membawa mereka keluar daripada kemiskinan bukan perkara mudah.
Definisi Bank Dunia terhadap kemiskinan adalah AS$ 1.25 (RM4) sehari, dan kadar kemiskinan penduduk China akan meningkat kepada lebih 200 juta jika standard antarabangsa diguna pakai.

Pembaharuan sejak lebih 30 tahun lalu dilihat membawa kepada kedakan ekonomi di China, di mana ia meletakkan Jepun yang sebelum ini berada di tempat kedua di dunia pada 2010, di belakang Amerika Syarikat.