Pages

Showing posts with label tertinggi. Show all posts
Showing posts with label tertinggi. Show all posts

Tuesday, December 25, 2012

Cinta antara 2 ‘darjat’


       
 ELISANY bersama kekasihnya, Carvalho bercanda di tepi pantai di Salinopolis, Brazil.
ELISANY bersama kekasihnya, Carvalho bercanda di tepi pantai di Salinopolis, Brazil.
BRASILIA: Walaupun memiliki ketinggian luar biasa, ia tidak menghalang Elisany da Cruz Silva menjalani kehidupan seperti remaja lain, termasuk menjalinkan percintaan dengan lelaki pilihan.

Elisany, 17, ketika ini diiktiraf sebagai remaja perempuan tertinggi di dunia dengan ketinggian 2.07 meter, manakala teman lelakinya 40.6 sentimeter lebih rendah. Apabila perlu, Elisany terpaksa membongkok untuk mencium kekasihnya, Francinaldo da Silva Carvalho, 22.


Berasal dari Salinopolis, ketinggian Elisany meningkat ketara akibat ketumbuhan pada kelenjar pituitari yang mengawal tumbesaran.

 
Foto
BAGI pasangan ini, perbezaan ketinggian tidak pernah menjadi masalah.

Ketumbuhan itu telah dibuang melalui pembedahan sebelum ini.


Menurut Elisany, dia terpikat kepada Carvalho kerana pemuda itu memiliki personaliti yang menyenangkan.


Katanya, Carvalho bijak berinteraksi, sama ada dengan orang lain atau dirinya sendiri.

“Satu-satunya aspek yang menjejaskan hubungan kami ialah ketinggian.


“Apabila kami keluar berpegangan tangan, Carvalho kelihatan seolah-olah adik atau anak saya,” katanya.

Bagaimanapun, kata Elisany, bukan dia yang memilih Carvalho menjadi kekasih, sebaliknya ia berlaku atas kehendak Tuhan. Sementara itu, Carvalho berkata, rakannya tertanya-tanya bagaimana dia memeluk Elisany.


Kata pekerja pembinaan itu, ia tidak menjadi halangan kerana setiap masalah ada penyelesaian.


“Elisany seorang yang jelita walaupun ketinggiannya sangat ketara.


“Saya tiada masalah memiliki kekasih yang sangat tinggi,” katanya. Sementara itu, Elisany berkata, selain bermasalah untuk menaiki bas sekolah, dia berhenti belajar apabila ketinggiannya menjadi bahan ejekan rakan sekelas. Di rumah pula, Elisany mengaku berdepan banyak masalah apabila sering terhantuk kayu siling. - DM

Monday, September 10, 2012

Menara Lego tertinggi di dunia




KREN digunakan untuk menyiapkan menara Lego itu.


PRAGUE, Republik Czech - Sebuah menara yang diperbuat daripada bongkah kecil Lego dibina oleh sejumlah peminat permainan itu di sini kelmarin.
Menara itu setinggi 32.5 meter sekali gus mencipta rekod dunia mengatasi ketinggian binaan yang sama di Britain.
Ketinggian binaan di Winsdor, Britain pada 6 Julai lalu itu kurang 30 sentimeter daripada yang terdapat di sini.
Pembinaan menara itu bermula pada Khamis lalu.
Bongkah kecil yang paling tinggi itu diletakkan oleh pemenang pingat emas dari Republik Czech acara mendayung di Sukan Olimpik London pada Ogos lalu, Miroslava Knapkova.
"Saya bermain pemainan Lego semasa kanak-kanak apabila bapa saya membawanya pulang ke rumah dari luar negara," katanya.
Sebanyak setengah juta bongkah Lego digunakan untuk membina menara tersebut. - Agensi

Wednesday, February 22, 2012

Temui manusia tertinggi dunia

manusia tertinggi di dunia
KUALA DUNGUN – Penduduk di sini teruja menemui manusia tertinggi di dunia sempena Pesta Gegar Riuh yang diadakan di Padang Astaka, dekat sini, petang kelmarin.

Ijaz Ahmed, 29, dari Pakistan memiliki ketinggian 2.56 meter yang disifatkan sebagai manusia tertinggi di dunia itu tiba untuk menemui warga komuniti dekat sini.

Ijaz yang sempat ditemui Sinar Harian berkata, dia mempunyai 12 adik beradik, namun semuanya mempunyai fizikal normal melainkan dirinya.

Walaupun mempunyai sifat fizikal yang jauh berbeza dengan manusia normal, namun Ijaz yang memakai kasut saiz 22 hanya mengambil makanan seperti manusia normal lain.

Ijaz yang sudah tiga kali datang ke Malaysia akan berada di sini selama tiga hari bagi memberi peluang masyarakat di sini merakam gambar kenangan dengan bayaran RM10 seorang sebagai derma mengisi tabung amal.

Temui manusia tertinggi dunia - Terengganu - Sinar Harian:

'via Blog this'

Wednesday, August 3, 2011

Menara Jeddah tertinggi dunia

DUBAI: Sebuah menara tertinggi di dunia akan dibina di Jeddah. Menara yang berharga SR4.6 bilion (RM3.63 bilion) itu akan dibina oleh Kingdom Holding milik jutawan Saudi, Putera Alwaleed bin Talal.
Satu perjanjian antara Kingdom Holding dengan Kumpulan Bin Laden juga telah ditandatangani.
Menara setinggi lebih satu kilometer itu mengandungi unit hotel, pangsapuri, kondominium mewah dan ruang pejabat.

Apabila siap, menara itu akan menggantikan bangunan Burj Khalifa yang setinggi 828 meter, sebagai menara tertinggi di dunia.


Bangunan Burj Khalifah dibina oleh Emaar Properties dengan kos pembinaan sejumlah AS1.5 billion (RM4.4 bilion).
http://www.hmetro.com.my

Thursday, April 21, 2011

Emas Hong Kong catat rekod tertinggi


SEORANG wanita berjalan melintasi sebuah kedai menjual barang kemas di Hong Kong semalam.


HONG KONG - Emas di Hong Kong mencatat jualan lebih AS$1,500 (RM4,522) satu auns (28.34 gram) semalam kerana para peniaga mencari pasaran selamat di tengah kebimbangan masalah ekonomi global.
Logam bernilai itu mencatat harga pada AS$1,500 hingga AS$1,501 (RM4,525) setiap satu auns beberapa hari selepas Standard & Poor's menurunkan hutang Amerika Syarikat (AS) dari negatif kepada stabil.
Harga emas di negara itu sebelum ini mencatat harga AS$1,495 (RM4,507) hingga AS$1,496 (RM4,510) satu auns
Para penganalisis menyatakan bahawa kesan kenaikan harga emas itu adalah akibat ketegangan yang sedang berlaku di Asia Barat, Afrika Utara dan zon Eropah serta kebimbangan hutang tinggi AS.
Sementara itu di London, harga emas turut melonjak melebihi AS$1,500 satu auns buat kali pertama semasa dolar AS berada dalam keadaan lemah selain kebimbangan inflasi tinggi dan hutang.
Keadaan itu menyebabkan para pelabur beralih kepada emas yang merupakan satu pelaburan yang selamat.
Harga emas mencecah AS$1,505.65 (RM4,539) satu auns di Pasaran Jongkong London sebelum diniagakan pada harga AS$1,503.60 (RM4,533) satu auns. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Wednesday, April 13, 2011

Arab Saudi mahu bina bangunan tertinggi 1.6 km


POSTER menunjukkan bangunan paling tinggi di dunia, Kingdom Tower yang akan dibina di Jeddah, Arab Saudi.


JEDDAH, Saudi Arabia - Keluarga diraja Arab Saudi kelmarin mendedahkan pelan membina bangunan paling tinggi di dunia, Kingdom Tower dengan kos AS$19.52 bilion (RM59.11 bilion) di sini, lapor beberapa buah akhbar semalam.
Bangunan itu setinggi 1.6 kilometer yang akan mengandungi hotel, apartmen mewah dan sebuah pusat beli-belah apabila ia siap dibina.
Ia dua kali ganda lebih tinggi dari bangunan Burj Khalifa di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang kini menjadi bangunan paling tinggi di dunia.
Masa untuk tiba di menara bangunan itu ialah 12 minit dengan menggunakan lif dan mempunyai 275 tingkat.
Projek pembinaan itu dibiayai syarikat Kingdom Holdings Company (KHC) milik keluarga diraja Arab Saudi yang dipengerusikan Putera Alwaleed Bin Talal.
Syarikat Emaar yang membina Burj Khalifa difahamkan memenangi kontrak untuk mendirikan bangunan berkenaan.- Agensi

Thursday, March 31, 2011

Ritz-Carlton hotel tertinggi di dunia




HOTEL Ritz-Carlton Hong Kong menawarkan penginapan mewah kepada pengunjungnya.


HONG KONG - Hotel Ritz-Carlton Hong Kong menjadi hotel paling tinggi dan bangunan keempat tertinggi di dunia selepas dibuka kepada orang awam kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.
Hotel yang berada di tingkat 102 ke-118 di Pusat Perdagangan Antarabangsa (ICC) itu mempunyai 312 buah bilik. Ia menawarkan pemandangan bandar dan pelabuhan, selain menyediakan kemudahan seperti pusat beli-belah seluas 93,000 meter persegi, enam buah restoran, spa dan kolam renang.
Menurut Presiden rangkaian hotel mewah itu, Herve Humler, Hotel Ritz-Carlton Hong Kong menjadi sebuah mercu tanda kepada kemuncak kejayaan selepas kerja keras selama bertahun-tahun.
"Kami mampu merealisasi sebuah hotel yang betul-betul hebat. Jadi kami mengalu-alukan tetamu bukan sahaja ke hotel yang tertinggi di dunia, malah hotel yang terbaik," katanya.
Selain itu, Ritz-Carlton telah meletakkan rasa mewah ke tahap yang baru dalam semua aspek. Menara hotel itu juga kelihatan jauh lebih tinggi daripada bangunan sekelilingnya. - Agensi
-kosmo

Monday, January 24, 2011

Restoran tertinggi dunia di Dubai





2011/01/24

DUBAI: Dubai menempa sejarah lagi apabila mencatat rekod memiliki restoran tertinggi dunia yang beroperasi di Burj Khalifa, bangunan pencakar langit tertinggi di dunia. 

Dinamakan "At.mosphere", restoran itu terletak di aras 122 di binaan tertinggi yang pernah didirikan di atas muka bumi, yang menakluki ruang angkasa Dubai.Pada ketinggian 442 meter, restoran itu terletak hanya dua aras di bawah dek tinjauan luar Burj Khalifa iaitu "At the Top".
At.mosphere boleh memuatkan 210 tetamu dan mempunyai ruang legar yang luas dan mewah, dewan makan utama, bilik makan persendirian dan ruang pameran memasak. 

"Burj Khalifa berjaya menjadi satu keajaiban kehidupan. Pengwujudan At.mosphere memberikan satu pengalaman menikmati hidangan tiada tolok bandingnya," Mohamed Alabbar, Pengerusi Emaar Properties dalam satu kenyataan. 

Emaar adalah pemaju bangunan 828m Burj Khalifa yang menempatkan pelbagai kemudahan perniagaan, dan ruang bersantai serta kemudahan kediaman dan penginapan Armani Hotel Dubai dan Armani Residences. - BERNAMA 

Friday, November 12, 2010

Oprah paling tinggi gaji




2010/11/12

LOS ANGELS: Oprah Winfrey dinamakan sebagai wanita yang meraih pendapatan tertinggi di Hollywood. 

Hos rancangan televisyen itu mengalahkan artis seperti Beyonce Knowles, Lady Gaga dan Madonna, mengumpul AS$324 juta (RM 1.001 bilion) daripada empayar medianya, termasuk rancangan bual bicaranya sendiri dan majalah untuk mengungguli senarai dikumpul majalah Forbes.Oprah, 56, mengumpul kekayaan lebih banyak berbanding bintang lain jika kelima-lima mereka digabungkan bersama, dengan Beyonce meraih AS$89 juta (RM275.14 juta), Britney Spears (AS$65 juta – RM200.95 juta), Lady Gaga (AS$64 juta – RM197.86 juta) dan Madonna mengumpul AS$59.9 juta (RM185.18 juta).
Pendatang baru di bawah usia 30 tahun membuat tanggapan besar dalam 10 senarai teratas, dengan Gaga mengalahkan mereka yang kekal dalam senarai iaitu Sandra Bullock, satu-satunya aktres dalam senarai dan Ellen DeGeneres. 

Miley Cyrus dan Taylor Swift turut menempatkan diri dalam senarai itu, dengan hos televisyen Hakim Judy berada di tangga ke-10. – Agensi 

Senarai Top 10 Wanita Hollywood yang meraih pendapatan tertinggi 2010 

1. Oprah Winfrey: $324 juta (RM1.001 bilion) 2. Beyonce Knowles: $89 juta (RM275.14 juta) 
3. Britney Spears: $65 juta (RM200.95 juta) 
4. Lady Gaga: $64 juta (RM197.86 juta) 
5. Madonna: $59.9 juta (RM185.18 juta) 
6. Sandra Bullock: $59.2 juta (RM182.93 juta) 
7. Ellen DeGeneres: $56 juta (RM173.04 juta) 
8. Miley Cyrus: $48 juta (RM148.32 juta) 
9. Taylor Swift: $46 juta (RM142.14 juta) 
10. Judge Judy: $46 juta (RM142.14 juta) 

Wednesday, October 27, 2010

Jacko terima pendapatan tertinggi



NEW YORK 26 Okt. - Kematian mengejut Michael Jackson menyebabkan seluruh dunia bersedih, namun tindakan peminat-peminatnya berbelanja meratapi pemergian Raja Pop itu menjadikannya selebriti yang memperolehi pendapatan tertinggi selepas meninggal dunia dengan memperolehi pendapatan berjumlah AS$275 juta (RM851 juta).
Menurut majalah Forbes, Jackson meraih pendapatan melebihi hasil gabungan pendapatan 12 selebriti lain.
Pada tahun lalu, Jackson menduduki tangga ketiga dengan pendapatan berjumlah AS$90 juta (RM279 juta).
Elvis Presley menduduki tangga kedua senarai selebriti berpendapatan tinggi tahun ini berjumlah AS$60 juta (RM186 juta).
Pendapatan itu hasil bayaran masuk ke kediamannya, Graceland yang kini menjadi muzium dan tarikan pelancong di Memphis, Tennessee, rancangan Cirque de Soleil dan pemberian lebih 200 lesen serta persetujuan penjualan barangan.
"Jackson yang menduduki tangga teratas tidak mengejutkan kami ekoran semakin ramai peminat kembali meminati muzik, video dan semua barangan Jackson," kata penulis Forbes, Lacey Rose.
Jackson berusia 50 tahun meninggal dunia di kediamannya di Los Angeles pada 25 Jun tahun lalu sejurus sebelum mengadakan siri konsert jelajah di London.
Penyanyi itu meninggalkan tiga orang anak dan hutang berjumlah AS$500 juta (RM1.5 bilion).
Namun, hartanah miliknya menjana berjuta-juta dolar selepas kematiannya, kebanyakan melalui jualan filem konsert This Is It, pemberian lesen, perjanjian mengeluarkan album baru dan rancangan Cirque du Soleil di Las Vegas.
"Hasil jualan katalog yang menguntungkan, filem-filem hit dan jualan album, pendapatan bekas Raja Pop itu lebih banyak daripada hasil gabungan pendapatan Lady Gaga, Madonna dan Jay-Z," kata Rose.
Penulis novel The Lord of the Rings, J.R.R. Tolkien di mana hasil tulisannya itu dijadikan filem oleh pengarah Peter Jackson menduduki tangga ketiga carta dengan pendapatan berjumlah AS$50 juta (RM155 juta).
Sementara itu, Charles Schulz yang mencipta watak Charlie Brown dan Snoopy menduduki tangga keempat dengan pendapatan berjumlah AS$33 juta (RM102 juta).
Bekas anggota kumpulan Beatle, John Lennon pula berada di tangga kelima dengan pendapatan berjumlah AS$17 juta (RM53 juta). - Reuters