Pages

Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Monday, April 9, 2012

Remaja kesal bercinta dengan bekas gurunya




GAMBAR fail Powers dan Hooker.


MODESTO, Amerika Syarikat (AS) - Seorang remaja, Jordan Powers menamatkan hubungannya dengan bekas guru lelakinya, Christopher Hooker.
Powers, 18, sebelum ini menjalin hubungan dengan Hooker, 41, semasa mereka masih menjadi pelajar dan guru di sebuah sekolah tinggi di sini.
Mereka tinggal bersama pada Februari lalu apabila Powers tidak meneruskan persekolahan manakala Hooker berhenti bertugas sebagai guru.
Hooker turut meninggalkan isteri dan tiga anaknya untuk tinggal bersama remaja itu.
Semasa mereka menjalin hubungan, kedua-duanya muncul dalam beberapa program bual bicara.
Dalam satu wawancara, mereka menyatakan tidak akan melakukan hubungan seks sehingga Powers berusia 18 tahun.
Namun, Powers memberitahu saluran ABC News dalam satu wawancara pada Sabtu lalu bahawa hubungan mereka sudah berakhir.
Hubungan itu berakhir setelah Hooker ditangkap polis pada Jumaat lalu kerana disyaki melakukan penderaan seks terhadap seorang wanita yang ketika itu merupakan seorang pelajar lebih sedekad lalu.
Dalam wawancara itu, Powers berkata: "Saya kehilangan semua perkara kerana lelaki itu. Saya kehilangan tahun senior (sekolah tinggi) saya. Saya meninggalkan semua rakan saya di sekolah tinggi kerana mereka tidak bersetuju dengan saya."
Ibu remaja tersebut, Tammie Powers menyatakan selepas Hooker ditangkap, dia membantu anak perempuannya keluar dari sebuah apartmen kecil yang menjadi tempat tinggalnya bersama bekas guru itu.
Hooker dibebaskan dari penjara selepas dia diikat jamin AS$50,000 (RM152,925). - Agensi

Tuesday, February 14, 2012

SEBUAH KISAH CINTA............

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya
harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.

"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti".

"Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan
barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

Saturday, October 15, 2011

Belaian cinta

myMetro | Belaian cinta:

KENANGAN ...Ismail menunjukkan gambar perahu besar  satu ketika dahulu  tempatnya mencari rezeki.
KENANGAN ...Ismail menunjukkan gambar perahu besar satu ketika dahulu tempatnya mencari rezeki.



KUALA TERENGGANU: “Kami tiada apa-apa rahsia istimewa kecuali kalau bergaduh, kedua-dua pihak perlu menunggu sama ada hati saya atau isteri sudah sejuk terlebih dulu, barulah kami berbincang menyelesaikan perselisihan faham dengan mengenepikan segala rasa ego,” kata Ismail Abas, 94.
Warga emas itu berkata demikian ketika mendedahkan tip kejayaannya mengekalkan perkahwinannya yang kini mencecah 74 tahun.
Di saat statistik perceraian di negeri ini berada pada tahap membimbangkan berikutan 1,454 permohonan cerai diterima Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKST) tahun lalu, Ismail dan pasangannya, Wan Chik Wan Yahya, 87, hidup harmoni sejak mereka diijabkabulkan pada 1937 meskipun tidak pernah bercinta sebelum berkahwin berikutan pernikahan berkenaan diatur keluarga masing-masing.

Malah, Ismail tidak pernah terlintas untuk mencari wanita lain sepanjang perkahwinannya meskipun pada satu ketika dia sering meninggalkan Wan Chik kerana bekerja sebagai pelayar perahu besar yang menghantar dan mengambil barang dagangan hingga ke Singapura.

“Hati isteri perlu dijaga. Sekiranya tak mampu berpoligami buat apa hendak cari yang lain, cukuplah dengan seorang saja.
'via Blog this'

Thursday, August 4, 2011

Pasangan bakal dihukum mati angkara cinta

KABUL: Dua remaja berusia 17 tahun di Afghanistan bakal berhadapan hukuman digantung atau direjam dengan batu hingga mati kerana disifatkan melakukan ‘jenayah’ selepas saling jatuh cinta dan cuba berkahwin.
Lebih mengejutkan, keluarga dan penduduk kampung pasangan terbabit juga mahu Halima Mohammedi dan Rafi Mohammed dibunuh kerana tidak bersetuju dengan keputusan pasangan muda itu untuk berkahwin kerana kebiasaannya perkahwinan diatur keluarga.
Bapa Halima, Kher Mohammed berkata kepada New York Times (NYT): “Apa yang kami mahu ialah kerajaan membunuh mereka.”
Dengan ditemani bapa saudara gadis terbabit, bapanya melawat Halima di penjara dan menuduhnya memberi malu kepada keluarga dan patut dibunuh.

Ketika pasangan itu berjumpa untuk melangsungkan perkahwinan, mereka diserang 300 lelaki yang menyeret mereka dari kereta, menuduh mereka berzina dan memulakan kekacauan.

Dalam rusuhan di kampung Jabrail berhampiran kota Herat itu, seorang lelaki terbunuh, sebuah balai polis dibakar, manakala Halima Mohammedi serta Rafi Mohammed, kedua-dua berusia 17 tahun dipenjara.

Rafi dan seorang sepupu yang membawanya untuk bertemu Halima, dipukul teruk penyerang. – Agensi
kosmo

Sunday, June 26, 2011

Tiada wang tetap sayang

NEW YORK: Kebanyakan wanita berkahwin kerana cinta dan bukannya wang, melainkan jika lelaki itu menganggur, menurut satu tinjauan baru.

Tiga daripada empat wanita berkata, mereka tidak akan berkahwin dengan penganggur dan 65 peratus berasakan tidak selesa mengikat tali perkahwinan jika mereka sendiri tidak bekerja.

Namun lebih 91 peratus wanita bujang berkata, mereka akan berkahwin kerana cinta berbanding wang.
“Ironi jika wanita lebih menitikberatkan cinta berbanding wang, namun mereka tidak berkahwin jika mereka atau bakal suami tidak bekerja,” kata Meghan Casserly, dari ForbesWoman yang menjalankan tinjauan dengan laman web YourTango.com.

Malah, katanya, 77 peratus wanita percaya mereka boleh mendapat kedua-duanya, satu hubungan yang memuaskan dan kehidupan berkeluarga, di samping kerjaya yang berkembang.

Namun 63 peratus wanita berkata, mereka bekerja 40-59 jam dan 62 peratus wanita dalam satu perhubungan berkata, mereka hanya menghabiskan tiga jam atau kurang bersama pasangan ketika minggu bekerja.

“Kerjaya benar-benar membawa kedudukan nombor satu buat wanita bekerja,” kata Casserly. “Agak ironi wanita ini percaya mereka boleh memiliki segala-galanya. Bagaimana? Bila?”
Dua daripada lima wanita dalam satu hubungan berkata, kerjaya memaksa mereka berjaga pada waktu malam, menurut tinjauan ke atas 625 wanita. – Reuters
Berita Harian Online | Tiada wang tetap sayang

Sunday, December 12, 2010

Pasangan 80 tahun temui cinta di Facebook



MOORE dan Brocklesby kini bahagia menjalani hidup sebagai pasangan suami isteri selepas berkenalan di laman sosial Facebook.


WEST YORKSHIRE - Pasangan warga emas, Barbara Moore, 77, dan Laurence Brocklesby, 82, menemui cinta menerusi laman sosial Facebook dan bakal meraikan perayaan Krismas sebagai suami isteri.
Moore dikatakan mula menggunakan komputer selepas suaminya meninggal dunia empat tahun lalu. Bekas jururawat pediatrik itu kemudian tertarik dengan profil Brocklesby yang menduda sejak 16 tahun lalu.
Bermula dengan meminta tip-tip mengenai berkebun daripada Brocklesby, pasangan itu akhirnya berbual dalam talian dan telefon selama beberapa jam setiap hari.
"Kami berbual tentang semua perkara. Sungguh mengagumkan bahawa kami mempunyai banyak persamaan dan lebih terbuka apabila berbual di Internet," kata Moore.
Pasangan itu juga meneliti profil gambar masing-masing di laman Facebook supaya dapat tahu apa yang ingin dijangkakan.
Selepas tiga bulan berkenalan dan mengalami patah pergelangan tangan, Brocklesby akhirnya dapat berjumpa dengan Moore.
"Barbara (Moore) menawarkan diri untuk membawa saya berjumpa doktor kerana saya tidak lagi boleh memandu akibat kecederaan itu.
"Dari situlah segalanya bermula," cerita Brocklesby yang mempunyai empat orang cucu.
Sebelum mengambil keputusan berkahwin, Moore menjemput Brocklesby untuk tinggal di rumahnya. - Agensi

Sunday, December 5, 2010

Bagaimana Bercinta Dengan Allah??

by Islam- The way of Life 
petikan diambil dari www.fuadlatip.com
moga kalian mendapat manfaat.. :)

Berikan saya golongan yang paling tenang sekali di antara kita masa kini?
Jawapannya ada 2 sahaja.
1. Bayi dan kanak-kanak di bawah 3 tahun.
2. Orang yang sedang asyik bercinta (bukan cinta yang bermasalah).

Kenapa dua sahaja? Kenapa saya tidak masukkan sekali mereka yang kuat amal ibadah? Maafkan saya kerana mereka yang kuat amal ibadah belum pasti jiwanya tenang. Walaupun saudara tidak setuju namun ia adalah hakikat bahawa tidak semua yang kuat beramal ibadah, hati mereka tenang. Ini kerana kita tidak tahu sejauh mana mereka ikhlas di dalam beribadah.
Berbeza dengan dua golongan yang saya katakan, semua mereka adalah orang yang tenang. Mereka asyik dengan dunia mereka. Bayi atau kanak-kanak di bawah umur 3 tahun masih belum mampu berfikir dengan rasional. Mereka masih dalam proses belajar untuk memahami sesuatu.
Mereka masih belum boleh bertutur dengan baik. Kerana itu mereka masih belum banyak berfikir. Proses pemikiran mereka meningkat dari hari ke sehari namun masih di tahap Alpha ke bawah. Apabila frekuensi fikiran berada di tahap Alpha ke bawah, ini bermakna mereka banyak menggunakan otak kanan dan mereka cukup tenang.
Kerana itulah proses pembelajaran yang terbaik adalah ketika umur di bawah 3 tahun. Di bawah umur 3 tahun inilah kita perlu memastikan sekurang-kurangnya mereka sudah mula mengenal huruf dan nombor. Ini kerana proses pembelajaran menggunakan otak kanan cukup cemerlang. Jika kita lihat lagi, mereka tidur cukup nyenyak ketika berada di umur bawah 3 tahun ini. Mereka sangat tenang.
Saya tidak mahu mengulas lanjut golongan yang pertama iaitu golongan kanak-kanak 3 tahun ke bawah. Saya suka menceritakan golongan orang yang sedang asyik bercinta yang tidak mempunyai apa-apa masalah. Saya tidak pasti bagaimana pengalaman saudara bercinta. Pengalaman saya, memang ia cukup mengasyikkan.
Ketika saya bercinta, pasangan saya (kini isteri) menyambung pelajaran di peringkat PhD di University of Southampton, UK. 4 tahun beliau di sana dan saya di Malaysia. Asyiknya kami bercinta sehingga jarak dan waktu tidak lagi merupakan faktor penghalang kami.
Setiap hari berhubung melalui Skype. Saya adalah orang yang perkenalkan Skype di UiTM ketika itu. Kerana semasa Skype yang baru diperkenalkan 3 hari, kami sudah menggunakannya. Maklumlah orang bercinta. Sentiasa mencari sesuatu agar mudah berhubung. Ketika itu bersembang sampai 3-4 jam sehari tidak menjadi masalah. Melekat sahaja di kepala saya dengan headphone yang mempunyai microphone. Macam operator telekom.
Bila isteri balik ke Malaysia setelah memiliki PhD (isteri saya mendapat PhD ketika berumur 27 tahun), kami selalu keluar hujung minggu. Panas atau hujan, berjumpa tetap berjumpa. Aduh…mengingatkan masa bercinta…ia cukup mengasyikkan.
Saudara juga mempunyai kisah cinta saudara semua. Mungkin kurang atau lebih hebat dari saya. Tetapi apa yang saya ingin kupaskan di sini,PERASANKAH SAUDARA BAHAWA ALLAH MEMBERIKAN PERASAAN CINTA SESAMA KITA SUPAYA KITA TAHU BAGAIMANA CARANYA UNTUK BERCINTA DENGAN ALLAH? Apakah ubat rindu ketika bercinta? Berhubung dan berkomunikasi bukan? Kita sanggup berkomunikasi berjam-jam lamanya. Panas telinga kita pun dengan telefon yang melekat di telinga, kita tak peduli. Jika seminggu sekali telefon berjam-jam tidaklah hairan. Ini setiap hari.
Kalau orang lain melihat, sudah pasti tidak memahami apakah yang diborakkan sehingga mampu bertelefon setiap hari berjam-jam lamanya. Cuba sehari tidak berhubung? Aduhhh…pasti tidak semangat melakukan apa jua kerja jika sehari tidak mendengar khabar orang yang kita cintai. Bukan sekadar itu, pelbagai perasaan tidak tenang muncul. Apatah lagi kalau tersilap melakukan kesalahan. Bertan-tan maaf diucapkan. Sanggup melakukan apa sahaja untuk meminta maaf.
Apabila berjumpa dengan pasangan, kita bagaikan lupa segalanya. Berjalan di tengah panas pun kita tidak peduli. Tidak hairan dengan orang ramai. Kita fokus dan asyik dengan percintaan kita bersama pasangan. Aduhh….sungguh gembira saat itu. Kita KUSYUK bercinta.
Jika kita diminta pasangan untuk menjaga barangnya sekejap seperti beg tangan atau apa jua, kita menjaganya dengan begitu berhati-hati. Kita takut jika terjadi apa-apa pada barang yang kita diamanahkan untuk menjaganya oleh pasangan kita.
ORANG BERCINTA INI ADALAH ORANG YANG TENANG. MEREKA BERADA DI TAHAP ALPHA KE BAWAH. Frekuensi otak mereka cukup perlahan dan rendah. Mereka banyak menggunakan otak kanan ketika ini. Jangan hairan ketika ini orang bercinta cukup hebat bermadah dan berpuitis dengan bait-bait cinta dan pujuk rayu. Mereka asyik sehinggakan tidak peduli dengan panas, hujan, penat, kesesakan dan apa jua pun. Yang penting sentiasa bersama dengan pasangan.
Apakah pengajarannya kepada kita dengan bercinta ini? Apakah iktibar yang Allah berikan pada kita dengan pemberian perasaan cinta sesama manusia ini?
Pernahkah kita memohon kepada Allah untuk bercinta denganNya? Apa yang kita biasa lakukan adalah memohon kepada Allah agar Allah mengasihi kita. Menyayangi dan mencintai kita. NAMUN KENAPA KITA TIDAK PERNAH BERDOA AGAR ALLAH TITIPKAN RASA KASIH, CINTA DAN SAYANG KEPADA ALLAH DALAM JIWA KITA?
Bagaimana ingin tahu samada kita kasih, cinta dan sayang pada Allah atau tidak? Mudah sahaja. Orang yang bercinta akan sentiasa berkomunikasi untuk menghilangkan rindunya pada pasangan mereka. Jadi ia sama sahaja jika kita ada perasaan kasih, cinta dan sayang pada Allah. Pastinya setiap saat kita akan berkomunikasi dengan Allah untuk menghilangkan rindu kita. Malahan kita akan lebih berkomunikasi kerana kita bukan sekadar rindu, kita mengharap, memohon, berdoa, dan memuja Allah. Pengajaran inilah yang kita tidak endahkan selama ini.
Apabila ada rasa kasih, cinta dan sayang pada Allah, walau apa jua keadaan pun kita sanggup untuk berhubung dengan Allah. Kita sentiasa berkomunikasi dengan Allah walau apa jua keadaan dan masa. Di mana berada dan bila pun jua. Sepertimana kita bercinta, sanggup berjumpa, berjalan, menemani pasangan kita walaupun ketika hujan, panas, sesak dan sebagainya.
Semua yang ada di dunia dan di langit dan di antaranya adalah milik Allah. Kawan-kawan kita malah diri kita adalah milik Allah. Namun mengapa kita tidak menjaga milik Allah sepertimana kita menjaga barang milik pasangan kita? Kenapa kita sering sakitkan hati kawan-kawan atau orang lain yag kita tidak kenali sedangkan semua mereka adalah milik Allah yang kita kasih, cinta dan sayangi? Kenapa kita rosakkan harta benda dan alam sekitar di dunia ini sewenang-wenangnya sedangkan semua itu milik Allah?
Tidak kasihkah kita pada Allah? Tidak cintakah kita pada Allah? Tidak sayangkah kita pada Allah?
Jika kita kasih, cinta dan sayang, sejauh mana kita sebenarnya kasih, cinta dan sayang pada Allah setelah saudara membaca artikel saya ini?
Berkomunikasilah sentiasa setiap saat dengan Allah. Panjatkan doa memohon agar Allah berikan rasa kasih, cinta dan sayang pada Allah dalam hati kita. Selama ini kita memohon agar Allah sahaja kasih, cinta dan menyayangi kita. Jadi mulai hari ini, kita ubah sedikit permohonan kita pada Allah.
Bila kita sering berkomunikasi dengan Allah, jiwa kita tenang kerana kita fokus kepada perhambaan diri pada Allah. Kita berfikir dalam frekuensi Alpha ke bawah. Kita lebih redha dengan Qada’ dan Qadar Allah. Jiwa kita kental. Kita akan jadi asyik dengan Allah sepertimana asyiknya orang bercinta. Kita akan lebih kusyuk di dalam solat. Kita akan lebih positif untuk berubah dan perubahan ini akan menjadi kekal kerana Allah juga kasih, cinta dan menyayangi kita.
Saudara, berkomunikasilah dengan Allah. Inilah satu-satunya cara untuk PERUBAHAN YANG KEKAL. YANG TIDAK PERNAH DICERITAKAN OLEH PAKAR-PAKAR MOTIVASI SECARA SAINS DAN SPIRITUAL.

Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah. :)

Friday, December 3, 2010

Cinta Itu Bukan Tuhan


Seorang suami pernah meluahkan rasa hatinya kepada saya. Yakni tentang gangguan perasaan yang dialaminya. Dia diusik kenangan lama apabila bertemu dengan bekas kekasihnya semula. Entah kenapa perasaan cinta mereka seakan berputik kembali.

"Kami terlalu cinta. Malangnya kami tidak ada jodoh. Kami terpaksa berpisah dan kemudiannya menemui jodoh masing-masing."

Dia mengadu setelah hampir sepuluh tahun, tidak sangka hatinya masih berbunga cinta. Dan ajaibnya cinta, ia tidak mengenal usia. Sedangkan kini dia sudah punya dua orang anak dan bekas kekasihnya pun ada seorang anak. Masing-masing sudah punya keluarga.

"Apa masalahnya?" tanya saya seperti sukar memahaminya.

Dia kemudian mengakuinya bahawa bekas kekasihnya pun rupa-rupanya juga masih mencintainya.
Cinta bukan Tuhan, itulah jawapan pendek yang saya berikan padanya. Saya tegaskan tidak semua kehendak cinta mesti kita patuhi.
Bila cinta melanggar batas-batas rasional, nilai-nilai kemanusiaan dan yang paling utama melanggar syariat, kehendaknya mesti dihentikan.

Saya ingatkan kepadanya, pertimbangkanlah bagaimana nasib isteri dan anak-anaknya nanti jika kehendak cinta yang "gila" itu dipenuhi. Pergi memburu cinta yang tidak pasti, lalu meninggalkan anak-anak dan isteri yang diamanahkan Allah...
Berbaloikah?

Dan yang paling utama, bagaimana pula hukum Allah yang akan dilanggar jika hubungan terlarang (haram) itu diteruskan?

Mencinta isteri dan suami orang adalah haram. Curang itu khianat. Khianat itu adalah antara ciri kemunafikan.
Ya, cinta memang buta, tetapi orang yang bercinta (lebih-lebih lagi orang beriman) jangan pula sampai buta mata hati untuk mengawal dan mengendalikan rasa cinta. Demi cinta sanggup berdosa? Demi cinta sanggup menempah neraka? Fikir dan zikirkanlah (ingatkanlah)!

Malangnya, begitulah realitinya kini.  
Cinta dimartabatkan terlalu agung dan disanjung membumbung...
Demi cinta segala-galanya berani diterjah dan sanggup diredah.
Tidak percaya? Bacalah masalah-masalah masyarakat yang dipaparkan di dada akhbar atau majalah.
Isteri jatuh cinta pada suami orang. Suami jatuh cinta kepada wanita lain dan rela meminggirkan isteri sendiri.
Bila ditanya kenapa? Kebanyakannya menjawab, "apa boleh buat, kami sudah jatuh cinta!"

Inilah gara-gara dan bahananya menonton filem cinta versi Bollywood, Hollywood atau filem-filem "yang sewaktu dengannya".
Inilah impak lagu-lagu cinta yang menyumbat telinga dan menyempitkan jiwa. Secara tidak sedar filem-filem dan lagu-lagu itu telah menawan "akal bawah sedar" sesetengah masyarakat, bukan sahaja remaja, bahkan "retua" hingga sanggup menobatkan cinta sebagai Tuhan dalam kehidupan.

Lihat sahaja bagaimana hero dan heroin dalam filem-filem tersebut sanggup melepasi apa jua halangan demi penyatuan cinta mereka. Pengorbanan demi cinta disanjung dan dipuja walaupun jelas melanggar tatasusila dalam beragama. Kerap kali ibu-bapa dipinggirkan, kononnya kerana menghalang kehendak cinta. Apa sahaja plot dan klimaks cerita, cinta akan dimenangkan.

Seolah-olah tujuan hidup manusia hanya semata-mata untuk cinta!
Mari kita renung sejenak. Cuba tanyakan siapakah yang mengurniakan rasa cinta di dalam hati setiap manusia? Tentu sahaja jawabnya ialah Allah. Allah mencipta manusia, hati, akal dan perasaannya. Cinta itu fitrah yang dikurniakan Allah pada setiap hati. Lalu kita tanyakan lagi untuk apakah Allah berikan naluri cinta ini?

Untuk Apa Manusia Diciptakan?
Untuk mengetahui apa tujuan cinta kita perlu kembali kepada persoalan asas, untuk apa manusia dijadikan? Ini adalah kerana semua yang diberikan Allah kepada manusia adalah untuk memudahkan manusia menjalankan tujuan ia diciptakan oleh Allah.
Apakah tujuan Allah menciptakan manusia?
Tidak lain, hanya untuk menjadi hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini.
Ini ditegaskan sendiri oleh Allah melalui firman-Nya:
"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menjadi hamba (beribadah) kepada-Ku." (Surah Al Dhariyat, 51: 56)

Dan Allah menegaskan lagi:
"Kami jadikan di muka bumi manusia sebagai khalifah."
Dua tujuan penciptaan manusia ini adalah amanah yang sangat berat.

Allah menegaskan lagi:
"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, namun semuanya enggan memikul amanat itu kerana mereka khuatir mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu tersangat zalim dan jahil." (Surah Al Ahzab, 72)

Sebagai hamba Allah, manusia perlu mengabdikan diri nya kepada Allah setiap masa, ketika dan di mana sahaja.
Ia perlu menjadi manusia yang baik melalui ibadah-ibadah fardu Ain yang diwajibkan secara personel oleh Allah ke atas dirinya.
Dan sebagai khalifah di muka bumi, manusia perlu mengurus, mentadbir dan memakmurkan muka bumi ini berpandukan hukum-hakam Allah s.w.t.
Ini adalah tanggung-jawab yang berat dan memerlukan penyertaan orang lain bersama-sama untuk dilaksanakan. Kebanyakannya amalan berbentuk fardu kifayah ini memerlukan tenaga jemaah.

Allah swt Maha Mengetahui akan kelemahan manusia. Dua tujuan yang besar penciptaan manusia itu tidak boleh dipikul secara bersendirian. Justeru, awal-awal lagi manusia wujud secara "co-existance" (ujud secara bersama). Kebersamaan ini sangat perlu untuk memberi kekuatan bagi memikul tujuan hidup yang sangat besar dan berat itu. Dan titik awal perpaduan antara seorang manusia dengan seorang manusia yang lain ialah hubungan suami-isteri yang membentuk sebuah keluarga.

Keluarga adalah nukleus yang pertama dalam hubungan sesama manusia. Daripada sebuah keluarga terbentuklah masyarakat, daripada penyatuan masyarakat terbentuklah daerah, negeri, negara dan akhirnya dunia kehidupan yang lebih besar dan luas. Lihatlah bagaimana segala bentuk perhubungan itu semuanya berasal daripada hubungan seorang lelaki (suami) dan seorang wanita (isteri).

Maha suci Allah yang menyatukan manusia dalam pakej-pakej perhubungan yang bernama keluarga, masyarakat, daerah, negeri, negara dan dunia antarabangsa. Semua itu untuk apa?

Ya, untuk bersatu bagi menjalankan peranan mereka sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi. Tugas yang berat dan mencabar itu akan terasa lebih mudah jika dipikul bersama-sama. Tanpa hubungan dan bantuan daripada orang lain, manusia tidak akan terpikul amanah yang besar itu.

Sesungguhnya, untuk memulakan tapak asas atau benih permulaan hubungan antara manusia dengan manusia itulah Allah ciptakan rasa cinta. Allah datangkan rasa rindu, sepi dan inginkan teman di dalam hati Nabi Adam. Pada hal Nabi Adam tinggal di syurga – tempat terhimpunnya segala nikmat dan keindahan.

Namun, tanpa seorang "teman wanita", Nabi Adam masih terasa kesepian jua. Allah jugalah yang mengurniakan rasa itu, untuk menjadi sebab terbentuk hubungan suami-isteri yang kemudiannya menjadi sebab pula lahirlah zuriat demi zuriat yang melahirkan generasi manusia.

Dan kemudian datanglah musim ujian. Cinta mereka berdua terpisah ketika "tercampak" ke alam dunia. Setelah sekian lama cinta mereka terpisah (sebagai kafarah satu kesalahan), akhirnya mereka bertemu di padang Arafah. Dan dari situlah bergabunglah jiwa, minda, perasaan dan tenaga mereka berdua untuk menjalankan peranan sebagai hamba Allah dan khalifah di dunia.

Cinta Hanya Jalan, Bukan Tujuan
Cinta itu bukan tujuan... Cinta itu hanya jalan. Cinta itu bukan matlamat, cinta itu cuma alat. Rasa ingin mencintai dan dicintai dalam diri setiap manusia pada hakikatnya adalah untuk membolehkan manusia melaksanakan tujuan ia diciptakan. Cinta itu mengikat hati antara lelaki dengan wanita untuk sama-sama membentuk ikatan perkahwinan demi menyempurnakan agama. Justeru kerana itulah Rasulullah s.a.w telah bersabda:"Barang siapa yang berkahwin maka sempurnalah separuh agamanya, tinggal separuh lagi untuk dilaksanakan."

Cinta memang penting, tetapi ibadah dan menegakkan hukum Allah jauh lebih penting. Sayangnya, hakikat ini sangat jarang difahami dan dihayati oleh orang yang bercinta. Tujuan cinta sering dipinggirkan. Ibadah dan hukum Allah yang tinggi dan suci telah dipinggirkan hanya kerana cinta. Kononnya, cinta itu sangat suci dan tinggi.

Mungkin rasa seperti itulah yang berbunga di dalam jiwa si suami yang diimbau nostalgia cinta lama oleh bekas kekasihnya yang saya sebut pada awal tulisan ini. Kerana cinta, terdetik dalam hatinya untuk bersama bekas kekasih walaupun terpaksa mengorbankan anak dan isterinya. Mungkin rasa cinta itulah juga yang menyebabkan ramai wanita mengorbankan kehormatan diri kepada kekasih hati demi membuktikan ketulusan cintanya. Mungkin kerana itulah juga seorang anak sanggup berpisah dengan ibu-bapanya demi memburu cinta.

Bertuhankan cinta samalah bertuhankan hawa nafsu.

Bila tujuan suci dan hakiki dipinggirkan, timbullah tujuan keji dan ilusi sebagai ganti. Sering terjadi nafsu seks dijadikan tujuan di sebalik rasa cinta. Cinta yang berbaur dengan kehendak seks inilah yang pernah dikecam oleh Al Farabi dengan katanya:

"Cinta yang berlandaskan nafsu seks adalah cinta yang diilhamkan oleh Tuhan kepada haiwan!"
Ironinya, ada yang berkata, "lelaki memberi cinta untuk mendapatkan seks. Wanita memberi seks untuk mendapatkan cinta."

Eksploitasi dan manipulasi cinta ini tidak akan memberi kebahagiaan kepada sesiapa – baik kepada lelaki mahupun kepada wanita. Lelaki yang mendapat seks dengan memperalatkan cinta, tidak akan pernah puas. Kehendak nafsu tidak terbatas dan tidak akan pernah puas.
Melayani nafsu, umpama minum air laut... semakin diminum, semakin haus.

Manakala wanita yang memberi seks, kononnya untuk mendapat cinta, tidak akan mendapat cinta yang sejati. Mereka hanya akan menemui kasanova dan lelaki hidung belang yang hanya cinta sebelum dapat apa yang diidamkan, tetapi tunggulah sebaik sahaja habis manis sepahnya dibuang. Wanita-wanita malang ini bukan hanya kehilangan cinta, tetapi hilang maruah, kehormatan dan harga diri.

Letakkanlah cinta sebagai alat untuk beribadah kepada Allah.
Wujudkanlah rumah tangga bahagia yang menjadi wadah tertegaknya kalimah Allah.

SYURGA RUMAHTANGGA
Binalah rumah-tangga di tapak iman
Tuluskan niat luruskanlah matlamat
Suami pemimpin arah tujuan
Isteri pembantu sepanjang jalan
Lalu mulakanlah kembara berdua
Kerana dan untuk... Allah jua
Di tapak iman dirikanlah hukum Tuhan
Iman itu tujuan
Islam itu jalan
tempat merujuk segala kekusutan
tempat mencari semua penyelesaian
rumah jadi sambungan madrasah
berputiklah mawaddah...berbuahlah rahmah
Inilah kunci kebahagiaan rumah-tangga
setia dan penyayang seorang suami
cinta dan kasih seorang isteri
Lalu berbuahlah mahmudah demi mahmudahlahirlah zuriat yang soleh dan solehah!

- Artikel iluvislam.com

Monday, November 29, 2010

8 Langkah Supaya Allah SWT Mencintai Kita



http://www.go-makkah.com/upload/images/news/go-makkah-hajj-oumra-h31koo-go-makkah-hajj-oumra-097hxq-hajj-2010jpgjpg.jpg
Alangkah bahagianya hidup ini jika kita disayangi dan dicintai, apatah lagi jika yang menyayangi dan mencintai kita itu adalah Tuhan yang menciptakan kita, Raja segala Raja. Pastinya Allah akan sentiasa dekat dengan hamba yang menjadi kekasihNya dan sentiasa menolong dan membimbingnya ke arah keselamatan dan kebahagiaan, di dunia dan di akhirat.
Sebenarnya petua-petua untuk disayangi dan dicintai Allah ada di dalam al Quran.
"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang mensucikan diri."
[al Baqarah:222]

Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
[ali Imran:31]

"Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar."
[ali Imran :146]

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertawakkal kepadaNya."
[ali Imran: 159]

"Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebajikan."
[al Maidah: 93]

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertakwa."
[at Taubah:7]

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil."
[al Mumtahanah:8]

"Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berperang dijalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh." [as Saff :4] 
Daripada ayat-ayat al Quran di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa untuk menjadi hamba Allah yang dicintaiNya, kita haruslah:

1. Sentiasa bertaubat dan mensucikan diri (zahir dan batin).

2. Sentiasa melakukan segala apa yang diperintahNya (melalui RasulNya) dan meninggalkan segala laranganNya.

3. Sentiasa bersabar.

4. Sentiasa bertawakkal.

5. Sentiasa berbuat kebajikan.

6. Bertaqwa.

7. Sentiasa berlaku adil.

8. Berjuang di jalan Allah dalam satu barisan.
Sesungguhnya cinta Allah itu tiada tandingan.
Ya Allah, kami mencintaiMu...