Pages

Showing posts with label ais. Show all posts
Showing posts with label ais. Show all posts

Friday, September 21, 2012

Ais lautan Artik semakin mencair



IMEJ satelit yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) menunjukkan kecairan ais laut yang berlaku di kawasan Artik.



NEW YORK - Sekumpulan pakar kelmarin memberi amaran kecemasan berikutan kesan global akibat kecairan ais di kawasan Artik yang tidak diramal boleh berlaku, termasuklah pelepasan gas metana dari kawasan permafrost yang ketika ini berada di bawah ais.
Universiti Columbia dan kumpulan aktivis alam sekitar Greenpeace mengadakan majlis berasingan bagi membincangkan data kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang menunjukkan bahawa ais di lautan Artik telah menyusut kepada permukaan paling kecilnya sejak ia mula direkodkan pada tahun 1979.
Menurut data daripada Pusat Data Salji dan Ais di Boulder, Colorado, imej-imej satelit menunjukkan litupan ais Artik cair kepada 3.4 juta kilometer persegi pada Ahad lalu yang merupakan titik ramalan terendah tahun ini.
"Di antara tahun 1979 dan 2012, kita mengalami penurunan ais laut sebanyak 13 peratus bagi setiap dekad, melonjak daripada kadar enam peratus di antara tahun 1979 hingga 2000," kata pakar oseanografi, Wieslaw Maslowski ketika berucap pada majlis Greenpeace.
"Jika trend ini berterusan kita akan kehilangan ais laut menjelang hujung dekad ini," Maslowski. - AFP

Sunday, May 8, 2011

Ais Artik kian cair

Foto
SATU kawasan bongkah ais semakin mengecil di timur Greenland.



Foto
BONGKAH ais mencair dekat perairan Ammasalik, Greenland.



Amaran banjir lebih besar ancam dunia

STOCKHOLM: Ais di Greenland dan keseluruhan Kutub Utara kini mencair lebih pantas berbanding ramalan dan mungkin membantu meningkatkan paras air laut global sehingga 1.524 meter kurun ini, kadar lebih tinggi berbanding yang dijangka, menurut penilaian antarabangsa.
Penemuan itu ‘menekankan langkah perlu diperhebat’ untuk memerangi pemanasan global, menurut laporan Program Penilaian dan Pemantauan Kutub Utara (AMAP), agensi saintifik Majlis Kutub Utara dianggotai lapan negara.
Amaran paras air laut lebih tinggi muncul ketika negara di dunia masih tidak berganjak dalam rundingan dua dekad lamanya bagi mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida dan gas rumah hijau lain dipersalahkan atas pemanasan global.

Paras air laut meningkat dijangka membawa beberapa kerosakan besar akibat pemanasan global, tenggelamnya pulau kecil sehinggalah banjir di landasan kereta api bawah tanah kota New York.

Paras air laut tidak meningkat secara sama rata di seluruh dunia kerana ombak, angin dan faktor lain berbeza-beza, namun kawasan tanah rendah seperti Bangladesh dan Florida kemungkinan terjejas teruk.

Laporan baru itu, yang mana kesimpulannya diperoleh agensi berita, dijangka dibentangkan kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Rodham Clinton dan menteri luar tujuh negara anggota dalam mesyuarat Majlis Kutub Utara minggu depan di Greenland.
Ia terlebih dulu dibincangkan oleh kira-kira 400 saintis antarabangsa dalam satu persidangan di Copenhagen, Denmark, minggu ini.

Menggariskan teknik penyelidikan yang baru dan kertas saintifik terkini, laporan AMAP menaik taraf ramalan dibuat panel pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke atas perubahan iklim dalam penilaian besar-besaran terakhirnya pada 2007.

Pencairan glasier Kutub Utara dan permukaan ais Greenland, dijangka membantu menaikkan paras air laut global kepada 35 hingga 63 inci (90 hingga 160 sentimeter) menjelang 2100, kata AMAP. – AP


INFO



  • Pencairan glasier Kutub Utara dan permukaan ais termasuk lapisan ais besar-besaran Greenland, dijangka membantu menaikkan paras air laut global kepada 35 hingga 63 inci (90 hingga 160 sentimeter) menjelang 2100



  • Greenland kehilangan ais dalam tempoh 2004-2009 empat kali ganda lebih pantas berbanding pada 1995-2000 



  • bharian

  • Wednesday, January 26, 2011

    Kereta dipenuhi dengan ais






    KERETA milik seorang lelaki yang dikenali sebagai Pete dipenuhi dengan ais selepas dia meletakkannya di tepi sebatang jalan di Manhattan, New York pada Jumaat lalu.


    NEW YORK - Sebuah kereta yang diletakkan di sebuah tempat meletak kenderaan menjadi beku dekat East 2nd Avenue, Manhattan, New York, lapor sebuah akhbar kelmarin.
    Menurut pemilik kereta itu yang hanya mahu dikenali sebagai Pete, dia meletakkan kereta tersebut pada waktu malam Jumaat lalu.
    Pete berkata, sebatang paip air bocor di laluan pejalan kaki menyebabkan air melimpah sekali gus menyebabkan salji pada keretanya itu menjadi cair.
    Beberapa pejalan kaki seolah-olah tidak percaya apa yang dilihat mereka semasa melintasi kereta tersebut kerana ia kelihatan seperti satu ukiran kaca.
    "Ia kelihatan ganjil. Saya pada mulanya menganggap (kereta itu diliputi ais) sebagai palsu," kata seorang wanita, Laorraine Dagastino.
    - Agensi

    Thursday, December 30, 2010

    Lelaki usia 51 tahun mandi dalam ais




    KETULAN ais diletakkan di sekeliling tubuh Wim Hof di Hong Kong semalam.


    HONG KONG - Pemegang sembilan rekod dunia mandi dalam ais, Wim Hof dari Belanda membuat promosi di sini semalam.
    Hof yang berusia 51 tahun menunjukkan kemahirannya dengan mandi dalam ais dengan tujuan untuk membangkitkan kesedaran mengenai pemanasan global.
    Dalam aksinya itu, dia berendam di dalam tangki kaca yang dipenuhi dengan ais. - Reuters

    Tuesday, November 23, 2010

    Rahsia Di Dalam Ais



    "Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan
    oleh mana-mana saintis mahupun manusia"
     
    Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.
     
    Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
     
    Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.
     
     
    Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
     
    Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
     
    Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.
     
    Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.
     
    Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.
     
    Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.
     
    Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.
     
    Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.
     
    Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.
     
    Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.
     
    Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.
     
    Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.
     
    Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
     
    Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.
     
    Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
     
    Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.
     
     
    Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh..
     
    Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.
     
    Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
     
    Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.
     
    Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.
     
    Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.
     
    Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.
     
    Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.
     
    Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut  secara langsung mampu memcuci perut dan memudahkan proses membuang air besar.
    sumber asal http://grenbara.bravejournal.com

    Saturday, October 2, 2010

    Bot diperbuat daripada ais cair




    BEBERAPA pengacara Perbadanan Penyiaran British terjun ke dalam laut selepas bot diperbuat daripada ais cair.


    GOSPORT, Britain - Percubaan beberapa pengacara stesen perbadanan Penyiaran British (BBC) untuk belayar dengan sebuah bot diperbuat daripada ais gagal apabaila ia cair dan karam di laut di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
    Projek untuk proram sains Bang Goes The Theory itu dibuat bagi menguji satu konsep luar biasa yang pernah dikemukakan pada era Perang Dunia Kedua.
    Pada era Perang Dunia Kedua itu, seorang pencipta, Geoffrey Pyke menyatakan adalah munasabah untuk menghasilkan bot diperbuat daripada kayu pulpa dan ais.
    Namun, dalam satu percubaan baru-baru ini, beberapa pengacara itu bertindak meninggalkan bot tersebut setelah ia cair di laut. - Agensi