Pages

Showing posts with label amah. Show all posts
Showing posts with label amah. Show all posts

Saturday, September 3, 2011

Amah cuti Aidilfitri peningkan majikan Indonesia

JAKARTA – Ramai keluarga di Indonesia merungut kerana amah mereka bercuti panjang selama dua minggu bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri.
Ramai amah itu pulang ke kampung masing-masing untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bermula pada Rabu lalu.
Seorang wanita yang bekerja sebagai setiausaha, Tuti Rachmawati, 34, menyatakan suami dan dua anaknya yang kecil kini jarang berada di rumah kerana ketiadaan amah.
Menurutnya, mereka kini makan di restoran di gedung beli-belah di sini.
Dia berkata, lantai rumahnya kotor kerana tidak dilap manaka pakaian kotor bertimbun tanpa dibasuh.
“Makan di restoran bermakna saya tidak perlu membasuh pinggan,” katanya.
Kebanyakan resort juga mengalami kekurangan pekerja ekoran cuti Hari Raya Aidilfitri.
Seorang pengusaha agensi pekerja yang membekalkan amah, Susilowati berkata, ramai pihak yang menghubunginya untuk mendapatkan amah sementara.
Namun, katanya, tidak ada amah yang sanggup untuk menukarkan cuti mereka dengan gaji sebanyak 100,000 rupiah (RM34.76) sehari semasa cuti Hari Raya Aidilfitri.
Ramai amah tetap di Indonesia dibayar semurah 500,000 rupiah (RM173.81) sebulan. – Dpa, kosmo

Friday, August 5, 2011

Cari amah negeri jiran

RIYADH: Selepas berdepan dengan kesukaran untuk mendapatkan pembantu rumah dari seberang laut, ramai warga Saudi kini beralih kepada anggota keluarga mereka di negara jiran, khususnya di Kuwait dan Qatar untuk membantu.
Di negara berkenaan, ia mengambil masa sebulan untuk mendapatkan pembantu rumah dari luar negara dan dengan bayaran kira-kira SR7,000 (RM5,600).

Harga itu berbeza berdasarkan warga pembantu rumah terbabit. Rakyat Saudi yang mempunyai saudara di negara itu terdorong untuk meminta bantuan mereka bagi mendapatkan pembantu rumah dengan mengguna nama mereka.

Warga Saudi ketika ini berdepan dengan kesukaran mendapatkan pembantu rumah selepas pihak berkuasa negara itu mengharamkan pengambilan amah dari Indonesia dan Filipina.

Agensi pengambil pekerja asing di negara itu tidak mempunyai banyak pilihan.

Untuk mendapatkan pembantu rumah dari Kenya dan Habsyah memerlukan masa yang lebih lama dan wang yang banyak.

Mereka yang ingin mendapatkan pembantu rumah secara haram perlu membayar gaji purata SR1,800 (RM1,440) yang boleh meningkat sehingga SR2,500 (RM2,040) pada Ramadan.

Kebanyakan mereka yang diwawancara akhbar Al-Eqtisadiah berkata, ia mengambil masa sehingga dua bulan untuk mendapatkan pembantu rumah dari negara Teluk.
Jika amah itu tidak mempunyai pekerjaan, ia boleh mengambil masa seminggu saja untuk mendapatkan khidmatnya. Salem Al-Jabar yang mempunyai saudara di Kuwait menjelaskan, dia terpaksa beralih kepada saudaranya itu untuk mendapatkan bantuan.

“Tempoh menunggu untuk dapatkan amah di negara ini terlalu lama. Ini tidak mengambil kira kosnya” kata Salem. - ANhmetro

Wednesday, June 22, 2011

Indonesia digesa bekukan amah ke Arab Saudi

JAKARTA - Ahli-ahli Parlimen Indonesia semalam menggesa pemerintah supaya menghentikan penghantaran pekerja asing ke Asia Barat terutamanya Arab Saudi selepas seorang pembantu rumah negara ini dipancung kerana membunuh majikannya.
Menurut ahli-ahli Parlimen itu, negara kaya dengan minyak dan negara Teluk lain tidak sepatutnya mengeksploitasi buruh Indonesia yang murah.
"Kami sudah meminta pihak pemerintah untuk menggantung sementara penghantaran pekerja Indonesia ke luar negara terutamanya negara-negara yang enggan menandatangani perjanjian yang melindungi hak-hak pekerja kami," kata Timbalan Speaker, Priyo Budi Santoso.
Beberapa ahli parlimen menggesa Menteri Luar, Marty, Natalegawa dan beberapa anggota kabinet Presiden Susilo Bambang Yudhoyono meletakkan jawatan ekoran layanan buruk terhadap amah Indonesia di luar negara.
Baru-baru ini, seorang amah Indonesia Ruyati Sapubi telah disabitkan membunuh majikannya yang merupakan rakyat Arab Saudi, Khairiya Hamid Mijlid dengan menggunakan pisau pemotong daging selepas dia dinafikan kebenaran untuk meninggalkan negara ini. - AFP
Kosmo! Online - Dunia