Pages

Showing posts with label sembunyi. Show all posts
Showing posts with label sembunyi. Show all posts

Saturday, April 7, 2012

Bapa sembunyi mayat anak lebih 3 tahun

NEW JERSEY: Seorang bapa menyembunyikan mayat anak perempuannya lebih tiga tahun dekat bekas kediamannya dan pada satu tahap mengalihkan mayat itu di ruang sempit, kata pihak berkuasa.
Mayat Kimberly Adler ditemui minggu ini oleh pekerja pembersihan yang diupah pemilik baru rumah itu.

Dennis Adler, 57, muncul di mahkamah daerah Monmouth, New Jersey semalam bagi menghadapi tuduhan menyimpan mayat manusia.

Adler tidak memberi sebarang pengakuan dan ditahan dengan ikat jamin AS$100,000 (RM300,000).

Polis memeriksa bekas kediaman Adler di Keansburg Selasa lalu selepas pekerja menemui mayat berkenaan.

Rekod pergigian mengesahkan mayat itu milik Kimberly Adler.


Ia mengambil masa beberapa minggu untuk mengetahui keputusan bedah siasat bagi memastikan punca kematiannya.

Kimberly tidak pernah dilaporkan sebagai orang hilang. Berdasarkan waran tangkap, Adler dituduh mengalih beberapa kali dan menyembunyikan mayat Kimberly pada pelbagai tarikh mulai 10 Ogos 2008. Rekod hartanah daerah mendapati Adler adalah duda ketika hartanahnya dijual pada Jun 2008 dan mencatatkan isterinya mati pada April 2007. - DM

Wednesday, June 15, 2011

Sorok mayat ibu demi wang


Jasmine (kiri) dan Hazel.
Jasmine (kiri) dan Hazel.

LONDON: Aktres televisyen yang menyimpan mayat ibunya selama enam bulan dalam bilik di kediaman mereka dan mengambil wang pencen milik wanita tua itu diberi amaran oleh mahkamah semalam yang mereka mungkin menghadapi hukuman penjara.
Jiran tetangga melaporkan tidak melihat Olive Maddock yang berusia 95 tahun sejak beberapa bulan lalu.

Mereka kemudian menghubungi polis dan polis merempuh masuk ke bilik Olive di mana mereka menemui mayatnya.
Janda kepada seorang profesor jurutera marin, Olive pernah bekerja sebagai penari tetapi kemudian dia menyendiri dan tinggal di kediaman yang kotor dan usang. Semalam, aktres Hazel Maddock, 61, yang pernah berlakon di samping bekas bintang EastEnders, Nigel Harman dan anak perempuannya yang berusia 35 tahun, Jasmine, mengakui mereka menghalang Olive daripada mendapat pengebumian secara rasmi.

Hazel juga mengakui melakukan penipuan selepas dia menuntut wang pencen ibunya dan kredit pencen ekoran kematian wanita tua itu.

Polis yang menyerbu kediaman kembar dua tingkat yang usang itu yang dihuni tiga wanita terbabit di Wallasey, Wirral, Merseyside, Ogos lalu amat terkejut dengan keadaan menjijikkan di rumah berkenaan. Mereka terpaksa memecahkan pintu bilik Olive sebelum menemui jasadnya terbaring di lantai. Pakar gagal mengesahkan punca kematiannya kerana keadaan mayatnya, tetapi ujian bedah siasat menunjukkan Olive mati antara dua hingga enam bulan lalu. Hazel dan Jasmine sepatutnya dibicarakan atas tuduhan kerana merahsiakan kematian Olive. Bagaimanapun, semalam dia mengaku bersalah kerana menghalang pengebumian secara sah wanita itu. Hazel juga mengaku menipu yang ibunya masih hidup bagi melayakkannya menerima faedah antara 6 Julai hingga 6 Ogos tahun lalu. Penipuan itu membolehkannya menerima bayaran pencen ibunya bernilai 176.92 pound (RM884.60) dan bayaran kredit pencen 34.44 pound (RM172.20).myMetro | Sorok mayat ibu demi wang

Tuesday, June 7, 2011

Gadis sembunyi lepas 1,500 serbu parti hari jadinya


HAMBURG:Seorang gadis remaja, semalam terpaksa melarikan diri dari parti hari jadinya selepas lebih 1,500 tetamu datang untuk menyambutnya, diekori oleh kira-kira 100 anggota polis.
Kejadian berlaku selepas gadis itu yang hanya dikenali sebagai Thessa, terlupa menetapkan parti itu sebagai sambutan ‘Tertutup,’ dalam laman Facebooknya.

Sebelas orang ditahan sementara oleh pegawai dan seorang anggota polis cedera dalam kesesakan di depan rumah gadis berkenaan.
Anggota bomba juga memadamkan dua kebakaran dalam kejadian itu sementara beberapa remaja terpaksa dirawat kerana luka akibat terpijak serpihan kaca.

Thessa sebenarnya hanya mahu mempelawa beberapa rakan ke rumahnya sempena ulang tahun kelahirannya tetapi tersilap dengan meletakkan ia sebagai acara terbuka.

Kira-kira 15,000 pengunjung Facebook mengesahkan mereka akan hadir.
Apabila ia diketahu ibu bapanya, mereka memaklumkannya kepada pihak berkuasa dan mengupah syarikat keselamatan untuk melindungi kediaman mereka.

Menurut akhbar Bild am Sonntag, meskipun pembatalannya diumumkan di seluruh bandar raya itu, 1,500 remaja tetap muncul di depan kediaman keluarga Thessa.
“Seratus anggota saya mengepung rumah itu, termasuk empat anggota berkuda. Tetapi ia gagal menghalang orang ramai daripada meraikan hari jadi itu diluar rumah gadis bernama Thessa,” kata jurucakap polis. - Agensi
myMetro | Gadis sembunyi lepas 1,500 serbu parti hari jadinya