Pages

Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Saturday, December 17, 2011

Petua Kecergasan Badan



1. Sembahyanglah, nescaya anda cergas.
2. Banyakkan makanan segar dan elakkan makanan yang telah lama dan berperam serta yang mengandungi bahan awet.
3. Hanya makan nasi yang dimasak sekali sahaja. Maksudnya, nasi yang sudah sejuk kita panaskan semula tidak baik untuk kecergasan badan.
4. Minum susu segar setiap hari.
5. Minum sedikit madu setiap hari. Boleh juga amalkan minum madu 1 sudu sebanyak 3 kali sehari.
6. Kurangkan gula putih dalam minuman, gantikan dengan gula kabung atau gula kelapa atau yang seumpamanya, yang tidak melalui proses kimia. Kurangkan minum air teh, kopi dan sebagainya. Sebaliknya banyakkan minum air suam atau air kosong.
7. Tidur awal dan bangun awal.
8. Banyakkan menghirup udara segar. Pastikan bilik atau rumah yang kita diami memiliki sistem pengaliran udara yang baik.

Wednesday, October 12, 2011

Petua Murah Rezeki:




Berikut adalah kiriman email yang saya perolehi tentang pesa nan Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah. Semoga Allah memberkati dan merahmati pengirim email tersebut juga Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.

Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah pernah berkata….. .

” setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada)”………. nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu…


Berdasarkan Hadith Nabi :
“Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”

Huraian hadith:

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. …tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris….. . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

InsyaAllah

Berusaha dan bertawakal.. …insyallah , rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,(kata Azmil Mustapha)… ..Mari kita cuba….Allahhuakhbar. ..

Insya Allah
Allahu Akbar !
~LB~

Tuesday, April 26, 2011

Petua Untuk Mengelak Rumahtangga Bercerai

by ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA
Petua 1: Berkomunikasi

Biasakan diri untuk saling berkomunikasi bersama pasangan, baik ketika berada di rumah mahupun ketika sedang berjauhan. Jika ada masalah, sebaiknya dibincangkan ketika anda atau pasangan sedang santai. Ketidakharmonian rumahtangga biasanya bermula dari kurangnya komunikasi dua arah antara suami dan isteri. Masing-masing saling menyimpan masalah seolah-olah bersendirian meskipun berada di bawah satu bumbung.

Petua 2: Bincang Jika Ada Masalah Seks
Masalah seks ternyata antara penyebab berlakunya penceraian. Mungkin ramai yang lupa bahawa fungsi hubungan seksual selain untuk mendapatkan zuriat keturunan, ia juga  untuk rekreasi dan ekspresi cinta. Ramai pasangan mengakui hubungan seksual dilakukan untuk menghilangkan tekanan setelah seharian bekerja. Bagi mengelakkan kebosanan, tiada salahnya anda lebih kreatif dalam aspek kehidupan seksual. Lokasi, teknik atau posisi yang baru adalah antara cara yang boleh dilakukan. Namun perlu diingatkan, apa yang anda inginkan dalam hubungan seks harus dikomunikasikan dengan pasangan anda.

Petua 3: Terimalah Pasangan Seadanya

Ketika seorang lelaki dan wanita berumahtangga dan hidup sebumbung maka sifat sebenar masing-masing akan terserlah. Sikap itu mungkin tidak sama seperti anda berdua di alam percintaan. Yang ada ketika itu hanyalah dua insan yang harus saling menyesuaikan diri.
Inilah kehidupan perkahwinan yang sebenarnya. Anda dan pasangan belajar mengenali perbezaan masing-masing. Dalam tempoh mengenali ini, anda akan berhadapan dengan beberapa perkara yang boleh menimbulkan konflik. Antaranya ialah perbezaan persepsi, wawasan, nilai, latar belakang dan keperibadian. Namun, perbezaan itu sebenarnya boleh diatasi jika masing-masing saling berusaha memahami dan menilai diri.

Petua 4: Jangan Biasakan Berbohong

Bagi suami, anda pasti tidak sanggup berterus-terang denga pertemuan bersama klien wanita yang cantik dan bijak hingga berlarutan ke lewat malam. Agar isteri tidak banyak bertanya dan anda sendiri enggan mencetuskan pertengkaran maka anda mengatakan perkara yang berbeza. Anda berbohong dengan alasan untuk kebaikan. Perkara ini sebenarnya akan berlanjutan dan lama kelamaan anda akan menganggap berbohong pada pasangan adalah perkara biasa. Supaya semua ini tidak terjadi maka sebaiknya anda ceritakan saja pada pasangan bahawa apa yang anda lakukan adalah untuk urusan pekerjaan semata-mata.

Petua 5: Jangan Cemburu Berlebihan

Ramai orang berkata cemburu itu tandanya sayang. Walaupun ada benarnya cemburu tandanya sayang, itu bukan bermakna anda atau pasangan boleh cemburu buta. Memang banyak perselisihan suami isteri yang berpunca daripada faktor ini. Lazimnya ia bermula dari salah tafsir dan sikap terbuka. Misalnya seorang rakan telah melihat suami keluar berdua dengan rakan sekerja wanitanya dan tanpa bertanya anda menyerang suami dan menuduhnya bukan-bukan, sedangkan dia keluar atas urusan kerja. Inilah yang disebut cemburu tidak bertempat atau cemburu buta.

Petua 6: Jangan Curang

Curang dengan pasangan selalunya terjadi kerana masing-masing tidak mahu saling terbuka atau mendengarkan apa yang dirasai atau dikeluhkan oleh pasangan. Contohnya, suami merasa jengkel kerana setiap kali pulang, isterinya tiada di rumah. Tetapi keluhan itu tidak disampaikan oleh suami ataupun sudah disampaikan, tetapi tidak didengari.
Kecurangan juga berlaku kerana pasangn kesepian, tidak merasakan kepuasan seksual atau godaan dari luar seperti tempat hiburan dengan erotis, wanita perayu dan lain-lain. Bagi menyelesaikan masalah ini, perkara pertama yang harus dilakukan adalah mencari punca permasalahannya, kemudian berusaha untuk dihindari atau disingkirkan.

Petua 7: Cari Orang Tengah

Sekiranya masalah yang berlaku antara suami isteri tidak dapat diselesaikan setelah puas berusaha, maka carilah bantuan orang ketiga sebagai orang tengah. Orang ketiga itu haruslah seorang yang dihormati oleh suami isteri, seperti mentua, bapa saudara mahupun sahabat yang sudah lama dikenali. Cara ini lebih baik berbanding anda bercerita dan mengadu kepada jiran, rakan atau teman sepejabat.

Petua 8: Tetap Mesra

Agar hubungan anda dan pasangan tetap mesra, buanglah jauh-jauh persepsi bahawa kemesraan itu hanya dikecapi ketika bercinta saja. Pada dasarnya, kemesraan itu boleh dikecapi asalkan anda berusaha.

Petua 9: Pasrah Kepada Yang Esa

Berhadapan dengan permasalahan rumahtangga, perasaan emosi memang membuak-buak. Namun, jangan terbelenggu dengannya. Berdoa dan pasrahkan diri kepada yang Maha Pencipta agar emosi tidak mempengaruhi tindakan dan permasalahan dapat diselesaikan dengan segera.

Share

Tuesday, April 5, 2011

Petua Senaman Untuk Mengempiskan Perut

by Pak Ngah - Farit Ismeth Emir




Baring di atas permukaan rata. Bengkokkan kedua belah kaki dengan tapak kaki terletak di atas permukaan. Angkat punggung perlahan-lahan sambil menahan nafas. Angkat setinggi yang boleh. Amalkan 2 kali sehari. Hasilnya akan kelihatan.
Rahsia Mudah Kuruskan Badan
1.Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan, iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg hingga 1kg dalam seminggu. Angka 0.5kg adalah angka  biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan wanita. Jangan terlalu memaksa jika anda tidak mencapai sasaran awal.
2. Tidak perlu mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat doctor.
3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi.
4. Kurangkan pengambilan makanan ataupun minuman yang manis. Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
5. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Anda disyorkan untuk menggantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak).
6. Banyakkan minum air mineral.
6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.

Sunday, March 6, 2011

Petua Untuk Mendapatkan Anak Perempuan


1. Anda digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.

2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur.

3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.


4.Banyakkan makan daging (ayam dan lembu) untuk kedua-dua pasangan, lelaki dan perempuan.

5.”Subsurface penetration”, maksudnya pancutkan air mani anda jauh dari pangkal rahim. Ini berkemungkinan sperma yang membawa gen lelaki tidak dapat bertahan lama dan mati.Ini memberi peluang untuk sperma yang membawa gen perempuan bercantum dengan ovum.




Share

Thursday, February 10, 2011

Petua Murah Rezeki


Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:
1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11 . Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad- Daruquthni dari Anas r.a.)
14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah
15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7). Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim). Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3) Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3) Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
+ Diambil dari blog Fairuz Sulaiman. Diberikan sentuhan indah oleh Oh! Islam.
OHISLAM: KONGSILAH WALAU DENGAN SATU AYAT.Petua Murah Rezeki

Wednesday, February 9, 2011

Petua ISLAM Untuk Kecantikan Diri


1. Untuk mendapatkan wajah yang segar, berseri-seri dan cantik, cucilah sekurang-kurangnya 5 kali sehari dengan air wudhuk. Jangan dilap atau dikeringkan air tersebut di anggota, biarkannya kering sendiri. Ambil sejadah, solat, berdzikir, dan berdo'a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah pergerakan. Perbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkomunikasilah dgn Allah SWT melalui zikir dan do'a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman.  Tidak hanya di bibir tetapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).-  (DOA TENGOK CERMIN)

4. Untuk mempunya bibir yang cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Untuk mendapatkan tubuh langsing, amalkan diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika berkeupayaan, berpuasa seperti Nabi Daud A.S. yakni selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan.


Monday, February 7, 2011

Petua Menangani Kritikan


Keupayaan kita untuk menerima kritikan, boleh membina diri kita ataupun menjatuhkan imej kita. Tiada sesiapa yang suka dikirtik; ia mengakibatkan kita mudah melenting atau melatah, samada secara positif mahupun secara negatif.

Selalunya apabila seseorang mengkritik atau meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap sikap kita, secara spontan kita akan respon atau bertindak melalui satu daripada 4 pilihan:

Pilihan 1: Kita biarkan saja orang itu mengkritik. Tiada apa-apa tindakan atau respon yang akan kita ambil. Masalah itu tidak akan ditangani dan kita buat ‘pekak’ sahaja.
(Pilihan ini sebenarnya akan memburukkan lagi masalah kerana kita sengaja tidak mahu mendengar atau mengambil tindakan susulan.)

Pilihan 2: Kita nafikan segala kritikan atau masalah yang telah dikemukakan atau disuarakan oleh si pengkritik.
(Pilihan ini menafikan hak seseorang itu untuk bersuara, seolah-olah keluhan atau hak untuk bersuara tidak diberi penghargaan.)

Pilihan 3: Kita beri alasan kenapa kita tidak respon atau bertindak seperti yang diharapkan.
Contoh:

AZMI: Awak sepatutnya menelefon saya semalam!

ZAMRI: Oh ya! Saya lupa la. Saya sibuk sangat semalam.

AZMI: Tapi saya menunggu sampai jam 6 petang! Sampai sudah awak tak call saya!

ZAMRI: Saya ingat awak pun selalu sibuk, jadi saya fakir lain kali ajelah.

(Pilihan ini akan membuat seseorang itu rasa lebih marah kerana kita tidak menghargai masa dan harapannya seperti yang telah dijanjikan. Jika tidak ditangani dengan betul akan mengakibatkan pertengkaran yang lebih hebat, yang mana tidak memberi apa-apa faedah kepada diri kita. Malah, akan membuat orang benci pada diri kita.

Nota: Menurut kolumnis Ann Wan Seng dalam bukunya bertajuk: “Rahsia Bisnes Orang Cina”, orang Cina amat pentingkan kepada menetapi janji. Contohnya: Apabila kita berjanji: “Nanti saya telefon balik”, jika seseorang menelefon kita, kita MESTI menelefonnya semula. Ia suatu amalan yang harus kita amalkan dan praktikkan secara konsisten dalam diri kita.

Pilihan 4: Kita ‘lawan balik’ kritikan yang dilemparkan terhadap diri kita. Ini seperti api lawan api.
(Pilihan ini mudah kita lakukan tetapi ia pasti akan memburukkan keadaan dan merosakkan perhubungan. Dalam situasi begini, selalunya ego yang tidak terkawal memainkan peranan dan menguasai diri kit. Mungkin pada saat itu kita berasa puas hati tetapi akhirnya hati kecil kita akan menyesal dengan tindakan atau respon yang kita beri. Jarang sekali dalam situasi begini sesuatu masalah itu akan dapat dirumuskan atau dapat diselesaikan secara baik. Akhirnya, orang lain sukar akan menghormati kita kerana kita mudah melenting atau melatah.)




Sunday, February 6, 2011

Petua halau semut

by Pak Ngah - Farit Ismeth Emir 
Petua 1:
Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntun bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.

Petua 2:
Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

Petua 3:
Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.

Petua 4:
Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumni semut seperti baling gula, keliling meja dan sebagainya.

Petua 5:
Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tak perlu kupas kulit bawang tersebut.

Petua 6:

Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

Thursday, January 27, 2011

Petua Elak Pedih Ulu Hati Atau Kembung


Apa itu Gastroesophageal Reflux (GERD) 
Penyakit gastroesophageal reflux (GERD) dengan kata mudah ialah pedih ulu hati. Ia berlaku apabila otot yang berfungsi menutup esofagus (bahagian salur makanan yang terletak di antara tekak dan perut) lemah. Jika ia tidak ditutup dengan sempurna, makanan dan cecair boleh kembali semula ke dalam esofagus dan menyebabkan kesakitan dan pedih, sering kali disifatkan sebagai pedih ulu hati (heartburn). Jadi bayi anda mengalami masalah ini, maka  tidak hairanlah bayi anda akan menangis.

Simptom Reflux
  • Sedu
  • Menangis
  • Lapar tetapi berhenti makan walaupun baru beberapa minit bermula
  • Menjerit
  • Menolak apabila disusukan samaada susu badan atau botol
  • Sukar untuk menelan
  • Kerap mengeluarkan air liur
  • Sakit belakang
  • Resah
  • Menegakkan kaki ketika menangis
  • Asma
  • Bersin
  • Batuk
  • Susah tidur
  • Tercekik
NOTA: Jika anda merasakan bayi mengalami reflux, buat temujanji dengan pakar sakit kanak-kanak bagi membincangkan hal ini lebih lanjut.

PETUA

1. Tinggikan bantal bayi dengan meletakkan tuala di bawahnya.

2. Letakkan bayi anda pada kedudukan menegak/berdiri sekurang-kurangnya 1/2 jam selepas dia makan atau menyusu.

3. Jika anda menyusu badan, elak daripada makan makanan berasid seperti buah-buahan citrus atau sos tomato. Elakkan juga makanan berminyak. Anda juga harus elak daripada mengambil terlalu banyak produk tenusu.

4. Jika bayi masih tidak selesa, minta doktor anda merujuk bayi anda kepada pakar pediatrik.

5. Jika ubat yang diberi doktor tiba-tiba tidak berkesan, bawa semula ke doktor untuk diperiksa semula bagi kemungkinan diberi dos yang lebih tinggi.

6. Urut lembut perut bayi arah ikut jam.




Tuesday, December 7, 2010

PETUA: Didik anak kecil SOLAT..

SAYA mempunyai seorang anak lelaki yang sangat degil, sukar mendengar kata, gemar melawan saya dan suami serta malas mengerjakan solat. Sudah letih mulut saya dan suami menasihatinya tetapi tidak berjaya. Adakah ustaz mempunyai sebarang petua atau doa yang boleh kami suami isteri amalkan bagi membuka dan melembutkan hatinya supaya mengerjakan perintah Allah.

Ibu Risau,Kajang

Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim daripada Amir bin Syuaib, Rasulullah SAW bersabda: Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat apabila mereka sudah berumur tujuh tahun dan pukullah mereka yang meninggalkannya apabila umur mereka sudah sampai 10 tahun dan pisahkan tempat tidur mereka

Sebenarnya pendidikan solat perlu dilakukan sejak anak masih kecil. Walaupun kanak-kanak kecil tidak wajib solat sebagai mana hadis riwayat Ahmad daripada Aisyah bahawa Nabi SAW bersabda: Diangkat kalam daripada tiga orang iaitu: orang yang sedang tidur sehingga dia terjaga dari tidur, dari anak kecil sehingga ia bermimpi (mencapai umur baligh) dan orang gila sehingga dia sembuh kembali, namun hendaklah disuruh mereka bersolat apabila mereka sudah mencapai umur tujuh tahun.

Dan hendaklah mereka diherdik jika tidak mahu mengerjakan solat apabila umur mereka sudah mencapai 10 tahun. Perkara ini dilakukan sebagai latihan supaya selepas mereka baligh, mereka tidak berasa keberatan untuk menunaikan perintah Allah.

Berikut beberapa panduan atau tip yang boleh dilakukan ibu bapa bagi mendidik anak supaya rajin mengerjakan solat.

Pertama, bagi ibu bapa, sebaiknya-baiknya apabila hendak melakukan solat, lakukanlah di tempat terbuka yang anak mereka dapat menyaksikan perbuatan kedua-dua ibu bapanya. Begitu juga apabila hendak membaca al-Quran, bacalah di tempat anak mereka dapat mendengar dan menyaksikannya. Jika sedari kecil mereka melihat ibu bapa mereka sentiasa melakukan solat dan membaca al-Quran, Insya-Allah jiwa anak kecil ini akan mudah tertarik dan menuju ke arah melakukan ketaatan, apalagi dalam soal ibadat dan solat yang menjadi tiang agama.

Yang kedua, pastikan anak membesar dan didik dalam suasana keagamaanyang sempurna. Berikan bahan bacaan yang baik dan lebih mendekatkan dirinya kepada Allah SWT. Begitu juga, pastikan anak itu bersahabat dengan rakan-rakannya yang baik dan beragama supaya mereka membesar dan mempunyai asas agama yang kukuh.

Ketiga, dekatkan mereka dengan masjid. Ibu bapa perlu membawa anak solat berjemaah di masjid. Didik mereka supaya sentiasa bersedekah kepada tabung masjid. Tidak ketinggalan, tanamkan dalam diri mereka minat menyertai majlis-majlis ilmu yang diadakan di sana.

Keempat, didik mereka untuk cinta dan menghormati alim ulama. Perkenalkan dan dekatkan mereka dengan alim ulama. Bawa mereka untuk menziarahi orang alim jika berkesempatan.

Kelima, adalah menjadi kewajipan untuk ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama supaya lebih terurus dan terpandu kiblat agamanya. Di sana mereka akan dididik juga dengan perkara yang kadangkala ibu bapa tidak mampu membentuk dan mengajarnya.

Keenam, bagi ibu bapa sendiri, perlu sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya menjadikan zuriat mereka anak yang soleh. Banyakkan berdoa kepada Allah SWT apabila diuji dengan kehadiran anak yang bermasalah supaya Tuhan Yang Esa dapat mengubah mereka menjadi insan yang beriman dan taat kepada Allah. Wallahualam..