Dolly Shivani Cherukuri dilahirkan melalui ibu tumpang selepas kematian abangnya dalam satu kemalangan jalan raya pada 2010, manakala kakaknya pula meninggal dunia pada 2004.
Wakil India Book of Records, Biswaroop Roy Chowdhury berkata, Dolly menjadi pemanah warga India termuda untuk meraih 200 mata dalam jarak tujuh meter.
Catatan itu dibuat Dolly selepas kanak-kanak itu melepaskan 72 anak panah dalam 24 percubaan dari jarak lima hingga tujuh meter.
Menurut akhbar The Times of India, rekod yang kini dipegang oleh pemanah muda itu, mustahil untuk dipecahkan oleh sesiapa.
Ibu bapa Dolly menyediakan anak panah yang diperbuat khas daripada karbon ketika dia mula mempelajari sukan tersebut agar dia mampu mengangkatnya.
“Ketika kita mendapat tahu dia akan dilahirkan, kami membuat keputusan untuk melatihnya menjadi pemanah.
“Bukan setakat itu, persediaan rapi mula dibuat ketika dia masih di dalam kandungan,” kata ba­panya, Cherukuri Satyanarayana yang juga pemilik akademi sukan memanah.