Pages

Thursday, January 28, 2010

Tak perlu tunggu dipecat

JASIN 27 Jan. - "Berhenti sahaja. Tak payah tunggu kena pecat."

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menyarankan kepada Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin supaya meninggalkan PKR segera sebelum dipecat.

Baginya, tidak ada faedahnya untuk Zulkifli terus berada dalam parti tersebut yang jelas mempunyai pendirian bercanggah dengan wakil rakyat itu dalam isu-isu berkaitan Islam.

"Elok beliau keluar sahaja daripada PKR, jika beliau tidak suka, daripada tunggu untuk dipecat, baik masuk UMNO atau sertai parti komponen Barisan Nasional (BN) lain," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melawat tapak pembinaan kampus baru Universiti Teknologi Mara (UiTM) mukim Semujuk, Jasin di sini hari ini.

Menurut Mohd. Ali, apa yang menimpa Zulkifli itu mencerminkan hilangnya kepercayaan kalangan pemimpin PKR sendiri terhadap hala tuju parti itu.

"Beliau pun tidak percaya kepada pimpinan PKR yang gemar cakap berpusing-pusing dan asyik berpolitik sehingga mengelirukan rakyat.

"Mujurlah kerajaan masih mampu melaksanakan pembangunan dan menyediakan pelbagai kemudahan yang sempurna untuk rakyat," katanya.

No comments: