Pages

Thursday, January 28, 2010

KRONOLOGI KEJAHATAN DAN KEZALIMAN KAUM YAHUDI ZIONIS TERHADAP BANGSA ARAB DI PALESTIN

style="font-weight:bold;">cursor:hand;width: 362px; height: 400px;" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg_kYvYDXgwCrGQ3rbOmd9UR6utp_Vf1oIpOfiIwRkpt-xXeWF7J_imXG9pd8nHK1qFiUz-nz2j4GawFEOPFjIJArEriZmSwEF4zQA5CAXH7NPI_sgBpYpfi_Re_YXvH3han8iRVrPKjs4/s400/palestin_-_6.jpg" border="0" alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5431790370387123826" />



Gambar-gambar ini menjelaskan kekejaman rejim Israel ke atas rakyat Palestin yang tidak berdosa

Bagi memahami bagaimana ragam Bangsa Yahudi yang dimurkai Allah kerana membunuh para Nabi yang diutuskan Allah dan dibenci oleh umat manusia sejagat kerana perangai jahat mereka, khususnya yang berada di kawasan penempatan haram di Bumi Palestin yang diberi nama Israel itu, disini kami perturunkan petikan dari buku PALESTINIANS SPEAK : I Painted the Snow Black , because we’re afraid of the days (RAKYAT PALESTIN BERSUARA : Kuwarnai Salji Hitam kerana kami takut hari-hari mendatang) oleh Alijah Gordon dan diterbitkan oleh Malaysian Sosiological Research Institute (MSRI) 2001, dan diterbitkan sebagai karya terjemahan DBP 2003, dengan demikian kita dapat melihat urutan tindakan kaum Yahudi Zionis ini terhadap penduduk lain di sekeliling mereka tanpa perasaan perikamanusiaan-Pengarang.


Palestin terletak di wilayah yang dinamakan Bulan Sabit Subur, sebuah kawasan yang pada hari ini meliputi Iraq, Syria, Lubnan , Israel , Tebing Barat yang di duduki dan Gaza. Disebabkan kawasan tanah suburnya yang luas serta kedudukan geografinya yang penting sebagai penghubung komunikasi antara Afrika dan Asia, Palestin sering ditakluk, sehingga lebih kurang tiga puluh kali dalam sejarahnya yang menjangkau 5000 tahun.




Dunia menyaksikan kezaliman rejim Israel ke atas rakyat Palestin



Bangsa Canaan merupakan kaum nomad yang sampai ke Palestin dari padang pasir beribu-ribu tahun sebelum Nabi Isa, dan mungkin merekalah bangsa pertama yang menghuni kawasan tersebut. Mereka menamakan negara mereka “Canaan”. Perkataan “Palestin” dicipta oleh orang Yunan yang membawa maksud “tanah air orang Philistine”, iaitu suatu bangsa yang menakluki kawasan pantai Canaan sekitar 1400 SM. Mereka menamakan negara mereka Philistia. Nama Arab bagi Palestin ialah Filestin. Palestin jatuh di bawah pemerintah Arab dan sama seperti Jordan dan Lubnan merangkumi sebahagian Syria Besar. Pada tahun 1948 sebahagian besar Palestin ditukar namanya kepada “Israel” apabila pandatang Yahudi Eropah mengisytiharkan negara mereka sendiri selepas PBB mengundi untuk memecahkan Palestin yang diperintah dengan mandat antara Rakyat Arab Palestin dan Pendatang Haram Yahudi. Ikuti kronologi sejarahnya seperti berikut;

SM
2800 Firaun-firaun Mesir menyerang Canaan. Beribu-ribu penduduk Canaan dibawa ke Mesir sebagai hamba.

1850 Kekurangan makanan menyebabkan orang Ibrani meninggalkan tempat
tinggal mereka, Ur ( di Iraq pada hari ini ) dan mereka berhijrah ke Canaan. Pemimpin mereka Nabi Ibrahim. Orang Ibrani mempunyai satu Tuhan sahaja. Agama mereka Yahudi.

1400 - Orang Aramea dan Philistine berhijrah ke Canaan.Berbagai-bagai puak saling berperang berkurun-kurun lamanya.

1004 -Orang Ibrani mengukuhkan kuasa politik ke atas sebahagian besar Canaan di bawah kepimpinan raja mereka Nabi Daud dan Nabi Sulaiman. Kerajaan mereka dinamakan Israel. Ibu negaranya Jerusalem.

930 -Tidak sampai 70 tahun selepas pembentukkannya, kerajaan Ibrani dibahagi dua- Judaea dan Samaria- yang kemudiannya ditakluk berturut-turut oleh orang Babylon, orang Farsi, orang Yunan dan akhirnya orang Rom.
TM
70 - Selepas pemberontakan orang Yahudi di wilayah Palestin yang dikuasai Rom, orang Rom memusnahkan Jerusalem dan melarang orang Yahudi daripada memasuki kota itu. Tawanan Yahudi dihantar ke Rom,yang lainnya berhijrah ke pelbagai kawasan Eropah dan Afrika Utara. Ada yang masih tinggal di Palestin dan kawasan lain di Timur Tengah.

630- Angkatan tentera dari Madinah yang diketuai oleh Nabi Muhammad S.A.W, menakluki kota Makkah di Semenanjung Arab, iaitu Arab Saudi pada hari ini. Peristiwa ini dalam sejarah Islam disebut Pembukaan Kota Mekah , di mana Orang Arab keseluruhannya memeluk agama Islam.

636- Khalifah Alrashidin sudah Berjaya menakluki kawasan Timur Tengah yang selebihnya dan mereka terus mara ke Turki dan Afrika Utara. Masa ini Al-Quran disusun oleh Sayyidina Othman..



1099-1187 Pejuang Perang Salib Kristian Eropah menduduki Palestin tetapi 88 tahun kemudian mereka diusir oleh orang Arab di bawah kepimpinan ketua mereka, Salah al-Din al-Ayubbi.

1516 - Pemerintahan Uthamaniyah dari Turki menakluki keseluruhan Timur Tengah, termasuk Palestin. Mereka menguasai kawasan ini selama 400 tahun.

Abad ke – 19- Orang Yahudi ditindas di Eropah. Kumpulan-kumpulan kecil Yahudi Eropah mula berhijrah ke Palestin.Mereka bersepadu dengan penduduk Aran dan mendapat tempat perlindungan untuk mengamalkan agama mereka. Apabila kolonialisme Eropah menakluki hampir seluruh dunia, lahirlah Zionisme, sebuah gerakan politik yang mendakwa bahawa menurut kitab Bible (yang telah diubahsuai) semua orang Yahudi mempunyai hak “eksklusif” ke atas Palestin.


Pada masa yang sama, pemerintahan Uthmaniyah ke atas Palestin dan Timur Tengah menjadi kian lemah. Sebuah konsortium Perancis- British membina Terusan Suez, menerusi Mesir. Terusan yang dibuka pada 1869 ini menjadi jalan pintas ke jajahan Perancis dan jajahan British,dan menjadi cukup penting hinggakan England menggabungkan Mesir ke dalam empayarnya pada tahun 1882. Terusan Suez dan kedudukan Timur Tengah yang strategik membuat kawasan ini amat diperlukan oleh penjajah.


Pada tahun 1896, Theodor Herzl, salah seorang pengasas Zionisme, menulis sebuah buku The Jewish State. Dalam buku ini Herzl menyokong pembentukan negara Yahudi di Palestin. Pada tahun berikutnya, gerakan Zionisme mengadakan kongresnya yang pertama di Basel, Switzerland. Penyokong Zionisme mula menguruskan penghijrahan orang Yahudi secara besar-besaran ke Palestin.

1908- Minyak ditemui buat kali pertama di Timur Tengah oleh orang British di Iran.


1914-16 - Perang Dunia Pertama meletus.Orang Turki bimbang dengan pengaruh British dan Perancis yang semakin kuat di Timur Tengah, lantas mereka bersekutu dengan Jerman.

Zionis bekerjasama dengan Britain dan menyarankan Britain menyokong penghijrahan orang Yahudi di Palestin. Sebagai balasan, mereka menjanjikan negara Yahudi yang terbentuk nanti akan melindungi kepentingan British di Terusan Suez.

Pada masa yang sama, Britain berjanji orang Arab akan diberikan kemerdekaan jika mereka bangun menentang orang Turki. Justeru orang Arab memulakan pemberontakan.

Sementara itu, Britain dan Perancis bertemu secara sulit. Dengan menjangkakan bahawa orang Turki akan ditewaskan, kedua-dua kuasa ini merancangkan pembahagian Timur Tengah.

1917 Perisytiharan Balfour, 2 November, Setiausaha Luar Negara Britain, Lord Balfour, mengumumkan sokongan kerajaan Britain kepada pembentukan “sebuah tempat tinggal kebangsaan bagi orang Yahudi di Palestin”. Orang Arab membantah. Britain menenangkan mereka dengan berjanji bahawa ‘penempatan Yahudi di Palestin hanya dibenarkan sejauh mana”penempatan mereka sejajar dengan kebebasan politik dan ekonomi penduduk Arab”. Bagi rakyat Palestin, 2 November menjadi hari berkabung buat seluruh negara.

1918 - Orang Arab membebaskan Damsyik daripada pemerintahan Uthamaniyah. Walaupun mereka telah dijanjikan kemerdekaan, namun sebulan kemudian Britain menguasai Damsyik. Britain, Perancis dan Amerika Syarikat memenangi Perang Dunia Pertama.


1920-39 -Liga Bangsa dibentuk, dan jelas sekali sebahagian besar negara ahlinya merupakan negara Eropah. Liga memberi Perancis mandat ke atas Syria, manakala Britain dberikan mandat ke atas Iraq, Jordan, dan Palestine. Di sini mandat ringkasnya membawa makna bahawa Britain dan Perancis mentadbir kawasan-kawasan ini sebagai jajahan de facto. Pada 1 September 1920, Perancis membentuk Lubnan Besar, merangkumi Gunung Lubnan dan beberapa bahagian Syria.




Antara mayat kanak-kanak Palestin yang tidak berdosa



Dengan persetujuan British, berlakulah penghijrahan orang Yahudi Eropah secara besar-besaran ke Palestin. Antara tahun 1919 dan 1939, penduduk Yahudi di Palestin bertambah dari 58 000 kepada 348 000 orang. Dalam tempoh yang sama, penduduk Arab di Palestin menokok dari 642000 kepada 978 000 orang . Zionis menubuhkan Dana Kebangsaan Yahudi untuk membeli tanah di Palestin tetapi mereka dapat memperluas bahagian tanah mreka sebanyak 5.6 peratus sahaja.

Rakyat Palestin membantah penghijrahan Zionis yang semakin pesat, tetapi Britain tidak bertindak balas. Pada tahun 1936, Palestin mengisytiharkan mogok pada peringkat negara sebagai membantah penghijrahan haram kaum Yahudi ini. Tidak lama kemudian mogok rakyat Palestin bertukar menjadi pemberontakan bersenjata terhadap British. Namun pada tahun 1939, British bersama kaum Yahudi telah menghancurkan pemberontakan itu.


1943- Kemerdekaan Lubnan: Kuasa diagih-agihkan mengikut agama, dengan kekuatan sesuatu komuniti agama didasarkan pada bilangan yang diandaikan. Kuasa orang Kristian tidak dapat ditandingi, dipastikan oleh nisah enam ahli Kristian kepada setiap lima ahli Islam di parlimen. Presiden mest seorang Kristian Maronite. Perdana Menteri seorang Islam Sunni, Speaker Parlimen seorang Islam Syiah dan seterusnya, suatu struktur berasaskan kepercayaan agama atau gabungan yang terbentuk daripada komuniti bangsa. Pegawai kanan Angkatan Tentera Lubnan kebanyakannya orang Kristian.

1939-45 - Perang Dunia Kedua meletus. Dasar British berkaitan Palestin berubah dan tiba-tiba sahaja mereka cuba mengehadkan penghijrahan Yahudi untuk menghalang orang Arab daripada menyokong Jerman, para pemimpin Yahudi mengaturkan penghijrahan secara haram dan terus terang menentang British.

Di Eropah, Hitler memulakan penghapusan orang Yahudi. Sebelum Jerman tewas, berjuta-juta orang Yahudi telah dibunuh. Lebih daripada 200 000 orang Yahudi dapat berhijrah ke Palestin .

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan masa ini.

Syria, Lubnan dan Jordan mencapai kemerdekaan tetapi tidak Palestin.

Pertempuran ganas antara orang Yahudi dengan rakyat Palestin berlaku. Britain tidak lagi dapat mengawal keadaan dan membiarkan PBB memikul tanggungjawab ke atas isu Palestin

1946 - Resolusi Pemecahan yang ditetapkan oleh PBB membahagikan Palestin di bawah mandat orang Zionis – Yahudi dengan orang Palestin. Rakyat Palestin menolak pembahagian tanah air mereka. Zionis bersiap sedia untuk menghadapi pemecahan dn memulakan kempen ganas terhadap rakyat Palestin untuk memaksa mereka lari meninggalkan kampong halaman.

1947 - Askar British meninggalkan Palestin. Zionis mengisytiharkan Negara Israel untuk Yahudi, Negara-negara Arab menghantar angkatan tentera untuk menentang negara baru ini. Sejumlah 800 000 rakyat Palestin lari sebelum kemaraan askar Israel. Angkatan tentera Arab terpaksa berundur dan hanya mampu mengekalkan Tebing Barat Palestin dan Gaza.Jordan merampas Tebing Barat dan Mesir mengambil alih pentadbiran Gaza.

1948 - Dengan peranan Amerika, Britain dan Perancis Israel diterima sebagai negara anggota PBB. Pada masa yang sama, PBB mengarahkan Israel untuk membenarkan rakyat Palestin kembali, tetapi Israel tidak mematuhi arahan ini. Akhirnya rakyat Palestin terpaksa tinggal di kem pelarian di bawah kelolaan UNRWA ( Agensi Bantuan & Kerja Amal PBB ) di Jordan, Lubnan, Syria, Tebing Barat dan Gaza. Rakyat Palestin tidak menubuhkan sebarang gerakan penentang tetapi sebaliknya mereka bersikap tidak peduli, menanti dan berharap sahaja kedatangan tentera Arab untuk membebaskan Palestin.




Kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin tidak dapat diterima oleh dunia



1956 - Mesir memiliknegarakan Terusan Suez. Israel, Britain dan Perancis menentang Mesir. Kesatuan Soviet menyokong Mesir dan mengancam akan mengebom Paris dan London. Amerika Syarikat memaksa penyerang berundur. Sekumpulan penuntut Palestin – salah seorang daripada mereka Yassir Arafat – memutuskan untuk bertindak sendiri dan mereka menubuhkan gerakan penentang Palestin: Al-Fatah (“pembukaan”).

1958 - 8 Mei: Perang Saudara Lubnan yang pertama bermula, dan peperangan ini berakhir pada 14 Oktober.

1964 Negara-negara Liga Arab menubuhkan Palestine Liberation Orgtanization atau PLO ( Pertubuhan Pembebasan Palestin ). Fatah tidak menganggotai PLO kerana mereka menganggap PLO terlalu dipengaruhi oleh negara-negara Arab.

1965 1 Januari : Fatah menjalankan operasi gerilanya yang pertama di Israel.


1967 Perang Jun: Angkatan tentera Arab ditumpaskan. Dalam tempoh enam hari sahaja Israel menambah wilayahnya sebanyak tiga kali ganda dengan menakluki Semananjung Sinai di Mesir, Bukit Jowlan ( Golan ) di Syria, Tebing Barat dan Gaza. Kini seluruh Palestin diduduki. Sejumlah 416 000 pelarian baru dari Tebing Barat dan Gaza tiba di Jordan, Mesir Syria dan Lubnan. Kuasa besar – AS dan Rusia – memulakan serangan diplomatik untuk memujuk negara-negara Arab supaya mengiktiraf Israel, dan sebagai balasan Israel akan beredar dari kawasan-kawasan yang didudukinya. Tiada sepatah perkataan pun disebut tentang hak kebangsaan rakyat Palestin.


1968 – 69 Perjanjian Kaherah mengesahkan kehadiran rakyat Palestin bersenjata di Lubnan dan menggunakan sebahagian kawasan selatan sebagai tempat melancarkanserangan ke atas Israel.

Ketiadaan angkatan bersenjata selepas kekalahan tentera Aran dalam Perang Jun kemudian diganti dengan kehadiran Fatah. Beberapa lagi kumpulan komando ditubuhkan, seperti Barisan Depan Umum bagi Pembebasan Palestin dan Barisan Demokratik, Pada tahun 1969, kumpulan komando mengambil alih PLO dan pemimpin Fatah, Yassir Arafat, dilantik sebagai Pengerusi PLO. Pangkalan gerila turut ditubuhkan di Jordan.

21 Mac 1968: Pertempuran Karameh – kumpulan gerila Palestin di Jordan Berjaya menumpaskan angkatan tentara Israel.

PLO mengambil alih kuasa ke atas kem pelarian di Lubnan dan di Jordan.

Disember 1968: Israel menyerang lapangan terbang Beirut; bermulalah konflik di Lubnan berkaitan isu Palestin.

1970-71 Peristiwa September Hitam. Banyak sekali operasi gerila PLO yang dilancarkan dari Jordan, tindakan balas dendam oleh Israel terhadap pangkalan gerila dan kampong Jordan, perampasan empat buah kapal terbang di Jordan, dan bertambahnya kekuatan tentara PLO mencetuskan konfrontasi antara gerakan pembebasan dengan Raja Hussein dari Jordan. Selepas beberapa pertempuran dan pembunuhan beribu-ribu rakyat Palestin, angkatan tentera Raja Hussein berjaya mengusir keluar gerakan pembebasan dari Jordan pada September 1971. PLO memindahkan ibu pejabatnya dari Jordan ke Lubnan. Serangan gerila yang berterusan terhadap Israel menyebabkan Israel melancarkan serangan udara terhadap selatan Lubnan.

Presiden Nasser dari Mesir meninggal dunia. Presiden Sadat menggantikannya.

1973 Perang Oktober : Usaha damai kuasa-kuasa besar ke atas Timur
Tengah beransur-ansur menjadi buntu kerana Israel enggan
bertolak ansur . Untuk memecahkan kebuntuan, Mesir dan Syria
memulakan serangan terhadap angkatan tentera Israel di Sinai
dan Jowlan ( Golan ). Negara-negara Aran memulakan sekatan minyak. Rundingan damai yang baru bermula.


1974 Pengerusi PLO, Yassir Arafat, menyampaikan ucapan di Perhimpunan Agung PBB. Sebahagian besar negara di dunia – 105 buah negara – mengiktiraf PLO sebagai satu-satunya wakil sah rakyat Palestin. Pada masa yang sama, PBB mengiktiraf hak rakyat Palestin terhadap tanah air kampong halaman mereka sendiri.



1975 Banyak sekali operasi gerila dari selatan Lubnan menyebabkan Israel memulakan operasi pengeboman yang dahsyat terhadap kem pelarian Palestin di kawasan berkenaan. Mereka turut menyerang kampong Lubnan untuk memaksa penduduk lari meninggalkan rumah mereka. Zionis menegaskan bahawa selatan Lubnan juga milik negara Yahudi, kadang-kadang dirujuk sebagai “Tebing Utara” Israel. Rabai IDF mengeluarkan risalah dengan bandar dan kampong di Lubnan dinamai dengan nama Ibrani kuno sahaja. Beirut ditandakan Be’ erot ( telaga-telaga), manakala Lubnan diperihalkan sebagia “tanah puak Asher” ( Ha’aretz, 26 Julai 1982).

13 April: Sayap kanan Phalange Kristian menyerang basa yang sarat dengan rakyat Palestin dan beberapa orang rakyat Lubnan. Mereka dibunuh beramai-ramai. Perang Saudara Lubnan bermula. Sayap kanan Angkatan Tentera Lubnan bertindak untuk membersihkan semua kawasan Beirut Timur dan kawasan utaara daripada Gerakan Kebangsaan Lubnan ( Lebanese National Movement atau LNM) dan Pertubuhan Palestine.

PBB mengutuk Zionis sebagia bersifat perkauman.

Mesir di bawah pemerintahan Sadat dan Israel menandatangani Perjanjian Interim yang kedua; lapangan minyak Abu Rudeis diletakkan semula di bawah kawalan Mesir.

1976 Seluruh anggota sayap kanan Barisan Lubnan menyerang kawasan orang Islam, Palestin dan Kristian yang berdegil di Beirut Timur: kem-kem Palestin ditawan, Dbayyeh ( ditawan pada 14 Januari); Jisr al –Basha ( lebih kurang 2000 orang Kristian) dan Tal al-Za’atar (30 000 rakyat Palestin dan rakyat Lubnan, ditawan pada 12 Ogos ); daerah sesak Syiah, Maslakh dan Karantina ( ditawan pada 18 Januari ), pinggir Bandar Syiah, Nabab (ditawan pada 6 Ogos ), dan Badawi, kawasan kecil Kristian Armenia. LNM dan angkatan bersenjata Palestin – dikenali sebagai “ Angkatan Bersenjata Bersama” – membalas dengan menawan bandar pantai Damour; penduduk Kristian Maronite diusir.

Pertengahan Januari: Angkatan Tenera Lubnan berpecah. Unit-unit tentera yang menentang persubahatan Kuasa Pemerintahan Tentera dengan sayap kanan angkatan bersenjata Kristian menarik diri daripada angkatan tentera dan membentuk Angkatan Tentera Arab Lubnan di bawha kuasa pemerintahan Lt. Ahmad Khatib.

Jun: Angkatan Bersenjata Bersama hampir-hampir menewaskan sayap kanan Barisan Lubna apabila angkatan tentera Syria memasuki Lubnan atas undangan Presiden Lubnan, Suleiman Franjieh. Kejayaan gerakan umum dan progresif tiba-tiba terencat. Syria bermula dengan menyerang angkatan tentera campuran LNM/PLO dan dua tahun kemudian berlawan dengan sayap kanan campuran Maronite.
1977 16 Mac: Kamal Jumblatt, pemimpin LNM, dibunuh.

19 November: Presiden Mesir, Anwar Sadat, ke Jerusalem untuk memulakan rundingan damai. Lawatannya dikutuk oleh Liga Arab, terutamanya PLO.

1978 Mac: Israel menyerang selatan Lubnan, 2000 orang awam terkorban dan 200 000 lagi menjadi orang pelarian, enam buah kampong dimusnahkan dan 82 buah lagi dirosakkan. Israel dipaksa berundur tetapi mereka menubuhkan “zon penampan” – “Lubnan Bebas” – selebar 10 km di wilayah Lubnan.

1979 Perjanjian damai yang akhir ditandatangani antara Israel dengan Mesir. Israel dikehendaki mengembalikan Sinai kepada Mesir; pemindahan selesai pada tahun 1982. Sementara Mesir dan Israel sedang berunding, tentera udara Israel mengebom kem pelarian Palestin di Lubnan, Mesir dipecat daripada Liga Arab.

Sayap kanan Angkatan Tentera Lubnan yang disokong Israel mengisytiharkan negara mereka sendiri di beberapa bahagian selatan Lubnan.

1980 Iraq menyerang Iran. Bermula Perang Teluk.

1981 Pesawat pengebom Israel menyerang dan menghancurkan sebuah reaktor nuklear di Baghdad, Iraq.

300 orang terbunuh dan 800 tercedera dalam serangan udara Israel ke atas kawasan orang awam di Beirut. Angkatan tentera Israel dengan cara teratur membinasakan jambatan-jambatan menyeberangi Sungai Litani. Para diplomat Amerika merundingkan gencatan senjata di sempadan Lubnan – Israel.

Disember: Israel secara tidak sah merampas Bukit Jowlan ( Golan) Syria.

1982 Jun : Cubaan membunuh duta Israel ke London oleh kumpulan Palestin yang radikal dan anti – PLO dijadikan alasan bagi Israel untuk menyerang Lubnan ( Perang Arab- Israel yang keenam); pengepungan Beirut selama tiga bulan; pengusiran angkatan bersenjata PLO dan angkatan tentera Syria dari Beirut.

14 September : Pembunuhan bakal Presiden Lubnan , Bashir Gemayel secara kebetulan (?) selepas beliau enggan mengikut Perjanjian Damai dengan Israel.

15-17 September : Pembunuhan beramai-ramai di Sabra dan Shatila, dijalankan oleh anggota militia Kata’ib yang diketuai Elias Hobeika dan di bawah perlindungan/sokongan tentera Israel.

1983 Angkatan tentera di bawah kuasa Phalange menguasai Beirut Barat.

Penentangan di bawah sokongan Syria meletus dalam Fatah dan PLO; pertempuran di lembah Biqa’a dan Tripoli, utara Lubnan berakhir dengan pemecatan askar yang setia kepada Pengerusi PLO, Arafat.

1984 Februari: Pemberontakan popular di Beirut Barat mengakhiri kuasa Phalange.


1985 Tentangan orang awam yang bersenjata terhadap askar Israel memaksa mereka berundur dari kebanyakan kawasan Lubnan ang kemudiannya diambil alih oleh Amal, Hizbullah dan Parti Komunis; enklaf PLO di Saida dan kem pelarian Rashidiyya berhampiran Tyre.

Mei: Militia Amal menyerang Sabra,Shatila, Bourj al –Barajneh. Bermulalah Perang Kem.

1986 Januari: Pertempuran Empat Hari di Shatila;
April: Pertempuran Dua Puluh Hari di Shatila;
Julai: Pertempuran Tiga Puluh Lima Hari di Shatila;
September: Pertempuran Enam Bulan bermula di Rashidiyya, kemudian di Bourj al – Barajneh pada Oktober, dan akhirnya di Shatila pada November.

1987 Februari: Sekatan makanan ditarik balik di Bourj al – Barajneh dan Shatila; namun tembakan curi berterusan.

Penyatuan semula PLO semasa mesyuarat Majlis Kebangsaan Palestin di Algiers.

Disember: Meletusnya Intifadah, pemberontakan popular di Tebing Barat dan Gaza di bawah pendudukan Israel.

1988 Januari: Amal menarik balik pengepungan Shatila dan Bourj al Barajneh.
Mei: Pertempuran di kem-kem di Beirut, di bawah sokongan Syria, Shatila dan Bourj al Barajneh ditawan, mereka yang setia kepada Arafat diusir.
Disember: Mesyuarat Majlis Kebangsaan Palestin di Algiers mengisytiharkan pelembagaan negara Palestin.

Hanya Amerika, Britain dan Perancis boleh selesaikan masaalah Rakyat Palestin, dengan mengisytiharkan secara rasmi Palestin Merdeka yang dinafikan oleh Israel selama ini, dan ketiga-tiga negara besar Barat ini hendakalah memaksa Israel mengiktiraf nya secara rasmi dan Rejim Yahudi itu hendaklah menarik semua penduduknya keluar dari garisan pendudukan haram yang diberikan hak dibumi Palestin ini pada tahun 1948 dulu.

Negara-negara Arab serta OIC hendakalah menempatkan tentera mereka dibawah lambang PBB mengawal keamanan disempada Wilayah Palestin dengan Israel. Untuk melaksanakan ini Malaysia hendaklah memainkan peranan penting melobi PBB dengan menggunakan penyatuan negara-negara Arab , Negara-negara Umat Islam diseluruh dunia yangmana Umat Islam kini berjumlah lebih dari satu billion orang !!!

No comments: