Pages

Thursday, January 28, 2010


PANJANG UMUR: Remaja perempuan Haiti, Darlene Etienne diusung anggota penyelamat Perancis untuk dikejarkan ke hospital, awal pagi ini. Beliau ditemui masih hidup selepas selama 15 hari terperangkap di bawah runtuhan bangunan akibat gempa bumi yang melanda bandaraya itu. (berita lanjut) - Foto Reuters
Remaja Haiti selamat selepas 15 hari tertimbus


PORT-AU-PRINCE, Haiti: Anggota penyelamat Perancis menarik keluar seorang remaja perempuan daripada runtuhan bangunan kampus College St Gerard awal pagi ini, sesuatu yang menggemparkan selepas 15 hari gempa bumi melanda bandaraya itu.

Darlene Etienne yang tubuhnya diseliputi habuk kelabu, dikejarkan ke hospital tentera Perancis. Beliau mengerang manakala matanya terbuka luas

“Dia masih hidup," kata ahli paramedik Paul Francois-Valette yang menemani beliau ke hospital.



Keluarganya berkata Etienne, 17, baru memulakan pelajaran apabila bencana itu melanda dan memerangkap puluhan pelajar di bangunan kolej, asrama dan kediaman.

Mangsa terahir yang diselamatkan ialah seorang lelaki yang ditarik keluar daripada runtuhan sebuah hotel 11 hari selepas gempa bumi itu.

Sekurang-kurangnya 135 orang diselamatkan sejak gempa bumi pada 12 Januari lalu.- AP

No comments: