Pages

Thursday, January 28, 2010

Anwar mahu labelkan UMNO anti-Kristian

KUALA LUMPUR 27 Jan. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kini didakwa dalam perancangan untuk melabelkan UMNO sebagai sebuah parti yang anti-Kristian dengan menjadikan isu penggunaan kalimah Allah sebagai mainan politik terbaru beliau.

Bekas Setiausaha Perhubungan PKR Selangor, Mohd. Nazmi Rosli hari ini berkata, ini kerana, sekiranya terdapat isu yang melibatkan kaum bukan Islam, Anwar ialah orang pertama yang didakwa akan mempolitikkan isu tersebut dengan tujuan mendapatkan sokongan kaum bukan Islam terutamanya rakyat di Sabah dan Sarawak.

Semalam, Anwar terus mempertahankan sokongannya terhadap penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam seperti yang ditulisnya sendiri dalam ruangan pendapat di The Wall Street Journal bertajuk Orang Islam Tiada Monopoli dalam Penggunaan Kalimah Allah.

Sementara itu, bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Johari Md. Yasin berkata, untuk mencapai kepentingan politik peribadinya, Anwar akan melakukan apa sahaja termasuk tanpa segan silu mengeluarkan nas bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan perkataan Allah.

No comments: